336,736
Kategori:
Genre:
Bab 127
Tepat jam 7.00malam, Tasya sudah berada di lobi hotel. Dia menunggu seseorang datang dan berdiri jauh sikit dari pintu utama. Takut terserempak pula dengan Faliq. Apa yang di plan akan berjalan dengan lancar. Duganya sendiri. Dengan senyuman dan gaya ala-ala supermodel itu. Pakaian yang tak cukup kain, hanya memakai blouse ketat tanpa lengan dan skirt pendek paras lutut. Boleh menggegarkan iman yang memandang. Dasyat!! Biasa waktu begini Faliq hanya duduk di dalam bilik. Malam selepas maghrib baru Faliq akan turun makan. Itu perkara biasa yang Faliq akan lakukan setiap kali menginap di hotel ini. Tasya dah tahu setiap gerak geri Faliq. Selama ini memang itu yang dilakukannya.

Jam ditangan ditengok,  sudah 15 minit lewat. Dia mula rasa bengang. Orang yang ditunggu masih belum tiba lagi. Handphone dikeluarkan dari dalam handbagnya.

" Sorry.. Sorry.. !! Ada hal sikit..!" Norman, kawannya satu office di Singapore dahulu tapi sudah berhenti kerja dan juga mengenali Faliq.

" Kalau ia pun, call lah i. Buang masa i je lah..!" Marah Tasya.

" Alaaa sorrylah. I hantar wife i ke hospital nak bersalin.."

"Ha? Wife? Bila masa pula you kahwin? Wife betul ke wife tak betul.." Tasya agak terkejut mendengar berita tersebut.

" Oii.. Agak-agaklah. Wife halal lah. Dah setahun dah i kahwin. You tu je, apasal tak kahwin lagi. Tak laku..!"

" Amboi mulut..!! I bukan tak lakulah tapi i tunggu Faliq.." jawab Tasya.

" You ni kan, nak kata bodoh tak bodoh tapi memang bodoh pun. Dah orang tu taknak you, sudahlah. You yang terhegeh-hegeh nak dia kenapa? Sanggup runtuhkan rumahtangga dia. Tak rasa berdosa ke.." kata Norman.

" Hmm.. Alang-alang i dah buat dosa biarlah berdosa terus. You susah ke?!" Tasya bengang menjeling tajam pada Norman.

" Perangai you ni kan dari dulu tak ubah-ubah. Nama je anak ustaz, tapi perangai nauzubillah.. Kalaulah bapa you tahu perangai you ni. Mahu mati terkejut dia tahu tak. Sebab tulah i malas nak balik kampung, macam-macam orang tua tu tanya nanti. I yang malu.." kata Norman.

" You boleh tak kalau tak membebel. Sekarang ni macam mana plan. I nak benda ni settle malam ni juga.." Tasya rimas dan terus tukar cerita.

" Sekarang ni you nak i buat apa dan siapa?"

" Laaa.. Kan i dah terangkan semua.."

"Okey.. Okey.. !! Tapi siapa orang tu? Sampai  panggil pencegah maksiat semua."

"Faliq lah, siapa lagi..!" Jawab Tasya.

" Apa?? Faliq? You nak i perangkap Faliq?!"

" Iyalah..!"

"Hohohohoo.. Kalau Faliq. Sorry..!! I taknak.. taknak.. taknak..!!" Norman angkat kedua tangannya. Menggeleng-geleng kepala.

" Hey!! You dah janji kut. Duit pun i dah bagi kan. You jangan macam-macam Man..!! I datang sini semata-mata kerana Faliq tau tak.. !!" Merah padam muka Tasya menahan marah. Kecewanya dia rasa.

" Sorry Tasya. Faliq tu baik tau tak. I tak sangguplah nak perangkap dia. Kasihan dia.." Norman keluarkan sepuluh keping wang kertas bernilai rm100 dan beri kepada Tasya. Tasya tercengang.

