336,745
Kategori:
Genre:
Bab 114
Hari ni rasa letih sangat. Cadangnya, selesai urusan kerja dia mahu terus pulang ke rumah. Mahu merehatkan badan. Setiap hari asyik balik lewat saja,hari cuti hujung minggu pun kena kerja. Mujurlah hari ni dapat siap awal dari jangkaan dan dapatlah esok dia berehat di rumah. Tapi apakan daya, baru saja menghidupkan enjin kereta tadi. Dia dapat panggilan dari sahabat sejatinya si Faliq. Mahu jumpa pula dah. Ada hal katanya. Hal apalah pula. Hmm.. Tak lain tak bukan mesti mengenai si adik. Apalah yang dia nak cakapkan. Rasanya Faliq dan Aliaa baru jumpa tadi. Mesti Aliaa buat hal kut. Cetus hatinya.

Naik pening dia sendiri melayan karenah adik kandung dan bekas adik ipar. Yang seorang macam ni yang seorang macam tu. Lama-lama dia sendiri yang jadi tekanan. Si Faliq ni pun satu, siapa suruh buat hal. Buat keputusan ikut nafsu, dah jadi macam ni baru terhegeh-hegeh mencari balik. Memang betul-betul meroyan. Nak salahkan Aliaa pun tak boleh, hati wanita bila dah kecewa, hampa, hancur dan patah hati, ingat senang-senang mereka nak lupakan dan nak terima. Lagi-lagi hati seperti Aliaa ni. Bila dah kata tidak. Jawapnya tetap tidak. Kalau hitam, tetap hitam. Nasiblah kalau hatinya boleh terbuka untuk terima. Kira bonuslah tu. Dulu masa nikah pun, kalau tak dipaksa, tak diugut dan kalau tak sebab Adil sendiri yang bagi keyakinan 100% pada Aliaa untuk terima Faliq. Rasa memang tak dilayan pun oleh Aliaa. Tapi itulah si Faliq ni. Dah ditolong tapi buat hal. Ni minta tolong lagi. Serba salah pula Adil. Tak ditolong, sahabat tapi dah ditolong nanti buat hal pada adiknya. Bikin sakit hati.

Tapi kasihan pada Aliaa yang kena tanggung segalanya. Apa sahaja yang diminta oleh Adil pastinya Aliaa akan ikut. Walaupun nak tunggu jawapan tu memang lama tapi Aliaa tetap akan ikut jugalah cakap abangnya. Dia tahu sangat hati adiknya ni. Dia taknak paksa memaksa tapi kalau tak buat macam tu. Aliaa akan terus hidup macam ni. Hidup sendiri, semua sendiri. Sudahlah zaman bujangnya hidup sendiri. Dia nak adiknya punyai teman hidup.  Sekeras-keras hati Aliaa sebenarnya hatinya lembut. Cuma malas saja nak ambil port. Apa pun keputusan Adil, ikut sajalah. Biarkanlah. Tak apalah. Redha sajalah. Bagi dia janji abangnya happy dan bahagia walau hatinya sendiri terluka. Oh Adikku sayang..!!

" Oit.. !! Lama ke tunggu. Sorry..!! " Tegur Adil dan terus duduk di hadapan Faliq.

" Taklah. Aku yang patut say sorry dekat kau bro. Curi masa kau ni.." kata Faliq sengeh.

" Kau memang biasa pun curi masa aku. Curi tenaga aku, curi semua. Ni apahal ni. Mesti sebab Aliaa ni.." Faliq gelak.

" Siapa lagi yang nak curi masa kau kalau tak aku kan. Hehe.. !! Ofcourse sebab Aliaa. Eh! Orderlah dulu. Lepak-lepak dulu, relax dulu. Makan minum dulu. Order je apa kau nak, aku belanja.." Membodek lebih Faliq ni.

Muncul seorang pelayan wanita muda mengambil pesanan makanan. Tapi Adil hanya pesan minuman sahaja. Dan kemudian kembali masuk ke dalam restoran.

" Eh bro..!! Ko bukan ke majlis kahwin Naim ke tadi dengan Aliaa?!" Tanya Adil.

" Iyalah pun. Lama jugalah dekat sana tadi. Bersembang dengan officemate Aliaa. Lepas tu Aliaa minta temankan ke kubur.." Faliq buka cerita.

" Kubur arwah Haikal?!" Teka Adil. Faliq angguk.

" Dia rindu arwahlah tu.." sambung Adil lagi. Pelayan datang menghantar air tembikai untuk Adil dan kembali semula ke dalam restoran.

"Tulah. Tapi masa nak keluar dari kubur tu. Dia cakap dia nampak Haikal tau bro. Mencari-cari jugalah dia.." cerita Faliq. Adil menyedut air. Lega rasa tekaknya. Pandang ke muka Faliq dan senyum.

" Biasalah Aliaa. Kalau dia rindu, mulalah dia asyik teringat, asyik terbayang-bayang arwah.  Dalam gelak ketawa pun terus boleh jadi sedih kalau teringat. Bukan pada arwah Haikal je. Arwah ibu ayah aku pun macam tu juga. Kau takkanlah tak perasan.." jelas Adil yang amat memahami si adik.

