336,395
Kategori:
Genre:
Bab 32
Mata kami masih bertentangan. Hampir airmata aku menitis. Tiba-tiba rasa sebak pula. Mata dia pun tak berkedip pandang aku. Redup matanya, terkejut pandang aku.

" Along kenal dia?!" Suara makcik mematikan lamunan kami. Aku terus pandang arah lain. Dia masih lagi pandang aku.

"Aliaa buat apa dekat sini?" Tanyanya lembut. Aku masih membisu. Tiada jawapan.

"Cik.. Saya nak yang ni ye..." Aku senyum dan minta izin layan customer sekejab. Dalam hati masih berdebar. Dan dia membuat bayaran pada Lina. Mata tetap pandang aku seribu persoalan. Setelah selesai urusan aku bersama customer. Dia kembali pada aku.

" Kita keluar minum sekejab boleh?!" Pintanya. Dia senyum. Senyuman itu buat aku teringat zaman dulu. Oh Zahwan. Kenapa kau muncul diwaktu aku sedang dalam kesedihan begini. Kenapa Allah temukan kau lagi padaku? Bisik hatiku. Aku langsung tak bersuara. Nak taknak memang kena jumpa dia dan minta tolong dia. Takut dia info abang. Tu yang paling aku takut. Jadi, okey aku on je. Lagipun, bukan berdua tapi ada mamanya. Aku minta izin Kak Su untuk keluar sekejab. Kami berjalan bersama dan masuk satu restoran. Aman dan tenang sekali. Aku berbual dengan makcik. Senyum lebar je Zahwan. Kami duduk di tepi sudut restoran. Setelah memesan minuman kami berbual lagi.

" Dah berapa lama Aliaa dekat sini?!" Tanyanya.

"Lebih kurang 3bulan.." jawabku ringkas.

" Habis.. awak dekat sini dengan siapa? Faliq?!" Aku menarik nafas panjang. Membalas pandangannya dan senyum. Sesuatu yang berat nak jawab sebenarnya bila sebut mengenai Faliq. Automatik airmata nak jatuh tapi relax Aliaa.. coolll...!! Aku senyum dan hanya mampu menggeleng kepala.

" Along kenal Aliaa? Dari tadi mama bertanya tidak mahu menjawab.." makcik bertanya. Zahwan senyum.

" Mama ingat tak. Dulu, sebelum Along masuk Universiti. Along selalu curi-curi guna handphone mama call sumandak, bilang. Dan along pernah cerita sama mama. Orang yang tunggu dan setia sama Along dulu. Tapi Along tak hargai, dan dia dah kahwin dengan Faliq. Sahabat Along tu. Inilah dia orangnya.. Aliaa Sofea. Adik Adil.. " Terang Zahwan. Mengimbau kenangan dulu. Aduhai Zahwan. Kenapa kau ingatkan semula. Aku senyum tawar. Matanya masih tepat ke mataku.

" Oo inilah orangnya. Iyalah, mama ingat. Setiap hari habis kredit mama Along kerjakan."
Aku hanya senyum.

" Aliaa.. awak ada masalah?!" Alamak!! Ni yang taknak dengar ni. Soalan sensitif. Aku mula jadi serba salah. Selamba pula si Zahwan ni tanya depan mamanya. Malunyaaa..!!

"Awak masih kerja di KL lagi ke Wan? Rasanya sejak majlis kahwin saya, dah tak dengar khabar berita awak?!" Aku terus elak dari menjawab dan bertanya soalan lain padanya pula.

"Saya dah tak kerja KL lagi. Saya kerja di Jordan. Ni baru balik sebab adik saya nak kahwin.."

"Jordan?! Dah berapa lama?!" Oo patutlah lama tak dengar khabar.

" Dah 2 tahun, lepas saya dan bekas isteri berpisah saya terus bawa diri ke Jordan.." katanya tenang. Aku tercengang. Biar betul?!

"Berpisah?" Terkejut aku.

"Iya Aliaa.. Tiada jodoh sudah.." jawab makcik.

"I'm so sorry Wan. Saya tak tahu..! Maaf makcik.."

" It's okey!! Don't worry..!!" Senyumnya. Perkahwinannya gagal. Dan, aku?? Sama nasib dengan Zahwan juga ke?! Huh!! Entahlah.. Digantung tak bertali. Sedihnya..

" Sebenarnya awak okey tak Aliaa?!" Aku tertelan liur. Aku faham maksud "okey" dia tu. Aku senyum je.

