336,539
Kategori:
Genre:
Bab 21
" Dhia.. Dhia..! Oh! Menyorok ye.. Dapat!! Hahaha.." Aku kejar Dhia sampai dapat. Pandai pula dia main sorok-sorok dengan aku. Pagi-pagi lagi rumah dah kecoh dengan gelak tawa kami berdua. Hari ni, aku terpaksa kejutkan dia awal. Hari ni kan aku start kerja dan hari ni juga Dhia akan dijaga oleh neneknya. Mujur mama nak tolong jagakan Dhia buat sementara. Insha Allah bila dah dapat pengasuh yang sesuai nanti. Aku akan hantar Dhia ke pengasuh je. Taknak susahkan mama. Selepas subuh tadi, aku terus ke dapur buat sarapan untuk Faliq. Dia makan atau tak makan. Terpulanglah. Sejak malam tu, kami dah tak sebilik dah. Dia tidur di bilik tetamu. Itu yang dia nak. Biarlah.. Yang penting, sarapan aku dah sediakan, baju kerja semua dah letak atas katil, siap semua. Tak tahulah dia dah bangun ke belum. Rasa dah kut. Malas nak tanya.

Tepat jam 7.00 pagi, aku angkat beg pakaian Dhia dan letak dibahu. Beg susu dan handbag aku pegang sebelah kiri, dan disebabkan Dhia dah pandai jalan. So, tangan kananku pegang tangannya. Seronoknya dia dapat keluar. Ketawa je. Aku tutup pintu dan kunci. Lalu jalan menuju ke pintu lift. Tiada orang pun. Lapang.. Sampai di parking kereta, aku terus masukkan Dhia duduk di kerusi. Enjin kereta ku hidupkan. Happy nya aku hari ni. Permulaan hidup baru. Mula kerja semula. Hahaha!! Mesti best kerja dengan Naim, Mira dan Kak Intan semula. Hilang segala tekanan aku. Hilang segala masalah aku. Taklah nak fikir Faliq sangat, siang kerja dah sah akan busy buat kerja, balik kerja busy dengan anak pula. Malam terus tidur, memang tak fikir Faliq punyalah. Dia buat hal dia, aku buat hal aku. Sampai bila? Tak pasti.. Apa-apa pun, tunggu masuk office nanti. Bismillah.. Aku mula memandu ke rumah mama. Nak hantar si kecil dulu.

Sampai diperkarangan rumah mama. Mama dah tunggu didepan rumah. Terus mama meluru kearah Dhia. Dhia pun lari dapatkan neneknya. Ketawa bahagia si kecil ini. Aku gelak je tengok keletah anakku. Menghiburkan. Aku ikut mama masuk ke dalam rumah. Amboiii.. nenek dah sediakan banyak mainan untuk Dhia rupanya. Punyalah seronok anak kecil ini dapat permainan. Dibiarkan Dhia bermain. Aku duduk ditepi mama. Senyum.

"Aliaa.. Kenapa tiba-tiba buat keputusan nak kerja semula. Alang buat hal lagi ke?!" Tanya mama. Aku senyum.

"Eh! Taklah ma. Aliaa dapat tawaran kerja. Lagipun, Dato nak sangat Aliaa kerja semula. Bincang dengan Faliq dan dia pun izinkan Aliaa kerja.."kataku. Sambil mata memerhati si kecil main.

"Kalau macam tu tak apalah. Mama risau kalau Alang buat hal lagi.." Mama macam tahu je pula.

"Mama.. Aliaa nak minta tolong mama jagakan Dhia sekejab ya sementara Aliaa dapat pengasuh untuk jaga Dhia..."

" Laa.. Buat apa nak cari pengasuh. Biar mama je yang jaga.."

"Tapi maa.. Aliaa taknak susahkan mama.."

