336,581
Kategori:
Genre:
Bab 186
Suasana sayu menyelubungi ruang menunggu di hadapan bilik kecemasan hospital. Sunyi dan sepi. Mereka setia menanti perkhabaran dari doktor mengenai keadaan Adil yang masih dirawat lagi. Tak tenang hati Faliq. Tak senang duduk. Sekejab dia bangun, jalan mundar mandir dan sekejab dia duduk disebelah si isteri tercinta. Lebih merisaukan apabila melihat keadaan Aliaa. Sejak tadi hanya menangis, kesedihan. Sampai bengkak matanya. Dia seakan tak dapat menerima keadaan yang berlaku pada Adil. Berlaku didepan mata, siapalah yang sanggup melihat abang sendiri ditikam. Allahuakhbar..!!

Adil sedang bertarung nyawa antara hidup dan mati. Tiada siapa tahu keadaannya. Tiada siapa dapat menduga apa akan terjadi padanya. Puan Asmah sentiasa disisi Aliaa, tangan Aliaa digenggam erat beri kekuatan. Asnida juga menemani. Bersimpati. Di hari pertama setelah bergelar isteri, Aliaa diduga. Di hari bahagianya, pertumpahan darah si abang terjadi demi menyelamatkan nyawa si adik. Betapa besar pengorbanan seorang abang.

Aliaa memandang kosong ke lantai. Doa tak putus untuk si abang. Mulut terkumat-kamit membaca surah-surah Al quran untuk kekuatan hatinya. Sesekali dia pejamkan mata dan menarik nafas dalam dan hembus perlahan. Airmata perlahan membasahi lagi pipinya. Faliq melihat Aliaa, duduk semula disebelah Aliaa, lalu terus dipeluk bahu Aliaa. Diberi ciuman lagi. Aliaa sangat memerlukan kekuatan. Hanya Faliq saja yang ada dengannya kini.

" Macam mana kalau abang tinggalkan saya?" Tiba-tiba Aliaa bersuara tersekat-sekat menahan tangisan.

" Jangan fikir macam tu sayang. Insha Allah abang akan selamat. Kita doa untuk abang ya!" Kata Faliq lembut.

" Saya tak sanggup kehilangan abang saya. Dulu, ibu ayah tinggalkan kami. Sekarang.. Abang pula nak tinggalkan saya. Saya tak sanggup..!!" Makin deras tangisan Aliaa.

" Awak kena kuat, apapun terjadi. Awak kena bagi semangat dekat abang, doakan dia. Saya tahu, awak seorang yang kuat dan tabah..!!" Kata Faliq memberi semangat pada Aliaa. Aliaa senyap. Melentokkan kepala dibahu Faliq. Jam ditangan Faliq dilihatnya.

" Kenapa lama sangat. Abang okey ke tak? Saya risau.." katanya lemah.

"Sabar ya sayang..!" Puan Asmah hanya berdiam. Tak tahu nak cakap apa. Kasihan melihat Aliaa. Mujurlah kejadian berlaku setelah Aliaa dan Faliq nikah. Kalau sebelum nikah, pasti bertambah sedih Aliaa.

"Mama.. Mama baliklah dulu. Mama penat tu. Nanti apa-apa Alang call mama.." kata Faliq memandang pada Puan Asmah.

"Alang okey?!"

"Insha Allah.. Alang okey.."jawab Faliq senyum.

" Aliaa nak balik?!" Tanya Puan Asmah pada Aliaa.


"Tak nak ma. Aliaa nak tunggu abang. Aliaa tak nak balik selagi abang tak keluar lagi.." balas Aliaa. Puan Asmah pandang Faliq.

" Tak apa ma. Aliaa dengan Alang..!" Puan Asmah mengangguk tanda faham.

" Baiklah. Aliaa sabar ya sayang ya. Mama tahu Aliaa kuat.."

"Insha Allah ma.." Aliaa mengukirkan senyuman tawar.

"Kalau ada apa-apa, Alang call ye..!" Pesan Asnida.

" Baik Angah.." jawab Faliq lembut. Puan Asmah dan Asnida terus meninggalkan mereka berdua.

