336,467
Kategori:
Genre:
Bab 68
Apa dia nak buat. Fikirannya jadi kosong. Tak tahu arah tujuan. Mata dah hampir bengkak dah menangis kecewa kerana Faliq. Dah jadi orang hilang arah dah. Buat apa semua tak kena. Sepanjang perjalanan hanya berteman airmata saja. Hampir satu KL dipusingnya. Serabut jadi. Nasib kaulah Tasya.

Perut berbunyi, minta diisi. Dari pening-pening kepala lebih baik pergi shopping. Kata hati kecilnya. Dia memandu laju menuju ke The Curve. Shopping Mall yang paling dia suka. Sampai sahaja, dia terus berjalan menuju pintu masuk mall. Jalan dengan muka yang sugul. Tiada senyuman. Muka yang sangat stress. Dia masuk ke dalam Restaurant Bumbu Desa. Makan sekenyang-kenyangnya. Bila stress apalagi makan sepuasnya.

Setelah perut kenyang, dia membayar bil makanan dan keluar dari restoran dengan senag hati. Bernyanyi-nyanyi sendiri menghiburkan hati. Sedang layan suara sendiri yang sumbang. Tiba-tiba mata tertumpu pada suauk tubuh seorang wanita tinggi bertudung yang sedang berjalan seorang diri. Dia terus berlari mengejar wanita itu.

"Hey!! Youuuu...!! Tunggu.. Tunggu...!!" Lari terkedek-kedek. Wanita itu berkedut menoleh ke arahnya. Muka serius. Senyum langsung tak. Buat muka menyampah saja bila nampak Tasya.

" Apasal panggil aku?! Dah macam orang gila je.." Tanya Asnida.

" I memang nak cari you. Kebetulan jumpa dekat sini. Sangat bagus..!!" Kata Tasya dengan termengah-mengah.

" Ada apa? Jangan buang masa akulah.." Asnida sinis.

"You memang kejam kan. You memang suka kan i berpisah dengan Faliq.  Mana you dapat semua gambar-gambar tu?"

"Hahaha..!! Kan aku dah bagi warning. Kau lupa ke? Ke nak aku ingat kan?!" Asnida gelak.

"Tak payah. I belum tua lagi nak lupa. I cuma nak tahu, mana you dapat gambar-gambar tu. Itu je!" Tanya Tasya lagi. Sakit betul hatinya melihat Asnida gelak.

"Mana aku dapat. Itu bukan masalah kau.."

" Ini menimbulkan masalah tahu tak. Sebab gambar-gambar tu Faliq dah tinggalkan i. Faliq jadi benci i. Semua sebab you. Puas hati you sekarang. Haa??" Luah Tasya.

" Oh dah berpisah?! Alhamdulilah.. Aaminn ya rabbal alamin. Akhirnya.. Berpisah juga Faliq dengan perempuan ni. Hahaha..!!" Seronoknya Asnida. Makin sakit hati Tasya. Kalau ikutkan hati mahu saja ditampar Asnida ni tapi gerun pula dia.

"You memang jahat. You musnahkan hubungan i dan Faliq. You tahu tak i sayang dia.."

" Hohohoo.. pandai dah cakap pasal musnah ye. Hey Perempuan...!! Kau musnahkan rumahtangga Faliq dan Aliaa. Ada kau fikir kau kejam ?. Kau musnahkan harapan Aliaa dan anaknya untuk hidup bahagia dengan Faliq. Ada kau fikir hati perasaan Aliaa. Ha! Ada? Ada tak?!" Dengan selamba Asnida menolak-nolak perlahan bahu Tasya.

" Ishhh tak payahlah nak tolak-tolak. Sakitlah..!! Jangan you ingat. I dah berpisah dengan Faliq. Si Aliaa tu nak kembali pada Faliq. Memang taklah. Dengan pangkat yang dia ada sekarang ni dan bercinta pula dengan anak Dato' . Jangan mimpilah Asnida. Jangan mimpi..!!" Tasya masih tak puashati. Tetap ada fitnahnya.

" Sekurang-kurang Faliq tak terus bercinta dengan perempuan haram macam kau ni. Ada hati nak jadi adik ipar aku konon. Pegi mamposlah perempuan..!!" Dah bertekak mulut mereka. Mujur tak ramai pengunjung. Kalau tidak mahu diviralkan pula nanti.

"I pun tak inginlah nak jumpa you. Kebetulan terjumpa kut.  I cuma nak tanya mana you dapat gambar tu semua?!" Tasya pandang Asnida dengan penuh perasaan marah. Bertanya lagi.