"Sayang.. nak susahkan apa pula. Biar mama je jaga cucu mama ni. Lagipun mama tak confident lah orang lain jaga cucu mama ni. Biar nenek yang jaga Dhia kan Dhia kan..." Kata mama. Dah agak dah. Mama memang tak bagi Dhia dijaga orang lain. Tapi aku cuma tak sampai hati je nak mama jaga. Mama perlukan rehat tapi nak kena jaga si kecil ni pula. Tapi tak apalah sementara je. Aku pun tak lama dekat sini.

"Terima kasih mama.. Ma, Aliaa dah lambat ni. Aliaa pergi kerja dulu ya. Hari pertama kerja kan..Hehe!!" Aku bangun, salam dan cium tangan mama. Kemudian, aku peluk Dhia, cium Dhia bertubi-tubi. Pertama kali ni nak tinggalkan si kecil ni. Sedih pula hati. Tak apa sayang, mama kerja untuk sayang. Nak cari rezeki untuk kita berdua. Doakan mama kuat ya Dhia. Mama sayang Dhia. Kataku dalam hati dan terus berlalu. Dhia tak nangis pun. Seronok dia main. Lega hatiku.

Sekarang, aku nak memandu ke office pula. Excitednya. Radio ku pasang. Mana lagu yang aku tahu, aku join nyanyi. Mana yang tak tahu. Aku lalalaalaaa jelah. Hehe!! Sampai di parking, aku lock kereta dan berjalan perlahan. Seperti biasa kasut tumit tinggiku je yang berbunyi. Eh!! Terasa macam zaman bujang dululah. Macam baru lalui je zaman bujang. Hahaha.. Sama je, pakai baju kurung, bertumit tinggi jalan ke office yang sama.

Cuma persekitaran lobi je banyak perubahan. Dah banyak pokok besar, siap ada kerusi menunggu lagi. Redup je dah tak panas dah. Dekat sinilah aku selalu tunggu Faliq dulu. Kenangan menerjah lagi. Aku jalan menaiki anak-anak tangga. Pak guard pun dah bertukar orang. Pak guard Indonesia pula ni. Aduhai kenangan. Teringat lagi. Dekat tiang besar tulah tempat Faliq menyorok sebab nak intai aku dan ditolong oleh Pak guard Bangla. Hahaha!! Aku jalan ke pintu lift pula. Menekan butang. Tak ramai orang pun. Awal lagi kut. Aku menarik nafas, dipintu lift inilah kejadian terrrrlanggar dengan Faliq. Bermulalah episod salam perkenalan teman tapi mesra. Aku senyum sendiri. Banyak betul kenangan antara aku dan Faliq. Sedih?! Taklah.. Redha je.!!

Sampai di tingkat 11, pintu lift terbuka. Aku cepat-cepat keluar. Dan perlahan-lahan masuk ke pintu office. Banyak perubahan dah. Seorang wanita muda memberi salam. Aku menjawab salam dengan mesra.

"Cik nak jumpa siapa?!" Tanyanya lembut.

" Cik Erisya..!" Jawabku dengan senyuman.

"Oh! Ni Cik Aliaa Sofea ye.. " Aku mengangguk.

" Cik Erisya ada tapi tunggu sekejab ya. Saya panggilkan dia. Cik Aliaa duduklah dulu.." katanya dan terus masuk ke dalam. Aku mengangguk dan duduk disofa. Tidak lama kemudian, wanita muda itu jemput aku masuk. Perlahan-lahan aku melangkah. Eh!! Dah kenapa gelap semacam je ni. Mana semua orang. Office ni buka ke tak, takkan aku silap hari kut. Tak mungkinlah. Gerun pula aku. Aku pusing ke belakang nak keluar baliklah. Baru melangkah dua langkah. Tuppp!!! Lampu terpasang. Dan...

"Surpriseeeee!!!!" Ya Allah..!! Terkejut beruk aku. Terkaku, terpaku semua ada. Semua mata tertumpu padaku. Menjerit diaorang menyambut kedatangan aku.  Siap ada belon lagi.

"Aliaa...!! Selamat kembali bekerja!!.." Kata Erisya ceria sangat. Terus dia peluk aku.

"Aliaa.. Tak sangka kau masuk kerja sini lagi. Happy nya kami..."Kak Intan pula peluk aku.

