336,449
Kategori:
Genre:
Bab 181
Lega hati Adil. Tarikh dan hari pembedahan ke atas Aliaa telah ditetapkan. Insya Allah selepas majlis nikah rujuk mereka. Segala perbelanjaan rawatan Adil uruskan semua, tak kisahlah yang penting adiknya sihat walafiat. Bila Aliaa bertanya mengenai kos rawatan, tiada langsung dijawabnya tapi hanya senyum. Jadi serba salah pula Aliaa. Sudah pasti kos rawatan menelan belanja yang tinggi.

Doktor Raziq menerangkan semuanya. Tapi sikit pun Aliaa tak faham. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Entah kenapa dia jadi terpinga-pinga pula. Fikiran jadi kosong. Bila ditanya, dia angguk dan senyum je. Adil yang banyak bertanya itu dan ini. Macam Adil pula yang sakit memang bertuah punya Aliaa.

Handpone dikeluarkan. Rasa bosan pula dia. Layan whatsapp dari si Faliq.

"Macam mana? Dah settle ke? Bila start rawatan? Operation bila? Selepas atau sebelum majlis kita?" Berkerut Aliaa sendiri. Banyak betul soalannya.

"Entah..!" Balas Aliaa ringkas. Malas dia mahu jawab. Sebab dia sendiri pun tak tahu.

" Aik! Entah..!! Abang mana?"

"Ada ni.." balasnya lagi.

" Okeylah.. Saya dalam meeting ni. Jumpa nanti. Bye sayang!" Aliaa masukkan handphone dalam handbag semula. Pandang kosong pada fail rekod kesihatannya. Tulisan doktor ni satu apa pun dia tak faham.

" Tulisan macam cakar ayam, cantik lagi tulisan anak aku.." merungut dia dalam hati. Adil menjeling pada Aliaa, berkerut. Dia tahu Aliaa mesti bosan. Aliaa perasan Adil memandangnya, sengeh. Tiba-tiba perut Aliaa memulas. Pula dah. Mahu pergi ke toilet.

"Excuse me. Sekejab ya. Saya nak ke toilet sekejab.." minta izin. Adil dan Doktor Raziq angguk. Handbag nya diberi pada Adil. Kemudian, cepat-cepat Aliaa keluar dari bilik Doktor Raziq. Jalan laju mencari toilet. Pandang kanan kiri. Tapi tiada pula kelihatan. Perut dah semakin memulas, jalan ke satu lorong ke satu lorong tapi tak jumpa lagi toilet ni.

" Mana toilet ni. Tak kan hospital sebesar ni tak ada toilet. Aduh..!! Dah tak tahan dah ni.." Aliaa cakap sendiri. Dia turun ke tingkat bawah pula dan terus bertanya pada jururawat yang lalu di situ. Jururawat itu menunjukkan arah ke toilet dan dia terus berlari anak menuju ke toilet yang diberitahu oleh jururawat tadi. Sunyi semacam saja lorong ni. Jumpa juga akhirnya toilet. Eh!! Ini toilet doktor. Dia garu kepala. Dia yang salah cakap atau jururawat itu yang salah info. Ah!! Nasiblah. Darurat dah. Masuk sajalah. Kata hati Aliaa. Tanpa buang masa, Aliaa terus tolak daun pintu toilet. Menunaikan hajatnya.

Beberapa minit kemudian, Aliaa keluar dari toilet. Lega perutnya. Baru tenang hati. Jalan perlahan- lahan. Seorang makcik keluar dari satu bilik dengan bertongkat. Kaki kanannya berbalut. Perasaan simpati mula menyelinap dalam diri. Dia terpandang pada pintu bilik itu, toilet. Dia sengeh. Dekat sini rupanya toilet, tak perasan pula. Katanya dalam hati.

"Makcik..!! Makcik nak pergi mana ni?" Aliaa menegur makcik itu. Kasihan makcik itu, susah dia mahu berjalan dengan bertongkat. Sorang-sorang pula tu.

