336,745
Kategori:
Genre:
Bab 152
" Adik..! Cepatlah. Dah lambat dah ni..!" Adil menjerit dari ruang tamu memanggil Aliaa yang masih di dalam bilik.

"Dari tadi tak siap-siap. Entah apa yang dibuatnya. Dah janji dengan orang jam 12.30 tengahari kan. Keluar rumah pun tak lagi.." Merungut Adil sendiri. Geram pula dia pada Aliaa. Dhia dan Sis Tuti sudah lama didalam kereta.

"Adikkkk...!" Jerit Adil lagi. Berkerut marah. Cekak pinggang.

"Iye..! Adik keluarlah ni. Abang ni kecohlah. Kejablah..!" Aliaa pula membebel sendiri.

" Kan dah janji jam 12.30 tengahari. Ni dah 12.45 tengahari. Dah lewat 15minit.." Aliaa menjeling Adil.

" Bukan jauh pun rumah Faliq tu..!"

"Memanglah tak jauh tapi dah janji kan. Nak jadi munafik ke mungkir janji.." Mereka berdua terus keluar. Adil masih memarahinya. Pantang betul Adil kalau dah janji tapi mungkir janji. Samalah tu adik-beradik.

"Ish!! Abang ni kan. Membebel je. Mak nenek pun kalah.."Aliaa melawan lagi.

" Dah pergi buka pintu pagar tu cepat..!" Arah Adil dan terus masuk dalam kereta. Aliaa mengikut kata Adil. Pintu pagar dibuka dan menunggu kereta keluar dan menutup pagar semula. Dengan muka yang mencuka Aliaa masuk ke dalam kereta. Diam membisu. Adil terus memandu laju. Pun diam juga. Dhia dan Sis Tuti rancak berbual dibelakang. Bergurau senda dan gelak tawa.

Sampai saja di rumah Faliq. Dhia terus berlari masuk berjumpa dengan atok dan neneknya. Adil dan Aliaa bersama Sis Tuti hanya senyum.

" Jom masuk..!!" Pelawa Puan Asmah. Mereka mengekori.

" Dah sampai ek!"

"Sorrylah bro. Lambat sikit. Ni ha yang buat hal.." Adil menjeling pada Aliaa. Aliaa berkerut marah.

"Tak lambat pun. Aku pun baru lepas mandi ni, habis bau satu badan duduk dapur.." kata Faliq senyum.

"Ha tengok. Faliq okey je kut..!" Aliaa menjeling Adil semula.

"Jom nanti sejuk pula lauk tu.." pelawa Faliq. Mereka duduk dimeja makan.

Terhidang makanan diatas meja. Tidak lama muncul pula Encik Kamaruddin. Gamat keluarga itu. Berbual dan gelak tawa. Ditambah pula dengan celoteh si kecil. Meriah sungguh. Selepas membaca doa, mereka menikmati hidangan bersama. Ini kalau ada Asnida dan suami dan keluarga Amiza, memang bertambah meriah. Keluarga yang bahagia.

Selesai makan, Aliaa dan Puan Asmah dibantu oleh  Sis Tuti mengemas dapur. Kuih yang diberi oleh Anis atau Tasya pagi tadi sudah dibuang oleh Faliq. Mati-matian dia tidak bagi mamanya makan. Rasa tak sedap hati pula Faliq selagi tak tahu siapa sebenarnya yang memberi kuih itu. Risau kalau apa-apa terjadi. Boleh pula ada yang mengaku kawan lama sedangkan kawannya hanya Adil dan Zahwan saja yang tahu rumahnya. Mahu diceritakan pada Adil nanti tanpa pengetahuan Aliaa. Kalau Aliaa tahu, hmm mahu timbul lagi masalah lain. Kut cemburu. Hati perempuan, dalam mulut kata tidak tapi dalam hati.

"Mama.. Nenek..! Atok panggil, dah masuk waktu. Jom.. Jom..!!" Sedang leka berbual dan mengemas, muncul si kecil dengan mulut yang keletah memanggil mereka.

"Okey sayang..! Jom..! Jom Aliaa, Jom Ti..!"mereka terus melangkah ke bilik solat pula.

