336,403
Kategori:
Genre:
Bab 67
Lambat pula rasanya nak tunggu lusa. Tak sabar nak terbang ke bumi borneo, tiket awal sehari pun rasa macam 10tahun lamanya. Tak sabar nak jumpa si kecil. Entah macam manalah reaksinya nanti bila berhadapan dengan bapannya yang sudah lama tak jumpa. Entah kenal entah kan tidak. Mana mungkin tidak kenal, setiap hari video call sampai 4,5 kali sampai Dhia pun malas nak cakap. Tapi sebenarnya nak tengok muka bekas isteri. Dan sangat tak sabar nak jumpa bekas isteri. Nak pikat hatinya yang keras itu. Harap-harap adalah lembut sikit hatinya nanti. Hmm.. lembutlah sangat. Silap haribulanlah Faliq.

Nasi terakhir dimasukkan ke dalam mulut, dikunyah perlahan. Kemudian, menghirup teh o ais dihadapannya.

" Bro.. Saya tak sabar nak ke Sabah ni.." semangat Faliq.

"Encik Faliq tak sabar sebab projek ke sebab Cik Aliaa?!" Tanya Nizam. Sebenarnya Nizam nak cari point nak memerli.

" Dah menyelam kan, minum airlah terus. Saya nak jumpa anak saya, entah dia kenal saya entah tidak. Kalau dia tak kenal. Aduhai.. Sedihnya..!!" Kata Faliq perlahan.

" Lama dah ke Encik Faliq tak jumpa dia?!"

"Last saya jumpa dia, dia baru dapat menapak. Baru berjalan. Rasanya umur dia setahun ke setahun lebih kut. Tak ingatlah. Lepas tu sampai hari ni tak pernah jumpa langsung.." jelas Faliq.

" Biar betul?! Lebih kurang tiga tahun jugalah ek.. Dasyat.. Dasyat..!!" Terbeliak mata Nizam. Kejab je masa berlalu.

"Iya Zam. Cuma lepas Aliaa balik Sabah tulah, baru saya dapat contact dengan anak saya. Call dan video call je. Besar dah Dhia Afia.." Faliq senyum.

"Saya kalau sehari tak jumpa anak pun, rasa hidup tak complete. Ini pula sampai tiga tahun. Boleh pula Encik Faliq relax je kan.."

"Nak buat macam mana Zam. Semua salah saya sendiri. Mana nak fikir sebelum ni. Langsung tak fikir anak, tak fikir bini. Cuma kalau balik rumah sendiri tu. Rasa rindu, terbayang mereka. Tapi kejab je. Lepas tu lupa balik.." terang Faliq lagi. Sedih.

"Rugi Encik Faliq ni. Tak dapat tengok perkembangan anak membesar. Time anak kecil nilah saat paling bahagia. Tengok dia mula senyum, main, merangkak, berjalan tatih, berlari, dengan mula bercakap pelat, memang saat paling seronok dalam hidup.." Nizam bercerita rasa keseronokkannya. Kongsi pengalaman.

"Itulah.. Memang saya sia-siakan saat tu. Tapi nak buat macam mana. Semuanya dah berlalu. Kalau boleh waktu tu diputar semula, memang saya nak kembalikan masa lalu. Nak jaga rumahtangga. Jaga anakbini baik-baik. Beri kasih sayang.. Ishh!! Sedihnya..." luahnya lagi. Nizam senyum. Nasi dah jadi bubur dah wahai Encik Faliq. Kata hati kecil Nizam.

" Sabar..!! So, apa plan Encik  Faliq?!" Tanya Nizam.

"Plan? Hmm.. Kalau plan personal saya. Dah tentulah nak back to basic.." jawab Faliq bersahaja.

" Back to basic?! Maksud?" Nizam berkerut.

" Yupp..!! Back to basic untuk pikat Aliaa lah apa lagi. Hehehe..!!" Kata Faliq, gelak kecil.

" Hahahaa..!! Kena kerja keraslah ye..!"

" Tahu tak apa! Tapi tulah broo.. Risau juga ni.." perlahan suara Faliq.

"Risau kenapa pula? Risau Cik Aliaa tak terima?" Teka Nizam.

"Kalau itu memang sah-sah dia tak terima. Masih keras lagi hati dia. Tapi saya tahu dia sayang saya lagi dan lama-lama mesti terima. Yang saya risau ni. Sangat risau. Haikal.." Nizam senyum sinis. Dah agak dah. Sengaja dia bertanya.

" Kenapa dengan Encik Haikal. Dia baik je. Atau Encik Faliq rasa tergugat dengan dia kut."

" Gila tak tergugat. Dahlah dia kerja satu office, tiap hari jumpa. Kalau Haikal ada hati dengan Aliaa macam mana? Dia pikat Aliaa dulu dan mesti Aliaa akan rasa happy, rasa bahagia dengan Haikal. Lepas tu bercinta, bertunang dan kemudian nikah. Aduh...!! Boleh mati terjun laut Sabah saya dibuatnya.." kata Faliq dengan muka yang sangat risau. Hahaha..

