336,406
Kategori:
Genre:
Bab 115
Dah masuk bulan baru, bermakna dah mulalah kesibukkan aku dalam urusan kerja. Semua benda nak kena settle tepat pada waktunya. Sebab aku taknak kerja tertangguh-tangguh. Bila masuk bulan baru, segalanya nak kena baru juga. Bulan lepas biarkan lepas dan bulan baru kerja baru. Biasa orang lain tahun baru semua baru tapi aku nak ubah, bulan baru semua baru. Lagi pula sekarang ni aku yang kena buat kerja papa jadi taknak bertimbun kerja. Bila aku tengok pencapaian syarikat bulan sebelum-sebelumnya agak menurun. Dengan papa yang sentiasa busy personal, sampai kadang urusan office tergendala. Staff lain pun ada yang menular, ada yang banyak cuti. Hohoho..!! Tak boleh terus macam ni. Kena ubah cara kerja. Tak apa, aku dah kembali duduk di office ni. Insha Allah aku akan naikan pencapaian syarikat dan maintainkan. Yang tahu cara kerja aku macam staff lama tu, okeylah. Yag baru kerja ni, biar mereka tahu aku tegas atau tak. Hehe!! Kerjalah..

Pagi tadi, aku buat meeting tergempak. Semua peraturan baru, jadual baru cuma tugas staff semua masih lama tapi cara kerja semua baru. Ini aku buat atas arahan Big Boss. Jadi, okey Boss. Saya follow! Alhamdulilah mereka semua setuju semua yang baru belaka. Habis meeting, aku dan Nina terus ke Ampang ada appointment. Lunch diluar. Dalam jam 3.00petang baru masuk office semula. Dalam office macam biasa, siapkan mana yang tak siap untuk esok pula. Kerja mudah sebenarnya. Cewahhh!!!

Tengah melayan segala kerja. Tiba-tiba teringat pula pada si teman mesra aku. Dah tiga hari dah dia outstation ke Penang. Rasa rindulah pula. Rindu nak gaduh dengan dia. Aku sengeh sendiri. Setiap malam sebelum tidur dia akan whatsapp aku dan setiap subuh pun dia akan whatsapp. Tapi kalau dia call aku tak jawab. Sengaja konon taknak melayan. Ego tetap ada. Hahaha..!! Aku keluarkan cincin yang abang beri pada aku darinya. Pandai betul mamat tu, dia bagi aku, aku tak layan. Tapi dia pas dekat abang. Bertuah betul. Kalau dah dari abang, terpaksah ambil. Malas nak dengar abang membebel. Aku buka kotak baldu ni, kilat lagi cincin ni dan aku lihat ukiran di dalamnya. Masih cantik ukirannya. Lama dah cincin ni. Hmm.. Aku letak semula dan tutup kotak dan letak atas meja. Aku renung kotak baldu ni.

Kalau aku sarungkan di jari manis aku. Dah sah-sah, aku terima dia. Kalau tak pakai, memang taklah. Tapi sekarang ni. Aku sendiri pun tak tahu cincin ni perlu berada di jari aku atau pun tidak. Dua hati dah. Tapi dalam hati masih belum ada jiwalah. Maknanya belum lagi terbuka hati untuk dia. Hanya sekadar teman mesra je. Iya Faliq..!! Sorry.. Kau adalah teman mesra aku. Hanya teman mesra. Belum lagi sudi terima kau dalam hidupku semula. Nantilah ye.

Andai Allah tiba-tiba buka pintu hati ini untukmu. Pasti aku akan terima juga. Siapalah aku untuk menolak takdir. Tapi sekarang.. i'm so sorry Faliq. Belum.. Belum.. dan belum.. Tapi nak berlakon depan Tasya konon kita akan bersatu. Iya aku okey je. Bab-bab nak mengenakan si Tasya tu, aku lagi okey. Biar padan muka dia, rasakanlah kau apa yang kau dah buat pada aku dulu. Sakit hati kan tengok kemesraan aku dan Faliq. Hahahaa.. !! Eh.. Eh.. Aliaa.. Ni kira nak balas dendam ke atau macam mana ni. Jangan berdendam Aliaa. Tak baik!! Bukan dendam tapi nak kenakan dia je. Macam-macamlah..

