336,528
Kategori:
Genre:
Bab 76
Eh!! Aku terjaga dari lena. Terus duduk. Terpinga-pinga. Aku dekat mana pula ni. Apasal aku rasa blurr pula ni. Apa dah jadi dengan aku. Bukan semalam aku balik kerja dan terus tertidur ke. Macam mana aku boleh ada disini pula ni. Ini dekat mana pula ni. Tangan aku ni dah kenapa? Darah? Wayar? Aku di hospital lah. Aku tampar-tampar pipi sendiri. Tak mimpilah tapi realiti. Aku garu kepala.

" Tak payah nak tampar pipi tu. Adik dekat hospital ni. Kena tambah darah tu.." terkejut aku. Bila masa pula abang ada ni. Aku berkerut. Aku perhatikan abang. Abang melipat tikar sejadah dan letak di kerusi. Abang senyum.

" Eh!! Abang buat apa dekat sini? Bila abang sampai? Adik kenapa?!" Abang menghampirku. Duduk menghadapku.

" Adik tak tahu ke kenapa?!" Tanya abang semula. Kalau aku tahu kenapa taklah aku tanya abang. Apalah abang ni.

" Tak tahu. Yang adik tahu, adik balik kerja lepas tu tidur. Tu je.. Apa sebenarnya yang berlaku?!" Tanyaku lagi masih dalam keadaan blurr.

" Bila masa pula adik balik kerja. Tak ada pun.." Aku sengeh.

" Adik dekat hospital ni. Kurang darah, tu kena masuk darah. Lepas tu adik demam panas. Ni baru adik sedar. Lemah lagi tak badan?! Dah tak panas dah ni.." kata abang. Abang sentuh dahi aku. Pegang tangan aku dan senyum.

" Iyeke.. Kenapa adik tak sedar. Dhia mana?!" Aku berkerut lagi.

" Dhia dekat rumahlah. Dhia okey je jangan risau. Dahlah, boleh solat tak ni. Kalau boleh pergi ambil wuduk dan solat. Minta Allah beri kesihatan.." arah abang.

Pintu bilik dibuka. Muncul seorang jururawat memeriksa tekanan darah aku dan hb. Kebetulan dia ada, aku minta dia bukakan sekejab wayar darah ni. Senang sikit aku nak gerak ke toilet. Aku selesaikan dulu kewajiban.

Aku masih lagi tak puashati. Aku nak tanya Haikal sendiri apa masalah aku ni. Lebih segar badan bila dah mandi. Jadi aku dah sihat sekarang ni. Perut berbunyi dah ni. Lapar..

"Abang.. adik laparlah.. Kantin jom..!!" Aku ajak abang.

" Ishh!! Mana boleh keluar. Darah tu tak habis lagi pun. Adik nak makan apa. Abang beli.."

"Alaaaa adik nak ikut. Adik bosan ni..  Please!!" Aku merayu.

" Tak payah. Tunggu je sini.." aku berkerut. Mencebik.

"Assalammualaikum.. Morning..!!" Eh!! Bestfriends forever aku dah sampai. Aku senyum lebar. Happy pula aku rasa.

" Waalaikumsalam.. !!" Aku dan abang jawab serentak. Haikal datang dekat aku.

" Macam mana hari ni?  Okey tak?!" Tanya Haikal.

" Okey dah sihat dah. Awak masuk office ke?!" Tanyaku.

"Iyalah.. Singgah tengok awak dulu. Adil.. Kau nak balik mandi, pergilah. Aku temankan Aliaa.." kata Haikal sambil melihat fail diatas meja.

" Okey juga tu. Okey dik abang balik dulu.." Aku angguk. Haikal beri kunci kereta pada abang. Dan abang terus berlalu meninggalkan aku.

"Saya laparlah. Saya nak makan.."

 " Laa kasihannya. Awak tunggu sekejab saya beli makanan. Nak makan apa, nasi lemak boleh?!"

" Boleh. Saya nak nasi lemak kerang, sambal lebih, ikan bilis lebih.. " pintaku.

" Amboii.. Semua lebih ya..!!" Hahaha.. Aku gelak. Seronok aku hari ni. Aku menonton tv. Tengok jelah MHI. Dengarlah celoteh mereka. Aku ambil handphone, menghubungi Sis Tuti. Tapi tak berjawab. Tengah sibuk didapurlah tu.

Apa aku nak buat ni, bosan sorang-sorang. Aku duduk bersila diatas katil. Main-main dengan handphone. Muncul Haikal dengan senyuman.

" Bosan ke?!" Tahu pun.