"Jangan risau. Mama okey. Saya banyak pun cerita pasal awak dekat mama. Semua mama tahu.. Kan maa..!" Lagi sekali aku terkejut. Segala air liur basi aku telan. Makcik senyum. Anaknya lagilah senyum dari tadi. Tahulah senyuman awak tu manis, Encik Zahwan oii..!

" Entahlah.. Saya.. Saya tak berani nak cakap apa-apa. Saya takut mengaibkan, dan rasanya tak perlu kut saya nak.. nak.. iyalah. Awak faham kan?!" Kataku. Zahwan angguk-anggukkan kepala tanda faham. Dia pun tahu aku macam mana.

" Tak apa. Saya faham.. Jadi awak dekat kedai tu sepenuh masa ke?!"

"Eh!! Taklah.. Siang saya masuk office, balik kerja saya terus masuk kedai sampai malam. Tapi tak selalu. Kasihan pula dekat si kecil saya kena tinggal je." kataku.


" Anak awak? Lelaki perempuan? Berapa umur? Habis dia tinggal dengan siapa?" Amboiii.. bertubi-tubi pula soalan Zahwan ni. Aku gelak.

"Iya.. Anak saya. Dekat 3tahun dah. Maid jaga.." jawabku.

" Boleh saya tengok gambar anak awak?" Pintanya. Aku mengeluarkan handphone dan tunjukkan gambar Dhia pada Zahwan.

"Comelnya.. Ikut muka Faliq tapi mata awak. Cantik! Apa namanya ni? Ni ma.. comel kan..!" Zahwan memberi handphone pada mamanya pula.

" Namanya Dhia Afia.."

" Cantik namanya. Sama macam mamanya..!! Dhia Afia binti Faliq Alfie.."  Zahwan memandang aku. Aku membalas pandangan dan tunduk pandang meja. Tiba-tiba mata berkaca pula. Rasa sebak. Faliq Alfie hanya sekadar nama tapi tak ambil tahu pasal anak. Tak tahu perkembangan anak dan taknak ambil tahu pun. Kasihan anak aku. Bertabahlah sayang.. Mama sentiasa ada bersama Dhia. Bila dengar je nama Faliq. Aku akan jadi sedih tiba-tiba. Entahlah.. Mungkin rasa rindu tapi tak mampu nak meluahkan.

" Awak okey?! Saya ada cakap salah ke?!" Alamak!! Dia perasanlah pula. Aduh aku ni pun satu hal. Boleh pula terlepas airmata.

" Eh.. Okey.. Okey..!! Tak adalah.. Tiba-tiba pedih pula mata ni. Tak tahu binatang apa entah masuk.. " Aku gelak kecil. Pandangan Zahwan tetap redup. Kami berbual dan berbual. Lama juga duduk situ. Seronok berbual dengan makcik. Memang sporting makcik sama macam mama. Rindunya aku dekat mama.!

" Wan.. Saya nak minta tolong satu perkara boleh?!" Kataku sewaktu berjalan menuju ke kedaiku. Dan, berdiri didepan kedai.

"Boleh je Aliaa. Nak minta tolong apa?!" Tanyanya. Mendongak aku pandang dia.

" Tolong jangan info abang saya dan Faliq atau sesiapa je yang saya ada di sini. Saya merayu pada awak. Tolong ya..!!" Kataku memohon agar dia faham.

"Tapi Aliaa... "

"Wan.. please!! Saya merayu.. Jangan bagi nombor telefon saya dekat sesiapa pun. Tolonglah.."pintaku lagi.

" Berat sebenarnya tapi insha Allah. Saya cuba.."

"Please Wan please!! Saya belum bersedia nak jumpa sesiapa pun. Saya nak menyendiri buat masa ni. Ni pun saya tak sangka dapat jumpa awak. Tapi iyalah.. KK ni tempat awak kan.. Saya merayu. Please Wan. Jangan info mereka..!!" Aku merayu dan merayu.

" Baiklah. Tapi saya kena tahu juga kenapa awak lari macam ni?" Aku senyum.

"Saya tak boleh cakap. Tapi saya tahu nanti awak akan tahu juga perkara sebenar.. " kataku perlahan. Aku senyum lagi. Dia angguk. Menghormati keputusan aku. Tidak lama kemudian, makcik datang. Aku minta Lina ambilkan kain makcik tadi.

" Ni kainnya.. Dan ini saya hadiahkan makcik tudung bawal. Harap makcik suka ya.." aku menghulurkan beg kertas berisi 7pasang kain pada Zahwan dan menghulurkan beg kertas kecil pada makcik.