" Man.. Man.. You tak kasihan dekat i ke. I nak kahwin dengan Faliq, i sayang dia sebab tu i buat macam ni. Please lah Man. You je yang boleh tolong i..!!" Tasya merayu.

" Sorry.. Sorry.. Sorry..!! Bukan ini caranya Sya, kalau Faliq taknak you, anggaplah tak ada jodoh. I pun tahu cerita dia, rumahtangga dia hancur sebab you sendiri. Dia punyalah sayang wife dia tapi sebab you Sya. Sudah-sudahlah Sya, taubatlah. Esok kalau you kahwin dan husband you buat you macam mana. Fikirlah Sya.. I taknak terlibat. Sorry!! Bye..!!" Norman terus berlalu meninggalkan.

" Man.. Man.. !! Boleh bincang kut. I bagi you lebih lagi..!!" Tasya menjerit memanggil Norman. Tapi Norman abaikan.

" Ishh!! Kurang ajar betul lah. Hancur musnah semua plan i. Gilalah..!!" Tasya marah sendiri. Turun naik nafasnya. Hari semakin gelap, sekejab lagi mesti Faliq turun. Dia ambil keputusan mahu masuk saja dalam bilik. Kalau dia terus berada disitu pasti akan terserempak dengan Faliq. Dia berjalan dengan perasaan marah menuju ke liff. Sakitnya hati dia.

" Tak apa! I boleh lakukan sendiri. Ingat i tak hebat ke. Ini Tasya lah.." kata Tasya sendiri.

Apa sebenarnya plan Tasya sampai confident sangat boleh berjaya tapi nasib tak menyebelahi dia. Jadinya, sakit hati sendirilah Tasya.

Di dalam bilik, Faliq dan Nizam berbual kosong. Ada saja ceritanya. Nizam tak jadi balik KL, anaknya sudah beransur sihat. Lega hatinya.

" Eh!! Kenapa Encik Faliq tak naik flight je. Kan senang. Tak penat memandu..!" Tanya Nizam.

" Habis kursus je saya terus balik. Nak naik flight lecehlah. Nak kena ikut time. Lagipun saya nak singgah Air Hitam nak beli pasu.." jawab Faliq dengan senyuman.

" Pasu? Nak buat apa?"

" Nak hadiahkan dekat mama saya dan nak beli untuk rumah baru saya.." seronok Faliq cerita.

" Rumah baru? Berapa banyak rumah Encik Faliq ada.." Nizam berkerut.

" Rumah saya Kondo tu je. Tapi tu nak jual dah. Banyak sangat kenangan rumah tu. Saya kan nak bina hidup baru dengan Aliaa. Jadi, semua saya nak baru. Hidup baru, rumah baru, senang sikit tak payah naik liff. Nak beli pasu nak tanam pokok bunga mawar. Nak buat taman mawar untuk Aliaa.." Semangat Faliq.

" Wow!! Baik punya plan. Apapun, semoga perkahwinan semula Encik Faliq dan Cik Aliaa akan terus bahagia dan kekal ke jannah. Aaminn..!!"

"Aaminn.. Insha Allah.. Terima kasih bro..!! Saya solat dulu, lepas tu turun makan ye. Lapar dah ni. Saya belanja awak malam ni..!"

" Okey set. Ni yang nak dengar ni.. Hahaha.." Nizam gelak. Nizam terus masuk ke dalam bilik air dan Faliq pula menunaikan solat maghrib.

Dikala hati Faliq sedang rasa bahagia dan gembira, sedang merancang yang terbaik untuk masa depannya bersama Aliaa. Ada insan yang cuba merosakkan dan memusnahkan kebahagiaannya. Merasa sangat sakit hati melihat kebahagiaannya. Selagi Faliq tidak menjadi miliknya selagi itu juga dia akan cuba hancurkan hidup Faliq bersama Aliaa. Satu persatu dirancang tapi tiap kali juga rancangannya gagal. Semakin sakit hati, semakin membusuk hatinya. Tidak puas dengan apa yang dilakukannya dulu. Dan kini dia usaha lagi untuk memiliki Faliq lagi. Mahu fight dengan Aliaa.

