336,487
Kategori:
Genre:
Bab 63
Tepat jam 7.00 pagi. Aku dah siap nak ke KLIA, terpaksa pergi awal sebab abang ada hal yang tak dapat dielakan. Ingat nak tumpang Haikal je tapi taknak menyusahkan dia pula. Tak apalah. Bukan lama sangat pun, flight jam 11.20pagi. Kejab je masa tu. Abang ajak breakfast tapi aku menolak, kasihan abang. Kelam-kabut pula nanti kejar masa. Jadi, aku breakfast sendiri jelah dekat airport nanti.

Perjalanan ke airport lancar je. Abang berhentikan kereta dibahu jalan sementara aku keluarkan beg pakaian. Beg sandang je. Sebelum abang pergi, kami berbual sekejab.

" Abang.. Lepas ni adik mungkin balik KL lambat sikit tau. Awal bulan kang dah start busy. Busy dekat office, dekat kedai. Kalau abang rindu adik dan Dhia nanti abang datang Sabah ya..!!"  Kataku.

" Insha Allah. Kerja jangan kuat sangat. Nanti jatuh sakit pula. Banyakkan berehat, jangan dipaksa badan yang tak kuat.." nasihat abang.

" Iya abang.. Tapi buat beberapa bulan ni memang adik busy, dah try adjust pun tak boleh. Lagipun kalau adik tak kerja keras, macam mana. Adik ada tanggungjawab.."

" Abang faham. Tapi kesihatan kena jaga. Jangan abaikan kesihatan, kalau adik sakit pun tak boleh kerja juga,kan?!" Abang senyum.

"Insha Allah..!! Abang doakan adik dan Dhia sihat selalu tau.." aku senyum pada abang.

"Dah semestinya. Jaga diri baik-baik. Jaga kesihatan, jaga Dhia elok-elok. Kalau ada apa-apa problem, info abang. Jangan pendam sendiri je tau..." sambung abang lagi.

" Okey abang..!! Abang pun sama tau. Jaga diri baik-baik..!!" Alahaii.. tiba-tiba rasa sedih pula nak tinggalkan abang. Macam nak mengalir pula airmata ni. Abang senyum je tengok aku.

"Aliaa...!!" Eh!! Ada orang panggil akulah. Aku dan abang terus menoleh ke belakang serentak. Terkejut kami. Pula dah...!! Buat apa pula dia datang sini ni. Abang senyum dan aku berkerut. Pelik betul mamat ni. Aku pandang abang, abang angkat bahu. Dia datang menghampiri kami.

" Kau buat apa dekat sini bro?!" Tanya abang.

" Aku nak jumpa Aliaa. Nak bagi ni...! Tadi aku pergi rumah tapi tak ada orang. Aku syak kau hantar Aliaa tu yang aku terus kesini.." Katanya sambil menunjukkan beg kertas berwarna coklat pada abang.

" Laaa.. Kenapa tak call?!"

"Aha lah kan. Lupa pula.." Faliq garu kepala yang tak gatal dan sengeh macam kambing dah aku tengok.

"Aikk!! Sampai boleh lupa?! Hmm.. Macam-macamlah kau Liq.." abang geleng kepala.

" Hehe..!! Aliaa ni.." Faliq menghulurkan beg kertas itu padaku.

" Apa ni?!" Aku tak terus ambil. Aku tanya dulu. Manalah tahu ada bom ke. Tak pasal-pasal bila aku ambil, beg tu meletup. Mati pula aku.

" Ni hadiah untuk Dhia. Kirim salam sayang dan rindu saya pada Dhia ya..!!." kata Faliq lembut. Senyum. Ingat aku hadam dengan senyuman dia. Memang taklah. Aku tetap berkerut dengan muka tak mesra pun.

" Okey..!! Thanks..!!" Aku ambil dari tangannya. Dia senyum lagi.

" Eh!! Okeylah dik. Abang gerak dulu. Lambat pula nanti.."

