336,482
Kategori:
Genre:
Bab 39
Cuaca panas terik hari ni. Makin berdenyut kepala aku. Sepanjang perjalanan ke rumah, aku diam je. Tak larat. Seplastik doktor bekalkan ubat. Tekanan darah aku rendah lagi. Patut kena tahan duduk wad tapi macam biasalah aku mengelak dan macam-macam alasan aku bagi. Tengah tak sihat memanglah tekanan darah jadi rendah, lagi pula dicampur tolak tambah dengan  stress. Memanglah. Andaian aku je. Hehe!! Sampai je rumah, aku  terus duduk dikerusi kayu dihalaman rumah. Menyandarkan badan di kerusi.

"Uncle.. Uncle..!!" Dhia lari kearah Haikal. Minta didukung. Haikal dengan ceria terus mendukung Dhia. Seronoknya anak aku jumpa Uncle Haikal nya. Macam-macam boraknya. Keletah mulut si kecil ni bertanya itu ini dengan ayat pelatnya. Haikal pun suka melayan. Tak lama, Sis Tuti muncul dari dalam. Aku senyum melihat gelagat Dhia. Alangkah bahagianya, jika yang melayan Dhia itu adalah Faliq sendiri, kan bagus!! Sedih..!!

" Tuti.. Nanti masakan Cik Aliaa bubur ya. Pastikan dia makan bubur sampai habis dan makan semua ubat..!!" Arah Haikal pada Sis Tuti. Sis Tuti mengangguk-anggukan kepala. Aku dengar jelah.

"Aliaa.. Nanti makan bubur dan makan ubat ya.." pesannya padaku. Aku angguk lemah.

" Kalau ada apa-apa call saya cepat. Awak rehat je dekat rumah. Selagi tak betul-betul sihat tak payah masuk office. Office biar saya uruskan.." katanya lagi.

" Okey!!" Jawabku lemah.

" Dan, jangan nak masuk kedai pula. Rehat tau..!!" Aku sengeh. Betul-betul ambil berat pasal aku.

"Okey sayang!! Uncle balik dulu ya.."

"Dhia nak ikut.!!!"

"Sekarang ni tak boleh ikut sebab Uncle nak pergi kerja, nanti bila uncle cuti kerja, uncle bawa Dhia jalan-jalan. Nak tak?!" Pujuk Haikal.

" Nak.. Nak..!!"

" Good girl.. Sayang uncle sikit..!!"

" Muah..!!" Dhia mencium pipi Haikal dan Haikal pun mencium Dhia semula. Dhia diturunkan dan terus berlari bermain anak patung. Happy nya si kecil ni. Ceria sentiasa. Aku hanya senyum.

" Saya balik dulu ya. Jangan terlalu stress. Jaga kesihatan baik-baik..!!" Pesannya lagi.

" Insha Allah.. Haikal..  Terima kasih..!!" Kataku.

" Sama-sama. Assalammualaikum.. "

"Waalaikumsalam.. " Haikal terus menuju ke keretanya. Keluar saja keretanya dari pagar, Sis Tuti terus menutup pintu pagar. Aku membawa ubat ke dalam rumah dan terus naik ke bilik. Aku buka tudung dan masuk ke dalam bilik air, mencuci muka dan merenung muka sendiri. Hahaha!! Gelak kecil, serupa mayat hidup dah. Pucat tak habis-habis. Aku masuk bilik semula. Duduk dikatil, meneguk air suam.

"Tutt.. Tuttt..!!" Handphone berbunyi. Aku mencapai handphone. Nombor siapakah ini? Jawab jelah malas nak fikir.

"Hai Aliaa.. Apa khabar, sihat tak?! Lama tak nampak you. You bawa diri yee..!!" Suara si parasit ditalian. Terus jadi sihat aku. Berkerut sejuta dahi aku. Apalah yang dia nak ni.

" Saya sentiasa sihat. Thanks ambil berat.." jawabku.

" Eeee perasannya. Tak ada maknalah i nak ambil berat pasal you.." katanya.

" Hmm.. Ada apa call ni. Sebab saya tak ada maslah nak layan orang meroyan ni.." balasku.

" Kita tengok nanti siapa yang meroyan. You atau i.. So, dapat tak gambar yang i bagi tu. Betapa bahagianya kami. Jangan jelous tau!! You tahu tak, Faliq bahagia sangat dengan i tau. Bila dengan i, dia ceria je. Siap nak ajak i honeymoon lagi.." Aku senyum.

" Oye...!! Dah nikah ke nak honeymoon?!"

" Tak nikah pun boleh je honeymoon. Bukan i sorang je, ramai pun macam tu. So, tak ada hal lah.."