"Makcik nak balik.." jawab makcik itu dengan senyuman.

"Makcik sorang je ke ni?!"

" Tak lah. Ada anak makcik tadi. Tapi tak tahu dia ke mana. Hantar barang ke kereta mungkin.." jelas makcik itu.

"Oh iyeke! Ni makcik nak tunggu anak kat mana?" Tanya Aliaa lagi.

" Tadi anak makcik suruh tunggu dekat depan tu ha.."

" Okey.. Jom saya temankan makcik ya. Makcik boleh jalan tak ni, kalau tak saya ambilkan wheelchair ye.." kataku.

" Eh!! Tak apa nak. Makcik boleh jalan.."

" Baiklah..!" Aliaa terus memegang lengan makcik itu dan memimpinnya jalan perlahan-lahan. Mereka berbual mesra. Kasihan makcik ni, dalam keadaan kaki yang sakit, kena pula berjalan. Jauh juga tu ke lobi. Berapa kali Aliaa mahu ambilkan wheelchair tapi dia tetap tak nak. Jadi, jalanlah makcik perlahan-lahan.

Setelah perbincangan selesai, Adil meminta diri untuk pulang. Pesanan demi pesanan dari Doktor Raziq.

" Kalau ada apa-apa perubahan, saya akan beritahu nanti. Tapi rawatan tetap kena jalani. Ingatkan Aliaa nanti ya appointment minggu depan. Jangan dia tak 

datang pula.." kata Doktor Raziq.

"Baik doktor. Insya Allah, datang. Saya yang bawa dia nanti. Kalau nak harapkan dia pergi sendiri, memang tak lah.." balas Adil.

"Tulah. Saya pula jadi bersalah dengan arwah Harris. Sebab dah janji dan dah diberi amanah sebelum dia meninggal dulu.."

" Saya minta maaf banyak-banyak Doktor. Adik saya tu lain sikit, dia bab kesihatan ambil mudah je. Berbuih dah mulut ni cakap. Ni kalau tak sebab sakit tempoh hari, memang tak datang jumpa ni. Tu pun sebab saya cakap, sakit ni boleh mati tiba-tiba. Takutlah dia.." Doktor Raziq gelak kecil.

" Jangan risau. Semoga semuanya akan dipermudahkan. Pembedahan ni penyembuhan dan pemulihan cepat tak macam pembedahan biasa. Cuma kos memang agak tinggi.."

" Tak apa doktor. Saya tak kisah, yang penting adik saya sihat dan sembuh. Hmm.. Okeylah doktor. Jumpa minggu depan. Minta diri dulu ya.."

" Baiklah. Kirim salam Aliaa.." Adil bersalaman dengan Doktor Raziq dan terus meninggalkannya.

"Mana pula adik ni. Tak kan pergi toilet dari tadi tak sudah lagi. Lama dah ni.." Adil mula risau. Jadi berdebar pula hatinya. Handbag Aliaa ada padanya pula. Dah tentu Aliaa tak bawa handphone. Terus saja teringat pada Tasya. Semakin risau dia. Tasya sedang cari Aliaa, tak mustahil Tasya akan jejak ke mana saja Aliaa pergi. Aduh!! Kacau. Naik berpeluh dia bila fikir.

Adil terus menuju ke toilet tingkat sama. Kut-kut Aliaa masih ada dalam toilet. Di depan toilet dia berdiri. Tak kan dia nak masuk toilet wanita pula kut. Garu kepala. Tapi Aliaa tadi boleh pula tak perasan ada toilet ditingkat itu. Macam-macamlah Aliaa. Kebetulan ada seorang wanita muda mahu masuk ke dalam toliet.

"Cik.. Minta maaf. Saya nak minta tolong sikit boleh?!" Tegur Adil pada wanita itu.

" Iya..! Minta tolong apa?!"