"Kenapa, kau takut??"

"I tak takutlah.. Cepatlah bagitahu. I malas dah nak tengok muka you ni.."

" Aku pun tak ingin nak tengok muka longkang kau ni. Hey!! Perempuan.. Kau dengar ye, ini Ash lah. Setakat perempuan macam kau ni, luar dalam semua aku tahulah. Semua ada dalam tangan aku. Mana aku dapat gambar kau itu tak penting, yang penting sekarang. Kau pergi berambus dari mata aku ni sebelum ada yang makan penampar nanti.." Kecut perut Tasya ditengking oleh Asnida.

"I..i cuma nak tahu tu je.."

"Jadi, tak faham lagi untuk berambus..!!" Tasya pandang Asnida dengan muka sangat sakit hati. Tapi pandangannya terus beralih ke tempat lain pula. Pandangan Asnida lagi padu. 


"Sudahlah...!!" Tasya terus menoleh dan memulakan langkah. Baru tiga langkah jalan.

"Oiii.. Tunggu!!" Asnida menjerit memanggilnya. Dia berhentikan langkah semula dan pusingkan badan kearah Asnida.

" Tadi halau ni panggil pula. Pelikk..!!"  gerutu hatinya.

"Ni aku nak bagi warning lagi. Last warning!! Tolong jangan ganggu hidup Faliq lagi. Jangan sesekali kau cuba nak goda dia. Sekarang ni aku cuma bagi gambar-gambar kau pada Faliq je kan. So, kalau kau ganggu Faliq lagi. Gambar kau semua akan aku beri pada parents kau pula.." kata Asnida. Terbeliak mata Tasya terkejut beruk.

" You dah kenapa nak libatkan parents i ni ha?? Jangan nak memandailah.. " Tasya mula risau dan ketakutan sendiri.

"Tiada pilihan. Lagipun nombor parents kau aku dah ada pun, senang.. Sekali kau ganggu Faliq, lima gambar terus aku bagi parents kau.." Asnida senyum sinis. Dan mengeluarkan handphonenya. Dan tunjuk pada Tasya nombor handphone parents nya. Betapa punya terkejut Tasya.

" Mana you dapat nombor parents i ni??" Tasya masih bertanya.

" Budak aku ada di merata-rata. Aku call je terus dapat maklumat. Mudah sangat! Untuk pengetahuan kau, dekat sini pun ada juga budak aku tau. Dia tengah perhatikan kau. Kemungkinan juga dia akan follow kau balik. Untunglah ada eskot.." Tasya pandang kanan kiri atas bawah semua sekali. Muka dah naik mengelabah.

" You ni memang dah gilalah..!!" Ketakutan Tasya dibuatnya.

" Hahaahaa.. Kalau taknak terrrrrbakar, lain kali jangan bermain dengan api. Ingat warning aku. Okey bye..!! Jaga-jaga ada yang memerhati. Hahaahaa!!" Asnida terus meninggalkan Tasya yang masih terpinga-pinga. Dadanya berdebar. Pandang kanan kiri dan terus berlari ke parking kereta.

"Gila punya perempuan. Macam mana dia boleh dapat semua maklumat tu. Siapa yang beri pada dia? Siap parents aku pun dia dapat. Kalau parents aku tahu, mati aku.  Ishh!! Geram betul lah. Salah ke aku nak sayang adiknya, pun tak boleh. Pelik, poyo, berlagak , sombong, riak. Arhhh!! Tension betul lah.." Tasya membebel sorang-sorang. Rasa tidak puashati tapi apa boleh buat. Sendiri timbulkan masalah. Nasib kaulah Tasya.

Sampai saja di kereta, dengan pantas dia membuka pintu kereta dan terus masuk dalam kereta dalam keadaan ketakutan. Lalu, terus lock dari dalam. Sempat dia pandang kanan kiri depan belakang kut-kut ada orang yang follow seperti yang Asnida cakapkan sebentar tadi. Terus menghidupkan enjin kereta dan memandu laju. Dah macam drift saja.

Asnida memerhati dari jauh dari dalam keretanya. Gelak besar.

" Tahu takut. Lain kali jangan cakap besar macam kau tu hebat sangat. Baru kena sergah sikit dah macam cencurut. Perempuan.. Perempuan.. Hmm.." Asnida geleng kepala melihat gelagat Tasya tadi.

