336,412
Kategori:
Genre:
Bab 22
"Ish!!! Macam mana dia boleh kerja. Kenapa Faliq boleh bagi dia kerja pula dan kenapa dia kerja di kawasan ni juga. Geramnya..!!" Kata Tasya rasa tergugat dengan kemunculan Aliaa.

Lagi-lagi bila tengok semua rakannya baik dengan dia. Siap diraihkan lagi. Memang betul-betul dia risau. Bila kerja satu bangunan dengan Faliq, confirm lah pergi balik kerja dengan Faliq. Makan dengan Faliq. Semua dengan Faliq. Dia macam mana? Takkan Faliq sanggup biarkan dia dan bersama isterinya. Hey!! Perempuan. Memang patutlah dia dengan isteri dia. Kau siapa nak menggedik?? Tiba-tiba hati kecilnya berbisik. Tahu takut..!!

" Boss?? Kenapa diaorang panggil Aliaa Boss?? Setahu aku syarikat tu Dato' Hamid punya, anak dia yang cakap aku parasit tadilah yang uruskan. Sengaja nak buat aku sakit hatilah tu. Setakat kerja admin je kut. Apa ada hal. Aku lagi hebat. Arkitek wanita berjaya..!!" Membangga pula minah ni. Buat kerja pun banyak salah. Tak pasal-pasal Nizam jadi mangsa. Pangkat atas kertas. Hmm. Budak lepasan SPM pun boleh buat.

"Tapi kurang ajar betullah. Suka-suka je cakap aku parasit. Memang syarikat tu staff semua mulut belacanlah. Semalam aku kena syaitan hari ni parasit pula. Kau tunggu dan lihatlah Aliaa. Siapa syaitan siapa parasit. Arhh!! Lantaklah diaorang nak cakap apapun, yang penting aku akan miliki Faliq. Biar padan muka kau. Kena tinggal laki, hahaha..!!" Amboii.. seronoknya dia ketawakan Aliaa. Tulah perempuan tak sedar diri. Dahlah meruntuhkan rumahtangga orang lepas tu bangga pula. Tak apa. Allah kan Maha Adil. Setiap perbuatan akan dibalas. Tunggu dan lihat je. Siapa yang menangis tak berlagu nanti. Ingat boleh happy ke? Tasya oh Tasya..!!

Tasya bangun dari kerusi dan berjalan ke bilik Faliq. Busy betul Faliq, sejak datang sampai ni langsung tak keluar bilik. Menghadap kertas kerja saja. Entah dah breakfast entah tidak, bisik hati Tasya. Dengan langkah yang menggoda, terus masuk ke bilik Faliq. Beberapa mata officemate memandang gelagatnya lalu membuat muka menyampah. Masing-masing meluat dengan sikap mengada-ngadanya. Dan semua pun naik rimas dengannya.

"Sayang!! You dah breakfast tak??" Terus duduk di hadapan Faliq. Faliq diam saja fokus mata pandang pelan diatas meja.

"I cakap dengan you ni kan. Buat i macam tunggul kayu je.." Merajuk konon. Faliq memandangnya.

" I dah breakfast.." jawab Faliq ringkas.

" Sempat ke wife you buat breakfast untuk you? Dia pun breakfast dengan staff dekat bawah. Happy je nampak. You.. tahu tak, kawan-kawan dia cakap i parasit, diaorang kutuk i. Jahat betul lah.." Tasya mengadu minta simpati Faliq lah tu.

" Wife i tak pernah tak buat breakfast untuk i. Cuma i je jarang makan. Dia wife yang terbaik.." jawab Faliq. Tasya buat muka.

"I know! You tak makan sebab nak temankan i makan kan. Sayaaang you sangat!! Tapi you jangan risau, i boleh jadi wife you lebih.. lebih.. lebih baik dari wife you tu. Berganda-ganda baik i tau.." Tasya bangun dan berdiri disebelah Faliq. Mengurut-urut bahu Faliq. Menggoda.

" Takkan ada wanita yang boleh tandingi wife i. Dan tak ada wanita sebaik wife i.." jawab Faliq lagi. Berkerut dahi Tasya. Bengang.