" Cik nak masuk toilet kan. Minta tolong tengok kan ada tak perempuan pakai baju kurung biru, bertudung. Saya cari adik saya, dari tadi dekat toilet tak keluar. Risau pula.." kata Adil. Wanita itu angguk dan terus masuk dalam toilet. Tak lama kemudian, wanita itu keluar semula.

"Encik.. Cuma ada makcik cleaner je dalam ni.."

"Ha? Tak ada. Aduh!! Mana pula dia pergi. Hmm.. Okey.. Okey.!! Tak apa. Terima kasih ya.." Adil senyum dan terus jalan laju.

Adil terus turun ke bawah. Mata meliar mencari kelibat Aliaa tapi tiada pula. Buat hal lagi Aliaa ni. Risaunya dia. Macam mana kalau Tasya dapat Aliaa. Bawa Aliaa lari, bunuh Aliaa. Ish!! Macam-macam yang Adil fikirkan. Tak tenang memang tak tenang. Dia kemudian bertanya pada jururawat yang sedang bertugas di kaunter pertanyaan mengenai Aliaa. Tapi jururawat tersebut pun tidak perasaan dan tidak tahu. Hospital yang tengah sibuk macam tu mana nak cam keluar masuk orang.

Adil mengeluarkan handphone. Terus menghubungi Faliq. Entah kenapa dia boleh pula mahu call Faliq. Sedangkan Faliq bukan ada disitu. Jadi buntu dia sebenarnya.

"Aliq.. Aliaa ada call kau tak? Aku tak tahu dia ke mana ni. Tadi kata nak ke toilet tapi dah lebih setengah jam tak muncul-muncul pula.." Tak sempat beri salam, terus saja dia bertanya.

"Ha? Pula dah. Aku whatsapp dia je tadi kejab. Tapi waktu tu dia dengan kau. Kau tak try call dia?"

" Handbag dia dekat aku. Handphone dia pun ada ni. Tak apalah aku cari dulu. Apa-apa nanti aku info kau.." Talian terus dimatikan. Adil terus lagi mencari dan mencari. Buntu dah dia. Risau Tasya dapat Aliaa saja.

Di satu sudut, Aliaa masih bersama makcik menanti kehadiran anaknya. Leka berbual. Seronok Aliaa berbual dengan makcik sampai terlupa Adil.

"Laa.. Mak dekat sini ke? Jenuh saya cari mak..!" Seorang wanita menegur makcik. Aliaa terus berdiri.

" Tadi kata suruh tunggu dekat sini.." jawab si makcik. Aliaa senyum saja.

"Iyalah. Ni siapa?!" Tanya wanita itu.

"Saya Aliaa. Tadi saya nampak makcik jalan sorang keluar dari toilet. Jadi, saya temankan dia sampai sini.." terang Aliaa.

" Oh!! Terima kasih ya Aliaa.." Wanita itu bersalaman dengan Aliaa. Mesra.

" Jom mak..!" Ajak wanita itu.

" Tak apa kak. Saya tolong. Lagipun, kak banyak barang tu."Aliaa mempelawa diri sendiri untuk membantu. 


" Tak menyusahkan ke dik..!" Tersengeh wanita itu. Serba salah pula dia.

" Ish!! Tak adalah.." Mereka memulakan langkah. Aliaa terus memimpin makcik hingga ke parking kereta yang tidak jauh dari lobi. Panas terik. Terasa betul-betul matahari berada seinci di atas kepala. Pintu kereta dibuka, Aliaa membantu makcik masuk ke dalam kereta.

"Terima kasih ya nak. Temankan makcik. Allah saja yang dapat membalas budi baik anak ni.." Doa si makcik.

" Alhamdulilah.. Aaminn.. Sama-sama makcik. Makcik jaga diri baik-baik ya. Makan ubat tau.." Pesan Aliaa. Makcik senyum saja. Aliaa brsalaman dan menciun tangan makcik itu. Lalu, pintu kereta ditutup.

"Terima kasih ya Aliaa. Susah-susah je.." kata wanita itu pula.