"Baiklah..!! Hati-hati memandu..!"

"Insha Allah!! Ingat pesan abang tau. Jaga kesihatan.." Aku salam dan cium tangan abang dan seperti biasa ciuman abang didahiku. Dah tua-tua pun abang still cium dahiku. Betapa sayangnya abang dekat adiknya ni. Adiknya yang banyak songeh ni. Hehe!! Faliq tengok je kami.

" Kirim salam dekat Haikal ya..! Sorry tak dapat jumpa dia. Tak sempat..!!" Kata abang. Faliq nampak agak terkejut sikit. Mesti dia syak abang dan Haikal mesti rapat.

" Insha Allah.. Eh! Tak apa abang, dia faham sangat kerja abang. Adik selalu cerita pasal abang dekat dia.." Aku sengaja je cakap macam tu. Cakap kuat-kuat, biar Faliq dengar. Aku sempat menjeling pada Faliq. Telan liur dia. Berubah jugalah airmukanya. Abang senyum.

" Iyalah.. Abang gerak dulu. Okey Liq aku gerak dulu..." Abang terus masuk ke dalam kereta dan memandu laju. Aku masih pandang kereta abang berlalu. Bila hilang je kereta abang dari pandanganku. Aku menoleh pada Faliq yang masih tercegat. Aku berkerut.

" Yang awak ni dah kenapa? Tak reti nak balik dah ke? Nak jadi security ke?!" Kataku memerli Faliq. Dia sengeh je.

"Nak ikut awak boleh?!" Ish!! Nak bergurau pula.


"Gila..!!" Kataku selamba.

" Memanglah.. Gila dekat awak?!" Dia ni memang tak makan saman kut. Aku berdengus. Aku ambil beg dan terus jalan masuk ke dalam airport. Faliq mengekoriku.

" Awak dah breakfast tak. Jom!! Saya belanja?!"

" Tak apa terima kasih banyak-banyak.." Aku mencari kerusi kosong disudut paling tepi. Aku letakkan beg pakaian dan beg kertas tadi di kerusi dan duduk. Faliq berdiri. Kemudian dengan selamba dia duduk disebelahku. Aku bangun dan duduk semula dikerusi selang satu kerusi darinya. Dia bangun dan duduk semula disebelahku. Dengan muka selamba. Eee... Sakitnya hati.

"Awak ni dah kenapa?!" Aku marah dan terus berdiri.

"Nak duduk je kut. Meh lah sini..!!" Faliq sengeh.

"Ishh!! Peliklah dia ni.." aku menjeling tajam.

" Hahaha..!! Alaa.. Janganlah marah gurau je.." Boleh pula dia gelak. Aku dah angin je ni. Pagi-pagi cari pasal pula dia.

" Senyumlah sikit. Kelat je muka tu. Kata kawan...!!"katanya lembut.

" Memanglah kawan. Tapi kawan tak mesra.." kataku tegas.

" Oh!! Kalau kawan tak mesra tu maknanya memang tak boleh senyum ek?! Macam tu ek?!" Dia mengerutkan dahi.

" Iya. Memang tak boleh senyum..!!" Kataku lagi.

" Amboiii.. Garangnya. Sama je macam dulu. Garang macam singa. Tapi garang-garang pun still sweet kan sayang kan..!!" Eee.. Mamat ni, cari pasal pula dia.

" Hmm.. Sukahati awaklah Faliq..!" Aku malas nak layan. Aku duduk semula.

" Awak jaga diri baik-baik ya. Jaga kesihatan, jaga Dhia baik-baik. Apapun terjadi saya tetap sayang awak dan Dhia. Saya tetap akan tunggu awak Aliaa.." katanya dengan suara yang lembut sekali. Aku hanya mendengar.