Muncul pula Mak Long dan Pak Long. Sangat terkejut mendengar berita dari Faliq tadi. Baru sahaja mereka sampai di kampung kerana ada kecemasan, sampai terpaksa meninggalkan majlis pernikahan Aliaa dan Faliq pagi tadi tapi belum sempat masuk dalam rumah. Dapat pula berita mengenai Adil. Terus sahaja mereka berpatah balik ke KL. Kasihan Mak Long. Menangis sepanjang perjalanan.

"Mak Long..! Abang..!!" Menangis lagi Aliaa. Mak Long peluk erat Aliaa. Dua-duanya menangis. Sungguh sedih.

" Sabar dik. Abang akan selamat. Doa banyak-banyak untuk abang..!" Terketar-ketar suara wanita tua itu menasihati Aliaa. Berjujuran airmatanya. Tak sangka perkara ini boleh terjadi. Pak Long berbual bersama Faliq mahu tahu cerita sebenarnya. Dengan bersungguh Faliq cerita. Terkejut Pak Long mendengar. Suasana menjadi sedih.

Aliaa bangun dan menuju ke tandas yang tidak jauh dari ruang menunggu itu. Tersedu-sedu dia. Lemah badannya. Faliq hanya memerhati saja. Tak lama kemudian, seorang doktor lelaki muncul dari bilik kecemasan itu. 


Faliq terus menghampiri bersama Pak Long dan juga Mak Long.

" Siapa waris Adil Hafiz?!" Tanya doktor.

"Saya adik ipar dia. Macam mana keadaannya doktor?!" jawab Faliq. Berdebar-debar hatinya. Satu perkara yang amat susah untuk doktor jelaskan pada waris mangsa. Doktor lelaki itu, memandang Faliq dengan senyuman tawar.

" Keadaannya sangat kritikal. Dia banyak kehilangan darah. Saya tak berani nak jamin. Kami akan usahakan yang terbaik untuknya. Kita doa sama-sama semoga ada keajaiban dari Allah. Kami akan pindahkan dia ke ICU, dan akan terus pantau keadaanya. Banyak-banyak bersabar ya.." jelas doktor satu persatu. Terdiam Faliq mendengar.

" Boleh kami tengok dia sekejab doktor?" Tanya Faliq lemah.

"Boleh tapi sekarang ni dia masih dirawat lagi, sekejab lagi saya bagitahu semula" Doktor itu senyum tawar.

"Terima kasih doktor..!" Ucap Faliq. Doktor itu, kemudian masuk ke dalam bilik kecemasan semula.

" Sabar Mak Long, Pak Long.." Faliq duduk disebelah Mak Long dan menenangkan hati Mak Long. Teresak-esak dalam tangisan.

" Assalammualaikum.. Aliq..!" Mereka bertiga menoleh ke arah suara yang memberi salam itu.

"Waalaikumsalam..!" Berdiri Zahwan dengan wajah yang sedih. Faliq terus berdiri. Zahwan terus memeluk Faliq.

" Sabar Liq..! Kuatkan semangat. Adil macam mana?!" Melepaskan pelukan. Faliq mengesat airmata.

" Sangat kritikal.." jawab Faliq perlahan.

"Allahuakhbar..!! Ya Allah..!!" Bagai terhenti jantung Zahwan mendengar.

" Aliaa macam mana?"

" Aliaa belum tahu. Dia pergi toilet. Aku tak tahu nak cakap macam mana dekat dia bro. Aku tak sanggup nak info dia.."

"Nak tak nak kau kena info dia Liq. Kuatkan semangat kau. Kekuatan Aliaa pada kau tau. Kita teruskan doa untuk Adil.." Zahwan menepuk bahu Faliq. Memahami perasaan sahabatnya itu. Zahwan memandang Aliaa yang sedang berjalan perlahan menuju ke arah mereka. Sugul saja wajah Aliaa. Sedih Zahwan melihat Aliaa. Zahwan senyum  dan dibalas oleh Aliaa. Aliaa menghampiri Zahwan dan Faliq.

" Aliaa.. Tahniah! Maaf saya baru sampai tak dapat datang majlis korang. Dann..."