Hahahaa..!! Aku gelak sendiri. Jujurlah cakap. Aku dah pasrah dengan semua ni. Bukan sebab putus asa dengan hidup ini tapi sebab malas nak pening-pening kepala. Ikut jelah apa kehendak orang yang aku sayang. Abang aku. Biarlah. Sebab abang aku adalah ayah dan ibu aku. Apapun berlaku pada aku, abang tetap dengan aku. Mesti dia akan lakukan yang terbaik untuk adiknya ni kan. Bila lagi aku nak happykan abang. Tapi dalam masa yang sama, doaku untuk diri sendiri, untuk hidup aku, untuk anak aku,untuk abang dan untuk bekas suami aku,  insha Allah takkan pernah terputus. Kerana merekalah nyawaku. Iya.. Memang Faliq pernah sakiti aku, macam-macam tapi dia juga pernah dan sentiasa buat aku happy sekarang. So, lupakan kesakitan dulu-dulu. Jangan pandang dulu tapi pandanglah dia yang sekarang. Hmm...

Tok.. tok..!! Terkejut aku tiba-tiba orang ketuk pintu bilik. Terhenti segala lamunanku. Mira muncul dimuka pintu.

"Cik Aliaa.. Ada orang nak jumpa. Tasya gedik tu..!" Kata Mira.

"Apa?? Tasya? Aik!! Tak pernah dia datang cari saya sampai ke office. Apa kena dia tu.." Ini memang betul-betul terkejut. Dah kenapa dia datang pula. Bikin panaslah ni.

"Entah. Tengah meroyanlah kut tu. Hihihi..!" Mira gelak kecil.

" Kan..!! Tak apalah suruh dia masuk..!" Kataku.

" Okey!! Tapi Cik Aliaa kalau dia buat sesuatu. Panggil kami cepat-cepat tau..!" Aku senyum pada Mira.

"Baiklah.." jawabku ringkas. Mira terus berlalu. Aku meneruskan kerja. Buat-buat busy dan buat muka serius. Entah apalah lagi ni.

Pintu bilik dibuka dengan kasar. Lagi sekali aku terkejut. Makin parah pula sakit jantung aku ni pula nanti. Hmm..

" Wow!! Besarnya bilik you. Mengalahkan Pengarah.." Dengan muka tak malu Tasya jalan disekitar bilik aku. Tangannya gatal pegang segala fail dan buku di atas rak almari. Menyirap je aku tengok dia.

"Ada apa kau datang sini?" Tanyaku serius.

"Hmm.. Alaa relaxlah. Janganlah serius sangat. Takutlah.." Dia buat gaya yang menjelekkan mata.

" Aku tengah busy sekarang ni. Tak ada masa lah nak layan kau. Buang masa adalah. So, cepat cakap. Ada apa kau datang sini..!" Ulangku lagi. Masih serius. Tanpa dipelawa duduk, dia selamba je duduk. Bersandar di kerusi dan senyum sinis. Muka nak kena penampar je. Sabar Aliaa sabar!!

" Berapa hari ni aku tak nampak Faliq. Mana dia?!" Aku pandang Tasya, senyum dan sandarkan badan ke kerusi. Senyum dan senyum.

"Perlu ke aku info kau..!"

" Iya.. Memang perlu. Mana dia? Kau sorokkan dia dekat mana?" Tepat matanya pandang aku. Aku tetap senyum dan kembali menaip di laptop.

" Adalah. Rahsia..!!" Selambaku jawab. Saja.

"Aliaa.. I cakap baik-baik dengan you tau. Kenapa you sombong sangat ni.." Aik!! Bengang pula dia.

" Kenapa kau tak pergi je office dia? Kan senang terus tanya Dato' Muhsin. Yang kau tanya aku dan cari dia disini ni dah kenapa? Aku dan dia satu office ke? " aku tanya balik padanya.

" Malas..!! Lagipun you tahu kan mana dia. Cakap jelah. Tak payahlah nak selindung bagai.."

" Kalau dah malas. Sudah!! Aku bukan macam kau nak tergedik 24jam dengan dia. Tak malu..!! "

"Sukahatilah. Diri i kut. Faliq okey je dulu. Tapi sekarang ni dia tak okey sebab you. You hasut dia supaya benci i. You ingat i tak tahu ke?!" Amboii... Suka-suka je dia ni menuduh aku. Bagi pangg satu kali kang. Baru padan muka.

" Hmm.. Faliq tak bodoh sekarang. Dulu dia bodoh sebab kau perbodohkan dia dengan ilmu sihir. Tapi sekarang ni dia dah boleh bezakan mana satu intan permata dan kaca menikam. Sudah tentulah dia pilih intan permata. Akulah tu. Engkau tu kaca menikam. Betul tak?!" Kataku selamba.

