336,727
Kategori:
Genre:
Bab 12
Kaki melangkah perlahan menuju ke katil bayi. Berdiri melihat wajah comel yang sedang lena, senyuman terukir diwajahnya. Bagai tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Bayi comel itu diperhatikan tanpa mampu berkata-kata. Kulitnya cerah kemerahan. Teruja. Dia menyentuh lembut pipi bayi itu. Lembutnya umpama kapas. Tersenyum.

" Anak aku..!!" Hanya itu yang terluah tatkala melihat bayi dihadapannya. Serta-merta airmata jernih kegembiraan menitis. Dia mengangkat bayinya perlahan-lahan, bergerak si bayi. Faliq gelak kecil. Menganggu tidurnya saja. Lalu, mencium pipi bayi itu berkali-kali. Nikmatnya bau bayi. Bau syurga. Di iqamatkan bayi yang belum bernama itu. Anugerah yang paling terindah dalam hidupnya. Zuriat yang dia tunggu selama ni. Inilah bayi yang dikandung oleh isterinya selama 9 bulan. Inilah bayi yang buat ibunya sentiasa tidak sihat menanggung penderitaan sepanjang mengandungkannya. Inilah bayi yang dilahirkan oleh si isteri hingga bertarungkan nyawa antara hidup dan mati. Faliq meletakkan semula bayi perempuan itu dikatilnya perlahan-lahan. Dicium pipi dan dahi bayi itu. Dan meninggalkannya sendiri.

Dengan langkah yang lemah. Dia menuju pula ke bilik ICU dimana Aliaa sedang menerima rawatan. Tak tahu macam mana keadaan Aliaa. Hatinya berdebar-debar apabila sampai didepan pintu bilik ICU itu. Menarik nafas dalam sedalam-dalamnya. Mencari kekuatan diri. Tangan kanan menolak daun pintu, kaki kanan melangkah masuk. Kelihatan Puan Asmah, Encik Kamaruddin, Mak Long dan Adil berada katil Aliaa. Mereka menoleh pada Faliq yang masih tercegat di pintu. Lalu, mereka meninggalkan Faliq sendirian. Jalan menghampiri katil. Tubuh kaku itu diperhati. Duduk dikerusi. Airmata menitis lagi. Tangan Aliaa digenggam erat. Tak percaya!

" Maafkan abang, sayang!! Maafkan abang..!!" Deras airmatanya. Tangan Aliaa dicium. Sayu dan amat sedih. Penyesalan dalam diri.

Seorang isteri yang ceria, gelak tawa dan senyuman tak pernah putus dari wajahnya. Gurau senda yang menghiburkan hatinya. Disaat sakit dan alami masalah kesihatan sewaktu mengandungkan anak yang baru dilahirkan dan disaat itu juga masih mampu tersenyum. Menyembunyikan rasa kesakitan. Sentiasa mengukir senyuman dalam menanggung segala keperitan dan kesedihan semata-mata tidak mahu orang sekelilingnya turut merasai kesedihannya. Tapi kini.. Terbaring kaku bertarung nyawa. Tiada lagi gelak tawa, tiada lagi gurau senda dan tiada lagi senyuman terukir.

"Inilah Faliq.. Isteri yang kau lupai. Isteri yang kau curangi. Isteri yang kau tidak hargai. Isteri yang menanggung sendiri segala kesakitan dan penderitaan. Isteri yang kau keluhkan kerana sering tidak sihat sewaktu mengandung zuriatmu. Inilah isteri yang kau tinggalkan sendirian menahan kesakitan sedangkan kau bergembira dan berbahagia bersama wanita lain. Inilah Faliq.. Yang terbujur kaku inilah isterimu. Isterimu Faliq.." kata hati Faliq menyalahi dirinya sendiri.

Faliq teringat akan whatsapp yang dihantar oleh Aliaa beberapa hari lepas.

" Assalammualaikum abang..!! Abang sihat tak?  Maaf ganggu abang. Kenapa abang lama tak call sayang, whatsapp pun tak. Kenapa sayang call abang tapi tak jawab?

Abang..!! Sayang rindu abang. Rindu sangat-sangat. Sayang nak dengar suara abang. Dapat dengar kejab pun jadilah abang. Sayang takut tak dapat dengar suara abang lepas ni. Sayang tahu abang busy. Tak apalah. Nanti kalau abang ada masa, call sayang ya. Sayang akan tunggu.. Jaga diri baik-baik. Salam.."

Semakin deras airmatanya. Dia hanya membaca sekilas saja whatsapp itu. Dan langsung tidak pedulikan. Dan juga langsung tidak menghubungi Aliaa hingga kini. Kasihan Aliaa, menahan rindu pada yang tak sudi. Penyesalan demi penyesalan muncul dari dalam diri Faliq.

