336,416
Kategori:
Genre:
Bab 171
Panasnya..!! Naik berpinar mataku. Dahlah baru je sihat, mahu pitam pula aku ni nanti. Jam dah menunjukkan tepat 4.40petang. Konon nak lunch sama dengan abang dan Faliq tapi terpaksa cancel sebab abang ada kerja pula. Dan kebetulan Faliq pun ada hal. So, terpaksa aku lunch dengan Naim je tadi. Tapi petang ni, abang cakap nak keluar jumpa seseorang. Dan  nak aku join sekali. So, aku pergi dengan Faliq. Jumpa abang disana je nanti. Dimana? Entahlah.. Aku pun tak tahu. Baru aku nak duduk, Faliq pun sampai. Cepat-cepat aku jalan dan terus masuk ke dalam kereta. Lega rasa kepala.

"Lama ke tunggu..?"

"Taklah.. Baru je turun ni. Kita nak pergi mana dan nak jumpa siapa sebenarnya ni? Saya tanya abang, abang cuma cakap. Ikut je..!"
Faliq senyum je. Tak jawab pun. Aku menoleh pada Faliq. Berkerut. Sama je macam abang. Huh!!

" Orang tanya taknak jawab. Tidur lagi best..!" Aku merungut sendiri. Dan, pejamkan mata.

" Alaaa.. Janganlah marah. Kita nak jumpa Wan. Lama dah dia dekat KL ni tapi tak sempat jumpa lagi. So, hari ni baru dapat jumpa. Puashati?!" Kata Faliq lembut.

" Ha kan senang cakap nak jumpa Wan. Ni nak rahsia bagai. Lainlah kalau nak jumpa Prince Mateen ke. Okeylah juga surprise..!" Aku merungut lagi.

"Aik..!! Bukan Zul Ariffin?"

"Dah tukar. Sekarang ni saya minat Prince Mateen Bolkiah pula.." Aku sengeh.

"Hahahaa.. Boleh tahan taste awak ni kan.." Faliq gelak.

"Hahaha.. Alaaaa sekadar minat. Tak salah kan. Tapi dalam hati saya ni tetap hanya ada  Faliq Alfie bin Kamaruddin satu-satunya.." Kataku.

"Iyalah..!" Aku gelak.

Sampai di depan satu restoran Steak and Grill. Kami terus masuk ke dalam restoran itu. Abang dan Wan sudah menunggu kami. Aku melemparkan senyuman. Lain dah Zahwan. Baru nampak hensem. Tak macam aku jumpa dia di Sabah tempoh hari. Nampak kemas seperti dulu. Badan pun dan makin berisi. Tetap hensem dan kacak.

"Hai cute..!! Apa khabar?"

"Sihat alhamdulilah.." jawabku dan duduk di sebelah abang. Faliq pula duduk di sebelah Zahwan, dihadapan aku.

" Baru baik dari demam ni. Adik dah betul sihat tak ni. Panas lagi ni. Nanti kita pergi klinik.." Abang sentuh dahi aku.

" Abang ni.. Orang tengok, malu adik. Adik dah sihatlah. Ni panas memanglah, kan kat luar tu panas. Saki baki demamlah ni kut." Aku berkerut.

" Banyaklah saki baki. Abang suruh rehat je dekat rumah, nak sangat kerja.." abang membebel lagi. Betul-betul dia layan aku macam budak kecil. Tersipu malu aku depan Wan.

" Orang dah sihatlah. Tanyalah Faliq kalau tak caya.." Faliq dan Zahwan gelak. Aku berkerut manja pada abang.

Kami berbual bersama. Seronok hati aku. Ketiga-tiga mereka ni adalah insan yang bermakna dalam hidup aku. Pernah membahagiakan dan sedang membahagiakan aku. Senyum bahagia aku disamping mereka.

Berbual, bergurau, usik-mengusik dan gelak tawa silih berganti. Satu ikatan silaturrahim yang takkan pernah terputus dan insha Allah akan berkekalan ke akhirat. Persahabatan yang sejati. Aku sekadar menumpang kegembiraan mereka.

Sedang asyik berbual. Handphone aku berbunyi. Encik Adam call. Aku minta diri untuk jawab panggilan dia. Aku keluar di kaki lima dan duduk di kerusi.

"Aliaa.. Sorry!! Saya busy sekarang ni. Saya diluar kawasan. Baru dapat tengok handphone ni.." katanya.

"Okey.. Okey..!! Tak apa. Saya faham.."

"Awak jumpa Angel hari tu macam mana? Dia ada lakukan apa-apa?" Tanyanya lagi.