"Iya.. Tahu juga. Tapi kalau arwah ibu ayah tu siapa pun akan sedih. Ni arwah Haikal. Macam pelik je.. Ke dia dan Haikal dulu bercinta?" Lah dah kenapa si Faliq ni. Adil gelak kecil. Geleng kepala.

"Dah mereka sahabat baik kut masa di Sabah tu. Aik bro!! Yang kau nak jelous dengan orang yang dah meninggal ni dah kenapa? Yang pelik-peliklah kau ni.." Adil berkerut. Faliq garu kepala dan sengeh.

" Eh.. Mana ada jelous. Cuma aku tengok Aliaa macam tak boleh lupakan arwah je. Kut-kut dia tak terima aku sebab ni kut.." Faliq pula meneka.

" Hmm.. Kalau dia tak boleh lupakan arwah pun aku rasa itu normal kut. Sebab orang yang baik memang susah kita nak lupakan. Orang yang tak baik, sekelip mata je senang lupakan. Betul kan..!!" Jawab Adil selamba. Sinis.

"Aik!! Ni sembang jujur ke sembang perli ni bro.."

" Haahaha.. Dua-dua.." Gelak Adil sendiri.

" Dil.. Kau sebagai abang kan. Kau rasa-rasalah kan, Aliaa nak ke rujuk dengan aku lagi. Aku rasa tak sedap hatilah.." Katanya serius. Adil menyandarkan badan di kerusi.

" Entahlah bro. Tak boleh nak cakap. Hati dia kan.. Kalau aku cakap memang dia on jelah. Tapi masalahnya, aku nak cakap pun aku jadi takutlah bro.."

" Takut kenapa?!"

" Takutlah.. Aliaa tu ikut je cakap aku. Elok-elok adik aku terima, kang kau buat hal lagi. Adik aku juga jadi mangsa. Aku ni jadi bersalah sangat. Pun fikir sejuta kali tau dan aku fikir Dhia je.." Faliq diam membisu.

" Bro.. Bro.. ! Ini kali, insha Allah aku takkan ulang lagi. Semua tu buat aku jadi insaf sangat. Percayalah..!"

" Liq.. Kau tahu tak. Anak kau tu bijak. Dhia tak tanya dekat kau, tak tanya Aliaa tapi dia tanya aku. Kenapa mama dan papanya itu ini. Sesak nafas aku nak jawab. Anak kecil tu memahami hati mama dia. Dhia selalu nampak Aliaa nangis dalam bilik. Dhia taknak Aliaa sedih, sebab tu dia tanya aku. Dan untuk pegetahuan kau, Aliaa tu dah pasrah sangat dah. Apa aku cakap, dia ikut je. Dia dah malas nak fikir. Redha je. Jadi, kalau contohlah dia terima kau semula maknanya dia memang dah sedia untuk tanggung risiko.." Sebak pula hati Faliq dengar.

" Aku tahu. Tapi aku betul-betul sayang Aliaa, anak aku. Aku sayang family aku, aku tahu kau pun berat sebenarnya nak tolong ni tapi aku memang nak rujuk dengan adik kau. Aku merayu pada kau. Aku serius ni bro.."

" Aku dan family kau pun cuba tolonglah ni beb. Tapi kalau dia yang taknak. Nak buat macam mana? Paksa boleh tapi hati dia yang menderita nanti. Ish!! Taknak aku biarkan adik aku jadi tekanan perasaan.." kata Adil lagi. Cukuplah perkahwinan pertamanya dah buat Aliaa menderita. Inipun Adil sengaja cakap paksa nak tengok sejauh mana Aliaa sayang Faliq tapi macam tak ada respon saja. Hmm..

" Sorrylah bro. Aku pun taknak dia macam tu.." Faliq mengeluarkan kotak baldu kecil dari dalam poketnya dan diletakkan diatas meja.

" Tadi aku bagi cincin ni pada Aliaa. Cincin dia juga ni dulu. Kau tahu kan.. Tapi dia tolak. Dia suruh aku simpan dalam muzium. Tu yang buat hati aku tak tenang ni. Sedih bro sedih..!!" Adil gelak. Patutlah hati Faliq tak keruan rupanya pinangan kali kedua dengan si jandanya ditolak. Hehe!!

" Bro tolong bagi ni dekat dia. Manalah tahukan, dia simpan cincin ni boleh terbuka hati dia. Kalau cincin ni ada pada jari dia maknanya dia terima akulah tu tapi kalau tak, faham-faham aku sendirilah.. Nasib badann!!" Pinta Faliq. Adil sambung gelak lagi.
Kasihan dia tengok sahabatnya ni, kasih kali kedua tidak kesampaian tapi kasihan lagi adiknya. Dua-dua dia kasihan.

" Sayanggggg..!!! Hey sayang.. You buat apa dekat sini? Kenapa tak call i ? Kenapa tak ajak i ? Eh!! Macam kenal lah. Hai hensem..!!" Terkejut beruk Faliq dan Adil bila tiba-tiba Tasya muncul. Entah dari planet mana entah minah ni.