"You ni kan. Semualah wife you. Puji bagai nak rak tapi melayan i juga. You jangan macam-macam ya sayang.." Tasya mula marah.

"Kenyataan.. Dahlah, i tengah banyak kerja sekarang ni. Lepas lunch ada appointment. So, sekarang ni i nak buat kerja..." kata Faliq. Tasya faham maksud Faliq.

"Okey! I keluar dulu. Love you soo much!! Byee!!" Terus saja dia keluar.

"Haii Cik Tasya.. Rasa tergugat ke Cik Aliaa dah start kerja?" Perli seorang staff. Tersentap Tasya.

" Tergugat??  Hey.. Silap hari bulanlah. I tetap lebih hebat dari dia.." jawabnya bangga.

" Hmm.. Hebat apa tu Cik Tasya. Hebat menggoda laki orang. Hahahaa!!" Menyirap darah Tasya. Merah padam mukanya menahan marah. Terus je jalan laju masuk ke biliknya.

" Kurang ajar!! Aku kena buat sesuatu. Aku akan buktikan yang aku lebih hebat dari Aliaa. Apa Aliaa bole buat aku pun boleh buatlah. Nilah masanya aku nak tunjuk kebolehan aku. Nak ambil hati Faliq. Tapi nak buat apa ekk?!" 


Katanya sendiri. Puas dia berfikir. Tiba-tiba teringat kata-kata Nizam dulu.

"Jangan nak perasanlah Cik Tasya. Cik Aliaa semua dia boleh buat. Memasak pandai, pandai buat kek, pandai menjahit, semua dia pandai, semua dia boleh buat. Cik Tasya pandai apa? Pandai menggedik dengan laki orang.." Memang musuh betul Nizam dengan Tasya. Kalau tak memerli dan tak bertekak memang tak complete lah.

"Hey!! Jangan ingat i tak boleh buat semua tulah. Setiap orang ada kelebihan ada kekuranganlah.." kata Tasya menjeling.

" Aha.. Iyalah..!! Betullah tu. Cik Tasya ni memang banyak kelebihannya kan. Kalau tak, takkan lah Encik Faliq boleh hanyut kan.."

" Ha!! Tahu tak apa!!"

" Salah satu kelebihannya. Seorang yang baik hati Cik Tasya ni tak mebazir beli baju besar-besar, labuh-labuh. Semua baju muat-muat je. Pendek-pendek je. Bijak betul. Jimat duit kan. Boleh simpan buat persediaan untuk beli kapan kang. Iye tak!!" Nizam senyum sinis dan ketawa kecil terus berlalu meninggalkan Tasya.

"Woii.. Sukahati i lah nak beli apa. Penyibukk!" Meradang sungguh Tasya. Sejak itulah dia sakit hati dengan Nizam. Geram betul.

Tasya masih lagi berfikir dan berfikir. Dia nak menjahit? Nak buat kek? Memang taklah. Tapi kalau itu yang boleh buat Faliq suka. Apa salahnya. Bukan susah pun nak buat. Hmm.. Nak juga perempuan ni. Tak apa, tengokkan jelah semampu mana. Nak jadi macam Aliaa konon, hahahaaa!!

Dia masih tak puashati. Dia nak juga buat Aliaa sakit hati. Sengaja cari pasal. Teringin sangat kut nak Aliaa marah, mengamuk. Silap haribulan lah Tasya. Kau ingat Aliaa macam kau. Handphone diambil.

" Hai.. Dah mula kerja ye? Baguslah.. Untuk pengetahuan you, Faliq baru info i, lepas dia ceraikan you dia terus nak nikahi i. Tak sabar i nak tunggu tau. Bahagianya..!! Jadi, you standby jelah ye dengan status janda.. Hahahaaa!!" Whatsapp dihantar.

"Hahaahaaa!! Rasakan kau. Kau buat aku kan, sejuta kali aku buat kau Aliaa.." Tasya gelak sendiri. Pelik juga dia ni.

"Oh iyeke! Alhamdulilah.. Tahniah!! Taklah berleluasa maksiat you all kan. Wow!! Hebatlah awak. Satu bangunan ni semua cerita pasal awak. Memang awak hebat saaangat..!!" Aliaa membalas. Senyum lebar dia dapat pujian hebat.