" Memang Encik Haikal ada hati dengan Cik Aliaa pun.. "bisik Nizam sendiri.

"Ha??  Apa Zam? Haikal dengan Aliaa apa?!" Alamak!! Faliq terdengarlah pula.

" Eh!! Tak ada apalah. Tapi kan Encik Faliq. Saya tengoklah kan, Encik Haikal tu baik orangnya. Romantik je dengan Cik Aliaa. Memang sweet couple lah mereka tu...!!" Sengaja Nizam. Sengeh.

" Aikk Nizam.. Awak ni sebelahi saya ke sebelahi Haikal. Lain macam pula ni..!" Faliq menyirap. Berkerut pandang Nizam.

" Hahaha.!! Saya tak menyebelahi sesiapa. Mana yang membahagiakan Cik Aliaa tu yang terbaik. Relax Encik Faliq jangan marah ye. Gurau.. Gurau..!!" Nizam gelak.

" Dah pandai sekarang ek. Gurau kasar dah.."

"Hahaha.. Bila lagi kan. Merapatkan tali silaturrahim.."

"Aha.. Iya, rapatlah sangat..!!" Faliq menyedut air terakhir.

"Jom..!!"

"Encik Faliq.. Hari ni biar saya belanja.."

"Nak ambil hati ke apa ni.." Faliq angkat kening. Senyum sinis.

"Hahahaa.. lebih kuranglah." Nizam terus ke kaunter bayaran. Kemudian mereka terus masuk ke kereta Faliq dan berlalu. Sedang asyik berbual, handphone Faliq berbunyi berkali-kali. Faliq tak jawab.

"Kenapa Encik Faliq tak jawab?!" Tanya Nizam.

" Malas.."

"Aik..!! Siapa yang call sampai malas jawab?!"  Tanya Nizam lagi. Ingin tahu.

" Siapa lagi kalau bukan Tasya. Tiap kali saya keluar, dia call. Saya nak solat, dia call, saya nak ke toilet pun dia call. Pelik..!"

" Encik Faliq masih dengan dia lagi ke?!"

" Tak pun. Sejak kes kantoi hari tu saya dah putus dah. Tapi tulah, dia anggap saya masih dengan dia. Malas dah nak fikir dia. Sekarang ni saya cuma fikir Aliaa dan Dhia je.." jelas Faliq.

" Hmm.. Esok kan, lama-lama Tasya gila sebab ditinggal oleh Encik Faliq dan Encik Faliq pula gila juga sebab meninggalkan Cik Aliaa. Haaaa!! Dah cun la tu, buku bertemu ruas..." selamba saja Nizam bercakap. Kena lagi Faliq. Merah padam muka. Faliq diam. Nizam geleng.

Melangkah saja Faliq dan Nizam ke office. Tasya dengan gaya mengodanya terus menghampiri Faliq. Menyambut Faliq. Faliq berkerut dan langsung tak layan. Nizam terus masuk ke dalam biliknya. Sama juga seperti Faliq. Dibiarkan sahaja Tasya menggedik-gedik padanya. Sikit pun Faliq tidak bersuara. Hanya reaksi wajah yang bengang.

" Sayang..!! I dengar you nak pergi ke Sabah lagi. Boleh tak i join. I pun tak pernah ke Sabah lagi tau. Teringin pula i nak ke gunung Kinabalu. Orang kata sana best. Boleh honeymoon sekali kan sayang kan...!!" Tangannya terus mengurut bahu Faliq. Tapi Faliq tepis kasar dan bangun dari kerusi. Menyusun fail kerja yang agak berselerak.

Tasya mengekori Faliq juga. Lalu, Faliq duduk semula. Diam membisu.

"You..!! You dengar tak apa i cakap ni. You!! Janganlah macam ni. I perlukan you. Maafkan i ye. Kita bersama balik ye.. i sayang you..!!" Tasya buat muka sedih. Mencebik minta perhatian Faliq. Faliq pandang muka Tasya dengan kedut beribu. Tajam matanya macam nak makan orang saja.

" Sorry..!! Kau merayulah macam mana sekalipun. Aku takkan terima kau lagi. Dan, aku dah cakap banyak kali pada kau kan. Hati aku hanya untuk Aliaa dan anak aku. Takkan ada wanita lain lagi.Termasuk kau. Tolong faham!! Tolong jangan ganggu hidup aku lagi. Tolong jangan muncul dalam hidup aku lagi.." terang Faliq. Serius!!

" Oh!! Anak?! Sebelum ni tak pernah pula sebut pasal anak. Kenapa sekarang baru sebut? Sebab you tahu Aliaa berjawatan kan. Sebab tu segalanya Aliaa sekarang kan. Dulu, sebelum you tahu Aliaa pengurus, ada you kisah? Tak kan?! I juga you kejar.." jeling Tasya.