"Tak apa. Terima kasih. Abang saya, Wan. Abang selamatkan saya di majlis kami tapi abang yang jadi mangsa.." menangis lagi. Faliq terus menenangkan Aliaa.

" Sabar Aliaa. Banyakkan bersabar. Saya tahu awak kuat. Insha Allah.. Abang awak akan selamat.."

" Kalau abang tinggalkan saya, macam mana.."

" Sayang.. Jangan cakap macam ni. Abang akan selamat. Kita semua doakan untuk dia ye. Dahlah.. Meh duduk.." Tiada kata-kata yang harus dicakapkan oleh Zahwan. Sangat sedih. Dia sendiri pun tidak dapat menampung kesedihan.

Pak Long memberi isyarat pada Faliq supaya memberitahu Aliaa mengenai keadaan Adil. Faliq angguk perlahan. Menarik nafas panjang, pejamkan mata, hembuskan nafas perlahan. Mencari kekuatan diri. Lalu, memandang Zahwan pula. Zahwan mengangguk. Zahwan duduk dibelakang Aliaa dan Faliq. Dia tahu, berat untuk Faliq memberitahu berita sedih itu pada Aliaa.

" Sayang..! Meh pandang saya kejab.." pinta Faliq. Aliaa dengan mata yang bengkak memandang wajah Faliq. Faliq senyum dan mengesat airmata isterinya.

"Tadi doktor ada info mengenai abang.." Faliq terdiam sebentar.

" Abang.. Abang macam mana? Abang okey kan? Abang dah sedar ke? Abang tak apa-apa kan? Awak.. cakaplah. Abang macam mana?" Bertubi-tubi soalan dari mulut Aliaa. Faliq cuba senyum lagi. Tepat mata Aliaa pandang mata Faliq. Faliq menoleh pada Zahwan, minta kekuatan Zahwan. Zahwan menyapu-nyapu belakang Faliq dan Faliq membalas renungan Aliaa semula.

"Doktor cakap keadaan abang.. Sangat kritikal. Abang banyak kehilangan darah.." jawab Faliq perlahan. Aliaa terdiam. Terpaku kaku. Hanya airmata deras mengalir. Mata masih memandang wajah Faliq.

" Sayang sabar sayang..!"Tangan Aliaa digenggam erat.

"Sangat kritikal? Abang perlukan darah kan. Saya nak bagi darah saya dekat abang. Kita jumpa doktor ye.." Kata Aliaa.

"Tak sayang..! Doktor tak cakap nak darah. Doktor akan usahakan untuk abang. Kita doa sama-sama ya.."

"Tapi abang.. !!"

" Aliaa.. Dengar sini. Sekarang ni kita hanya
mampu berdoa je. Minta pada Allah, semoga Adil selamat. Aliaa kuat, saya tahu. Adil perlukan doa awak. Kita sama-sama doa. Aliaa kena kuat semangat, jangan lemah macam ni. Kalau Adil tengok awak kuat, dia pun akan kuat juga untuk lawan sakit. Awak percaya pada kuasa doa kan?!" Zahwan memberi kata-kata semangat setelah melihat Faliq tak sanggup untuk teruskan kata. Aliaa angguk perlahan. Zahwan senyum.

" Iya.. Abang ada pesan. Apapun terjadi, saya kena kuat. Saya kena hadapi juga. Kan Faliq?!" Kata Aliaa. Faliq senyum dan mengesat lagi airmata Aliaa dipipinya.

" Iya sayang..! Apapun terjadi, kena kuat. Awak wanita cekal, awak wanita kuat semangat.." sambung Faliq. Aliaa pandang Zahwan dan pandang Faliq pula. Senyum tawar.

Tapi, wajahnya terus berubah apabila melihat beberapa orang anggota polis sedang memegang lengan  Tasya bersama Inspektor Adam menuju ke arahnya. Turun naik nafasnya menahan marah. Berkerut dahinya. Betapa sakitnya hati melihat muka Tasya.

" Pembunuh!!" Aliaa menjerit tiba-tiba. Terkejut mereka mendengar jeritan Aliaa. Aliaa terus berdiri dan menghampiri Tasya yang digari tangannya. Wajah Tasya serabai.

