336,473
Kategori:
Genre:
Bab 185
Cuaca cerah dan berangin, bagai turut meraikan hari bahagia Faliq dan Aliaa. Sanak saudara tak putus memberikan ucapan tahniah dan doa buat mereka berdua. Rakan taulan, sahabat handai yang rapat turut menumpang gembira atas pernikahan mereka. Seronok mereka dengan penerimaan semua. Tak sangka, ramai yang gembira melihat penyatuan dua hati ini. Akan menjadi hot lah cerita mereka di office nanti.

Adil juga tak putus dengan senyuman dan gelak tawa. Bahagia dan ceria sekali. Bila Aliaa melayan tetamu, dia pula sibuk melayan si Dhia.  Bila tetamu telah pulang, Aliaa dan Faliq kembali bersama Adil. Majlis yang ringkas, tiada bersanding, tiada kompang, tiada bunga manggar tapi boleh tahan tetamu yang hadir. Semua rakan rapat dan saudara terdekat saja. Orang kata rezeki bina masjid. Syukur alhamdulilah.

Kegembiraan juga jelas terlihat di wajah tua kedua ibubapa Faliq. Yang memang mengharapkan penyatuan mereka. Ternyata doa mereka dimakbulkan. Syukur tidak terhingga. Akhirnya, mereka dapat duduk dibawah satu bumbung bersama anak dara mereka. Dhia Afia. Lepas ni, tiada lagi soalan demi soalan dari Dhia yang selalu bertanya pada neneknya. Kenapa mama dan papa tak duduk sama? Sampai pening Puan Asmah mahu jawab. Pasti gembira hati si kecil.

Tetamu beransur pulang. Aliaa minta izin naik ke atas, mahu menukar baju dan solat. Sudah rimas dah dia. Yang ada hanya ahli keluarga mereka sahaja dan beberapa kenalan Encik Kamaruddin. Faliq dan Adil berbual kosong. Tak lama kemudian, Lokman datang menghampiri mereka. Sekali join berbual. Gelak tawa bersama. Kemudian, Faliq pula minta izin mahu menukar pakaian. Tinggallah Adil dan Lokman rancak bercerita.

Faliq mendaki satu persatu anak tangga menuju ke biliknya. Pintu diketuk perlahan dan memulas tombol pintu. Tersenyum sendiri melihat Aliaa yang sedang kusyuk menunaikan solat. Sejuk hatinya. Pintu dikunci dan dia perlahan-lahan mengambil tuala mandi. Dan duduk sekejab di atas katil. Letih rasa badan. Handphone diletakkan meja. Mata masih memerhati Aliaa.

" Eh!! Kenapa tak mandi lagi? Pergilah mandi, solat.." kata Aliaa sambil melipat kain telekung dan tikar sejadah.

" Kejab. Penatlah.. !"

" Penat?! Hahahaa.. Majlis simple macam ni pun cakap penat. Ada hati nak buat majlis besar-besaran. Hmm.." Aliaa mengejek.

" Sebab majlis simple nilah penat. Kalau majlis besar, tak penat tau.." Aliaa gelak lagi.

"Aik!! Macam tu pula. Apa-apalah Faliq.." Malas Aliaa mahu layan si suami.

" Ha apa? Awak panggil saya apa?"

" Panggil? Panggil apa? Ohhhh!! Faliq.. Kenapa?" Aliaa bertanya dan berkerut.

"Sayang..!! Kita kan dah jadi suami isteri. Tak kan nak panggil suami awak ni dengan nama  je. Panggil lah hubby ke, sweet ke, darling ke, kalau tak pun panggil abang ke kan.." Faliq berdiri menghampiri Aliaa. Aliaa senyum.

" Hihii.. Sorry..!! Lupalah. Hmm.. Okeylah saya panggil awak.. Apa ek?! Ha..Abang perasan.." kata Aliaa.

" Abang perasan? Kenapa ada perasannya pula?"

"Iyalah. Awak kan perasan hensem, perasan macho, perasan hebat. Tapi tak sikit pun hensem, macho jauh sekali. Sesuailah dengan panggilan tu Kan.. kan..!" Aliaa mencebik gurau.

" Eleh... Awak ingat awak comel ke?"

" Ofcourse! Saya memang comel, sweet dan lain-lain. Hahahahaa!" Aliaa gelak kuat.

" Ooo.. Comel ye, sweet ye. Ambil ni ambil.." terus Faliq mengeletek pinggang Aliaa. Bergurau bahagia dengan gelak tawa.

" Dah.. Dah..!! Okey saya surender. Haahaha!! Dah, abang perasan pergi mandi dulu ye. Busuk sangat dah ni. Saya turun dulu ye.."pinta Aliaa.

" Alaaa.. Temankanlah saya. Takutlah sorang-sorang.."

