336,534
Kategori:
Genre:
Bab 69
Seperti yang telah dijanjikan oleh Haikal pada Dhia. Mahu bawa Dhia makan aiskrim, jadi nak taknak kena bawa juga. Selagi tak dibawa, selagi tu Dhia akan tuntut. Jangan berjanji dengan kanak-kanak. Bahayaa!! Hehe..

Tepat jam 3.00 petang. Dhia dah bersiap. Dah cantik dan comel katanya. Dhia pakai baju yang diberi oleh Faliq. Sukanya Dhia. Dhia lah orang paling awal siap. Excited nak jalan dengan Uncle Daddy nya. Haikal pula jenis pandai melayan budak. Memang sukalah Dhia. Sis Tuti pun sudah siap. Tidak lama kemudian, Haikal sampai.

"Yeahhh!!! Uncle Daddy dah sampai. Mama..!! Uncle Daddy dah sampai..."riangnya Dhia. Nampak je Haikal terus berlari keluar dan minta di dukung oleh Haikal. Aku gelak je tengok.

" Uncle Daddy.. Cantik tak Dhia?" Tanya Dhia.

" Anak Uncle Daddy ni mestilah cantik, comel. Macam princess.." Puji Haikal.

"Thank you!!. Saaaayang Uncle Daddy..!!" Dhia cium pipi Haikal.

" Dah siap. Jom..!!" Tanya Haikal padaku. Aku angguk. Sis Tuti tutup dan kunci pintu. Kami berjalan ke kereta. Sesekali layankan anak.

Haikal memulakan pemanduan. Dalam perjalanan mulut Dhia je yang becok, macam-macam  Dhia tanya Haikal. Seronok hati anak kecil ni. Gembira je. Happy aku tengok Haikal layan Dhia. Rasa bahagia je.

" Awak.. Hari ni Faliq datang. Tapi tak sure dah sampai ke belum. Dia nak jumpa Dhia. Awak follow saya ya nanti..!" Kataku.

" Tak apa ke. Apa pula Faliq cakap nanti.."

"Cakap apa?!"

" Dia nak jumpa anaknya. Saya pula menyibuk!"

"Faliq jumpa Dhia, saya suruh Sis temankan Dhia nanti. Jadi, awak temankanlah saya. Boleh tak?!" Jelasku.

" Awak tak join mereka?!"

" Taklah.!!" Jawabku ringkas.

"Okey!! Untuk awak. Apa je boleh..!!" Haikal menoleh padaku dan senyum.

" Terima kasih..!!" Aku membalas senyuman Haikal.  Kami melayan mulut becok Dhia, memang tak kering gusi dengan gelagat Dhia. Ada saja ideanya buat kami gelak. Pandai ambil hati anak ini. Sepanjang perjalanan, hanya gelak tawa mengiringi. Release tension terus jadinya.

Sampai di Imago Kota Kinabalu, kami melangkah masuk ke pintu utama. Berlari sakan Dhia, jenuh Haikal mengejar Dhia. Aku dan Sis Tuti hanya melihat mereka. Hari ni Haikal yang nak melayan Dhia, Haikal suruh Sis Tuti temankan aku je. Agak ramai juga pengunjung. Almaklumlah, hujung minggu. Masing-masing bawa family berjalan, melayan anak. Habis satu mall Dhia pusing, turun naik esklator, keluar masuk kedai. Fuhh!! Letih melayan si kecil. Hari ni shopping untuk si kecil je. Lagipun lama dah tak melayan permintaan Dhia. Haikal ni pula apa yang Dhia nak. Kalau boleh semua dia nak belikan. Itupun aku banyak larang. Bukan apa, cuma aku taknak biasakan sangat Dhia dengan kemewahan dan beri setiap permintaannya. Ada yang boleh dan ada yang tak. Sebab nanti akan jadi kebiasaan sampai ke besar.

"Uncle  Daddy..!! Aiskrim tu.. Jom!!" Nampak je Baskin Robin terus menjerit pada Haikal. Dah tahu dah Dhia.

"Jommm!!" Aku menggeleng kepala. Ikut jelah mereka. Penat juga berjalan. Kalau tak sebab Haikal dah janji dengan Dhia, memang tak kuasa aku nak jalan tempat-tempat macam ni. Dah lah kedai kain aku pun dekat mall juga. Tak apalah, sesekali.

Aku dan Sis Tuti duduk di kerusi. Berborak dengan Sis Tuti sambil mata memandang sekeliling. Sedang layan borak, handphone berbunyi. Faliq call.

