336,436
Kategori:
Genre:
Bab 134
Awal pagi lagi Aliaa sudah keluar rumah. Hari ni Adil outstation ke Miri, Sarawak selama lima hari. Konon Adil mahu minta Faliq yang hantar ke airport tapi Faliq pula ada meeting pagi ni. Jadinya, terpaksalah Aliaa yang menghantar abangnya. Agak kelam- kabut sikit, sudahlah Aliaa pun busy hari ini. Tak apalah, berkorban untuk si abang. Lagipun Aliaa sendiri yang menawarkan diri mahu hantar, boleh saja kalau Adil mahu naik grab ke uber. Tapi Aliaa sengaja menyusahkan diri.

" Abang.. Adik ingat hujung bulan ni nak ke Sabah lah. Nak tengok kedai. Lama dah tak tengok.." kata Aliaa.

" Berapa lama?!"

"Tak pasti. Rasanya seminggu kut. Nak kena check jadual kerja dulu.."

" Lama juga tu.."

" Sekalilah bercuti. Menghadap kerja je stress tahu tak. Abang nak join tak?!"

" Hohohoho.. Minta maaf, dua tiga bulan ni abang memang busy.."

" Hmm.. Okey!!"

" Adik ni bilanya nak nikah ni. Dah berapa lama dah ni, tak juga nikahnya.." Tanya Adil tiba-tiba. Aliaa mencebik.

"Nikah apanya lah kalau masing-masing busy macam ni. Relax lah abang.." jawab Aliaa selamba.

"Kalau nak tunggu masing-masing tak busy. Hmm.. Memang tak nikahlah jawabnya.."

"Elehh.. Cakap orang. Abang pun busy juga.." Aliaa menjeling Adil.

" Aik..!! Kenapa pula abang. Bukan abang yang nak nikah pun..!"

"Habis abang bukan wali adik?! Boleh ke adik nikah tanpa wali?!" Aliaa perli dan menjeling lagi. Adil sengeh. Merek terus berbual hinggalah sampai di lobi KLIA. Adil memberhentikan kereta dibahu jalan, terus keluar dari kereta dan mengeluarkan beg pakaiannya dari dalam bonet kereta.

"Ni abang tak ada seminggu ni, jaga diri baik-baik tau. Jaga Dhia elok-elok. Selama abang tak ada ni, abang taknak dengar adik tak sihat. Jadi, kena jaga kesihatan. Okey?!" Pesan Adil.

"Iya..!"

" Kalau ada apa-apa terus call Faliq. Kalau nak keluar dengan Faliq, kena info abang. Jangan sampai buat benda tak elok pula.." Terbeliak mata Aliaa dengar Adil cakap begitu.

" Ishh!! Abang ni ke situ pula dia..!" Berkerut Aliaa.

"Ha lah. Dah baik kut, bila berdua tu ada yang ketiga. Hati-hati..!" Sambung Adil lagi memberi peringatan.

" Iya abang. Jangan risau..!! Adik abang ni masih ingat dosa pahala, haram halal. Insha Allah abangku sayang.. Dah.. Dah..Pergi check in sana,nanti terlepas pula flight tu.."

" Baguslah kalau macam tu. Lega sikit abang dengar..! Okey!! " Adil senyum, Aliaa tahu Adil sengaja cakap macam tu dan buat selamba saja. Setelah bersalaman, pesan memesan, Adil terus berjalan masuk ke dalam airport manakala Aliaa pula terus memandu laju. Mahu cepat sampai office. Jalan KLIA ni seronok, lancar dan lengang saja. Seronok saja memandu sambil bernyanyi sendiri. Layan perasan jelah.

Aliaa perasan sesuatu, seperti ada sebuah kereta sedang mengekorinya. Kereta Proton Saga berwarna hitam. Tapi nombor plat dia tidak perasan. Aliaa ke kanan dia ikut, Aliaa ke kiri pun dia ikut, Aliaa memandu perlahan laju pun dia ikut. Ishh! Bikin cuak jelah. Tak apa Aliaa. Relax.!! Memandu macam biasa je. Katanya sendiri. Okeylah.. Nak cuak pun buat apa, kut-kut memang orang tu satu jalan. Positif je.