"Dia tak ada lakukan apa-apa pada saya. Cuma, dia ada letak sesuatu dekat air Faliq. Saya tak pasti apa benda. Rasa macam dadah kut.."

" Dalam air? Habis Faliq minum ke?!"

"Ish!! Taklah. Kalau Faliq minum, memang tak jumpa sayalah jawabnya. Saya ada rakam semua tu. Nanti saya sent kat Encik Adam.." jelasku lagi.

" Okey good Aliaa..!! Saya dapat info, Mr.K tu bukan geng mereka tau. Cuma kenalan clubbing je. Selebihnya masih dalam siasatan.." Aku berkerut. Dan angguk kepala.

"Macam tu pula. Maknanya Tasya dan Pian jelah ye penyangak tu.."

" Mungkin.. !!"

"Tadi Mr.K ada call saya. Dia nak jumpa saya. Untuk apa tak pasti pula. Kalau saya nak jumpa dia. Encik Adam rasa macam mana?!" Aku teringat panggilan dari Mr.K tadi.

"Bila dia nak jumpa awak?!"

"Kalau ikutkan dinner malam ni. Tapi saya cakap dia, saya taknak. Bila fikir balik. Inilah masanya nak tahu siapa dia kut. Dan kalau saya nak jumpa pun waktu siang taknak malam.." jelasku lagi.

" Hold dulu. Saya balik malam ni, kalau sempat esok kita jumpa. Okeylah.. Saya ada kerja ni. Jaga diri baik-baik. Lepas awak jumpa Angel takut dia plan lain lagi. Apapun, awak buat biasa je. Black sentiasa awasi awak. Ni awak dekat Wangsamaju kan.."

" Aha.. Iya.. Dengan abang dan Faliq.."

" Okey..!! Hati-hati. Assalammualaikum..!"

"Waalaikumsalam..!" Talian terus dimatikan. Aku memikirkan sesuatu. Betul jugakan. Takut juga Tasya buat sesuatu pada aku. Sebab aku tahu pasal barang yang dia letak tu. Dan mestilah dia makin marah dekat aku kut sebab bongkar siapa Anis tu. Bahaya juga ni. Kalau gilanya dah sampai. Fuh!! Memang matilah aku. Ya Allah..!! Lindungi aku dari syaitan bertopengkan manusia tu. Gerun pula..!!

Aku bangun dan berdiri. Pandang kanan dan kiri. Seramlah pula. Cepat-cepat aku masuk semula dalam restoran. Tiga sahabat tu sedang gelak tawa. Entah apalah yang mencuit hati mereka. Diaorang ni ajak aku lepak sekali. Hmm.. Entah apa-apa entah. Aku dengar jelah perbualan mereka. Sesekali je aku menyampuk.

Pengunjung keluar dan masuk. Makanan boleh tahan sedap. Ni mesti tempat abang pilih. Western food ni memang abang hantu sikit. Cakap jelah tempat mana best makan, dia tahu saja. Aku main handphone. Apa nak buat ni. Bosanlah pula. Diaorang ni cerita pasal bolalah pula. Aduhai.. Tak masuk jiwa akulah nak join borak. Inilah lelaki kalau duduk melepak. Faliq pandang aku, senyum. Dia tahulah tu aku bosan. Faliq keluarkan handphone. Sambil-sambil berborak, dia whatsapp aku. Depan mata pun nak whatsapp. Hahaha... Okeylah tu, aku pun bosan ni.

" Kenapa orang tu, bosan ye?!"

"Huhu..!! Tak apa, redha jelah.." balasku.

" Alololoo.. Kasihannya..! Kejab ye, lama kami tak jumpa ni. Syok pula borak.."

"Okey tak apa. Orang ni memahami.." balas lagi dan lagi.

" Love you..!!"

" Love you tooooooooo..!!" Dia gelak kecil. Dan sambung berbual. Inilah namanya tak ada kerja. Depan mata pun nak whatsapp bagai. Aku nak pergi Watson lah kejab. Hilangkan bosan.

"Abang copp!! Abang.. Adik nak pergi Watson kejab ye..!" Pintaku.

" Watson? Dekat mana?!"

"Dekat sebelah tu je. Kejab tau..!"

"Okey..!!" Aku senyum dan terus berlalu.

Pintu restoran ku buka. Dan jalan perlahan menuju ke Watson selang tiga kedai dari restoran itu. Jalan sambil bernyanyi. Masuk je dalam Watson, aku tengok barang dulu. Pusing satu kedai. Nak beli apa pun aku tak tahu. Saja cucimata. Tak ada apa yang menarik perhatian akulah pula. Bosan. Aku senyum pada staff dan keluar. Jalan semula ke restoran. Dah dekat jam 6.30 petang dah ni. Diaorang ni tak reti nak balik dah kut. Tak apalah. Tunggu jelah. Aku duduk di kerusi diluar restoran. Melihat lalulintas.