" Amboiii... Bercakap macam orang tak ada pegangan agama je kan. Alahaiii... kasihannya lah Faliq. Tak pasal-pasal dapat kekasih neraka yang bawa dia ke neraka juga. Simpati sangat saya.."

"Hmm.. Tak payahlah you cakap macam you ni suci sangat. Belakang Faliq you scandal dengan Haikal. Sebab tulah Faliq benci you. Pandai berlakon, perangai pun macam haram..!"

" Memang.. Saya memang suci. Baru tahu ke?! Lagi-lagi bila awak fitnah saya, terima kasihlah bagi pahala free dekat saya. Fitnah banyak-banyak pun tak apa. Dan lagi satu, nak bagitahu ni.. Kalau Faliq benci saya, dah lama lah dia lepaskan saya. Tapi kenapa sampai sekarang dia taknak

 lepaskan saya. Sebab dalam hati dia hanya ada Aliaa Sofea sahaja. Sampai bila-bila pun dia takkan lepaskan saya, dia tak boleh hidup tanpa saya. Awak ni kan... Hmm, cuma perempuan pakai buang je. Jahat-jahat lelaki, dia akan cari bini yang baik, solehah bukan yang perangai haram macam awak..." Aku pun ambil peluanglah mengutuk dan mengata depan-depan. Bagi dia sedar sikit. Tu pun kalau dia sedarlah. Tak ada niat pun nak menghina. 


"Mulut you ni kan. Memang mulut puaka kan. Kalau you ada di depan i sekarang ni. Nahas you i kerjakan.. " Uit.. pandai marah. Pandai sakit hati bila aku cakap perempuan pakai buang dan perangai haram. Ada juga perasaan rupanya.

" Berani ke?! Jangan main-main dengan saya tau. Kalau saya bagitahu kakak Faliq, dan bagi gambar yag awak hantar tu padanya. Saya rasa ada yang mati kejang pula. Jadi, hati-hati tau dengan saya.. Okeylah. Bye..!!" Aku terus matikan talian. Geleng kepala. Hmm.. Tasya.. Tasya.. Tak habis-habis cuba nak sakitkan hati aku. Memang pun sakit hati tapi bila aku layan rasa sakit hati, akan jadi makin stress. Lebih baik, biarkan jelah. Orang meroyan kalau dilayan makin meroyan. Jadi aku ambil keputusan. Lantakkanlah apa dia nak buat pun. Sukahati dialah nak cakap aku apapun. Tak kisah dah.

Aku pun dah rasa macam.. Tak apalah, tak apa. Malas nak fikir. Give up?! Entahlah.. Ada juga aku terfikir, kenapa Faliq tiba-tiba berubah macam tu. Boleh percaya serta-merta pada Tasya tanpa siasat pun. Percaya segala fitnah yang Tasya cakapkan. Seolah-olah aku ni macam jijik sangat pada dia. Adakah Tasya guna-gunakan dia. Lebih mudah sihirkan Faliq supaya tunduk patuh padanya. Ishh!! Tak mungkin. Faliq yang mengaku sendiri pada aku. Dia memang sayang pada Tasya, dia cakap Tasya tu kesempurnaan hidupnya. Jadi, apalah aku boleh cakap. Faliq tidak disihir atau tidak diguna-gunakan oleh Tasya tapi diri dia sendiri yang nakkan Tasya. Bila hati dah terlanjur sayang. Siapa pun tak boleh halang. Mungkin Tasya memang baik, pandai ambil hati dia, boleh jaga dia sebaiknya, dan boleh jadi solehah dan bidadari syurga untuknya. Aku ni.. apa yang ada.. Nothing!!

Airmata mengalir lagi. Sekarang apa aku harus lakukan? Bertindak? Entahlah.. Seksanya.. Peritnya..!! Sabarlah hati.. Tabahlah jiwa..
Eh!! Tiba-tiba rasa sihatlah pula. Penangan si parasit. Hahahaa..!! Macam-macam hal lah.

Tutt... Tutt...!! Laa.. Bunyi handphone lagi. Tak habis-habis lagi ke si Tasya ni. Hmm.. aku ambil handphone semula. Dah pula si Zahwan. Aduhai.. Ni lagi sorang. Demam semulalah jawabnya ni..

"Aliaa.. Saya ada hal nak info awak ni?!" Eh!! Ucap salam tak, cakap hello tak. Dah kenapa ni?

" Hal apa?!" Hati aku jadi tak sedap ni.

" Pagi tadi.. Abang awak mengamuk dekat Faliq.." katanya.