" Sebab dulu aku lalai, aku termakan pujuk rayu kau. Kau fitnah Aliaa pun aku bodoh boleh percaya. Sudahlah Tasya. Kau pergilah dengan hidup kau. Jangan ganggu hidup aku lagi..!" Kata Faliq lagi.

"Senangnya you cakap. You ambil i bila you perlukan i, bila you taknak i, suka-suka you tinggalkan i Faliq. Lelaki memang semua sama. Habis madu sepah dibuang. Memang betul Aliaa cakap. You anggap i sekadar pakai buang je Faliq.. Kejam you Faliq. Kejammm!!" Marah Tasya. Faliq bangun. Dan pandang tepat ke arah wajah Tasya. Senyum mengejek.

" Habis madu sepah dibuang ye?! Kau ingat aku tak tahu ke Tasya. Aku pun dapat sisa je sebab madu kau dah bagi orang lain. Dan aku pun tak tahulah, aku ni lebah yang ke berapa entah. Banyak lebah yang hinggap dekat kau sebelum aku. Kan..!" Terus cuak muka Tasya. Terdiam seribu bahasa. Faliq senyum sinis padanya.

" Apa you merepek ni. Jangan nak fitnah i pula..!" Tasya jadi tak keruan.

" Nak aku tunjukkan bukti ke? Sekejab..!!" Faliq terus mengeluarkan handphone dari poket seluarnya. Membuka galeri.

" Wow!! Kau memang wanita hebat yang hebat perangkap lelaki. Dengan aku sekali kau perangkap. Dasyat kau Tasya..!!" Turun naik nafas Tasya. Satu persatu gambar ditengoknya. Gambar yang dihantar melalui whatsapp oleh seseorang. Tasya sempat melihat nama si penghantar. Angah. Terus dia terfikir Asnida. Telan liur dia sendiri.

" Mana.. Mana you dapat semua gambar ni. Ini bukan i lah. You.. you salah orang ni..!" Tergagap-gagap Tasya bercakap. Lagi menafikan realiti.

" Sukahati you lah Tasya. Sekarang ni, lebih baik you keluar dan jangan munculkan diri dalam hidup i lagi. Faham!!" Kata Faliq lembut.

" Tapi you.. i.. i sayang you. Bagilah i peluang nak perbaiki diri i. Please Faliq. I perlukan you..!!" Tasya merayu lagi. Mata mula berkaca.

"Kau tak faham ke. Kan aku dah cakap, jangan ganggu hidup aku lagi. Tolong keluar sekarang..!!" Kata Faliq tegas.

"You memang Faliq. You memang..!! Sampai hati.. I hate you Faliq.. !!" Tasya menjerit-jerit. Lalu handphone Faliq dicampak diatas meja. Mujur tak jatuh ke lantai. Sikit je lagi mahu jatuh. Terus Tasya berlari dengan tangisan.

" Pelik..!! Habis handphone aku dicampaknya. Fuhh!! Selamat!! Kalau jatuh tadi, memang aku minta ganti baru. I phone 7 terus aku minta.." Faliq mengambil handphone nya dan mengelap guna tisu lembut. Lalu terus dimasukkan ke dalam poket seluar semula. Jam dilihat, dia terus ambil kunci kereta dan berlalu meninggalkan office. Hari ni Jumaat, balik rumah bersihkan diri dan mahu pergi solat Jumaat bersama Encik Kamaruddin.

Tasya memerhati Faliq yang berjalan keluar. Merah mata menangis. Geramnya hati. Sampainya hati Faliq. Baru dia tahu betapa sakitnya dikhianati. Macam tulah yang Aliaa rasa dan lebih teruk lagi. Dia teringat akan nama Angah. Makin sakit hati dia dengan nama Asnida. Mana Asnida boleh dapat semua gambar-gambar tu. Gambar-gambar tu ada yang gambar lama bertahun sudah. Dan, gambar-gambar baru semua. Ishh!! Geramnya Tasya. Kenapa Asnida perlu menyibuk pada kehidupannya. Selama ni mesti Asnida ikut dia. Tekanya.

"Kurang ajar you Asnida. I akan cari you sampai dapat. Mati you ditangan i nanti. Huhu!! Tapi.. i nak buat apa dekat dia. Dia banyak kaki, i ada dua kaki ni je. Arhhh!! Tension.. I nak balik JB, i taknak duduk sini lagi.....!!!" Kata Tasya sendiri.

" Oiii.. Kau dah kenapa menjerit macam orang sasau..!!" Terkejut Basri dengar Tasya menjerit.

" Sibuklah...!!" Tasya menjeling tajam. Lalu terus ambil handbag dan jalan meninggalkan office dengan rasa kecewa.

Sekarang apa yang harus dia lakukan. Nak fight pun tak boleh. Sendiri bikin. Sendiri malu. Nak taknak. Tanggunglah sendiri. Maruah tergadai apapun tak dapat. 

Previous: Bab 66
Next: Bab 68

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.