" Sayang jangan..!" Faliq cuba menarik tangan Aliaa tapi Aliaa tepis kuat. Dia berdiri betul-betul di hadapan Tasya. Dua orang anggota polis lengkap beruniform hanya memandang termasuk Inspektor Adam.

Panggg!!! Pantas saja tangan Aliaa menampar muka Tasya. Tasya menahan kesakitan, merah pipinya kesan tapak tangan Aliaa. Pedih, perit, kebas semua ada.

" Sayang sudah sayang.!!" Faliq menghalang. Tapi Aliaa abaikan. Tasya menangis.

" Kau kejam Tasya! Pembunuh!"

" Maafkan aku Aliaa. Aku nak jumpa kau, aku nak minta maaf kat kau dan Faliq. Aku minta maaf aku banyak dosa dekat kau Aliaa, Faliq..!!" Suara Tasya terketar-ketar.

"Maaf? Senang je kau cakap kan. Kau dah buat abang aku terseksa menanggung sakit, nyawa abang aku dihujung tanduk tau. Kalau apa-apa terjadi dekat abang aku. Aku takkan maafkan kau sampai mati. Tak kan Tasya. Tak akan!!" Deras airmata Tasya.

" Abang aku bertarung nyawa dekat dalam tu. Antara hidup dan mati kau tahu tak. Abang aku adalah nyawa aku. Hilang abang aku, hidup aku dah tak ada makna, dah mati. Kau nak aku mati kan. Iya Tasya. Aku dah mati kerana perbuatan kau. Aku hidup tapi mati kerana kau. Puashati kau sekarang Tasya. Puashati kan?!" Sambung Aliaa lagi. Semakin deras airmata Tasya. Menyesal tak sudah. Aliaa meluahkan segala rasanya.

"Dah sayang..! " Faliq memeluk Aliaa. Aliaa menangis dalam pelukkan Faliq. Faliq meminta Tasya pergi dari situ. Tak sanggup dia lihat keadaan Aliaa. Inspektor Adam mengarahkan dua anggotanya bawa Tasya keluar.

"Aliaa.. Maafkan aku. Maafkan aku. Tolonglah maafkan aku.. Aku berdosa pada kau Aliaa. Maafkan aku...!!" Tasya meraung minta dimaafi oleh Aliaa dengan tangisan. Aliaa langsung tak endahkan.

" Saya minta diri dulu. Nanti saya call.." Inspektor Adam jalan masuk ke bilik kecemasan. Mahu melihat keadaan Adil. Tak lama kemudian, keluar semula dan terus meninggalkan mereka.

Zahwan memandang penuh simpati. Walaupun dia tak tahu sangat kes ini tapi melihatkan Aliaa dan Tasya tadi, dia dapat rasakan ada sesuatu yang berat telah menimpa mereka.

" Waris Encik Adil. Doktor izinkan masuk tapi bergilir ya.." muncul seorang jururawat di muka pintu bilik kecemasan. Aliaa dengar, terus melepaskan pelukkan Faliq dan kesat airmata. Tak sabar dia mahu melihat keadaan abangnya.

"Awak jom..!!" Ajak Aliaa.

"Sayang okey kan?!" Tanya Faliq lembut.

"Insha Allah, saya okey.." Aliaa mengukir senyuman tawar. Faliq balas senyuman. Ada sikit lega dihatinya.

Tangan Aliaa dipegang erat dan dengan langkah perlahan mereka masuk ke bilik kecemasan itu. Langkah demi langkah Aliaa atur. Airmata menitis tak dapat dikawal.  Sebaknya hati melihat tubuh kaku itu terbaring dikatil dengan pelbagai wayar ditubuh badannya.

Aliaa memberhentikan langkahnya sebentar. Tak sanggup mahu melihat keadaan si abang begitu. Tunduk kebawah, dan kembali memandang Adil. Dikuatkan hatinya,  kesat airmata sendiri dan cuba tersenyum. Kaki terus melangkah perlahan, sampai saja di katil Adil. Dia merenung wajah pucat abangnya. Diteliti setiap inci wajah yang sangat menyayanginya itu. Kemudian, memandang pula luka yang berbalut itu. Airmata jernih dibiarkan gugur membasahi pipi. Tangan abangnya dipegang erat. Mendekatkan wajah ke telinga Adil.