" Okey! Dan jangan menyesal lah ye sebab kaca menikam ni akan terus menikam hidup you sampai ke lubang kubur. Barulah you tahu nanti betapa pedihnya terkena kaca menikam sampai buat you masuk lubang kubur.." katanya. Aku senyum.

" Hidup mati aku bukan ditangan kau tapi hidup mati aku ditangan Allah swt. Kalau dah tertulis cara mati aku macam tu, aku redha.." jawabku dengan penuh keyakinan.

" Okey.. Kita tengok je nanti. You jangan salahkan i tau nanti. I harap you taklah menangis tak berlagu nanti ye kalau Faliq tu kembali pada i. I akan pastikan dia nikah dengan i bukan dengan jandanya ni. You dah buang dia tapi nak kutip balik.. Eee Pengotor!!" Sedapnya mulut dia cakap. Aku angkat kening je.

"Aku tak pernah pun buang dia, tapi dia yang tinggalkan aku sebab kejar perempuan yang dah bomohkan dia. So, memang patutlah dia jadi bodoh sebab kau. Kasihan kau kan.. Nak kan seorang lelaki jadi imam tapi buat cara haram...!" Aku pandang sinis padanya.

" Tak kisahlah cara apa sekalipun. Janji i dapat apa yang i nak kan. Yang penting dia jadi hak i.." Aku geleng kepala dan bangun menuju ke pintu. Rasa semak pula mata ni tengok muka Tasya ni.

" Sukahati kaulah Tasya. Aku dah info semua. Aku rasa elok kau keluar dari office aku sekarang. Sebab aku tak ada masa nak layan kau.


Kau datang ni pun jadi bertambah-tambah kerja aku. So, silakan keluar dari office aku sekarang!" Kataku dengan lembut. Senyum.

" Hmm.. Okey i akan keluar. Tahulah office ni bapa angkat you punya. Anak angkat Dato' kan dan tak mustahil pun you akan disingkir dari office ni nanti. Dan tak mustahil juga kalau satu hari nanti Dato' akan menyesal ambil you jadi anak angkatnya.." Nak ugut aku? Hahahaa..!! Sikit pun aku tak takutlah.

" Wow!! Scary nya!! Whatever lah Tasya. Malaslah nak layan kau.. Setakat ugut-ugut ni aku dah tak hairanlah. Dah lali dah.." jawabku lagi.

"Berlagak kau kan. Okey kau tunggu masanya akan tiba.." Tasya bangun dan membetulkan bajunya yang menampakan dadanya yang putih melepak itu. Cantik kulit dia ni tapi sayang jadi pandangan lelaki luar sana. Untunglah si lelaki dapat tengok free saja.

" Hmm.. Eh Tasya..!! Faliq tahu tak yang kau bomohkan dia sebelum ni? Kalau dia tahu macam mana ye? Kau rasa dia marah tak ek? Agak-agak kalau aku info dia, okey tak?!" Kataku selamba. Muka dia mula cuak. Tahu takut. Ingat dia je ke boleh ugut aku. Silaplah kau Tasya.

" You jangan macam-macam ya Aliaa. Sampai dia tahu, mati you nanti i kerjakan.."

" Tahu takut..!! So, kalau taknak dia tahu. Tolong jangan ganggu hidup aku lagi. Boleh kan? Rimaslah asyik muka kau je. Macam tak ada muka orang lain je.. Hmm..!!" Aku buat muka bosan. Memang bosan pun tengok muka dia ni je.

" Pandai you kan. Nak ugut i pula.."

" Aku rasa aku lebih bijak dari kau.. So Tasya, boleh tak keluar cepat sikit. Penatlah aku tunggu kau keluar. Silakan keluar wahai Tasya..!!" Aku buka pintu bilik untuknya.

" I pun rasa sesak nafaslah tengok muka you. I pun tak tahu macam mana i boleh datang jumpa you sini. Tapi tak apalah, sekejab lagi you akan i hapuskan dari hidup kekasih hati i tu. Bolehlah i bina hidup baru dengannya. Sangat bahagia. Bestnyaaa!!!"