" Saya rindu nak bergurau dengan awak. Jangan marah ya. Jauh macam mana pun kita, doa saya tetap dekat pada awak. Doa saya tetap untuk awak dan anak kita. Saya nak awak tahu, saya tetap sayang awak sepenuh hati. Sayang sampai ke syurga..!!" Sambungnya lagi. Aku pandang wajahnya. Dia senyum. Aku alihkan pandangan ke arah lain.

" Saya taknak bagi harapan. Saya taknak awak kecewa. Saya tak berani nak cakap apa-apa. Maafkan saya..!" Aku balas dengan lembut juga.

"Tak apa saya faham..! Tapi kita tetap teman tapi mesra kan..?!" Dia tanya lagi dan lagi.

" Teman tak mesra..!!"

" Tapi bila nak mesranya. Asyik mencuka je. Tak bestlah.. Itu dah jadi teman mencuka tau.." katanya selamba. Sebenarnya aku nak gelak tapi tak boleh. Kena berlagak sikit. Baru dia tahu.

" Tak kisahlah nak mencuka ke, nak mempedas ke, nak memasin ke. Keputusan saya tetap sama teman tak mesra. Kawan tak mesra.." kataku lagi. Sengaja nak tengok apa rekasi dia bila aku cakap macam tu.

" Okeylah sayang!! Tapi boleh tak saya nak minta sesuatu. Bolehlah.. bolehlah..!!" Huh!! Dia ni buat aku jadi sakit jiwa pula. Sabar jelah. Perangai sama je macam dulu masa nak pikat aku, gila-gila juga.

"Macam-macam pula awak request kan. Hmm.. Okey!! Cepat apa bendanya?!" Aku menjeling.

" Macam tulah. Hehe..!! Pandang muka saya, dan senyum. Boleh tak?!" Ha?? Pula dah.

" Isshh!! Gila. Tak nak.. Tak nak.. Tak nak..!!" Aku menolak.

" Sekali je. Please!!" Dia buat muka kasihan.

" Elok awak baliklah. Awak kan nak masuk office..!!" Kataku.

" Selagi awak tak senyum. Saya taknak balik. Saya nak tunggu sampai awak berlepas. Macam mana?!" Dia kenyitkan mata. Aku dipaksa dan terpaksa ke atau macam mana ni. Okeylah.. Aku turutkan. Pening dah nak fikir.

"First and last..!!"kataku.

" Alright..!!" Dia pula yang senyum lebar. Aku tarik nafas dalam dan lepaskan perlahan.

"Ya Allah Ya Tuhanku.. Kau berikanlah aku kekuatan untuk menghadap si mamat pelik ni yang minta pelik-pelik ni.." Faliq gelak kuat. Aku tengok dia gelak. Serta-merta aku senyum dan gelak kecil. Alamak!! Boleh pula aku join gelak dengan dia. Sabar jelah.

" Macam tulah. Happy saya tengok..!!" Redup matanya pandang aku. Hai lah Faliq..!!

" Assalammualaikum..!!" Kami berhenti gelak. Haikal berdiri menghadap kami dengan senyuman. Tak perasan pula dia dah sampai.

"Waalaikumsalam.." jawab kami serentak. Aku terus bangun diikuti Faliq. Faliq terus terdiam. Faliq dan Haikal bersalaman. Membalas senyuman.


" Awal awak sampai?!" Tanyaku pada Haikal.

" Saya fikir awak sorang-sorang dekat sini. Tu yang saya datang awal. Tak tahu pula ada Faliq.." jawab Haikal senyum.

" Eh!! Faliq datang cuma hantar barang untuk Dhia. Saya pun tak tahu dia datang.." jelasku. Senyum pada kedua-duanya. Aduhaii..

"Siapa hantar awak ni?" Tanya Haikal pula.

" Abanglah siapa lagi. Dia kirim salam dekat awak. Tak dapat nak jumpa, dia ada meeting pagi ni. Tu pun kelam-kabut juga tadi.." kataku. Faliq hanya mendengar.