Tutt... Tuttt..!! Handphone  berbunyi. Tak lain tak bukan, Mr. Arkitek dialah tu.

" Assalammualaikum..!"

"Waalaikumsalam.. Awak dekat mana? Dah hantar abang ke?!" Tanya Faliq.

" Dah.. On the way ke office lah ni.."

" Saya pun on the way ke office juga ni, nanti kalau sempat kita lunch sama ye. Lama dah tak lunch dengan awak..!" Aliaa senyum.

"Okey.. Bye..!!" Aliaa terus matikan talian. Senyum sendiri. Aliaa masih lagi perhatikan kereta hitam itu. Rasa mencurigakan. Memang sah orang itu ikut Aliaa, Aliaa sengaja memandu perlahan. Kalau orang itu mahu potong kereta Aliaa, boleh saja tapi tak pun. Nak juga Aliaa tengok siapa pemandunya. Tak apa, layankan saja.

Aliaa ambil keputusan parking di dalam bangunan office. Memang Aliaa sengaja parking disini sebab mahu tahu kereta tu masih ikut lagi atau tidak dan berkobar-kobar dia mahu tahu siapa orang tu. Aliaa dah tak tahu takut dah, yang Aliaa mahu tahu iaitu siapa dan kenapa orang itu  ikut Aliaa.

Aliaa keluar dari kereta dengan mata yang meliar mencari kelibat lelaki tadi. Tak ada pula. Hampa. Dia jalan terus menuju ke lobi. Jalan perlahan-lahan saja, manalah tahu lelaki tu ikutnya lagi. Sambil beryanyi happy. Jalan punya jalan. Tiba-tiba, badan Aliaa ditolak keras oleh seseorang. Gila punya orang! Selamat Aliaa tak tersungkur jatuh. Aliaa terus menoleh ke belakang, Tasya rupanya.

"Oii Kau ni dah kenapa? Cari pasal?!" Berkerut Aliaa. Marah!

" Memang i cari pasal. Sebab you.. I kena pecat. Sebab you...!!" Aliaa dah pelik. Dah kenapa sebab dia pula. Bukannya dia buat salah pun.

" Aik!! Aku tak tahu menahu pun dan kau pun tak ada kena mengena dengan aku pun.." balas Aliaa.

" You memang nak kena. I takkan lepaskan you Aliaa. You ambil Faliq dari i sampai dia benci i. Dia lupa janji dia mahu menikahi i.. Semua sebab you.. You patut mati..!!" Marah betul Tasya. Dah macam orang gila saja si Tasya menjerit.

"Dia yang rampas laki aku, cakap aku pula. Pelik!! Ish!! Dahlah.. Malaslah layan orang macam kau ni.." Aliaa terus melangkah meninggalkannya. Dia tahu Tasya masih tak puashati.

"Kurang ajar you kan..!" Aliaa terus memberhentikan langkah dan terus menoleh ke belakang. Dan dengan pantas tangan Tasya menghayun handbag nya mahu memukul Aliaa dan Aliaa terus tendang kaki Tasya. Terus Tasya terduduk. Ada hati nak pukul Aliaa konon. Silaplah kau Tasya.

" Aduhhh!! You memang kurang ajar Aliaa. Nanti you Aliaa.. I akan balas semua..!!" Terjerit-jerit Tasya kesakitan.

" Kau yang nak pukul aku kan. Aku tak fahamlah dengan kau ni. Apa masalah kau ni ha? Meroyan tak tentu pasal. Aku tak kacau kau kut.. Pelik..!!" Aliaa tepat pandang Tasya yang masih lagi terduduk mengurut kakinya. Mengaduh kesakitan dia. Geram betul dia pada Tasya, dan jalan meninggalkan Tasya tapi memberhentikan langkah dan  menoleh semula pada Tasya, pandang muka Tasya. Kasihan dia. Cetus dalam hatinya dan senyum. Aliaa kembali pada Tasya dan menghulurkan tangan, mahu membantu tapi Tasya pandang Aliaa seperti mahu makan pula.