" Apa?? Mengamuk? Kenapa pula." Terkejut beruk aku.

" Sebab awaklah.. Abang awak call awak tak dapat, pergi rumah awak tak ada, last pergi pejabat awak. Dato' cerita semua. Terus dia cari Faliq dekat rumah mamanya. Kena sebiji dekat muka.." cerita Zahwan. Alamak!! Aku lupa nak bagitahu Dato' supaya jangan info abang pasal aku dan Faliq. Aduhaii.. Kantoiii...!! Masak kau Faliq...

"Ya Allah..!! Habis apa jadi.." aku pun tanya dan tanya. Zahwan cerita semuanya padaku apa yang berlaku. Aku terdiam.

" Aliaa.. Kasihan abang awak. Dia sangat rindukan awak. Sampai menangis dia luah. Saya tak sampai hati tengok dia macam tu. Dia risau awak, risau anak awak. Awak call lah dia. Kalau awak taknak info lokasi awak pun tak apalah tapi call dia. Sekurang-kurangnya dia dengar suara awak,tahu awak dan Dhia sihat pun dah okey lah tu.."Zahwan menasihati aku. Aku diam lagi.

" Aliaa.. Janganlah menghukum orang yang tak bersalah. Dia abang awak kan. Awak sayang dia kan. Call dia ye.." masih usaha pujuk aku.

" Saya tahu. Saya pun rindu abang. Sangat rindu abang. Tapi saya tak sanggup nak tengok dia kecewa sebab Faliq.." kataku.

"Abang awak dah kecewa pun Aliaa. Memang sangat kecewa dengan Faliq. Takkan sekarang ni awak nak dia kecewa sebab awak pula. Sudahlah ye.. Awak jangan fikir Faliq. Biarkanlah dia.. Biar Allah yang  balas semua perbuatan dia. Sekarang ni, awak kena fikir abang awak.. Call lah dia.." lembut je suara Zahwan memujuk aku.

" Awak ada dengan abang ke ni?!" Tanyaku.

" Iya saya tengah makan ni dengan dia. Tapi dia pergi toilet.."

"Okeylah Wan.. Nanti saya call dia. Terima kasih info.."

"Betul ya?!"

" Insha Allah.."

" Okey.. Jaga diri baik-baik.." aku terus matikan talian. Aku genggam handphone. Aku menangis kesedihan dan rasa sangat bersalah pada abang. Aku rindu abang. Kalau boleh aku nak jumpa abang hari ni juga.

" Abang... Adik minta maaf.. Adik banyak sangat salah pada abang. Adik rindu abang.. Rindu abang sangat-sangat.." aku nangis semahu-mahunya.

Aku teruk sangat ke? Keras hati sangat ke? Ego ke? Salah ke apa yang aku buat ni? Aku bukan nak lari dari masalah tapi aku nak cari kekuatan. Nak hadap semua ni sendiri aku tak mampu. Aku perlukan kekuatan. Aku tak sanggup nak menghadap semua ni. Aku perlukan masa dan ruang. Nak terima semua ni amat menyakitkan. Tolonglah faham. Aku perlukan masa dan ruang.

 "Abang.. Kalau benar abang dah benci, dah jijik dengan saya. Lepaskanlah saya. Janganlah hukum saya macam ni. Saya tak kuat. Saya tak sanggup. Tolonglah.. tolonglah.. tolonglah.. Kalau abang nak kahwin dengan Tasya. Pergilah. Saya dah tak nak halang lagi. Dah taknak campur lagi.. Pergilah abang.. Pergilah, andai itu boleh buat abang bahagia..!!" Aku cakap sendiri dengan linangan airmata. Teringat beberapa hari sebelum aku tahu kecurangannya. Dia sering nyanyi lagu ini sendiri.. Sebelum tu aku tak pernah dengar dia nyanyi lagu ni. Rupanya dia tujukan lagu ini u
padaku, maksud disetiap lirik lagu ini untukku.. Oh Suami.. Terima kasih..!! Huwaaaa!!!

"Tuhan sengaja menduga kita
Di mana kesabaran manusia
Engkau isteri yang ku sanjungi
Lambang semangat cinta dunia

Pasti engkau terkenangkan
Peristiwa semalam
Saatku menggadaikan cinta
Pada onak dan duri asmara

Entah di mana akal fikiran
Hingga sesat di jalan yang terang
Ini suratan yang diberikan
Menguji kekuatan jiwa

Waktu engkau ku lupakan
Dalam kemarau cinta
Betapa hatimu rela
Demi melihatku bahagia..."

Sabar.. Redha..!! 
Previous: Bab 38
Next: Bab 40

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.