Tasya merenung wajahnya dicermin. Berkerut seribu. Rasa dendam semakin menebal. Apapun terjadi, dia akan tetap dapatkan Faliq. Akan tetap rampas Faliq dari Aliaa. Kadang, dia rasa putus asa bila Faliq langsung tak layan dia. Dia pun tahu, kasih sayang dan cinta Faliq pada Aliaa amat kuat. Tapi apa dia peduli. Macam-macam cara dia boleh buat untuk leraikan kasih sayang itu. Jika bukan benci dari Faliq pada Aliaa, dia akan lakukan supaya Aliaa yang membenci Faliq, dan meninggalkan Faliq. Waktu itu barulah dia akan cucuk jarum. Kejam sungguh hatinya.

Tasya keluar dari biliknya dan berjalan menuju ke bilik Faliq. Terhendap-hendap macam pencuri. Sampai saja di depan bilik Faliq, dia menunggu pintu dibuka. Hatinya kuat menyatakan Faliq akan keluar tak lama lagi. Tasya sudah standby dengan handphone. Mahu tangkap gambar Faliq bersamanya. Mahu beri gambar itu nanti pada Aliaa. Memang benar tekaannya. Tak lama kemudian, Faliq buka pintu. Sepantas kilat Tasya terus tangkap gambar mereka berdua tanpa disedari Faliq. Cukup cekap Tasya ni. Faliq amat-amat terkejut bila melihat Tasya dihadapannya. Terpaku seketika. Faliq masih lagi di muka pintu.

"Apa kau buat dekat sini?!" Berkerut dahi Faliq. Marah. Dengan pantas juga. Tasya terus menolak daun pintu dan terus masuk kedalam bilik Faliq tanpa perasaan malu.

" I nak jumpa you lah sayang..!! I miss you so much sayang..!!" Pintu tertutup. Tasya terus merapatkan badan pada Faliq. Menggoda Faliq.

"Woii.. Apa ni. Gila ke?!" Faliq menepis tangan Tasya yang mbelai-belai rambutnya. Tapi Tasya tetap menggoda. Dah macam orang gila saja si Tasya ni. Dengan keras, Faliq terus menolak badan Tasya.

"Sayang.. !! Sampai hati you tolak i. I datang sini semata-mata kerana you tau tak. I nak temankan you.. You tahu tak, i sangat-sangat rindu you..!!" Faliq lari ke katil dan Tasya kejar.

" Kau ni dah kenapa ha? Keluarlah. Tak malu ke..!" Jerit Faliq. Naik lemas dirinya. Kejar mengejar pula mereka ni.

"Sayang..!! I tahu you rindukan i. I tahu you nak i temankan you dekat sini.. !!" Tasya terus menggoda Faliq.

" Kau ni dirasuk syaitan ke apa ni. Ya Allah Ya Tuhanku..!! Lindungilah aku dari perempuan ni.."

" Sayang.. !! Kenapa you lari. Sinilah dengan i..!!" Tasya mengejar Faliq.

" Zam.. Zam.. Tolong saya!!" Terus Faliq lari ke pintu pula.

" Sayanggg..!!!" Tasya menjerit panggil Faliq.

" Astaghfirullah Al Azim.. Oii Tasya..  Kau buat apa dekat bilik kami ni.." Muncul Nizam dari dalam toilet. Terkejut besar dia melihat Tasya. Geleng kepala. Tercengang Tasya. Dia ingat hanya Faliq seorang saja dan tak tahu ada Nizam. Buat malu saja. 

"Eh!! Macam mana you.. you.. boleh ada dalam bilik ni? Bila you datang?" Tanya Tasya tergagap-gagap.

" Dah aku memang dekat sini. Kau tu yang kenapa datang bilik ni. Tak tahu malu ke? Kau keluar sekarang. Ni kalau pencegah maksiat datang, tak pasal-pasal dengan aku sekali kena. Berambus kau sekarang...!!" Marah Nizam. Faliq terdiam dan masih terkejut. Nizam buka pintu seluasnya mahu Tasya keluar.