"Beb.. Rindunya aku dekat kau..."

" Oii Naim.. Ni bini orang. Nak peluk juga ke?!" Hahaha..!!Perli Kak Intan pada Naim. Semua gelak. Aku sangat terharu. Rasa macam nak menangis pun ada. Happy sangat.

" Ya Allah..!! Tak tahu nak cakap apa tau. Terima kasih semua! Terharulah.. Erisya punya kerja kan.." teka aku. Hahaha.. Erisya gelak.

"Siapa lagi. Masa Cik Sya cakap, yang Cik Aliaa start kerja hari ni. Kami betul-betul terkejut sangat. Iya ke tak ke. Macam mimpi tau. Tapi bila dia kata nak buat surprise macam ni.. Kami pun.. Excited sangat... !!" Kata Mira. Makin berisi si Mira ni. Senang hati.

" Betul tu.. " sampuk Nina pula.

" Sayang korang semua tau..!!" Hanya itu yang mampu aku ucapkan. Mereka ni memang kawan yang baik.

" Okey.. Okey..!! Disebabkan hari ni Cik Aliaa Sofea start kerja dengan kita semula. Jom.. !! Saya belanja semua breakfast..!!"

" Wah..!! Bestnya..!! Jommm..!!" Amboii.. Seronoknya mereka.

"Nurul tunggu office ya. Nanti saya tapaukan ya.. Tak boleh keluar semua, nanti tiba-tiba Dato' masuk. Mati kita.. Hahaa!!" Kata Erisya pada Nurul. Aku senyum je.

Kami pun berlalu pergi. Meriah gila dibuatnya. Satu lift suara kami je. Punyalah gamat. Kami breakfast di cafe je. Rindunya aku dekat cafe ni. Aku duduk je, makanan si Naim ambilkan. Amboii.. Layanan terbaik punya. Kami berbual dan berbual mesra. Macam-macam kami bualkan. Gelak tawa tak ingat dunia. Meriah meja kami je. Sampai jadi perhatian, semua mata memandang. Meraihkan aku. Haha!! Segan pun ada. Kalaulah aku orang besar berpangkat tinggi okeylah. Setakat admin je kut. Mereka betul-betul hargai aku. Sayang korang semua.

Sedang berborak, bergurau senda. Aku perasan ada seseorang sedang memerhatikan aku di hujung sudut cafe. Seorang wanita freehair, berbaju biru berlengan pendek, tu yang aku perasanlah. Duduk berdua dengan siapa entah. Menjeling padaku je. Tapi aku buat tak tahu je. Tak kenal pun. Atau... Jeng.. jeng.. jeng..!! Itu kut Tasya. Si perampas suami orang. Si perosak rumahtangga orang. Hmm.. Mungkin. Tapi nak kata cantik. Aku lagi cantik kut. Hahaa!! Okey dah.. dah.. Abaikan dia. Lantakkan dia. Aku buat biasa je.

" Okey..Dengar semua. Lepas ni you all tak boleh panggil Aliaa dengan Cik Aliaa tau. You all kena panggil Aliaa dengan Boss Aliaa.." Terus tersedak aku. Terbatuk-batuk. Terbeliak biji mataku pandang tepat pada Erisya.

"Hahaha!! Amboiii Sya. Perli saya nampak.!!"

"Eh!! I tak perli lah Aliaa. I serius ni.." kata Erisya.

" Jadi, maksud Cik Erisya..?!" Tanya Naim.

" Okey dengar ni. Papa ada buka satu branch di Borneo. Kemungkinan papa ke sana kut. Jadi, atas persetujuan kami, tak ada siapa yang layak lagi untuk urus company ni. Jadi, papa nak Aliaa uruskan.." terang Erisya. Aku memang terkejut sangat. Mana aku layak. Ish!! Dato' ni biar betul. Aku terdiam sekejab.

"Wah!! Bestnya.. Seronok lah kami dapat Boss Aliaa.." Kak Intan teruja.