" Tak payah nak tolong. I boleh bangun sendiri..!" Berlagaklah pula. Aliaa geleng kepala. Tasya bangun perlahan-lahan. Sampai ada kesan lebam di betisnya akibat ditendang oleh Aliaa tadi.

"Aliaa.. I takkan lepaskan you. Apapun terjadi, you tetap akan i singkirkan dari dalam hidup i. Ingat tu Aliaa..!!" Hmm.. Bosan Aliaa dengar.

"Kau nak apa sebenarnya.." tanya Aliaa lembut.

"I nak Faliq..!!" Jawabnya terus.

"Tapi Faliq taknak engkau kan. Kalau dia nak kau dah lama dah dia pergi jauh dari hidup aku.." jelas Aliaa.

" Memang dia taknak i sebab ada you. Faham tak sebab ada you!! Sekarang ni you ni penghalang cinta Faliq pada i. You memang kejam.." Ha?  Aliaa pula disalahkan. Memang perempuan tak sedar diri.

"Aku tak kejam tapi cuma kau yang merosakkan rumahtangga aku. Kau runtuhkan rumahtangga aku dan bila laki aku taknak kau, kau nak salahkan aku? Hahaha.. Hebat betullah kau ni.." Aliaa gelak kecil. Pelik dia sendiri.

" Okey!! You gelaklah. You gelakkan i sekarang. Gelaklah Aliaa. Satu hari nanti, gelak you tu akan memakan diri sendiri. Dan i orang pertama yang akan gelakkan you sampai satu dunia dengar.. !!"

"Sukahati kaulah. Okey bye.!" Aliaa malas mahu layan dan terus meninggalkan Tasya sendiri.

"You tunggu masanya akan tiba Aliaa.. Tungguu!!" Tasya menjerit kuat. Langsung tak tahu malu menjerit macam orang gila. Punyalah sakit hati dia pada Aliaa. Makin bertambah dendamnya pada Aliaa. Semakin stress dibuatnya.

Dia pandang Aliaa yang semakin jauh berjalan hingga hilang dari pandangannya. Turun naik nafasnya tahan marah.

" I akan hapuskan you Aliaa. I akan buat juga. Bila you dah tak ada, i yakin yang Faliq akan kembali pada i. Waktu tu baru you tahu, langit itu tinggi atau rendah."kata Tasya sendiri. Senyum.

Mana Tasya nak pergi sekarang? Nak masuk office, awal pagi lagi sudah dipecat. Nasiblah. Asyik nak menular saja, ponteng kerja saja dan macam-macam lagi masalah Tasya ni. Betul-betul pekerja bermasalah. Majikan manalah nak ambil dia bekerja kalau begini sikapnya. Malang sungguh majikan itu.


Tapi apa kisah, orang cantik, bergaya dan pandai bercakap mudah saja diterima bekerja. Hmm.. Tasya ..Tasya..!! Dia mula melangkah perlahan-lahan menuju ke keretanya. Terhenjut-henjut menahan sakit kakinya. Rasa macam mahu patah kakinya. Mulut masih lagi memaki hamun Aliaa.

"Siapa pula depan kereta i tu? Takkan orang nak tarik kereta kut. Ha? Oh no.!!" Terbeliak terus mata Tasya dan laju jalannya walaupun sakit kaki.

" You nak apa ni dekat kereta i ni? You nak tarik kereta i ke? Belum cukup bulan kut.." Terus Tasya bertanya. Muka ketakutan. Habislah kalau kereta kena tarik, dah masuk tiga bulan masih tak berbayar lagi. Entah manalah duitnya sampai tak bayar kereta.

" Berapa bulan kau tak bayar kereta ni?!" Tanya lelaki berjaket hitam itu. Serius muka.

"Alaaa. Baru masuk tiga bulan kut bukan lapan bulan.." selamba saja Tasya menjawab. Lelaki itu masih memandangnya serius.