" I nak jumpa Faliq..!" Tasya tetap berdegil.

" Kau nak apa lagi Tasya. Sudahlah. Jangan ganggu aku. Tolonglah faham..!!" Kata Faliq.

" I tak faham. I nak you juga.." Faliq menyapu muka dengan tangannya.

" Tasya.. Dengar ni. Aku tak pernah janji apa-apa dengan kau. Tolonglah jangan ganggu aku lagi. Kau carilah lelaki lain yang boleh bahagiakan kau. Tolonglah jangan ganggu aku dan Aliaa lagi. Tolonglah..!!"

"No..!! I cuma nak you je. Hanya you yang boleh bahagiakan i. I tak kisah pun kalau bermadu dengan Aliaa. Yang penting i dapat you..!" Tasya tetap dengan pendiriannya.

" Tasya.. Please lah. Terimalah hakikat ni. Aku  cuma nak hidup dengan Aliaa dan anak aku je. Cukuplah aku dah buat Aliaa menderita selama ni.."

" Oh!! Aliaa menderita you fikir. Habis i menderita kerana tunggu you kerana sayang you. You ada fikir tak? Okey!! Tak apa. I akan pergi tapi i akan datang balik. I akan buat sampai you sujud pada i Faliq. Dan i akan buat sampai Aliaa benci you..!!" Tajam mata Tasya pandang Faliq. Sinar mata penuh dengan dendam. Tasya terus keluar dengan langkah yang laju.

" Fuhh!! Gilalah macam ni Zam..!" Faliq tarik nafas dalam dan lepaskannya tanda lega. Bersandar di dinding.  Nizam tutup pintu.

" Terkejut saya. Tak senang saya nak buang air. Ingat Encik Faliq menyanyi tadi. Sekali keluar tengok muka Tasya. Subhanallah.. "

" Hahahaha.. Saya pun terkejut. Buka je pintu terus dia terjah masuk dalam. Isshh!! Seram saya. Menggigil seluruh badan.. !"

" Tu yang drama kejar-mengejar tu ye.. Hahahahaa.. !" Mereka berdua gelak bersama. Memang masing-masing terkejut dengan kehadiran Tasya secara tiba-tiba.

" Kalau saya tak ada tadi macam mana agaknya ye Encik Faliq. Ke Encik Faliq terus ngap je.."

" Subhanallah..!! Ishh!! Taklah.. Minta dijauhkanlah.." jawab Faliq.

" Manalah tahu. Ikan ada depan mata, ikan free pula tu. Hehe!! " Nizam mengusik.

"Ish!! Awak ni. Cukuplah dosa saya yang tak tertanggung. Tak larat dah nak tanggung. Taknak saya mati dalam kemaksiatan. Taubat bro taubat.. " balas Faliq. Nizam gelak.

" Dahlah. Jomlah makan. Lapar dah ni.." ajak Faliq. Mereka terus berjalan menuju ke liff. Masih lagi berbual rancak. Konon Faliq nak makan steamboat tapi terpaksa dibatalkan. Hilang moodnya langsung. Makan di cafe hotel sajalah.

Macam-macam yang berlaku. Tak tahulah apa plan Tasya seterusnya. Tapi plannya semua gagal. Allah masih melindungi Faliq. Tapi tak tahulah di kemudian hari. Faliq dan Aliaa kena bersedia untuk hadapi semua. Tasya memang takkan puas selagi tak dapat Faliq. Itu yang Faliq risaukan. Mahu diceritakan pada Aliaa secepat mungkin. Biar Aliaa tahu apa yang berlaku di sini, takut andai Tasya yang info Aliaa. Macam-macam fitnahnya nanti. Lagi parah. Selepas makan, dia akan hubungi Aliaa. Rindu pula pada Aliaa. Cepatlah masa berlalu. Biar cepat balik dan dapat jumpa di bakal  isteri semula. 

Previous: Bab 126
Next: Bab 128

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.