" Aliaa.. Saya ada di KK dah ni. Awak dekat mana? " terus Faliq tanya aku.

"Saya ada di Imago. Bawa Dhia ni.." jawabku.

"Imago? Okey, saya on the way ke sana. Jumpa nanti.." terus dia matikan talian. Aku berkerut. Tiba-tiba je nak jumpa. Okey jugalah. Sekali jalan, tak payahlah nak keluar lagi nanti. Jumpa dekat sini je.

Sis Tuti bangun dan menuju ke arah Haikal. Dan membawa dua bekas aiskrim. Satu aiskrim untuk aku dan untuk Sis Tuti. Haikal duduk ditepiku dan Dhia dihadapanku.

"Sedap tak aiskrim?!" Tanya Haikal pada Dhia.

"Sedap sangat! Nanti dah habis ni, Dhia nak lagi boleh tak Uncle..!"

" Boleh tapi make sure kena habiskan yang ini dulu tau..!!" Jawab Haikal lembut.

"Okey set!!" Dhia sambung menikmati aiskrim. Sedapnya dia makan. Sambil melayan aiskrim sambil berbual.


" Lepas ni Dhia nak pergi mana? Shopping baju sudah, makan aiskrim pun sudah. Soo.." tanya Haikal pada Dhia.

" Dhia nak main pula. Boleh tak mama, boleh tak Uncle Daddy. Pleasee!!"

" Boleh sayang..!!" Jawabku.

"Tak boleh!" Kata Haikal. Serius pandang Dhia.

" Tapi kenapa? Sekejab je Uncle Daddy. Bolehlah.. Uncle Daddy kan baik, hensem..!" Hahahaa..!! Aku gelak. Pandainya Dhia ni membodek. Ikut siapa pula Dhia ni.

" Tak boleh kalau Dhia tak sayang Uncle Daddy dulu...!!" Terus Haikal senyum lebar.

"Okey!! Dhia nak habiskan aiskrim dulu. Nanti Dhia saaayaaannggg Uncle Daddy tauuu!!" Jawab Dhia. Aku dan Haikal gelak dengan gelagat Dhia.

" Cik Titi.. Dhia nak pergi toilet..!!"

"Jom.. jom.. !!" Terus saja Sis Tuti bawa Dhia ke toilet. Aku dan Haikal masih duduk lagi.

" Kenapa ni. Senyap je.. Awak tak sihat kan..!" Tanya Haikal.

"Taklah. Saya sihat.."

"Aliaa.. Nak tipu saya ke? Tengok muka awak pun saya dah tahu. Appointment doktor pun awak tak pergi, ubat dah habis kan. Sepatutnya awak kena makan ubat terus tau. Tak boleh putus.. "aku hanya sengeh. Dia tahu semua, sedangkan aku tak pernah cakap apa-apa pun padanya. Musykil betul lah.

" Oh ya!! Faliq on the way ke sini. Nak jumpa Dhia.."aku menukar tajuk perbualan.

"Cepatnya sampai. Bukan dia cakap flight petang ke..!"

" Entah. Tapi tak apalah. Kita dekat sini. Sekali jalanlah. Tak payah nak keluar lagi.."jelasku.

" Betul juga tu.." Haikal mengangguk.

" Assalammualaikum..!" Seseorang memberi salam. Faliq tercegat di depan kami.

"Waalaikumsalam.. Eh! Dah sampai. Meh lah duduk.." Haikal berdiri dan bersalaman dengan Faliq. Mempelawa Faliq duduk. Aku hanya senyum je. Mata dia tepat ke mataku. Aku buat selamba.

" Bila sampai sini. Sorang je.." tanya Haikal pada Faliq.

" Baru sampai. Aku dengan Nizam tapi Nizam masuk hotel. Nak rehat katanya. Hmm.. Mana Dhia?!" Jelas Faliq.

" Dhia pergi toilet.." jawab Haikal.

"Aliaa.. awak sihat?!" Tanyanya padaku pula.

" Ya..!! Alhamdulilah sihat walafiat.." aku senyum bersahaja.

"Mama, papa dan Angah kirim salam.." sambung dia lagi.

" Waalaikumsalam.." jawabku perlahan. Dari jauh sudah dengar gelak tawa Dhia. Entah apalah yang digelakkannya. Berlari menuju ke arah kami. Faliq hanya melihat dan senyum melihat Dhia. Dhia terus dapatkan Haikal.