" Tak apa kak.."

" Oh ya! Ni kad akak, akak ada salon dekat Cheras. Kut-kut nak potong rambut ke, bolehlah datang. Salon muslimah.." Wanita itu memberi sekeping kad nama pada Aliaa.

" Oh iyeke?! Insha Allah..!"

"Okeylah. Akak gerak dulu ya.." Aliaa senyum. Masih lagi berdiri sambil membaca kad nama tadi.

"Okey..!! Hati-hati ya kak. Jumpa lagi.." Kereta mula dipandu dan terus meninggalkan Aliaa. Aliaa melambai pada makcik yang turut melambai dia. Senyum dan senyum.

Aliaa pandang kanan kiri. Masih berdiri. Tanpa dia sedar, seorang wanita memerhatikannya dari jauh dan melangkah menghampirinya.  Berpakaian purdah hitam, berniqab serta memakai cermin mata. Tangan kanan didalam handbagnya. Mata terus fokus pada Aliaa.

" Eh!! Abang..!! Ya Allah.. Mati aku kena marah nanti. Lupa.. Lupa..!!" Aliaa terus memusingkan badan ke belakang mahu masuk semula dalam bangunan hospital. Boleh pula dia lupa. Sabar sajalah. Wanita berpurdah itu jalan semakin laju dan Aliaa juga jalan laju. Mereka jalan berhadapan. Aliaa perasan wanita itu dan senyum. Beberapa langkah saja mahu mendekati Aliaa, wanita berpurdah itu memandang kanan dan kiri. Tiada orang dikawasan itu. Peluang untuknya mahu mencederakan Aliaa. Cepat-cepat dia keluarkan pisau lipat dari dalam handbagnya.  Dannn... !!

"Adikkk...!!!" Satu suara kuat memanggil Aliaa dari tepi. Adil melambai-lambai Aliaa. Aliaa dan wanita itu menoleh pada suara itu. Kebetulan pula ada seorang lelaki juga melalui jalan itu.

Arhh!! Sudah.. Terus saja pisau lipat dimasukkan semula je dalam handbag dan wanita berpurdah itu terus jalan lebih laju lagi. Dibatalkan niat jahatnya. Aliaa sengeh pandang Adil. Sudah bersedia mahu kena bebel. Adil memerhatikan wanita berpurdah itu jalan. Ada satu rasa lain dihatinya.

" Abang sorry..!! Adil lupa. Tadi lepas ke toilet, adik ada tolong sorang makcik ni, dia pun keluar dari toilet juga. Kasihan dia, dengan bertongkat sorang-sorang. Adik pimpin dia ke lobi sementara tunggu anaknya sampai. Borak punya borak sampai lupa abang. Sorry.. Sorry.. Sorry..!!" Belum sempat Adil bertanya. Aliaa terus bercerita. Sebelum kena bebel lebih baik cerita sebenar.

" Hmm.. Satu hospital ni abang cari adik tau. Lain kali kalau nak ke toilet ke, kantin ke. Bawalah handphone.."

"Tak kan masuk toilet pun nak bawa handphone. Tengah nak membuang handphone bunyi, habislah terbantut. Apa dah..!" Aliaa merungut.

"Eleh.. Sebelum ni boleh je kut. Siap bergayut lagi, tak pula terbantut..!" Balas Adil.

" Hey..!! Bila masa. Tolong sikit ye. Ke abang tu yang selalu bergayut waktu membuang. Kan.. kan.." Aliaa meneka. Mereka mula melangkah.

"Abang pula yang kena. Adik nampak ke. Tak kan..?!"

"Biasanya.. Orang yang cakap tulah dia yang buat. Betul kan. Cuba terus-terang dekat adik. Betul kan.. Tengok tu, muka merah. Malulah tu.. Hahahaa" Aliaa gelak kuat. Sengaja mengenakan si abang.