" Sayang..!! Maafkan abang sayang.. Maafkan abang!!" Berkali-kali ucapan maaf dari bibirnya. Dia menekup muka dengan tapak tangannya. Tangan Aliaa masih digenggam erat dan dicium berkali-kali. Tubuh kaku itu masih terus kaku. Tiada sebarang tindakbalas. Antara hidup dan mati.


Faliq teringat pula surat yang diberi oleh Adil tadi. Lalu terus mengeluarkannya dari poket seluar. Faliq melihat sampul itu yang tertulis      " Imamku.."

Dikoyak penuh berhati-hati. Sekeping kertas putih berlipat dikeluarkan dan membuka lipatan.

Abang..!!
Maafkanlah Sayang..!!
Sayang tak mampu menjadi isteri yang terbaik untuk abang. Sayang hanya isteri yang lemah, yang hanya menagih secebis kasih, sayang dan cinta dari abang. Yang perlukan perhatian, yang mengharap sesuatu dari abang yang tak dapat diluahkan. Sayang isteri yang tak layak untuk abang, untuk lelaki dan suami yang sebaik abang. Sayang hanya membebankan hidup abang selama ni, yang sentiasa menghalang abang untuk mencari kebahagiaan dan untuk  mencapai cita-cita abang. Semoga abang bahagia dunia akhirat bersama insan yang abang sayangi. Doa sayang untuk abang takkan pernah putus walau sampai hujung nyawa sayang. Maafkan Sayang!! Ampunkan Sayang!! Tidak mampu beri kebahagiaan untuk abang. Hanya mampu beri zuriat yang bakal lahir tak lama lagi. Zuriat yang abang nantikan selama ni. Jagalah amanah ini dengan baik. Redhakanlah sayang..!!

Aku bukan bidadari syurgamu.
Bidadari yang selayaknya untukmu ada didepanmu, ada didalam hatimu kini tapi bukan aku.. Terima kasih Imamku..

Salam kerinduan..
- Isterimu-

"Allahuakhbar..!!"

 Terduduk Faliq tidak mampu berkata-kata. Tersungkur sendiri dan meraung sendiri membaca luahan hati Aliaa. Memendam seribu kedukaan. Dia tidak menyangka Aliaa sudah tahu semuanya. Betapa menyesalnya dia. Andai Aliaa dijemput ilahi. Memang dia tidak akan pernah sesekali memaafkan dirinya sendiri. Memaki hamun diri sendiri atas kelalaiannya, atas penangan nafsu sendiri. Betapa bersalahnya dia pada isteri dan anak. Suasana menjadi hiba. Esakkan tangis dari naluri jantannya menjatuhkan keegoannya selama ini.

" Maafkan abang.. Maafkan abang..!!" Berulang-ulangkali diucap. Dia tahu Aliaa mendengar. Biarlah,sejuta kali ucap pun dia sanggup agar Aliaa dapat memaafkannya.

"Ya Allah..!! Ampunkan aku. Ampunkan segala dosa-dosa aku pada isteriku. Aku menyesal. Berikanlah aku peluang untuk menebus semua kesilapanku padanya. Kau berikanlah kesembuhan padanya, agar aku dapat membahagiakannya semula. Kembalikanlah dia padaku. Kembalikanlah.." Tersekat-sekat suaranya berdoa. Mengesat airmata sendiri. Dia meletakkan tangan Aliaa diperutnya. Masuk kebilik air dan keluar semula. Diambil surah yassin didalam laci dan membacanya.

Selesai membaca. Dia merenung Aliaa yang masih lagi kaku. Tak tahulah bila akan sedar. Silap dia sendiri. Kalau tidak kerana dia sendiri sudah pasti dia takkan terjebak dengan cinta terlarang. Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Kalau seorang tak melayan perkara takkan terjadi. Hingga sampai Kehadiran Tasya merubah segalanya. Tasya kawan lama sewaktu bekerja di Singapore dulu. Yang pernah menyukainya suatu ketika dulu. Tapi dia tak pernah layan. Iya, Tasya seorang yang baik. Orang Johor Bahru. Cantik, bergaya, seksi, pandai ambil hati, berpendidikan tinggi dan bekerjaya. Jawatan sama dengan Faliq semasa di Singapore. Tapi Faliq ditawarkan jawatan lebih tinggi apabila tukar ke KL. Dan baru-baru ini, menerima kenaikan jawatan lagi. Dan jawatannya yang sebelum ini disandang pula oleh Tasya. Nak taknak memang kena bekerjasama.