" Uncle Daddy..!! Tengok Cik Titi dia nak kejar Dhia.."

" Dhiaaa...!!" Faliq memanggil Dhia. Dhia senyap. Pandang Faliq dengan seribu persoalan. Dipandang atas bawah. Faliq senyum pada Dhia.

" Ni papa..Papa Dhia..!"

" Papa Dhia..!!" Dhia pandang aku . Aku senyum dan angguk. Muka Dhia berubah sekejab. Keliru. Lalu senyum. Salam Faliq dan cium tangan Faliq. Faliq dukung Dhia, dicium berkali-kali dan peluk Dhia erat. Menitis airmatanya. Aku alihkan pandangan ke tempat lain. Sedih. Bukan sedih tengok Faliq tapi sedih tengok Dhia. Bertahun lama. Baru ni si bapa muncul.

" Dhia sihat tak?! Dah besar dah anak papa ni.."

"Sihat. Papa cuti ye. Papa ingat Dhia lagi ke?!" Telan liur Faliq dengar.

" Mestilah papa ingat. Dhia kan anak papa.." jawab Faliq. Aku, Haikal dan Sis Tuti hanya memerhati dan mendengar perbualan anak beranak yang dah terpisah lama.

" Tapi papa tak pernah jumpa Dhia dan mama.." Faliq terdiam.

" Maaf sayang.. Papa busy kerja..!" Jawab Faliq.

" Tapi Uncle Daddy pun busy juga.." Sambung Dhia lagi. Jujur kata-kata Dhia. Terkedu Faliq. Aku diam je. Aku pun tak tahu nak cakap apa dah. Pandai-pandailah Faliq.

" Emm.. Dhia, tadi Dhia cakap nak main kan.  Kena hbiskan aiskrim dulu. Lepas tu boleh ajak papa Dhia main sekali. Okey!!" Haikal terus jawab. Bila tengok airmuka Faliq berubah.

" Okey Uncle Daddy..!!" Haikal senyum pada Faliq. Dia tahu apa yang Faliq fikir. Aku tetap diam. Malas nak campur. Biarlah Faliq dan Dhia berbual. Aku bagi peluang dekat Faliq melepaskan rindu pada Dhia. Dan Dhia pun rindu papanya.

Aku berbual seperti biasa dengan Haikal. Faliq dihadapanku melirik mata pada kami. Aku tahu apa dia fikir. Nak jelous? Tak perlu pun Faliq.
Bila Dhia sudah habiskan aiskrimnya, kami pun jalan ke Moli Fantasy pula. Puaslah Dhia main.


Faliq berjalan bersama Dhia dihadapan. Berkejar-kejaran. Happy nya Dhia. Sis Tuti ikut mereka. Manakala, aku dan Haikal jalan dibelakang sekali, berdua. Dating! Hehe..!! Pandai juga Haikal ni berlakon. Sengaja romantik dengan aku depan Faliq. Faliq melayan Dhia bermain. Aku dan Haikal duduk memerhati dan berbual kosong. Mata Faliq tak lepas pandang aku. Aku buat selamba je.

" Saya nak ke toilet kejab ye.." Aku angguk. Alamak!! Aku nampak Faliq nak ke arah aku.

"Haikal.. Jangan lambat ye.." Pintaku. Senyum. Haikal pandang Faliq dan gelak kecil. Okey faham pun Haikal. Memang betul tekaan aku, Haikal jalan je Faliq terus datang jumpa aku. Aku senyum biasa je.

"Aliaa.. Thanks bagi saya jumpa Dhia. Thanks jaga Dhia dengan baik. Saya sangat berterima kasih pada awak.." kata Faliq.

" Saya mama dia, dah tanggungjawab saya.." jawabku.

" Mesti Dhia akan lebih happy kalau kita bersama lagi, kan Aliaa.." Aku mula tak selesa. Tak jawab apa-apapun. Diam.  Faliq pandang aku tak berkelip.

" Excuse me..!! Kejab ya.. Sayang!! Saya nak beli air, awak nak air tak?!" Tiba-tiba Haikal muncul. Fuh!! Lega aku tapi eh!! Kenapa sayang?? Ah!! Tak kisahlah janji aku terlepas dari Faliq. Pandai juga Haikal berlakon. Aku taknak dengar dia cakap semua tu. Terus aku bangun dan berdiri sebelah Haikal. Airmuka Faliq terus berubah.