"Hahahaaa.. Oh ya!! Wow bahagianya kau ek. Rasa boleh ke bahagia dengan cara haram kau tu. Perampas dan perosak hubungan orang lain akan lebih terseksa jiwanya tau. Sebab takut dengan bayang-bayang sendiri. Tapi kan, kau memang dah sakit jiwa pun kan. Sakit otak dan meroyan tak tentu pasal. Hohohoo.. Jadi sekarang ni, gelaran kau dah bertambahlah. Parasit meroyan.. Kan.. kan.. kan..!!"gelak.

" Kurang ajar..!!!" Pantas tangannya mahu menampar muka aku. Dan sorry lah Tasya, tangan aku lagi pantas. Aku dapat pegang tagannya dari tampar aku dan aku pulas tangannya ke bawah.

" Sakitlah bodoh!!" Menjerit dia kesakitan.

" Macam nilah sakitnya tangan aku kau buat hari tu sampai lebam. So, sekarang ni sebelum tangan kau patah. Sila berambus dari office aku. Keluar sekarang..!!" Aku bawa dia keluar dari bilik aku dan aku lepaskan tangannya. Semua mata memandang kearah kami. Drama dah.

" Okey tak apa. Tapi you ingat ya. Sampai you bagitahu Faliq, i akan buat you mati Aliaa. Ingat!!" Merah matanya pandang tepat muka aku. Tangan kirinya menyapu-nyapu tangan kanannya.

" Mira.. Call security sekarang. Cakap ada parasit meroyan masuk dalam office. Call sekarang!!!" Arahku kuat pada Mira yang kebetulan lalu disitu.

"I blah sekarang.. Ingat Aliaa..!! Ingat!!" Mata tetap merenung tajam padaku. Dan terus berjalan menuju ke pintu keluar. Aku dengan wajah garang melawan pandangannya. Bila dia hilang dari pandangan aku tarik nafas dalam.

" Cik Aliaa okey?!" Tanya Mira. Risau dia.

" Okey.. Okey..!! Jangan risau.. Saya masuk dulu.." jawabku senyum dan terus masuk ke dalam bilik semula.

Aku duduk di kerusi. Termenung sekejab. Mengeluh sendiri. Bila nak habis benda ni. Penatlah hadapi, nak menghadap orang gila meroyan ni tiap hari. Apalah nasib aku. Nak lari dari masalah pun tak boleh. Makin lari makin macam-macam dugaan. Jadi, hadap jelah. Tapi sampai bila? Kalau aku rujuk semula dengan Faliq, adakah benda ni akan berakhir? Entahlah kan. Tapi apapun aku memang kena info Faliq pasal Tasya yang dah bomohkan dia dan aku rasa Tasya tetap akan buat perkara yang sama lagi untuk dapatkan Faliq semula dan tak mustahil aku pun dia akan lakukan perkara yang sama. What!!!??? Ya Allah!!


Dia nak santau aku ke?! Subhanallah.. Biar betul. Aku jadi takut dan risau pula. Kalau dia berani buat pada Faliq dan dengan mudah dia akan buat pada aku pula. Tak dapat cara kasar dia nak buat cara halus. Allahuakhbar!!

Ya Allah Ya Tuhanku.. Lindungilah aku dan Faliq dari ancaman sihir dan perbuatan manusia yang kejam seperti itu.

Aku kena info Faliq dan abang. Aku kena info secepat mungkin. Tak apalah. Aku tunggu Faliq balik outstation. Aku taknak sampai jadi macam tu. Kalau dia nak buat aku je aku redha. Tapi aku takut kalau dia buat pada anak aku, abang aku, family aku atau Faliq juga. Aku taknak. Aku sayang mereka. Aku taknak mereka sakit sebab aku. Biarlah aku yang tanggung segalanya sendiri bukan mereka. Orang macam Tasya ni, memang takkan puas selagi tak nampak hidup aku menderita. Kalau tak dapat buat aku, dia akan buat pada orang-orang yang aku sayang. Sebab bila dia buat orang yang aku sayang pasti itu pun akan buat aku menderita.

 Ishhh!!! Aliaa please!! Jangan fikir sampai macam tu sekali. Yakinlah pada kuasa Allah. Allah Maha Besar, Maha Berkuasa.. Serah segalanya pada Allah. Minta dilindungi dari semua itu.

Relax Aliaa.. Cool... Jangan fikirkan sangat. Sekarang ni, kau kena info Faliq dan abang kau. Itu penting dan kena info. Bincang dengan mereka. Jangan kau diam-diam saja. Insha Allah.. Allah akan sentiasa bersamamu dan Allah akan lindungi kau, Aliaa..

Previous: Bab 114
Next: Bab 116

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.