"Laa.. Terima kasih banyak-banyak. Sudah dibagi diskaun. Lagi dihadiahkam tudung. Terima kasih Aliaa. Makcik doakan semoga murah rezeki Aliaa dan bertambah maju butik Aliaa ni.." doa makcik. Happy dia dapat hadiah.

" Aaminn.. Alhamdulilah. Sama-sama makcik dan terima kasih juga beli dengan saya.."

" Iya.. Sama-sama.." jawab makcik.

"Okey Aliaa. Saya minta diri dulu ya. Kalau ada apa-apa perlukan pertolongan saya. Call je saya ya.. Jaga diri baik-baik ya. Nanti ada masa kita jumpa lagi. Saya nak jumpa Dhia Afia.."

" Okey.. Insha Allah. Hati-hati memandu. Bye.. Assalammualaikum..!!"

" Waalaikumsalam.." Mereka terus berlalu. Hilang saja mereka dari pandangan. Aku pun terus masuk ke dalam kedai. Tersenyum sendiri. Dan aku duduk dikerusi.

Aku tak pernah terfikir berjumpa dengan Zahwan semula. Jumpa dalam keadaan aku macam ni. Sungguh malu sebenarnya. Aku pertahankan hubungan aku bersama Faliq dulu hingga kahwin dan akhirnya hubungan dipenghujung. Dia pula, pun senasib dengan aku. Perkahwinan terputus ditengah jalan. Sebab apa? Entahlah. Kehidupan. Macam-macam. Apa yang tak pernah terfikir itulah yang terjadi. Apa rancangan Allah pun tak tahulah. Tapi yang pasti. Setiap yang Allah rancangkan itu adalah yang terbaik untuk umatnya. Apapun, aku redha. Redha..?! Iya untuk redha memang susah tapi mencari redha itu adalah yang terbaik.


Zahwan berpisah dengan bekas isterinya dan bawa diri ke Jordan. 2tahun pula tu. Lama juga. Aku problem dengan Faliq bawa diri ke Kota Kinabalu je baru 3bulan. Berapa lama. No komen!!  Hehe!! Lawak pun ada. Arhh!! Pedulilah yang penting aku happy. Dan aku tenang dekat sini. Ya.. Tenang..!!

Aku pun tak tahu apa sebenarnya status aku. Kadang, sedih sangat. Tengok orang lain bersama family, bersama suami dan anak-anak. Jalan-jalan, beriadah bersama, keluar makan bersama. Bahagia je tengok. Tapi aku.. Tak dapat rasa semua tu dan tak pernah rasa sekali pun. Nak jalan bersama suami dan anak, tak pernah sekali pun. Tak pernah..!! Iyalah.. Faliq pun dah buat hal sejak aku mengandung lagi kan. Lepas aku melahirkan Dhia pun terus buat hal. Jadinya, buat hal sendiri jelah. Nak keluar sama, nak bercuti ke, memang taklah.. Semua aku buat sendiri. Shopping barang dapur, shopping personal semua sendiri dan bersama Dhia je. Adalah dia tolong hantar tapi sekadar hantar dan tunggu dalam kereta. Sebab tu aku lebih banyak duduk rumah. Nak keluar pun malas. Sedihnya..

Ish!! Tak payahlah sedih-sedih. Nak sedih buat apa. Benda dah berlaku pun. Sekarang ni fokus pada kerja. Dan fikir macam mana nak majukan company Dato' dan fikir kedai aku. Dann.. fikir untuk anak aku. Itu je. Cukuplah. Semua aku ada. Allah pinjamkan semua tu. Insha Allah aku akan hargai dan manfaatkan. Jodoh?? Entahlah.. Tapi takkan nak biarkan hidup aku macam ni? Umpama digantung tak bertali. Iya ke?! Entahlah..

 Kalau ada jodoh semula dengan Faliq adalah,  kalau tak ada jodoh tu maknanya mungkin jodoh dengan orang lain. Kut- kut jodoh dengan Zahwan ke. Hahahahahahaaa!!! Gelak besar sebesarnya. Tak pun jodoh dengan Haikal.. Anak Dato' tu. Bujang lagi pula.. Hahahaha lagi.

" Oiii Aliaa.. Agak-agaklah. Kau bini orang lagi. Bukan single mom tau.. Jangan buat hal.. !!" Kan hati kecil aku dah membebel. Sambung hahahaa lagi. Mood ting tong dah sampai. Jadi,  kembalilah aku dengan perangai gila-gila. Gila-gila happy tak apa. Jangan gila meroyan macam si parasit tu sudah.

Apalah cerita mereka kan... Doa baik-baik jelah Aliaa... Ting tong!! 

Previous: Bab 31
Next: Bab 33

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.