" Alalalalaaa.. Kasihannya.. Takut ye sorang-sorang.. Banyaklah awak punya takut. Nak menggedik pula dia ye.. Cepat mandi, solat lepas tu turun bawah. Saya tunggu kat bawah."

" Okey..!!" Faliq senyum manis. Setelah memakai tudung, Aliaa terus keluar dari bilik. Segan pula dia duduk dalam bilik, apa pula yang lain cakap nanti. Memang kena usik jelah tu nanti. Dia mencari kelibat Adil. Di ruang tamu tiada, lalu terus keluar ke khemah. Senyum dia, kelihatan Adil sedang berbual rancak bersama Lokman.

Entah apalah yang dibualkannya. Aliaa menghampiri.

" Amboi rancaknya berbual. Cerita apa tu.." sampuk Aliaa.

"Biasalah kalau cerita dengan Abang Lokman ni. Cerita pasal pancinglah apa lagi.." jawab Adil.

"Itu wajib.. Hahaha!!"

" Ada plan ke nak pergi pancing. Boleh papa join.." muncul pula Encik Kamaruddin. Dua beranak ni memang kaki pancing. Pantang cakap bab pancing.

" Taklah pa. Buat masa ni tak boleh ke laut, air tak cun. Bulan depan okey kut.." jawab Lokman.

" Bagus juga tu. Papa pun dah lama tak layan laut. Ha Adil, boleh join kalau nak.." pelawa Encik Kamaruddin pada Adil.

"Hmm.. Okey juga tu. Saya ni pun dah lama sangat tak pegang batang pancing, tapi tak janjilah pakcik. Takut busy kerja. Nak kena tengok jadual kerja dulu.." jawab Adil. Aliaa hanya mendengar. Senyum.

" Tak apa. Lama lagi. Korang boraklah dulu. Pakcik nak masuk kejab. Aliaa.. Mana Alang?!"

" Kat atas, solat.." Encik Kamaruddin angguk dan terus berlalu. Mereka berbual lagi dan lagi. Aliaa duduk disebelah Adil. Seperti tidak mahu berpisah saja. Berkepit dengan si abang.

Tutt.. Tuttt...!! Handphone Adil berbunyi. Dia meminta izin mahu menjawab panggilan. Tertera nama Inspektor Adam di skrin.

" Assalammualaikum.. !"

" Waalaikumsalam..!! Adil.. Awak ada dekat mana? Saya call Faliq, call Aliaa tak dapatlah.." suara Inspektor Adam ditalian.

" Saya dekat rumah Faliq ni. Kenapa Inspektor?!" Aliaa memandang Adil.

" Oh okey! Saya on the way ke rumahnya ni dengan Black. Majlis dah habis ke?!"

"Datanglah. Saya tunggu. Majlis nikah dah selesai.." jawab Adil. Senyum.

" Baiklah.. !" Talian terus dimatikan.

"Kenapa abang?!" Tanya Aliaa ingin tahu.

" Inspektor Adam on the way.." Aliaa angguk.

" Adik pergilah rehat. Pucat je muka ni.." sambung Adil lagi.

"Tak nak. Adik nak dengan abang.." Aliaa melentokkan kepala dibahu Adil. Senyum Adil. Muncul pula Faliq melihat gelagat mereka. Faliq menghampiri.

"Kenapa tak masuk. Panas ni.." tegur Faliq.

" Saja nak ambil angin. Ha Liq.. Inspektor Adam on the way ke sini. Dia call aku tadi.." jelas Adil.

" Oh iyeke?! Lambat pula dia ye.."

"Biasalah dia. Busy kejar penyangak. Kejar sikit terus semput. Lawak.. Hehe..!" Sampuk Aliaa.

"Ish.. Adik ni kan..! Tak baiklah ketawakan orang.." Adil berkerut. Marah. Aliaa gelak kecil.

" Betul kut. Kalau abang tengok, abang pun ketawa tau.." Aliaa gelak lagi. Mengingati.

" Adik..!! Makin abang cakap makin dia ketawakan pula..!"

"Hahahaa... Kena marah dengan abang. Hahaha!!" Faliq pula ketawakan Aliaa. Menyirap je Aliaa. Menjeling pada Faliq yang mengejeknya.

"Apa gelak-gelak?" Aliaa menjeling lagi.

" Habis lawak, saya gelaklah.. " balas Faliq. Mengusik.

"Tak ada makna lawaklah. Tak nak kawan nanti, padan muka.." Faliq masih gelak. Aliaa mencebikkan muka dan Adil senyum melihat gelagat Aliaa. Aliaa bangun dan berjalan meninggalkan mereka berdua. Muka merajuk konon.

" Uit.. Nak ke mana tu?" Panggil Faliq lembut.

