336,544
Kategori:
Genre:
Bab 98
Dah tiga hari Aliaa keluar dari hospital. Sejak keluar dan sejak balik dari ziarah kubur arwah Haikal dia hanya duduk didalam bilik saja. Langsung tidak keluar. Keluar hanya makan saja kemudian masuk ke dalam bilik semula. Dia jadi pendiam. Sepatah ditanya sepatah dijawab. Doktor nasihatkan supaya dia banyak berehat. Emosinya masih terganggu, masih tak boleh lupakan arwah Haikal. Terasa sangat kehilangan, sekelip mata. Dhia dijaga oleh Puan Asmah atas permintaan Puan Asmah sendiri. Dia nak beri Aliaa rehat secukupnya. Sis Tuti menjaga Aliaa di rumah Adil, dapatlah Adil bekerja. Itu pun hatinya tak tenang. Asyik fikir pasal Aliaa saja. Risau teramat.

Faliq pun setiap hari datang ke rumah Adil. Banyak dia habiskan masa menjaga Aliaa. Sebelum pergi kerja pagi dia singgah, tengahari dia datang dan kalau sempat balik kerja petang dia datang lagi dan kalau banyak kerja dan tak sempat jadi malamlah dia datang. Dia nak pastikan Aliaa sentiasa sihat dan okey. Tapi itulah, Aliaa banyak berkurung saja dalam bilik. Dia sendiri pun naik risau.

Aliaa nampak saja kuat tapi sebenarnya dia tidak kuat. Tak tahu kenapa sejak pemergian arwah Haikal dia terus down begitu. Okeylah kalau dia sihat, tapi dalam keadaannya yang masih tak berapa sihat ini makin buat Adil, Faliq dan semua risau. Mereka sendiri pun tak pasti, sama ada Aliaa down kerana kematian Haikal atau down kerana penyakitnya. Kalau Aliaa terus macam ni, makin teruk keadaan kesihatannya nanti. Dulu, sejak kematian arwah ibu dan ayahnya pun, dia begini juga. Sedih Adil.

Petang itu, balik saja dari office. Faliq mahu terus ke rumah Adil. Hatinya tak sedap pula, Adil balik lewat ada kerja perlu diselesaikan. Baru saja Faliq call Sis Tuti, menurut Sis Tuti, Aliaa tak makan langsung. Dah pula kenapa. Risau, risau dan risau. Mujurlah dia tengah tak banyak kerja. Sewaktu berjalan menuruni tangga di lobi, dia terserempak dengan Erisya.

" Faliq.. Aliaa macam mana?" Tanya Erisya.

"Masih macam tu juga. Berkurung je dalam bilik. Ni dapat tahu dia tak nak makan pula.."jawab Faliq.

" Ye ke!! Dah berapa lama?!"

"Sejak keluar hospital sampai ni..!"

" Allahuakhbar..!! Kasihannya.. Dia dekat rumah Adil kan..?!"

" Iya dekat rumah Adil..!"

" Insha Allah.. Malam ni i datang jenguk dia. Sorry i tak sempat nak datang..."

" Tak apa..!! " Muka risau. Senyum.

" Baiklah. Jumpa malam ni.. " kata Erisya dan terus berlalu. Dan Faliq terus jalan laju menuju ke keretanya.

Memandu laju, dalam perjalanan ke rumah Adil, tiba-tiba Faliq teringat sesuatu, Aliaa ada minta bubur lambuk kelmarin. Rasanya Adil masih belum sempat lagi belikan. Dia cari semalam pun tak dapat lagi. Jenuh pusing mencari. Time dicari tak adalah, habislah. Time tak dicari, ada je banyak terjual. Dugaan. Jadi, dia terus mencari bubur lambuk untuk Aliaa. Ada satu gerai ditepi jalan. Cubalah tengok kut-kut ada, katanya sendiri. Dia memberhentikan keretanya dibahu jalan dan terus berjalan ke gerai tersebut.

" Makcik.. Ada jual bubur lambuk lagi tak?!" Tanya Faliq.

"Ada ni tapi tinggal satu je. Tadi ada orang minta tolong simpankan tapi tak datang pula. Awak nak, ambillah.." kata makcik itu.

" Eh!! Tak apa ke makcik. Nanti kalau orangnya datang macam mana makcik?!" Rasa bersalah pula Faliq.

" Tak apa. Lagipun makcik nak tutup dah ni. Orang tu pun tak tahu datang ke tak.." jelas makcik tu lagi. Senyum.

" Alhamdulilah.. Terima kasih banyak-banyak makcik. Jenuh saya cari bubur lambuk ni dari semalam lagi. Semoga murah rezeki makcik..!!" Senyum lebar Faliq.

" Laa iyeke?! Kasihannya.. Terima kasih.."

" Berapa ringgit ya makcik..!!"

" Rm4 je..!!" Makcik itu memasukan bubur lambuk ke dalam plastik dan beri pada Faliq. Faliq mengeluarkan wang kertas bernilai Rm20 dan hulurkan pada makcik.