Aku terfikir mengenai Mr.K. Aku nak jumpa dialah. Kalau tak jumpa tak tahu siapa dia. So, okeylah. Tapi aku tak info abang dan Faliq lagi. Nanti aku info dan mesti mereka bagi punya. Tapi tengok keadaan juga. Kalau esok Pian yang hantar barang. Aku nak serahkan semua barang padanya dan nak tengok reaksi Mr.K tu macam mana. Ishh!! Kena fikir betul-betul ni. Kena plan betul-betul. Takut silap langkah, nyawa aku pula melayang.

Fikir punya fikir. Ada seorang lelaki pakai sunglass ber tshirt kolar tinggi warna hijau sedang berjalan menuju ke restoran. Senyum pandang aku, aku balas senyuman sekilas saja. Terus masuk ke dalam restoran. Lalu mataku kembali melihat ke hadapan. Kemudian, lelaki itu keluar semula dan duduk di kerusi dibahagian hujung. Menghadap aku. Aku rasa tak selesa. Aku perasan dia pandang aku. Hatiku jadi tak sedaplah pula. Handphone ku berbunyi berkali-kali. Tapi aku biarkan. Buat tak tahu saja. Lelaki itu masih pandang aku.

Ish!! Tak boleh jadi ni. Aku ambil keputusan nak masuk dalam restoran jelah. Aku bangun dan melihat abang didalam. Mereka bertiga pun dan bangun. Yeah!! Nak balik dah. Aku senyum, masih berdiri 

menunggu mereka keluar. Handphone masih berbunyi. Dari tadi bunyi ni, ada hal penting kut. Aku meraba-raba handphone dalam handbag. Dan.. Black call. Belum sempat nak jawab. Lelaki tadi menghampiri aku.

" Kau ni Aliaa kan.." tanya lelaki itu. Hatiku semakin kencang tiba-tiba.

" Iya saya. Kenapa ya?!" Tanyaku senyum.

" Kau yang kerja di Bangunan... " Aku perasan dia mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Dan.. Ya Allah pisau..!! Dengan pantas tangan lelaki itu cuba menikam aku dan tanpa fikir panjang dengan seluruh tenaga yang ada aku terus hayun handbag aku ke arah tangannya.  Habis rosak handbag aku ditikamnya. Berlubang sudah. Sakitnya hati aku. Dahlah handbag pemberian Faliq nikah dulu.

"Kurang ajar..!! Habis bag aku berlubang..!!" Aku terus pijak kaki lelaki itu dengan tumit tajam kasut aku ni dengan sekuat hati.

" Aduhh..!!" Padan muka. Mengerang kesakitan dia. Dia cuba lagi mahu menikam aku dengan pisau lagi.. Dan.. Arhh!!

" Woiiii.....!!!" Aku menoleh pada orang yang woii itu. Black. Lelaki itu kelam-kabut lari dan pisau dicampakkan depan aku. Black dan seorang lari terus mengejar lelaki tak dikenali itu.

" Adikkk..!!"

" Aliaa..!!" Abang dan Faliq terus lari padaku.

"Adik.. Ya Allah..!!" Abang terkedu. Terus peluk erat aku. Aku diam. Terkejut pun ada. Berlaku sekelip mata. Selamat aku perasan lelaki tu keluarkan pisau dari dalam poketnya. Entah macam mana mataku boleh perasan. Fuh!!
 
" Adik tak apa-apa?! Ya Allah adik.!!" Abang lepaskan pelukkan.

" Okey je.. !!" Aku sengeh dan buat isyarat peace. Tanda okey lah tu. Hehe!!

" Siapa lelaki tu? " tanya Faliq. Aku geleng kepala.

" Dia nak tikam Aliaa?!" Tanya Zahwan. Muka terkejut juga.

" Iya..!" Jawabku ringkas.

" Ini mesti kerja Tasya. Tak ada orang lain lagi dah.."kata Faliq. Marah..!

"Aliaa.. Kau okey?!" Muncul Black dari arah belakang kami. Tercungap-cungap dia kepenatan mengejar lelaki itu.

"Okey.. Aku okey..!!"

"Aku call kau banyak kali. Aku dah nampak lelaki tu mencurigakan. Aku dekat seberang jalan tu. Selamat kau cekap Aliaa.." kata Black. Black keluarkan sapu tangan dari poketnya dan mengambil pisau di lantai. Pisau yang dicampak lelaki tadi.