" Nak ambil kasut dekat kereta.." jerit Aliaa terus berjalan menuju ke kereta Adil tadi. Senyum saja Adil. Tenang hatinya melihat Aliaa.

Aliaa bernyanyi kecil jalan perlahan ke kereta. Memandang ke arah jalanraya, tiada kenderaan. Dan terus membuka pintu kereta. Berkali-kali dicuba tapi tidak boleh.

" Dah kenapa pula tak boleh buka ni. Abang tak buka lock lagi kut.." merungut Aliaa sendiri. Jalan ke pagar.

" Abang..!! Kenapa tak boleh buka pintu.." jerit Aliaa. Adil mengeluarkan kunci kereta dan cuba membuka lock lagi sekali. Aliaa kembali ke kereta tapi masih tak boleh buka juga pintu. Dipanggil lagi Adil. Terpaksalah si abang jalan ke kereta. Ditinggal pula Faliq sendiri. Pelik juga Adil, kenapa pula dengan kereta ni. Cetus hatinya sendiri.

" Kenapa tak boleh buka pintu dik?!" Tanya Adil.

" Tak tahulah abang. Rosak ke?!"

" Tak mungkinlah..!" Adil cuba membuka pintu di bahagian hadapan. Boleh pula. Dan, dia cuba pula buka pintu dibahagian belakang.

" Boleh ni.."

" Eh!! Boleh pula. Betul abang. Tadi tak boleh buka. Banyak kali adik try buka.." Aliaa pelik dan garu kepala. Berkerut.

" Tulah.. Ni ketulahan dengan suami. Tak nak kawan suami kan.." Adil perli Aliaa. Aliaa sengeh.

Aliaa terus masuk ke dalam kereta dan menundukkan badan mencapai sepasang kasut sarung. Kasut kerjanya. Adil menunggunya diluar. Sambil-sambil melihat tayar kereta hadapan.

Setelah mengambil kasut, Aliaa menutup pintu kereta. Adil terus lock semula pintunya. Baru saja mahu melangkah, datang sebuah kereta Toyota Almira hitam dengan lajunya dan memberhentikan betul-betul dihadapan Aliaa. Terkejut!

 Dan dengan pantas, muncul seorang wanita berselendang hitam memakai sunglass keluar dari kereta itu terus meluru ke arah Aliaa. Adil terpandang pada tangan wanita itu sebilah pisau berkilat. Lalu, terus cuba mahu menikam perut Aliaa.

" Adik...!!" Jerit Adil. Tanpa fikir panjang dan serta-merta Adil terus menghalang badannya sendiri dihadapan  Aliaa. Dan, satu tikaman menusuk ke perut Adil. Aliaa terkedu dan terpaku melihat kejadian itu.

"Allahuakhbar..!!" Adil rebah dihadapan mata Aliaa dengan perut yang berlumuran darah.

"Abanggggg..!!!" Aliaa menjerit sekuat hati. Terus mendapatkan Adil dan memangku Adil. Darah pekat dari perutnya.

"Tolonggg..!!! Tolong..!! Abang..!!" Aliaa terus menangis. Adil menyerang kesakitan. Faliq berlari menghampiri mereka.

"Ya Allah..!! Adil..!!" Faliq terkejut dan terpaku dan terus mendekati Adil.

" Abang.. Jangan tinggalkan adik.. Abang..!!" Aliaa masih menjerit-jerit. Menangis.

Tasya masih memegang pisau yang berlumuran darah. Dia sendiri terpaku kaku. Melihat Adil yang rebah mengerang kesakitan. Asnida muncul diikuti Lokman dan Puan Asmah, mereka amat-amat terkejut sekali. Dengan perasaan marah, Asnida terus menghampiri Tasya, menggeletar tubuh badan Tasya. Pisau terus dicampakkan ke jalan.

" Maafkan i, i tak sengaja. I... i... " terketar-ketar dia bersuara.

"Tak sengaja? Kau patut mati bukan dia.." Terus Asnida pegang tangan Tasya dan pulas ke belakang.

" Abang.. Bangun abang!! Jangan tinggalkan adik. Adik sayang abang..!! Abang..!!"

Tak lama kemudian, sebuah kereta muncul. Inspektor Adam dan Black terus laju keluar dari kereta. Juga terkejut melihat kejadian itu. Lebih terkejut melihat Adil yang masih dalam pangkuan Aliaa di jalan dengan berlumuran darah. Tangan Tasya digari. Langsung tidak melawan. Beberapa minit kemudian, muncul pula ambulans. Darah pekat banyak keluar dari perut Adil. Adil kelihatan pucat sekali. Genggaman tangannya pada Aliaa semakin lemah. Adil senyap, mata kecil memandang Aliaa. Senyum terukir.

" Abang sayang adik.!!" Suara lemah. Semakin deras airmata Aliaa mengalir. Faliq juga.