Dibilik solat, Faliq sudah bersedia menjadi imam, sempat dia menoleh pada Aliaa yang baru saja memakai kain telekung. Senyum memandang Aliaa dan Aliaa membalas senyuman. Solat dimulakan. Terasa tenang dan bahagia melihat keluarga itu. Encik Kamaruddin yang amat mementingkan keagamaan. Sentiasa memberi nasihat dan pesanan pada anak cucu supaya jangan sesekali lalai meninggalkan solat. Walaupun anak-anak sudah besar panjang, tapi pesanan demi pesanan terus diberikan. Lebih-lebih lagi pada Faliq. Yang akan pikul tanggungjawab yang berat pada anak dan isterinya nanti. Dia tidak mahu Faliq tersesat lagi. Cukuplah apa yang pernah berlaku sebelum ni.

Selesai menunaikan solat, mereka kembali ke ruang tamu dan sambung berbual. Sis Tuti menyediakan minuman. Seteko air teh bersama kuih keria keledek yang dibuat oleh Puan Asmah tadi.

" Aliaa bila mula kerja?!" Tanya Encik Kamaruddin.

"Insha Allah.. Lusa.."

" Eh! Dah betul-betul sihat ke?"

"Dah sihat dah pun. Lama dah cuti pa.."

"Lusa kan nak jumpa Doktor Raziq. Kenapa kerja pula?!" Tanya Faliq pula.

"Next time..!!" Aliaa sengeh.

"Itulah dia pakcik. Lepas kemalangan ni bertambah-tambah degilnya.."Adil merungut. Menjeling Aliaa.

"Kalau tak sihat, elok rehat je di rumah. Jangan paksa diri tu.."tambah Puan Asmah pula.

"Insha Allah ma. Aliaa dah sihat. Kalau Aliaa duduk rumah je makin sakit pula nanti, makan tidur je, lepas tu gaduh dengan abang. Dhia pula buat hal dia je. Dah besar kan, mana nak  Aliaa. Lagi-lagi kalau dah menghadap lukisan. Tak hairannya dia. Lebih baik Aliaa kerja.." jelas Aliaa.

" Itulah..Dhia dekat sini pun sama juga. Sampai kadang, mama panggil ajak makan pun dia taknak. Sama je dengan papanya, kalau dah melukis, sanggup tak tidur sebab nak siapkan.."

"Like father like daughter lah mama..!" Mereka gelak.

" Alang.. Dah uruskan ke rujuk nikah korang ni?!"

" Borang semua dah settle cuma nak hantar je. Esok kut tapi tulah tarikh je tak confirm lagi. Tarikh kena tanya Aliaa. Kalau Alang, nak hari ni juga..!" Jelas Faliq mata memandang pada Aliaa.

" Tak tahu abang..!"

" Aikk!! Tanya abang pula..!" Adil garu kepala.

"Mestilah kena tanya abangnya. Kena minta persetujuan si abang. Kalau abang tak izinkan, tak bolehlah rujuk semula. Biar Alang putih mata. Jangan layan dia Aliaa.. " Perli Puan Asmah pada Faliq.

"Aik Ma..!! Alang pula yang kena ni. Sadis ni ma.."

"Haahahaaa... Kalau ikutkan hati saya ni makcik. Memang taknak setuju tapi sebab simpati je, kasihan dia. Si abang ni jugalah yang pujuk rayu Aliaa, siap gaduh-gaduh lagi nak Aliaa terima Aliq.." Sambung Adil lagi. Sengaja menyakat. Lagi sekali terkena.

" Aduhaii... Lagi sekali..!!" Faliq ketuk kepala sendiri.

"Aha ma.. Tak kuasa nak melayan. Ni terima sebab kasihan juga. Nanti dah terima tak hargai. Lelaki kan, sama je semua..!" Tambah Aliaa. Puan Asmah gelak kecil.

"Papa pun kena juga ke ni..!" Mereka gelak kuat. Suasana amat meriah ketika itu.

Diluar pagar, sebuah kereta berhenti diseberang jalan. Memerhati sekeliling rumah itu. Tak silap itu kereta Aliaa,kata hatinya. Terus menjadi marah. Terus merah padam mukanya. Kalau ikutkan hati mahu saja dia masuk ke dalam rumah itu dan tikam Aliaa. Biar mati di depan mata Faliq. Padan muka.