"Tak apa makcik.." Makcik itu menghulurkan baki wang Faliq tapi Faliq menolak.

" Eh!! Makcik jual ni, lagipun banyak sangat ni..!" Makcik itu jadi serba salah.

" Tak apa Makcik, saya ikhlas. Saya dah dapat bubur ni pun dah syukur sangat.. "

" Terima kasih ya nak..!! Makcik doakan murah rezeki anak
bahagia dunia akhirat..!!" Doa makcik itu.

" Aamin.. Alhamdulilah.. Saya minta diri dulu ya makcik. Assalammualaikum..!!" Faliq terus berlalu dengan senyuman lebar. Masuk je dalam kereta, bubur di letak diseat sebelah.

" Aliaa merajuk kut sebab tak dapat bubur lambuk. Hai laaa sayangku Aliaa.. Hehe!! " Gelak kecil Faliq. Tanpa berlengah Faliq terus memandu laju.

Sampai dirumah Adil, Sis Tuti menyambutnya.

" Cikpuan dah keluar tak? Ada makan tak?!" Tanya Faliq pada Sis Tuti.

" Ngak Pak.. Langsung tidak mahu keluar. Puas saya panggil.."Sis Tuti mengadu.

" Okey tak apa. Ni tolong masuk mangkuk ye, pastu hantar dalam bilik Cikpuan.." arah Faliq dan menghulurkan bungkusan bubur lambuk pada Sis Tuti. Faliq terus ke bilik Aliaa.

" Aliaa.. Buka pintu ni. Saya ada belikan bubur lambuk untuk awak ni..!" Faliq ketuk pintu tapi tiada jawapan. Lalu, terus dia mengeluarkan kunci bilik Aliaa yang masih disimpan lagi. Pintu dikuak. Sunyi sepi saja bilik. Senyum Faliq melihat Aliaa sedang lena tidur. Menghampiri Aliaa. Duduk disisinya.

"Aliaa.. Bangun Aliaa..!!" Sedih dia tengok wajah Aliaa. Pucat dan bengkak matanya. Mesti baru lepas nangis. Teka Faliq. Tak lama, Sis Tuti masuk dengan membawa dulang berisi semangkuk bubur lambut dan air suam. Diletak di atas meja dan kembali keluar.

" Aliaa.. Aliaa bangun sayang..!!" Faliq mengejutkan Aliaa lagi. Aliaa masih lena, Faliq mula risau. Ditampar-tampar pipi Aliaa pula.

" Aliaa bangun Aliaa..!! Aliaa bangun..!!" Jadi cuak Faliq.

" Sakitlah.. Kenapa tampar-tampar ni?!" Aliaa berkerut. Tapi mata masih pejam. Fuhh!! Lega. Hmm.. Cepat betul Faliq cuak. Gelak sendiri dia.

" Sorry.. Sorry..!! Bangun meh makan bubur ni. Saya ada belikan bubur lambuk ni.." Faliq masih senyum.

" Dah bangunlah ni.."

"Bangun apanya, mata tertutup lagi tu. Buka mata besar-besar.."

" Orang ngantuklah. Kacau je..!!"Aliaa buka mata perlahan. Marah. Faliq gelak lagi.

 " Awak tak makan lagi kan?!"

" Makan apa lagi. Saya dah makanlah.." Aliaa merungut.

" Sis Tuti cakap awak tak makan tengahari tadi.." kata Faliq.

" Saya dah makan. Dia tak nampak kut. Masa saya ke dapur tadi dia tengah bersihkan belakang tu siap nyanyi-nyanyi lagi.." jelas Aliaa.

" Tak tipu?!"

" Awak ingat saya munafik macam awak ke?!" Aliaa menjeling. Faliq gelak.

" Okeylah..!! Ni makan bubur lambuk ni. Satu KL saya cari tau. Selamat dapat.." Faliq mengambil bubur lambuk di atas meja.

" Asyik-asyik suruh makan. Buka mata kena makan, nak tidur kena makan. Lama-lama saya gemuk lemak je nanti tau. Nak kerja abang membebel, mereput jelah dekat rumah macam ni..!!" Aliaa merungut lagi. Naik bosan dia lama-lama.

" Hahaha.. Selagi awak tak sihat sepenuhnya. Selagi tu awak tak boleh kerja. Dah buka mulut.."

" Isshh!! Saya boleh makan sendiri. Tak payah nak suap-suap bagai. Saya bukan Dhia..!" Berkerut Aliaa.

" Tak apalah. Sesekali nak romantik dengan awak. Buka mulut..!!"

" Tak payah nak romantik-romantiklah. Heyy!! Macam mana awak boleh masuk bilik saya ni? Awak ada buat apa-apa dekat saya ye?! Awak jangan cari pasal..?!" Terbeliak biji mata Aliaa. Baru perasan.

" Dari tadi baru perasan ke?! Iya.. Saya ada buat  sesuatu dekat awak tadi. Tu yang awak lena tidur tu kan..!" Jawab Faliq selamba.