"Adil.. Kau kena kuat Dil. Kami sayang kau!" Kata Faliq pula.

"Jaga adik aku Liq!" Pesan Adil. Suara perlahan.

" Abang..!! Abang.. Jangan tinggalkan adik. Abanggg..!!" Adil longlai didalam pelukan Aliaa. Semua yang melihat menitis airmata. Pembantu perubatan mengangkat tubuh Adil dan diletakkan diatas troli dan dimasukkan ke dalam ambulans. Sepantasnya. Nyawa mangsa perlu diselamatkan. Terus berlalu laju ambulans meninggalkan mereka.

"Kau memang kurang ajar. Puashati kau sekarang. Kau bunuh abang aku, kau kejam Tasya. Aku tak kan maafkan kau. Tak kan..!!" Aliaa menjerit marah Tasya, sakitnya hati.

"Sayang.. Sabar sayang sabar!!" Faliq memujuk dan memeluk erat dan menenangkan hati Aliaa.

" Maafkan i Aliaa. Maafkan i..." Tasya menangis memohon kemaafan. Sebuah kereta polis sampai. Tiga orang anggota lengkap beruniform keluar dan dua anggota membawa Tasya masuk ke dalam kereta. Pisau yang berlumuran darah diambil dan dimasukkan ke dalam plastik khas sebagai bahan bukti. Dan, seorang anggota lagi memandu kereta Tasya tadi terus berlalu pergi meninggalkan mereka.

Aliaa masih menangis didalam pelukkan Faliq.

" Sabar Aliaa. Kuatkan semangat. Ini dugaan untuk awak. Kita doa bersama untuk Adil. Faliq.. Nanti minta awak bawa Aliaa ke balai ya. Jumpa sana. Apa-apa perkembangan saya akan info.." kata Inspektor Adam.

" Baik Inspektor.."jawab Faliq lemah.

" Sabar Aliaa..!! Saya gerak dulu.."Inspektor Adam dan Black meninggalkan mereka pula.


" Sayang.. Kita masuk..!"pujuk Faliq lembut.

" Saya nak abang. Saya nak tengok abang. Abang tak apa-apa kan? Abang tak kan tinggalkan saya kan..!"

"Iya sayang..!! Insha Allah abang tak apa-apa.." Dahi Aliaa dicium penuh kasih sayang. Puan Asmah dan Asnida tak tahu nak buat apa, hanya mampu melihat. Menangis. Bersimpati.

"Saya nak tengok abang..! Saya nak jumpa abang..!!" Suara Aliaa terketar menangis.

" Okey sayang..!! Kita pergi hospital. Jom..!" Faliq memimpin Aliaa masuk ke perkarangan rumah. Tangan Aliaa masih lagi ada kesan darah Adil. Faliq bawa Aliaa cuci tangannya dahulu. Dan, bawa Aliaa duduk dikerusi sementara dia mahu ambil wallet diatas. Asnida dan Puan Asmah menemani Aliaa. Memberi kata-kata semangat.

" Sabar Aliaa. Angah yakin Adil akan selamat. Aliaa kena kuat.."

" Aliaa tak sanggup kehilangan abang. Aliaa sayang abang..!" Aliaa menangis lagi dan lagi.

"Iya sayang.. !! Adil akan selamat dan tak kan tinggalkan Aliaa. Aliaa kena sabar dan kuat ya sayang ya..!" Puan Asmah pula berkata. Dipeluk Aliaa erat. Dia memahami hati menantu kesayangannya itu. Dicium berkali-kali.

Sedih dan sayu. Hari bahagianya dihujani airmata. Sekelip mata Adil rebah ditikam manusia berhati syaitan. Senyuman menjadi kedukaan. Segala kegembiraan hilang ditelan kesedihan.

Bagaimana Aliaa mahu menghadapi semua ini? Apa akan terjadi padanya jika Adil dijemput ilahi? Mana lagi tempat dia mahu menumpang kasih? Hanya Adil. Hanya Adil sahaja yang amat dia sayangi. Dia percayai. Hanya abang..!! Betapa besar pengorbanan seorang abang. Sanggup bergadai nyawa demi adik kesayangan.

Airmata terus mengalir. Lemah seluruh badan Aliaa, tapi dikuatkan juga. Tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sebentar tadi. Berlaku dengan pantas, sekelip mata, didepan matanya. Melihat darah pekat keluar dari perut abangnya akibat tikaman. Mendengar suara abang menahan kesakitan, menatap wajah pucat si abang. Bagai mahu gugur jantungnya.

" Abang... !! Jangan tinggalkan adik.. Adik sayang abang..!! Adik tak ada siapa-siapa lagi. Adik perlukan abang!! Jangan tinggalkan adik! Abang..!!" 

Previous: Bab 184
Next: Bab 186

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.