"Kurang ajar!! Makin i buat you. Makin you rapat dengan Faliq. Tak apa, tak apa Aliaa! I sabar je ni. Bila sampai masanya.. Ucaplah selamat tinggal pada dunia..!" Dia bercakap sendiri. Mata fokus pula pada si kecil yang berlari mengejar bola. Dengan gelak tawa riangnya. Kemudian berkejaran dengan Faliq. Senyum melihat Faliq.

"Itu mesti anak Faliq..!" Dia angguk-anggukkan kepala dan senyum sinis. Bahagianya hidup mereka, sungguh Tasya amat cemburu dengan kebahagiaan mereka. Hati dan perasaannya semakin sakit dan sakit apabila melihat Aliaa menghampiri Faliq. Gelak tawa bersama. Bermain dengan anak bersama.

"Jahanam..! Kenapa setiap kali i nak tengok Faliq, you mesti muncul.." Dia sudah mula hilang kawalan. Pintu kereta dibuka, dia tutup mata sebentar.

" Relax.. Relax Tasya..!! Belum masanya. Sabar.. !!" Dia menenangkan perasaan sendiri. Dan menutup pintu kereta semula. Terus mengeluarkan ubat dalam handbagnya dan menelan ubat. Diam sebentar. Muka bengis. Lalu menoleh lagi pada mereka. Berkerut kebencian.

Sebuah kereta Honda CRV putih masuk perlahan ke perkarangan rumah itu. Tasya masih lagi memerhati. Seorang wanita bertudung keluar dari kereta. Terus memandang ke arah kereta Tasya. Jalan perlahan ke belakang kereta.

" Alamak..!! Singa betinalah pula. Lebih baik i lari. Kalau dia nampak i, i pula yang mati.." Cepat-cepat Tasya hidupkan enjin kereta dan pecut laju memandu. Apa lagi.. Lariiii!!!

Asnida berkerut sendiri melihat kereta di depan rumahnya. Baru mahu melangkah terus hilang kereta tersebut. Dia tidak perasan pemandunya, kerana cermin yang gelap tapi amat mencurigakan.

" Kereta siapa pula tu?!" Katanya sendiri.

" Mak Ngah..!!" Jerit si kecil terus memeluk pinggang Asnida. Minta didukung.

"Aduh beratnya sayang Mak Ngah ni. Meh sayang Mak Ngah sikit..!" Dhia mencium pipi Asnida. Melayanlah celoteh si anak kecil.

" Dah lama sampai ke?!" Tanya Asnida pada Aliaa. Mereka bersalaman.

" Lama juga. Lunch dekat sini tadi. Angah dari mana ni?!"

" Dari jumpa client tadi. Singgah sini kejab, nak makan. Hahahaa.. Alang, lauk ada lagi tak. Angah lapar ni.." Asnida gelak.

" Ada. Pergilah makan. Tapi makan soranglah ye. Kami semua dah makan dah.." jawab Faliq.

"Okey! Thank you. Dhia nak hadiah tak? Kalau nak, Dhia temankan Mak Ngah makan boleh?!"

" Nak.. Nak.. !! No problem..!! " Jawab si kecil.

" Jom Angah.. Aliaa temankan Angah makan. Saya masuk kejab ya.."  Faliq angguk. Asnida, Aliaa dan Dhia terus masuk ke dalam rumah. Meninggalkan Faliq seorangan yang duduk di kerusi. Senyum bahagia Faliq. Tenang hatinya kini. Insan-insan kesayangan berada didepan mata. Bersyukur pada ilahi atas kurniaan ini.

"Senyum sorang-sorang. Happy nampak..!" Adil menegur dan terus duduk di hadapan Faliq. Senyum juga.

"Happy sangat. Orang yang aku sayang semua ada dengan aku sekarang. Bahagia rasa..!"

"Syukurlah. Mungkin ini hikmah disebalik kejadian lalu.." Faliq angguk.

"Eh! Aku nak cerita dekat kau ni.." Faliq teringat akan kawan lama yang pagi tadi datang. Diceritanya pada Adil detail. Adil mendengar dengan tenang.