"Banyaklah malu. Abang laparlah. Nak makan kat sini ke kat tempat lain?!" Tanya Adil menukar tajuk lain.

" Taknaklah sini. Sini makanan tak sedap. Makanan orang sakit. Adik nak makan nasi ayam.." kata Aliaa.

" Awak ingat awak tu sihat sangat ke dik oii.. Tak jaga kesihatan, makan main bedal je. Sebab tu dapat sakit.." perli si abang.

" Tak payah nak perli-perli adik ye..." Aliaa menjeling Adil. Mereka masuk ke dalam kereta. Bahang sungguh.


Terus berpeluh-peluh dibuatnya. Memang terik dan panas sangat cuaca. Fuh!! Mahu semput  Aliaa.

" Adik.. Adik prasan tak perempuan pakai jubah hitam tadi?!" Adil membuka cerita. Teringat wanita berjubah tadi.

" Perempuan mana pula abang ni.."

" Yang jalan depan adik tadi masa dekat parking. Kan abang panggil tadi, adik dan dia terus pandang abang serentak.."

" Oh iyeke?! Hmm.. Kenapa dengan dia?" Tanya Aliaa.

" Abang rasa curigalah dengan dia dik. Kut Tasya ke.."

" Ish..!! Abang ni. Tak baik menuduh. Kut-kut dia datang sini nak melawat laki ke, mak dia ke, kawan dia ke. Hospital kut kan ni.." balas Aliaa.

" Tapi masalahnya abang perasaan bila abang panggil adik tadi, cepat-cepat tangannya dimasukkan dalam handbag. Dan dia terus je jalan laju.." Terang Adil. Dia nampak wanita itu dari jauh lagi. Dan bila hampir dengan Aliaa, hatinya terus rasa lain. Sebab itu dia sengaja jerit kuat panggil Aliaa dari tepi. Betul-betul dihadapan mereka tadi.

"Abang mesti syak perempuan tu Tasya ye. Abang.. Jangan bersangka buruk dengan orang. Kalau orang tu bukan Tasya macam mana. Kasihan dia dituduh.."

" Bukan nak menuduh tapi hati abang ni kuat mengatakan itu Tasya.." sambung Adil lagi.

" Dah sudah. Tak payah fikir lagi tu. Sekarang.. Sila drive dan jom cari kedai nasi ayam. Nasi ayam dah terbau-bau dan dah terbayang-bayang di kelopak mata adik ni. Lapar..!"

"Baiklah adikku sayang..!" Aliaa senyum.

Adil memulakan pemanduan dan meninggalkan perkarangan hospital. Macam mana sekalipun, dia tetap yakin itu adalah Tasya. Selamat dia cepat nampak. Kalau tidak, mahu terjadi sesuatu pada Aliaa. Semakin berani Tasya. Tak takut lakukan semua kejahatan walaupun ditempat awam begitu.

Tapi apa yang Tasya mahu lakukan pada Aliaa? Apa yang Tasya pegang tadi? Pisaukah? Tasya nak tikam Aliaa? Kata hati Adil. Adil menoleh pada Aliaa disebelahnya. Keselamatan Aliaa semakin terancam. Sah si Tasya mengekori Aliaa setiap saat. Jika tidak, macam mana dia boleh tahu Aliaa ke hospital ni. Aliaa kena terus dipantau keselamatannya. Dia akan call Inspektor Adam nanti. Akan cerita semua dan minta mereka pantau Aliaa 24jam.

Tak boleh dibiarkan. Walaupun dirumah, keselamatan Aliaa tetap tidak terjamin. Nyawa Aliaa bila-bila masa saja boleh melayang dilakukan oleh Tasya. Manusia yang penuh rasa dendam, akan lakukan apa saja yang penting puashati. Selagi tak puashati, selagi itu takkan berdiam. Berani lakukan apa saja demi memuaskan nafsu syaitan. Lagi pula, mental yang tidak stabil. Amat merisaukan Adil. 

Previous: Bab 180
Next: Bab 182

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.