"Assalammualaikum abang..!! Adik datang ni nak jumpa abang. Adik minta  maaf. Sebab adik, abang jadi mangsa. Adik tahu abang sayang adik. Adik pun sayang abang tau. Abang kena kuat lawan sakit ya, adik yakin sangat abang pasti akan sembuh. Adik akan tunggu abang, adik akan sentiasa bersama abang. Abang jangan tinggalkan adik tau, nanti adik tak ada kawan gaduh. Tak ada siapa nak bebelkan adik. Tak ada orang nak masakkan untuk adik..." kata Aliaa dengan tangisan. Faliq tak dapat kawal emosi, menitis airmatanya.

"Abang..!! Abang kena kuat semangat ye. Adik nak abang sihat. Abang kena lawan tau. Adik tahu abang adik yang hensem ni kuat. Adik akan rindu abang. Adik sayang abang..!!" Aliaa kesat airmatanya dan mencium dahi dan pipi Adil penuh rasa kasih sayang dari seorang adik. Aliaa merenung wajah Adil. Senyum.

"Abang..!! Adik keluar dulu ya. Nanti adik datang lagi. Doktor tak bagi lama-lama. Abang rehat ya. Adik dan Faliq sayang abang sangat-sangat. Bye abang!" Kata-kata akhir Aliaa dan terus pusingkan badan dan terus jalan laju keluar dari bilik itu meninggalkan Faliq.

Faliq pula merenung wajah Adil yang pucat itu. Menitis lagi dan lagi airmatanya. Tangan Adil disentuh. Allahuakhabar.. !! Sebak hatinya. Sedih.

"Adil.. Aku tahu kau kuat. Kau kena kuatkan semangat juga demi Aliaa, demi kami semua. Kami semua sayangkan kau dan kami nak kau sembuh. Kami akan tunggu kau. Aku janji, aku akan jaga Aliaa dan Dhia dengan baik. Dan kau pun kena janji dengan aku, kau kena kuat lawan sakit. Kau sahabat aku dunia akhirat Dil. Kau kena kuat sahabat..!!" Faliq memegang tangan Adil dan senyum. Dia tahu, Adil dengar apa yang dia dan Aliaa cakapkan.

Faliq melangkah keluar meninggalkan Adil sendirian. Sebelum menolak pintu, dia kesat airmata. Mahu nampak tenang dihadapan Aliaa. Pintu ditutup semula. Kelihatan Aliaa sedang duduk disebelah Mak Long. Tenang saja muka. Faliq menghampiri. Mak Long dan Pak Long pula masuk ke dalam setelah diizinkan oleh doktor sebentar tadi. Kemudian, Zahwan pula.

" Sayang okey?!"

"Okey..!! Insha Allah..! Saya yakin, abang akan cepat sedar dan akan sembuh. Saya tahu abang saya kuat. Selama ni saya sakit, saya pernah koma, abang tak pernah lemah, abang tetap kuat. Kuat depan saya, beri saya kekuatan untuk saya terus sihat. Jadi, kenapa dalam keadaan abang macam ni, saya lemah? Saya patut dan kena kuat kan..?!" Kata Aliaa senyum.

"Iya sayang..! Awak memang seorang yang kuat. Saya pun tak mampu nak tanggung semua ni. Saya akan sentiasa bersama awak. Awaklah isteri dunia akhirat saya sayang. Saya sayang awak sangat-sangat..!!" Faliq angguk dan terus peluk Aliaa lagi. Terharu dengar kata-kata Aliaa. Dia tahu, Aliaa memang seorang yang kuat semangat. Dan, dia akan sentiasa bersama Aliaa. Bersama isteri kesayangan. Kekuatan dia ada pada Aliaa.

Sahabat sejatinya sedang bertarung nyawa. Tiada siapa tahu apa nasibnya. Hanya doa dan doa saja yang mampu diberikan. Faliq sendiri pun tak sanggup kehilangan Adil. Apatah lagi Aliaa. Betapa beratnya dugaan ini.

Previous: Bab 185
Next: Bab 187

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.