" Sangaaattt.!! Awak, sampai bila saya kena duduk sini ni.." tanyaku. Haikal mengeluarkan bungkusan nasi lemak. Sedapnya bau!! Lalu, diletak nasi lemak dalam pinggan. Dihulurkan padaku. Aku mengambil.

" Sampai sihatlah.." jawabnya. Dan duduk di hadapanku.

" Dah sihat pun.. Saya nak masuk office. Petang ni ada meeting kan..!" Kataku.

" Buat masa ni awak tak payah fikir office. Saya uruskan. Jangan risau. Sekarang ni, awak duduk sini, rehat. Kalau nak cepat sembuh, kena ikut apa doktor cakap. Balik office saya akan terus kesini.." kata Haikal tegas.

"Okey boss!! Awak tak makan ke. Makanlah sekali.."

" Awak makanlah. Makan banyak-banyak kalau nak keluar cepat..!" Kata Haikal.


"Makanlah sikit. Tak bestlah. Saya makan sorang awak tengok je.. Makan ye..!!"

" Okey!! Cepat suap..!!"

" Aik!! Nak suap bagai ni..."

" Iyalah.. Ni kira paksa saya makan ni tau.."

" Hahaha..!!" Aku gelak. Aku ikut jelah kemahuan dia. Sesekali romantik dengan bestfriends forever apa salahnya kan. Hehe!!

" Nanti tak ada siapa nak temankan awak breakfast.. Jadi, ni awak temankan saya dan saya temankan awak.. Okey?!" Kataku..

"Iyalah sayang!!" Gurau. Redup matanya pandang aku. Aku senyum happy. Aku suap dia lagi.

" Amboii.. Doktor Harris.!! Romantiknya.. Hihihii.!!" Alamak, terkantoilah pula. Seorang jururawat masuk dengan membawa breakfast untuk aku. Tersipu-sipu Haikal senyum. Hahaha.. Aku gelakan je.

"Sesekali...!!" Jawab Haikal. Mengenyitkan mata padaku. Aku sambung gelak.

" Ni ada lagi breakfast ni. Makanlah.. Cik Aliaa ni ubat, jangan lupa makan ya..!!"

" Ni ubat yang pahit tu ke..?!"

" Iya.."

" Kalau tak makan tak boleh ke? Nanti terkeluar lagi.." kataku. Ubat ni dah macam racun bagiku.

" Manalah boleh Cik Aliaa. Cik Aliaa kena makan juga ni. Nanti kalau Cik Aliaa tidak makan ubat ni. Saya kena marah dengan doktor depan Cik Aliaa tu. Kasihan bah saya..!!" Aku pandang Haikal. Haikal senyum.

" Alaaa kasihannya. Sorry tau..!! Lepas ni saya makan ubat ya. Pahit pun telan jelah. "Kataku melirik pada Haikal.

" Iyalah.. Doktor, Cik Aliaa ni bakal orang rumah ya. Bilalah majlis, jangan lupa jemput saya ya..!!" Aku telan liur. Haikal gelak. Aku pun gelak. Jururawat itu senyum je. Tak tahu menahu.

" Insha Allah..!!" Ha?? Insha Allah? Aik!! Lain macam je Haikal ni. Aku senyum je.

" Okeylah. Saya keluar dulu ya. Cik Aliaa kalau mahu apa-apa tekan button saja ya. ." kata jururawat itu.

"Okey..!! Terima kasih.."kataku. Jururawat terus keluar. Aku dan Haikal berpandangan dan senyum. Haikal ambil ubat diatas meja dan beri pada aku. Nak taknak terpaksa aku telan juga ubat pahit di dunia ini.

"Haikal.. Sebenarnya saya ni sakit apa?!" Tanyaku. Serius. Aku memang nak tahu sangat. Haikal senyum je. Aku tanya dia senyum pula. Aduhaiii...

" Awak kan tak cukup darah. Tu yang kena tambah darah tu.. "jawabnya bersahaja. Sambil meletakan gelas diatas meja.

" Iyalah tu.. Awak ada sembunyikan sesuatu kan..?!" Tanyaku lagi.

" Kenapa cakap macam tu?!" Haikal renung muka aku.

" Saya tak ingat malam tadi atau bila, saya antara sedar dan tidak. Saya dengar doktor siapa entah berbual dengan seorang nurse pasal penyakit saya. Dia cakap, kena pantau saya 24jam atas permintaan awak dan saya kena buat rawatan rapi dengan segera. Dia ada cakap sakit tu tapi saya tak dengar apa. Bunyi macam serius. Mesti awak tahu kan Haikal.. Sebab awak suruh kan..!!" Haikal pandang ke tanganku yang berwayar ni. Dan dia tengok kedua tapak tanganku.