" Aku nak bagi warning pada kau ni. Kalau kau kacau Aliaa dan cuba cederakan Aliaa. Bukan kereta kau je aku tarik, dengan kau sekali aku tarik masuk lubang kubur..!!" Kata lelaki itu. Suara keras dan tegas. Jari telunjuk diarahkan tepat di mata Tasya. Naik juling mata Tasya.

" Apa kena mengena kereta i dengan Aliaa? You ni kenapa nak warning i..! You ni siapa?!"  Tanya Tasya. Pelik.

" Siapa aku, tak penting. Ingat ya!! Kau kacau Aliaa dan Faliq lagi lepas ini, nahas kau..!" Lelaki itu masih memberi amaran.

"Hmm.. Kalau i tetap kacau. You nak buat apa pada i?"Tak ada perasaan takut langsung Tasya ni.

"Kau ni memang perempuan tak faham bahasa kan. Kan aku dah cakap, aku akan tarik kau ke lubang kubur. Dan ini amaran pertama.." Lelaki tadi mengeluarkan satu botol kecil cecair asid dan menuangnya diatas kereta Tasya. Berasap dan terus terkopek cat kereta Tasya.

" Oii.. Apa you buat ni. Habis kereta i..!" Tercengang dan marah terus Tasya. Lelaki itu hanya gelak.

"Sekarang aku bagi kau pilihan. Kau nak masuk lubang kubur ke atau nak muka kau jadi macam cat kereta ni. Kau boleh pilih?" Kata lelaki itu. Sinis.

" Gila..! Kau nak aku buat apa?"

" Kan aku dah cakap, jangan kacau Aliaa dan Faliq lagi. Ingat ni. Ingat..!!" Lelaki tadi terus jalan sambil bersiul-siul sendiri. Tasya hanya perhatikan saja. Tak mampu mahu bersuara lagi. Terkedu dia. Lelaki tadi sempat pandangnya dan kelip mata padanya seakan mengejek dan senyum.

Tasya terus masuk ke dalam keretanya. Dan terus lock pintu. Tahu cuak!

" Arhhhhhh!!! Bodoh!! Semua bodoh..!!" Jerit Tasya sendiri dalam kereta melepaskan tekanannya. Hari ini hari malang untuknya. Pagi-pagi, semangat nak masuk office, kena pecat dengan Dato' Chiew sendiri. Kemudian, ditendang pula oleh Aliaa hingga jatuh dan lebam kakinya dan keretanya dirosakkan catnya walaupun sikit hingga terkopek kerana dituang asid oleh lelaki yang tak tahu dari mana datangnya. Mujurlah mukanya tidak disimbah asid. Dan, sekarang dia tak tahu mahu kemana.

Orang yang berhati busuk memang takkan tenang hidupnya. Orang yang berdendam akan ditimpa macam-macam masalah dari apa yang dia lakukan sendiri tanpa dia sedar. Setiap perbuatan pasti akan ada balasan. Cuma sedar dan tak sedar saja.

Tasya masih lagi termenung didalam kereta. Buntu dan buntu. Tak tahu apa yang harus dilakukannya lagi. Dan masih berfikir mengenai lelaki tadi.

"Siapa lelaki tadi tu ek? Kenapa dia warning i?  Dia kenal i, kenal Faliq dan Aliaa pula tu? Takkan Aliaa pasang bodyguard kut. Tak mungkin, kalau bodyguard akan sentiasa bersama Aliaa mana je kut. Kalau betul bodyguard Aliaa, tadi waktu i nak belasah Aliaa kenapa dia tak ada pula. I yang kena balik dengan Aliaa adalah. Bukan.. bukan..! I tak fikir itu bodyguard. Elehh... Ingat i takut ke?! Setakat ugutan macam tu, hmm.. Tak hairanlah. Saja je dia tu nak gertak i. Sorrylah..!! Ini Tasya lah. Tak takut pun..!!" Katanya sendiri. Amboi.. Berlagak sungguh Tasya ni. Tak ada kesedaran langsung. Nak tunggu tersungkur jatuh baru dia nak sedar mungkin tapi biasalah manusia. Selagi tak tersungkur terduduk dan tak kena batang hidung sendiri memang takkan sedar. Hmm..

Previous: Bab 133
Next: Bab 135

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.