" Oiii Tak payahlah nak pegang-pegang. Gelilah.. Gilalah dia ni..!" Marah Faliq. Di tepis-tepis tangan Tasya.

" Sombongnya..!" Tasya dengan selamba tanpa dipelawa terus duduk di kerusi. Menyirap saja hati Faliq tengok. Adil hanya berdiam.

" Eh!! Apa ni. Wah!! Cincin lah. Cantiknya..!! Untuk i ke cincin ni you.. Thanks sayang.. !"
Selamba muka Tasya ambil kotak cincin dan terus buka. Berkerut terus Faliq.

"Letak balik cincin tu. I cakap letak. You tak ada hak sentuh cincin tu. Letak..!" Kata Faliq tegas. Betul-betul marah.


" Oh ni cincin untuk janda you lah kan. Setakat cincin macam ni, bersepahlah tepi jalan. Tak hairan pun.." Tasya terus letakkan semula cincin. Menjeling pada Faliq.

" You pergi dari sini. You nak menyibuk ni kenapa? Tak malu." Geram saja Faliq ni tengok Tasya. Adil tarik nafas dalam.

" Faliq..!! Mana you pergi i akan ada tau. You je tak tahu, orang kata cubit peha kanan, sakit peha kiri. Macam tulah i, you kemana je, buat apa je. I boleh tahu tau.. i dapat rasa mana you ada. Betapa sayangnya i pada you..!" Pelik. Entah apa yang dicakapkannya. Faliq tutup hidung. Ada bau sesuatu yang amat busuk dari Tasya. Bau minuman keras. Patutlah macam orang tak betul. Lalok.

" I cakap baik-baik ni. You tolong pergi sekarang dari sini. Jangan ganggu i. Please!!" Kata Faliq lembut.

" Hmm..Jadi you halau i lah ni. Okeylah. I pergi tapi i akan tetap akan kembali pada you tau sayang..!!" Tasya bangun dari kerusi. Senyum menggoda pada Faliq. Tak dilayan Faliq pun. Terasa amat malu Faliq depan Adil.

" Oh ya!! You ni abang janda Faliq kan. I nak you cakap dekat adik you. Jangan nak bangga sangat dan jangan mimpi akan kahwin dengan kekasih i ni. Sebab i sendiri yang akan buat dia tinggalkan Faliq. Dan akan buat Faliq tinggalkan diaaa.. Hahahaha! Bye hensem.. Bye  Sayang.. !! Muah.. muah!!" Dengan gaya menggoda, Tasya terus berjalan terhoyong- hayang, bernyanyi-nyanyi sendiri. Faliq dan Adil hanya memerhati saja.

" Broo.. Broo.. !!! Aku.. Aku minta maaf bro. Aku tak tahu macam mana dia boleh muncul tiba-tiba. Maaf bro..!!" Terus Faliq cakap. Betul-betul dia risau kalau Adil fikir lain pula.

" Ish!! Kau ni, tak ada apalah. Aku tahu..!" Jawab Adil. Senyum. Nampak betul muka bersalah Faliq. Cuak tak tentu pasal. Adil ambil kotak cincin.

"Aku ambil ni dan nanti aku bagi Aliaa. Dia terima atau tak terima, tu aku tak tahu ya.."

"Baiklah.. Thanks bro..!" Faliq senyum.

"Okeylah. Nak masuk maghrib dah ni. Jom gerak dulu.."

"Aha lah. Tak perasan pula.." Faliq menuju ke kaunter bayaran. Membayar minuman dan mereka terus meninggalkan restoran. Mereka berpisah arah.

Adil senyum sendiri meletakkan kotan cincin disebelah seatnya. Nak kena pujuk Aliaa nanti. Tak tahu lagi dah dia, macam mana nak buat biar lembut hati adiknya. Ada juga dia terfikir. Mahu Dhia yang pujuk hati mamanya itu untuk kembali bersatu pada papanya. Tapi macam mana dia nak mulakan. Hati seorang ibu memang akan mudah tersentuh dengan kata-kata si anak. Lagi pula Dhia masih kecil dan yang memang perlukan mama dan papanya. Dan memang Dhia sendiri pun mahu mama dan papanya duduk bersama seperti orang lain. Mungkin dengan cara ini,  boleh berjaya.

Tunggu  Dhia balik nanti. Dhia lebih rapat dengan Adil berbanding Aliaa. Iyalah.. Adil saja yang melayan Dhia, yang banyak masa bersama Dhia. Aliaa kalau dah busy kerja memang jarang melayan si Dhia. Lagi pula Aliaa selalu saja sakit sebelum ni. Memang tak dan nak melayan Dhia sangat. Tapi mujur anak kecil itu memahami. Selalu Dhia meluah pada Adil. Kasihan Dhia..!! Luahan hati si kecil sangat menyedihkan. Kadang mereka meluahkan tapi jarang sekali difahami. Setiap lukisan Dhia, sebenarnya punyai maksud yang amat mendalam. Lebih-lebih lagi jika lukisan itu adalah lukisan keluarganya. Memang tersentuh hati.  


Previous: Bab 113
Next: Bab 115

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.