" Awak penghidap Anemia tahap serius tau. Hb awak terlalu rendah, boleh bawa maut tau..." Haikal menerangkan semuanya pada aku. Aku dengar dengan begitu teliti. Satu persatu dia terangkan padaku. Aku hanya angguk.

" Tapi hati saya merasai sesuatu. Macam awak ada sembunyikan sesuatu dari saya..!" Jujurku kata.

" Sembunyikan apa? Tak adalah. Saya dah cerita semua dah.. Awak tak percaya pada saya ek? Kalau awak tak percaya tanya abang awak.." aku angguk.

" Okey..!! Kalau saya tahu awak tipu saya. Tak jujur dengan saya, saya taknak kawan dengan awak tau.."Aku jeling manja-manja gitu!!

" Aikk!! Macam ugut je ni.." Haikal gelak.

" Lebih kuranglah.. "Aku buat muka serius.

" Awak dah mandi kan, dah makan nasi lemak dah makan ubat. So, sekarang ni awak baring dan tidur. Rehat cukup-cukup ya. Nanti bangun tidur makan tau.." Aku baring. Haikal selimutkan aku. Aku ikut je apa dia cakap. Aku nak balik sebenarnya. Aku bosan duduk sini. Dia cakap kalau aku tak dengar cakap dia. Dia tak bagi aku keluar hospital. Aduhaiii.. ugutan dah ni. Terpaksalah ikut. Tak apalah demi kesihatan aku juga. Betul-betul bestfriends forever aku ni jaga aku dengan baik. Terharu sangat..!!

Dia duduk dikerusi, menghadap aku dengan senyuman. Aku berkerut.

" Kenapa senyum macam tu. Ada yang tak kena ke..! " 


"Tak ada apa. Happy saya tengok awak hari ni. Tengahari nanti kalau sempat saya datang ya.."

"Tak payahlah datang, saya dah sihat pun. Lagipun banyak kerja dekat office yang awak kena handle kan. Saya taknak menyusahkan awak. Kelam-kabut nanti. Saya okey je ni. Jangan risau.." kataku jujur.

"Baiklah Cik Aliaa.."

"Hari ni awak pergi side lagi kan.." Haikal angguk kepala perlahan.

"Kirim salam dekat Faliq dah Nizam..!" Aku senyum. Haikal angguk lagi. Haikal  keluarkan handphone nya. Melihat sesuatu.

"Okeylah..!! Saya pergi dulu ya. Abang awak dah tunggu dekat bawah. Nak ambil kereta awak dekat office. Jaga diri baik-baik ya. Tidurlah..!" Jelasnya padaku.

" Okey..!! Kalau ada apa-apa pasal kerja, bagitahu tau. Sorry Haikal, awak kena handle sorang.." aku buat muka sedih. Kasihan dia.

"Ish!! Tak apalah. Saya okey je..!! "

" Kasihan awak.. Nanti awak pula yang jatuh sakit. Siang masuk office, sambung dekat hospital lagi. Elok-elok balik jam 12 malam. Sebab saya ni, awak kena stay sini sampai subuh. Balik rumah bersiap lepas tu terus ke office lagi. Awak tak tidur langsung. Rasa bersalah pula saya.." luah aku. Aduhai.. Haikal..!!

"Saya dah biasalah Aliaa. Kadang sampai dua tiga hari saya tak tidur kalau tak cukup doktor dekat sini. Bila niat kita baik, Allah akan permudahkan segalanya. Betul tak?!"

"Memanglah tapi saya pula rasa bersalah tau.."

"Tak payah rasa macam tu. Saya lagi happy dapat rawat awak sendiri dapat jaga awak dekat sini.. Dahlah, tak payah fikir.. Kosongkan fikiran dan tidur.. okey!!"

" Okey!! Terima kasih Haikal..!!"

" Sama-sama..!!  Bye. Assalammualaikum..!!"

"Waalaikumsalam.." Aku pandang dia hingga keluar. Aku senyum sendiri.

Harris Haikal.. Kau memang sahabat aku paling baik. Yang memahami aku, yang banyak membantu aku dan anakku. Terima kasih Haikal. Hanya Allah yang akan balas jasa baikmu.

Maafkan aku..!! Aku tahu kau menaruh hati padaku. Kau menyayangiku dengan setulus hatimu. Aku tahu keikhlasanmu Haikal. Tapi aku minta maaf. Hatiku masih terkunci dan aku tak tahu berapa lama. Aku tidak mahu kau mengharap padaku. Aku takut kau akan kecewa kerana aku sendiri pun tidak tahu sampai bila harus begini. Hatiku milik Allah. Ku serah segalanya, jodoh pertemuanku, ajal mautku pada Allah.

Terima kasih Harris Haikal..!! 

Previous: Bab 75
Next: Bab 77

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.