"Baru tahu ke?! I memang hebat, lebih hebat dari you Aliaa. Cakap je Tasya, semua orang kenal.."

"Yup betul tu. Hebat sangat gelaran yang diaorang bagi dekat awak tu. Patutnya awak dapat award tau.. Tasya si perampas dan perosak rumahtangga orang.  Gila tak hebat, kan..!! Okeylah. Tiba-tiba rasa ada parasitlah dekat handphone saya ni. Sebelum parasit ni merosakkan handphone saya. Saya blah dulu lah.. byee!!"

"Eeee... Gila punya perempuan!!" Handphone terus dicampakkan atas meja. Hampir nak jatuh ke lantai. Turun naik nafasnya, marah. Tahu pun sakit hati. Siapa suruh cari pasal.

" Dia ni tak ada hati perasaan kut. Apasal relax je ye dia ni. Aku bagi gambar,aku cakap macam-macam, aku marah tapi aku balik yang terkena. Bila aku nak tengok dia marah ek.  Gilalah.." Tasya cakap sendiri. Hmm..

Tasya bangun dan terus menuju ke bilik Faliq semula. Tak ada kerja minah ni. Senang betul hidupnya. Dengan muka selamba masuk ke bilik Faliq dan terus duduk. Faliq diam saja. Faliq menyusun fail dan kertas kerjanya tadi di tepi meja. Jam tangan dilihatnya. Dan kemudian, mengeluarkan handphone.

" Dah siap? Jom makan.. Lapar lah.. "

" Nak makan dekat mana?!" Tanya Faliq.

" KLCC tempat biasa..!" Senyum manja.

" Tak ada tempat lain dah ke. Sana je. Bosanlah.. Kedai mamak jelah. I nak makan kari daging.." Faliq mengambil kunci kereta dan terus bangun.

"Ha?? Mamak?? Taknaklah.. Kalau you nak makan dekat kedai mamak, you pergilah sendiri. I taknak. Tak payah makan pun tak apa" merajuk.

"Hmm.. Setiap hari nak makan tempat mahal macam tu. Lama-lama i jadi botak tau tak? Dahlah.. Jom..!!" Kata Faliq. Mengeluh kecil.

"You pergilah sorang. I taknak.." Alahai mengadanya.

" Okeylah KLCC pun KLCC lah.. Dah jom..!!" Senyum Faliq memujuk.

" Sayang juga you dekat i kan..!!" Tersenyum lebar Tasya. Terus berjalan memegang lengan Faliq. Naik meluat Nizam tengok.


" Hmm.. Buat malu kaum je. Sampai bilalah mereka ni. Bilalah Encik Faliq nak sedar. Bini punyalah cun, baik macam tu. Masih lagi melayan perempuan gila tu. Apa bagusnya Tasya tu. Dah macam jentik-jentik je aku tengok. Eeee... Astagfirullah Al Azim.." kata Nizam sendiri.

Pintu lift terbuka saja, mereka berdua terus keluar. Jalan bersama, Faliq melepaskan pegangan Tasya. Rimas pula dia. Menuruni anak tangga. Kacamata hitam dipakainya. Masih segak bergaya. Jalan beriringan bersama Tasya.
Dia memperlahankan langkah apabila ternampak susuk tubuh kecil itu bersama Erisya dan seorang lelaki tampan sedang berbincang sesuatu ditepi sebuah kereta mewah. Kacamata dibuka. Tajam merenung Aliaa yang berdiri dihadapan lelaki itu dan ditengah-tengah Erisya. Nampak mesra sekali. Aliaa tidak perasan kehadirannya tapi Erisya yang perasan.

" Amboii. Baru je kerja dah nampak mesralah wife you dengan lelaki. Hensem pula tu.." Tasya sengaja. Berkerut Faliq tengok. Tak berkelip mata. Jalan terus menghampiri.

" Okey lah Encik Haikal. Lepas ni semua urusan, Encik Haikal boleh terus tanya Cik Aliaa ya. Sebab lepas ni dia yang akan uruskan semua. Dia ganti saya..!!" Kata Erisya. Sengaja cakap kuat, sengaja bagi Faliq dengar.

"Maksud Cik Sya?!" Tanya Encik Haikal lembut.