 Bila sudah setiap hari berjumpa, bertentang mata, luahan demi luahan dari si Tasya. Semakin hari timbul perasaan suka dan sayang. Tasya tahu Faliq sudah berumahtangga dan tahu juga Faliq bakal menjadi bapa tapi Tasya tidak peduli. Dia tetap ingin mendekati Faliq. Lama sudah dia pendam perasaan. Dia fikir Aliaa yang merampas Faliq darinya. Dan dia pernah cakap, dia sanggup hidup bermadu asalkan Faliq menerimanya menjadi isteri. Fuh!! Gila punya perempuan. Pada mulanya Faliq menolak sekeras-kerasnya. Kerana sayang dan cintanya hanya untuk Aliaa seorang. Tapi  lelaki..!! Bila digoda dan bila tidak menundukkan pandangan akhirnya kalah dengan nafsu. Akhirnya, terbinalah cinta terlarang. Sudah tidak fikir si isteri. Hati dan perasaan isteri ditolak ke tepi. Apa yang isteri buat semua salah.


Hanya jasad berada dirumah. Tapi fikiran melayang ke Tasya. Keluhan demi keluhan yang tak pernah diucapkan selama ini menjadi semakin kerap. Kerja rumah yang dibuatnya juga seperti terpaksa. Hingga kecil hati Aliaa. Balik kerja lewat, menghabiskan masa bersama Tasya. Masa cuti banyak dihabiskan bersama Tasya juga. Kasihan Aliaa menanggung segala kesunyian dan kesepian. Tiada lagi tempat bermanjanya. Tiada lagi gurau senda disuami. Tiada lagi gelak tawa dari suami. Bila dirumah juga, Faliq melayannya dengan baik tapi baik ada makna. Kadang bila waktu pagi Faliq happy dirumah, tolong Aliaa buat kerja rumah tapi petang keluar balik malam. Tinggal Aliaa seorang. Aliaa hanya memendam hati dan memendam perasaan. Pernah diajukan pertanyaan akan perubahannya tapi pandai pula Faliq menafikan dan makin Aliaa kena marah adalah. Sejak itu Aliaa langsung tak tanya apa-apa dah. Malas mahu gaduh.

Perasaan sayang Tasya pada Faliq menjadi semakin kuat. Pernah dia luah, takkan pernah sesekali berpisah dengan Faliq lagi. Faliq tidak memberi apa-apa harapan padanya. Dan tidak pernah cakap mahu menjadikan Tasya sebagai isteri keduanya atau tidak. Tapi dari layanan Faliq pada Tasya sudah cukup buat Tasya yakin yang Faliq akan memperisterikannya. Iya.. Tindakan menunjukkan kesungguhan walau tidak diluahkan melalui lisan.

Sekali lagi Faliq menyapu muka dengan tapak tangannya. Apa dia harus lakukan kini? Buntu. Mahu ditinggalkan Tasya tapi sudah terlanjur sayang? Mahu memperisterikan Tasya tapi tak sanggup melukai hati Aliaa? Lelaki oh Lelaki..
Faliq kena buat satu keputusan muktamad.

Sampainya hatimu Faliq. Sanggup kau lakukan ini pada Aliaa. Isterimu yang sedang kaku dihadapanmu ini. Antara hidup dan mati. Boleh lagi kau fikir Tasya? Memang benar. Kesetiaan lelaki diuji saat punyai segalanya. Tak cukup seorang mahu lagi seorang. Sedangkan yang seorang pun tidak mampu memberi sepenuh kasih sayang dan kecintaan. Teganya kau Faliq.

Andailah Aliaa tahu. Pasti kecewa dan hampa hatinya. Sanggup kau melihat Aliaa menangis? Sanggup kau melihat Aliaa kecewa? Allahuakhbar!! Mana perginya keikhlasanmu menyayangi Aliaa? Mana pergi janji-janjimu dulu? Hanya kerana seorang wanita kau sanggup lakukan itu pada isterimu. Tak sangka dan tak duga. Berubah dalam sekelip mata.

Sekarang.. Kau menangis untuk apa? Menyesal? Untuk apa menyesal? Sedangkan hatimu sudah ada Tasya. Faliq.. Faliq..!! Bukankah sepatutnya kau gembira dengan keadaan Aliaa sekarang. Yang kaku begitu. Yang koma tak sedarkan diri. Yang tak perlu kau jaga, yang tak perlu kau dengar bebelannya. Ini yang kau nak selama ni kan. Anggap Aliaa tiada tapi yang ada hanya Tasya.. Tasya.. dan Tasya. Anggap Aliaa tak wujud. Baguslah Faliq.. Baguslah..!! Yang halal kau biarkan terkalai sepi menahan rindu. Yang haram kau jaga sebaik mungkin. Inikah suami yang baik? Suami yang soleh? Kau berubah kerana Tasya.. Kerana hawa nafsu semata-mata.

Semoga Allah beri kau petunjuk dan hidayah. Bertubi-tubi kata hati Faliq mengejek, memerli dirinya. Ditertawakan diri sendiri. Betapa bodohnya kau Faliq.

Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.