" Nak..!! Saya nak ikutlah. Hmm... Faliq, awak nak air tak?" Tanya aku pada Faliq. Reaksi selamba.

" Tak apalah.." jawabnya. Ada nada bengang dekat situ.

Aku jumpa Sis Tuti dan pesan pada dia tengokkan Dhia. Jangan tinggalkan Dhia. Risau juga aku takut Faliq bawa Dhia lari. Siapalah tahu. Dhia tengah seronok main. Happy sungguh!! Aku terus jalan bersama Haikal. Meninggalkan mereka. Faliq perhatikan aku je. Maafkan aku Faliq.

" Pandai awak berlakon depan Faliq.."pujiku.

"Hahaaha.. Hebat tak?!" Haikal gelak.

" Bolehlah.." Aku pun gelak.

" Tapi kalau ia adalah kenyataan lagi best kan, sayang kan..!!" Kata Haikal. Aku terdiam.

" Okey.. Okey..!! Saya gurau je. Sayang bestfriends forever kan sayang juga tu.." Haikal senyum dan berbisik padaku.

"Iya.. Saya okey lah..!!" Kataku. Aku masuk ke toilet sekejab dan Haikal beli air. Aku lihat wajahku dicermin. Nampak pucat pun. Rasa memang tak sedap badan sebenarnya. Tapi kuatkan juga. Alaaa... Kalau dimanjakan sakit, nanti bertambah teruk. Jadi, kuatkan je. Biasalah aku, degil.

Aku mencari Haikal. Dia sedang tunggu aku di balik tiang. Aku menghampirinya. Dan kami jalan bersama. Sambil berjalan berbual. Macam biasa. Di hadapan kami sepasang suami isteri bersama dua orang anak perempuan. Si suami menoleh ke belakang. Dan menegur sesuatu pada Haikal.

"Eh!! Doktor Harris.. !!" Tegur lelaki itu. Aku agak terkejut mendengar. Tapi buat selamba je.

" Iya.. Baru sampai ke?!" mereka berjabat tangan. Dan aku pun berjabat tangan dengan si isteri. Haikal senyum je. Sempat mata pandang aku.

" Iya baru juga.. " jawab lelaki itu pula.

" Doktor off ke hari ni. Bukan esok ke?!" Aku dengar je.

" Patut esok.. Tapi tukar dengan Doktor Alex.. " jawab Haikal.

" Oh cuti bawa kekasih jalan ye.. Hihii!!" Usik lelaki itu. Boleh tahan juga lelaki ni.

" Iyalah bila lagi kan. Okeylah saya minta diri dulu.." pinta Haikal. Lelaki itu mengangguk dan kami terus melangkah meninggalkan mereka. Aku diam membisu.

" Hmm... Setiap kali saya tanya, tak jawab. Ada hal lah, ada emergency lah. Susah sangat nak jawab. Akhirnya saya tahu sendiri juga kan Doktor Harris...!!" Perli.

" Bukan macam tu. Bukan saya taknak bagitahu. Tapi belum sampai masanya.." katanya.

" Nak tunggu saya tahu sendirilah kan. Tak apalah dah tahu pun.."aku konon-konon merajuklah. Lama dah tak merajuk dan dipujuk. Hehe!!

" Aliaa.. Okey!! Saya minta maaf. Ada sebab kenapa saya tak bagitahu awak saya..." dia belum habis cakap lagi, aku terus potong.

"Eh!! Tak apa Doktor Harris. Saya faham..!!"
Aku terus jalan laju kedepan. Geram sangat. Kenapa susah sangat nak terus-terang. Kenapa perlu sembunyikan semua ni. Bukan sekali dua aku tanya tapi banyak kali.


Sikit pun dia tak jawab. Tak salah kut bagitahu aku. Aku pun tak ada nak rahsia bagai padanya. Semua dia tahu tapi dia..!! Hmm.. Patutlah dia tahu semua pasal rekod pemeriksaan kesihatan aku. Tahu segala ubat dan penyakit aku. Patut dia risau sangat. Rupanya.. Hmm.. Kenapa taknak bagitahu siapa dia yang sebenarnya. Aku tak sukalah macam ni. Jadi macam hilang kepercayaan pula padanya. Hmm.. Tak apalah itu hak dia. Aku pun tak ada apa-apa hak nak marah. Ishh!! Teremosi pula. Sorrylah Haikal..!!

Previous: Bab 68
Next: Bab 70

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.