" Saya akan kembali ke Terengganu. Jadi, Cik Aliaa lah yang ganti saya dekat sini. Dia Boss baru dekat sini tau. Harap Encik Haikal dapat bekerjasama dengan Cik Aliaa ya..!!" Jelas Erisya.

" Laa iyeke!! Tahniah Aliaa!! Siapalah yang taknak berkerjasama dengan Cik Aliaa yang cute ni kan.."  Tiba-tiba Faliq jadi cemburu bila dengar kata-kata Encik Haikal. Mahu saja dibagi penumbuk mukanya. Suka-suka nak puji bini aku, cetus didalam hati. Faliq! Dah kenapa nak jelous pula. Sebelah kau tu, kau tak fikir?

" Saya ni tak tahu apa-apa tau. Tunjuk ajar memang sangat diperlukan. Cik Sya yang paksa saya.." Aliaa merendah diri. Erisya gelak besar. Memang plan dia dan Dato' Hamid.

" Tak apa Cik Aliaa. Kami sedia memberi tunjuk ajar. Hmm.. Okeylah. Saya gerak dulu. Kita jumpa nanti ya.. Assalammualaikum..!" Kata Encik Haikal dengan senyumannya. Dan, terus masuk ke dalam kereta mewah itu.

"Waalaikumsalam.." jawab Erisya dan Aliaa serentak.

" Sya.. saya takutlah Sya. Semua orang yang berpangkat tinggi pula tu. Saya ni cuma.. Bantu-bantu bolehlah.."

" Alaa you ni. Bukan you tak kenal diaorang pun. Sebelum ni pun you ikut Zack kan. Orang yang sama jugalah. Dah.. Dah.. Jom makan. I laparlah. You nak makan dekat mana?!"

" Cafe jelah.. "

" Betul ni?! Taknak tempat lain?!" Tanya Erisya lagi.

"Iyelah.." Erisya senyum je. Faliq dan Tasya masih perhatikan Aliaa. Aliaa masih tak perasaan Faliq lagi.  Bila Aliaa pusing je mahu memulakan langkah. Terus terpandang Faliq bersama Tasya. Aliaa mengukirkan senyuman. Sikit pun tak buat muka marah ke sakit hati ke. Langsung tak. Tasya terus pegang lengan Faliq, tanpa perasaan malu. Geram pula Erisya tengok. Mahu je ditampar muka perempuan tu. Aliaa selamba je. Kuatnya hatimu Aliaa. Faliq pula merenung tepat wajah Aliaa. Muka yang cemburu.

Dengan selamba dan dengan senyuman manis. Aliaa terus melangkah dan meninggalkan Faliq bersama Tasya. Bersembang terus dengan Erisya. Memang Aliaa buat apa yang dia cakap. Bila terserempak dengan Faliq buat tak kenal. Betapa kuatnya hati Aliaa. Boleh dia senyum bila melihat suami bersama wanita lain. Berpegangan tangan pula tu. Kalau sudah berpisah okey lagi tapi masih suami isteri yang sah. Macam mana dia boleh hadapi dengan tenang? Macam mana boleh tersenyum lagi?

Erisya kagum dengan Aliaa. Kalau isteri lain nampak suami dengan wanita lain. Sudah mati si wanita tu dikerjakan oleh isteri. Tapi Aliaa.. Allahuakhbar..!! Tenang je. Tiada siapa tahu pun apa yang Aliaa rasa. Tiada siapa tahu pun hati dan perasaan Aliaa ketika itu. Untuk nampak kuat depan orang, depan suami yang curang dan depan wanita si perampas bukan sesuatu yang mudah. Ia sangat-sangat menyakitkan. Tapi kerana nekadnya hati, kerana kuatnya jiwa untuk tidak lemah dan tidak menangis depan mereka. Dia nekad.

Aliaa dah betul-betul pasrah dan redha dengan segala kemungkinan. Hati..!! Hanya Allah yang tahu. Menangis dan meraung. Bertabahlah Aliaa.. Bersabarlah.. Allah sentiasa bersamamu. Allah memahami hati perasaanmu. Allah dekat padamu.

Bila senyuman menutupi segala kedukaan..

Previous: Bab 21
Next: Bab 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.