"Tak.. Tak... Tak.. !! Ini salah faham ni. Sya.. , saya mana layak, saya dahlah dah lama tak masuk office. Ish!! Taknak..!!" Aku menolak mentah-mentah. Takut nak pegang jawatan ni. Aduhaiii...

" Hahaha!! Nanti you cakap sendiri dengan papa ya..!!" Erisya gelak je. Memang dia tahu, aku memang taknak punya pegang jawatan tinggi ni. Memang taknak...!!

"Aliaa okeylah tu. Kau kena tunjukan dekat betina tu yang.. Ops!!" Naim terlepas cakap tapi terus di cover oleh Mira. Aku faham dah. Aku senyum je.

"Ehem.. Ehemmm... Kita dah lambat ni. Jom kita naik office. Jom Cik Aliaa.. Eh!! Salah.. Jom Boss Aliaa.." mereka gelak.

Kami berjalan bersama mendaki anak-anak tangga. Di pintu lift, kelihatan wanita freehair tadi bersama seorang rakannya. Menunggu lift juga. Aku buat selamba je. Aku rasa memang betullah dia Tasya. Nampak je muka aku terus berubah muka bengang. Pintu lift terbuka je, terus dia masuk. Dan diikuti kami. Memang gamat.

" Boss Aliaa.. Kami happy sangat Boss masuk office tau. Kami semua memang tunggu Boss.." Kak Intan sengaja cakap kuat-kuat. Sengaja bagi si freehair tu dengar. Aku senyum je.

" Betul.. Betul.. Boss kan baik, semua staff sayang Boss. Semua tak sabar nak kerja dengan Boss. Orang baik memang selalu disayangi. Orang jahat tu patut kena sula je.." Lancang mulut si Naim ni. Selamba je. Merah padam muka si freehair tu. Mesti menyirap punyalah.

" Amboii you all. Mentang-mentang dapat Boss baru. Boss lama ni you all lupakan ye." Erisya merajuk manja.

" Hahaha..!! Mana boleh lupa. Sya kan Boss paling besar. Saya ni orang bawahan je.." kataku lembut. Sambil peluk pinggang Erisya.

"Hahaha..!! You all kena jaga Boss baru ni tau. Almaklumlah.. Banyak sangat parasit dekat sini. Jangan sampai parasit tu sentuh Boss kita ni tau.. Parasit najis!! Dahlah perosak.. Habis nanti...!!" Glupp!! Boleh tahan mulut Erisya ni. Aku berkerut. Aku sempat menjeling si freehair tu. Bukan merah padam lagi dah mukanya. Dah merah menyala dah.

" Parasit? Parasit apa tu..?!" Sengaja aku bertanya. Konon-konon tak tahu. Padahal dalam hatiku. Padan muka kau Tasya.

"Fuh!! Bahaya parasit tu Aliaa. Kerja dia memang merosakkan orang je.." Sampai di tingkat office, kami terus keluar. Masih berbual lagi. Memang lawak..!!

Mesti bertambah sakit hati si freehair tu. Patutlah laki aku boleh tergoda. Seksi tu. Orang yang ada iman pun boleh kalah melihat. Iman tak kuat. Bila lelaki tak tundukkan pandangannya. Hmm.. Tak boleh nak cakap. Diam-diam jelah. Entah apalah dia mengadu dekat Faliq nanti. Sukahati kaulah perempuan. Aku malas nak ambil port. Malas nak gaduh. Aku kerja ni niat nak cari rezeki untuk diri sendiri dan anak aku. Selebihnya, aku tak fikir. Hari ni, mula aku kerja. Mula aku dengan hidupku. Bangkit dari kejatuhan. Aku akan terus bangkit dan bangkit. Aku percaya pada diriku sendiri. Aku akan tunjukkan pada suamiku, aku akan buktikan pada suamiku. Yang aku, boleh berdiri tanpanya. Boleh hidup tanpanya. Aku mampu lakukan. Tanpa bergantung hidup padanya. Iya.. Aku mampu. 

Previous: Bab 20
Next: Bab 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.