" Kalau tak pisau ni dah tembus perut kau.." sambung Black lagi. Abang peluk bahu aku lagi.

" Alhamdulilah.. Allah lindungi Aliaa.." ucap Faliq perlahan.

" Kau ke yang call. Aku nak jawab tengok lelaki tu datang dekat. Terus nampak dia keluarkan pisau. Dan selamatlah ada bag aku ni. Kau tengok ni, habis rosak bag kesayangan aku ditikamnya. Bengong betul lelaki tu.." aku tunjuk handbag aku yang berlubang kena tikam lelaki tu. Marah!!

" Adik ni.. Patut risaukan diri tu kalau cedera. Dia risau bag pula. Pelikk!!" Abang marah. Mereka gelak.

" Syukurlah kau tak apa-apa.." Black pun gelak. Kawan Black membawa lelaki tadi. Hebat.. Dapat kejar pun. Lelaki itu digari. Sunglass dah hilang dah. Aku hampiri lelaki itu. Dengan muka yang bengis.

" Kau tengok ni. Apa kau dah buat kat bag aku. Kurang ajar betul. Siapa yang upah kau ni nak tikam-tikam orang. Dah hebat sangat dah ke? Geram betul aku.."  Aku lepaskan marah pada lelaki itu. Rasa macam nak lempang-lempang je muka dia ni.

" Aku nak duit je.." Eh..! Pandai pula menjawab.

"Kalau nak duit pun, pergilah kerja yang halal. Yang kerja jadi penyangak ni kenapa? Lepas tu nak jadi pembunuh pula. Tak kasihan dekat mak ayah ke? Kan tak pasal-pasal kena cekup dek polis" Aku melepaskan kemarahan pada lelaki itu lagi.

"Dah habis dah ke membebel tu. Macam mak nenek..!!"

" Nanti masuk lokap, bawa-bawa bertaubat. Fikir mak ayah sebelum nak buat kerja jahat.." sambung ku lagi. Kasihan pula tengok muka lelaki ni. Sedih pula bila aku cakap mak ayah. Dah kantoi baru nak sedih. Tak guna dah.

" Bawa masuk kereta.." Arah Black.

" Baik Tuan.." Anggota tu bawa lelaki ke kereta. Aku melihat je.

" Okey aku gerak dulu. Apa-apa nanti aku whatsapp. Jangan lupa ke balai.."

" Esoklah. Malaslah.. Nak balik dah ni penat. Esok pun nak jumpa Tuan kau tu..!" Kataku.

"Iyalah.. Okey bro. Gua gerak dulu..!" Mereka bersalaman.

Dan Black terus pergi. Abang, Faliq dan Zahwan pandang aku. Semacam je mereka pandang aku.

" Kenapa pandang macam tu?" Tanya aku. Abang dan Faliq angkat bahu. Serentak. Aik!! Dah kenapa pula.

" Adik.. Adik..!! Abang pun tak tahu nak cakap apa dah. Yang penting adik tak apa-apa.." Kata abang. Aku senyum.

" Memang adik tak apa-apa tapi bag adik ni yang cedera. Sorry Faliq.. ! Penyangak tu jahat..!!" Aku mengadu manja.

" Tak apa. Bag tu boleh beli yang lain. Nak sepuluh pun saya boleh belikan. Tapi nyawa awak tu tak boleh dibeli. Syukur sangat awak selamat..!" Aku senyum. Terharunya. Zahwan hanya mendengar. Dia memang tak tahu cerita. Hanya melihat je. Senyum juga.

Kami berpisah arah. Aku balik bersama abang. Faliq pula bersama Zahwan. Aku masih terkejut lagi sebenarnya dengan apa yang berlaku. Memang tak sangka kejadian ini berlaku. Sekelip mata kut. Kalau aku tak perasan pisau tu tadi, aku rasa dah arwah dah aku. Baru tadi Encik Adam cakap supaya hati-hati dan takut Tasya lakukan sesuatu keatas ku. Dan, tak sampai setengah jam kut, memang betul pun. Tak syak lagi, ini memang kerja Tasya. Siapa lagi musuh aku kalau tak Si Parasit meroyan tu.

Nasiblah kau Tasya. Lelaki ni dah kena cekup. Kau tunggu jelah giliran kau pula kena cekup nanti. Dan, kalau boleh aku nak tengok sendiri dengan mata aku waktu kau dicekup polis. Nak tengok macam mana muka cantik kau tu masuk dalam kereta polis. Tunggu sikit masa lagi.. 

Previous: Bab 170
Next: Bab 172

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.