"Waalaikumsalam.. Tulah dia ada call tadi, bagitahu.." Terus Faliq memandang Haikal. Muka macam tak puashati je. Mesti dia ada fikir sesuatu kut. Entahlah..

" Eh!! Hmm.. Aliaa.. Tak apalah. Saya minta diri dulu.." kata Faliq.

"Okey!!"

"Jaga diri baik-baik ye. Jaga kesihatan tau..!!" Pesannya. Aku angguk dan senyum. Haikal membisu hanya mendengar.

" Insha Allah..!!"

" Jaga Dhia baik-baik. Kirim salam sayang saya pada Dhia..!!" Sambung lagi.

"Baiklah.. Insha Allah..!!"

"Hmm.. Okey broo. Aku gerak dulu.." katanya pada Haikal pula. Senyum dan salam.

" Okey! Hati-hati..!!" Jawab Haikal lembut saja.

"Aliaa.. Saya pergi dulu ya..!!" Mata tepat pandang aku. Aku angguk. Dia melangkah setapak dua tapak, tiga tapak dan empat tapak kemudian patah balik ke arah kami. Aku berkerut dan senyum. Takkan nak marah dia depan Haikal pula, jadi senyum jelah. Haikal gelak kecil tengok gelagat Faliq.

" Aliaa..!"

"Iya..!!"

" Hmm.. Jaga diri baik-baik..!!" Aku angguk je.

"Okeylah.. Saya nak check in dah. Bye..!! Assalammualaikum..!!" Kataku diakhir perbualan. Aku pandang Haikal dan kami mula melangkah. Sebelum melangkah aku sempat pandang Faliq yang masih bercegat memerhatikan aku dan Haikal, aku senyum padanya dan jalan terus.

"Aliaaa!!! I love you soooo much. I love you forever..!! " Faliq menjerit kuat di tengah-tengah orang ramai. Aku dan Haikal memberhentikan langkah dan menoleh padanya. Orang ramai memandang Faliq dan kemudian pandang aku pula. Kami jadi tumpuan. Aku terkedu. Tak sangka sampai macam tu sekali Faliq buat. Aku pandang mukanya dan mata kami bertentangan. Redup matanya. Orang ramai tersenyum-senyum melihat kami. Ada yang berbisik-bisik sesama mereka. Tak tahulah apa yang dibisikkan. Aku senyum ikhlas pada Faliq.

"Jom Aliaa..!!" Haikal mengajak. Aku pandang muka Haikal, ada nampak perubahan pada mukanya tapi dia sembunyikan rasa itu dengan senyuman dan kemudian aku pandang muka Faliq pula. Muka penuh pengharapan.  Aku senyum pada Faliq dan melambaikan tangan padanya tanda ucapan selamat tinggal. Dia membalas senyuman. Aku dan Haikal terus berjalan. Tak toleh pada Faliq lagi dah. Aku kena kuatkan semangat. Tapi dalam hati hanya Allah yang tahu betapa kuat dengupan jantungku.

Aduhai....!! Aku tak tahu perasaan aku pada Faliq. Rasa rindu ada, rasa sayang pun ada walaupun tak 100%  tapi lebih kepada teman tak mesra je. Iyeke?!  Rasa cinta sudah menjauh. Tapi ada masa ia tenggelam dan timbul.

Haikal pula. Rasa rindu dan sayang mulai timbul tapi jangan salah sangka rasa itu  sekadar persahabatan dan teman tapi mesra je. Lebih dari itu, tidak!! Entahlah..  Aku sendiri pun tak tahu. Takut nak cakap. Hatiku milik Allah. Biarlah Allah yang tentukan.

Tapi masalahnya sekarang ni.. Disana menanti disini menunggu. Huwaa!! Dah macam judul lagu kumpulan Ukays pula dah ni. Disana menanti sampai bilaku tak tahu. Dan disini menunggu yang berada jelas dimataku.

Aku dalam dilema..!!

Previous: Bab 62
Next: Bab 64

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.