" Kalau Anis tu. Kenapa pula dia cari kau? Lagipun dah lama kut dan kita pun tak rapat dengan dia kan..!" Kata Adil.

"Itulah masalahnya.."

" Beb.. Tak mustahil kut. Diakan ada hati dekat kau dulu. Siap bagi surat lagi tapi kau je tak layan. Ingat tak?!" Terkejut kecil Faliq dengar.

"Ish!! Kau ni agak-agaklah. Takkanlah.."

"Kau lupalah tu. Hey bro.. Cuba kau ingat balik, tak silap aku semester ketiga dia bagi surat dekat kau melalui budak yang pendek-pendek tu. Siapa namanya, lupalah pula. Lepas tu, dia bagi hadiah bagai.. Ingat tak?!" Adil mengingati semula kenangan sewaktu belajar.

" Hmm.. Yang bagi hadiah teddy bear tu ke?!"

"Ha..!! Itulah, ingat pun. Hahaa!!"

"Anis ke yang bagi? Aku confiuslah..!"

"Iya.. Budak pendek tu pas dekat aku suruh bagi kau. Tapi kau mana nak layan kan.. "

"Yeke?! Mananya nak layan. Ramai sangat peminat, hahaaha. Eh! Tapi Anis tu dulu, gemuk kut kan. Selalu kena ejek kan. Diaorang gelar dia Anis Mok kalau tak silap.." Faliq sudah ingat.

"Iyelah tu. Tapi sebenarnya dia cute, cuma gemuk je. So, tak mustahil lah Anis yang nak jumpa kau tu adalah Anis Mok. Hahaahaa..!" Adil gelak. Seronok pula bercerita kisah muda.

"Slow sikit bro. Dengar si Aliaa, lain pula dia fikir nanti..!" Takut Faliq. Hahahaha.. Adil gelak lagi.

" Tapi bro.. Macam mana dia tahu rumah aku. Itu yang aku pelik.."

" Sekarang ni semua kan dihujung jari. Setakat nak detect orang melalui handphone. Perkara mudahlah bro. Kutlah dia jumpa kawan lain ke dan dapat info dari mereka.."

" Mungkin juga. Eh! Tapi yang tahu rumah aku ni kau dan Wan je kut..!" Faliq bingung.

"Oitt..!! Waktu majlis kahwin korang dulu tu. Alamat apa kau letak? Alamat rumah ni kan"

"Aha lah..!! Boleh lupa pula.. Sorry bro Sorry..!!" Faliq sengeh. Garu kepala.

"Apa dah..!!"Adil gelak kecil dan geleng kepala.

Bersungguh-sungguh benar mereka mengingati. Anis yang mereka maksudkan dengan Anis yang sebenarnya adalah tidak sama. Kebetulan pula Tasya mengunakan nama Anis. Apa yang terlintas difikirannya padi tadi, itulah yang dicakapkan. Mati-mati Adil dan Faliq ingat Anis rakan sekuliahnya. Andailah mereka tahu Anis itu adalah Tasya, macam mana agaknya. Kali ini, plan pertama Tasya berjaya. Plan kedua. Hmm.. Entahlah.

Adil dan Faliq terus berbual mengenai zaman belajar. Seronok yang amat. Gelak tak sudah. Zaman belajarlah paling seronok. Boleh tahan juga Faliq ni dulu, ada saja perempuan yang nak berkenalan dengannya tapi dilayan biasa saja. Siap ada yang ajak bercinta. Perangai gila-gilanya tu yang buat perempuan suka. Terlebih mesra alam. Tapi tak boleh lawan Zahwan, jejaka paling hot. Bergaya, hensem, ustaz-ustaz gitu. Adil pula, cool saja. Pendiam tapi tegas. Beza perangai ketiga-tiga sahabat itu. Tapi perangai Faliq sampai sekarang tetap sama. Gila-gila, mesra alam walaupun dah ada anak. Cun sangatlah dengan Aliaa. Dua-dua gila, dua-dua tingtong.

Orang kata, setiap pasangan tu ada persamaan dan keserasian. Saling lengkap melengkapi. Seorang punyai kekurangan Allah temukan dengan seorang yang punyai ke kelebihan. Hakikatnya, tiada manusia yang sempurna. 
Previous: Bab 151
Next: Bab 153

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.