" Faliq..!! Awak buat apa dekat saya?! Cakap?!" Muka ketakutan.

" Saya cium awak..!!"

" Gilaaaa!!! Abanggggg!!!" Aliaa menjerit kuat. Ambil bantal baling pada Faliq. Faliq gelak sekuat hati.

" Hahahahaa.. Tak adalah. Saya masih waras lagilah. Tapi kalau saya buat apa-apapun, okey juga kan. Boleh terus nikah.. kan.. kan..!!" Gelak Faliq lagi.

" Gilalah dia ni..!!" Aliaa menjeling lagi.

" Dah.. Dah..!! Makan ni, habiskan..!!" Terpaksa juga Aliaa buka mulut. Masih berkerut. Betul-betul si Faliq ni jaga Aliaa.

"Cikpuan.. Cikpuan ngak apa-apa?!" Berlari Sis Tuti masuk ke dalam bilik Aliaa. Panik!! Faliq dan Aliaa berpandangan dan gelak kecil. Sis Tuti garu kepala.

" Tak ada apa-apa. Pak Faliq ni gila sekejab tapi dah normal balik dah.." kata Aliaa bergurau.

"Apa? Gila sebentar?!" Sis Tuti pelik.

" Hahaha.. Tak ada apa.." jawab Faliq pula.

"Iyalah.. saya ke dapur duluan.." Terus Sis Tuti keluar. Masih garu kepala. Mereka berpandangan dan gelak lagi. Aliaa menghabiskan bubur itu. Sedap katanya. Seronok Faliq tengok Aliaa senyum dan gelak. Kemudian, Faliq bawa dulang berisi mangkuk kosong ke dapur pula. Aliaa mahu mandi dahulu katanya. Tapi sampai ke maghrib Aliaa tak keluar juga. Seperti biasa. Berkurung saja dalam bilik. Faliq setia menunggu Aliaa dan menunggu Adil juga, dia duduk di sofa, menyandarkan badan disofa hingga terlelap.

Ubat dalam laci meja diambil. Dah habis pula ubat, Nak tak nak terpaksa juga keluar ke dapur. Malas kakinya mahu melangkah. Aliaa bawa botol ubat yang kosong itu ke dapur. Ubat yang dibekalkan oleh doktor ada di dapur kut, tekanya. Belum lagi dia ambil kelmarin. Kedengaran suara abangnya dan Faliq sedang berbual rancak. Happy sungguh. Dua-dua pandang Aliaa, Aliaa tidak hiraukan dan terus ke dapur. Mencari ubat-ubatnya di setiap laci kabinet. Tapi tak jumpa pula. Lalu, kembali ke ruang tamu.

" Abang.. Mana ubat adik. Dekat dapur tak ada pun.." tanya Aliaa.

"Ada ni dekat sebelah tv tu.." Adil memuncungkan mulut ke arah tv. Aliaa terus menuju ke tv dan mengambil seplastik ubat dan keluarkan setiap satu.

" Banyaknya ubat ni. Haikal.. semua ubat ni saya kena makan ke?! Kenapa banyak sangat.. Bukan awak cakap dua jenis je ke?" Adil dan Faliq berpandangan. Terdiam dan terkedu. Aliaa masih melihat satu persatu ubat. Muka selamba.

"Haikal?! Kan saya tanya. Kenapa diam?! Semua ubat ni saya kena...." Aliaa menoleh pada Adil dan Faliq dan tercengang. Ehh!! Airmata jernih tiba-tiba menitis.

"Allahuakhbar..!!" Aliaa menekup muka dan terduduk di sofa. Adil menghampiri Aliaa. Duduk disebelah Aliaa.

" Abang... Adik minta maaf. Adik tak sengaja. Adik rasa Haikal masih ada. Ada dekat dengan adik.. " kata Aliaa dengan tangisan.

"Tak apa. Abang faham!! Abang tahu adik rasa sangat kehilangan. Tapi adik tak boleh terus macam ni. Adik kena kuatkan semangat.." nasihat Adil pada Aliaa.

" Adik tak tahu. Bayangan dia sentiasa bersama adik. Adik rasa dekat dengan dia abang..!!"luah Aliaa.

" Iya adik. Selepas solat, sedekah surah Yassin padanya, sedekahkan alfatihah padanya. Moga dia tenang disana. Minta Allah kuatkan hati dan semangat adik sendiri. Yang pergi tetap pergi..!" Adil senyum dan kesat mata Aliaa. Faliq memandang sayu dan tunduk.

Memang Faliq tidak nafikan. Aliaa memang rapat dengan arwah Haikal dan arwah Haikal memang seorang yang baik. Sebab itu Aliaa rasa sangat kehilangannya. Sejak Aliaa mula bekerja dengan Dato' Hamid lagi mereka rapat. Hingga Aliaa berpindah ke Sabah juga. Arwah Haikal lah yang banyak membantu. Orang yang baik akan sentiasa disayangi walaupun sudah pergi meninggalkan buat selamanya.

Previous: Bab 97
Next: Bab 99

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.