" Kasihan juga tapi nak buat macam mana. Kalau tak buat macam ni,nanti makin teruk. Harap apa yang aku buat ni bolehlah dia fikirkan. Jahat-jahat aku pun taklah sampai gadai maruah. Tidur sana sini dengan jantan. Tak pasal-pasal Alang pun bodoh terjebak. Kalau Tasya ada hiv. Astaghfirullah Al Azim..  Minta jauhkan. Lindungilah Alang Ya Allah..!!" Tiba-tiba Asnida terfikir. Jadi takut dia. Terus memandu. Mahu jumpa Faliq. Ada perkara dia mahu bincangkan. Jadi tak keruan hatinya.

Masuk ke perkarangan rumah, kelihatan ada kereta Faliq. Cepat-cepat dia jalan masuk ke dalam rumah. Mata meliar mencari kelibat Faliq. Di ruang tamu, Puan Asmah seorangan.

" Mama.. Mana Alang?!" Tanyanya terus.

" Ada dekat dapur.. " Asnida meletak handbagnya dan terus menuju ke dapur. Faliq sedang minum air suam.

"Alang.. Duduk sini kejab. Ada benda Angah nak tanya ni.."

"Nak tanya apa?!" Faliq duduk di kerusi berhadapan Asnida. Asnida pandang berkerut muka adiknya.

" Kenapa ni Angah? Serius je.."Faliq bertanya.

" Alang dah buat HIV test?!" Serius. Faliq senyum.

" Kenapa senyum? Angah serius ni, Alang.."

"Alang dah buat HIV test.." jawab Faliq.

"Jadi, keputusan?!"

" Negatif..!! Tapi lagi enam bulan kena buat sekali lagi untuk pengesahan. So, Angah jangan risau ya..!" Kata Faliq lagi. Senyum.

"Lagi enam bulan?" Asnida berkerut.

" Iya..!! Angah jangan risau. Insha Allah semua akan okey!" Kata Faliq menenangkan hati Asnida. Dia tahu kakaknya itu sangat risau. Lagi pula Asnida tahu si Tasya tu macam mana sebab semua info pasal Tasya adalah dari Asnida sendiri.

"Mana tak risau Alang. Seks bebas, macam-macam penyakit boleh dapat walau sekali lakukan. Entahlah.. Takut Angah dengar..!!" Keluh Asnida. Kecewa dengan Faliq tetal masih ada.

" Alang tahu Angah. Alang menyesal sangat dengan apa yang Alang dah lakukan. Alang minta maaf.." sedih Faliq.

" Dahlah.. Perkara dah berlaku. Nak ulang semula pun tak boleh. Doa jelah banyak-banyak. Semoga keputusan tu nanti negatif juga.." kata Asnida.

" Mudah-mudahan..!!"

" Hmm.. Mama cakap Alang nak ke Sabah. Nak jumpa Dhia. Bila?" Tanya Asnida menukar tajuk perbualan.

" Lusa. Alang pun tak sabar nak jumpa Dhia. Rindu sangat dekat Dhia.." jawab Faliq.

" Tulah. Angah pun rindu. Alang dan Aliaa macam mana? Alang tak pujuk Aliaa ke?"

" Alang tengah usahakan. Buat masa ni memang dia tak layan Alang pun. Kalau Alang call dia, handphone dia bagi dekat Dhia. Dia taknak cakap dengan Alang.." Faliq mengadu.

"Hmm... Kalau itu, Angah no komen. Angah perempuan dan pernah lalui juga. Yang Abang Ngah buat dekat Angah taklah teruk macam mana Alang buat pada Aliaa. Jadi, padanlah muka Alang. Berani buat beranilah tanggung. Kalau Aliaa kahwin lagi, jawabnya putih matalah Alang.." sempat Asnida memerli. Terkena lagi Faliq.

"Angah ni kan.. Janganlah cakap macam tu. Sedih Alang dengar!!"

" Sedihlah sangat. Dahlah jom ke depan. Kasihan mama sorang-sorang tengok tv.. " Asnida bangun dari kerusi dan berjalan ke ruang tamu pula.

"Nasib badanlah Faliq. Berani buat beranilah tanggung. Tak pasal-pasal jadi gila. Gila apa? Gila talak.. Hahaha!!" Faliq gelak sendiri. Menyapu muka dengan tangannya. Duduk termenung merenung nasib diri.

Tak dapat nak bayangkan kalau Aliaa bersanding dengan orang lain diatas pelamin. Aduhaiiii Faliq. Menangis tak berlagulah engkau.

Previous: Bab 67
Next: Bab 69

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.