336,610
Kategori:
Genre:
Bab 87
Haikal hantar Aliaa balik petang tadi. Tidak sihat lagi Aliaa. Semakin risau Haikal padanya. Dalam keadaan stressnya ditambah pula dengan kesihatan yang tidak baik. Memang sangat menguji diri Aliaa. Mahu dibawa ke hospital tapi Aliaa menolak sekerasnya. Siap mengugut lagi. Jika Haikal bawanya ke hospital dia akan lakukan sesuatu diluar kawalan. Jadi, Haikal terpaksa mengikut permintaannya. Kenalah dia pantau Aliaa dirumah saja. Dalam kesihatan yang tidak baik pun tetap Aliaa degil.

Sampai saja dirumah, Aliaa terus membersihkan diri dan menunaikan solat. Selesai saja solat. Dia rasa badannya sangat lemah. Tidak terdaya langsung. Cepat-cepat dia buka kain telekung dan sidai kemas. Kemudian berjalan ke katil. Duduk dan baring ditepi katil. Perut lapar tapi tak ada selera mahu makan. Badan semakin lemah, wajah semakin pucat. Nafas pun kadang lancar kadang tidak. Entahlah! Kesihatannya semakin teruk pula dirasainya. Dia meninggikan bantal, mencari keselesaan di pembaringannya. Mata cuba dipejamkan, peritnya dada. Airmata menitis lagi. Memejamkan mata.

Pintu bilik dikuak perlahan. Haikal masuk dengan membawa dulang berisi sepinggan nasi dan air suam. Selepas hantar Aliaa dirumah, dia terus balik dan kemudian datang semula. Dia sudah berjanji dengan Aliaa mahu menemani Aliaa. Dulang diletakkan dimeja lampu. Senyum memandang Aliaa. Rasa simpati dan kasihan melihat keadaan Aliaa.

" Andai kau beri aku peluang untuk menjadi imammu, akan kujaga kau sehabis baik. Aku tak sanggup tengok kau begini Aliaa.." kata hati Haikal.

" Aliaa.. Bangun dulu. Makan nasi sikit. Bangun yaa!!" Haikal mengejutkkan Aliaa perlahan dan lembut suaranya. Aliaa buka mata. Senyum tawar.

" Saya taknak..!!"

" Makanlah sikit. Badan awak lemah sebab tak makan. Makan sikit pun jadilah.." pujuk Haikal.

"Saya tak ada selera.." Aliaa menggeleng. Masih degil.

" Tak boleh. Awak kena makan juga. Nanti makin teruk sakit awak ni. Makan ya.. Sikit je. Lepas makan nasi makan ubat.. " Haikal masih memujuk. Aliaa tetap geleng kepala. Haikal pandang muka Aliaa.

"Okey!! Kalau awak taknak makan. Saya baliklah..!!" Haikal meletakkan pinggan didalam dulang. Mengugut. Haikal terus berdiri. Aliaa terus pegang tangannya. Buat muka sedih.

" Haikal..!! Saya makan sikit.."kata Aliaa perlahan. Haikal senyum dan duduk semula. Bila diugut baru nak makan. Aliaa duduk dan menyandar dibantal.

"Awak kena makan untuk tenaga. Kalau awak tak makan macam mana nak sihat.."Haikal menyuap Aliaa makan. Senyum saja mukanya. Perlahan-lahan Aliaa mengunyah. Dua tiga sudu saja Aliaa makan. Kemudian, Haikal ambil pula ubat dan air suam. Aliaa makan ubat dan kembali baring.

"Mana Dhia?!" Tanya Aliaa.

" Ada dibawah. Tengah tengok tv.." Haikal merenung wajah Aliaa. Senyum. Aliaa balas senyuman.

"Saya bawa awak ke hospital ya..!!" Aliaa menggeleng. Dan senyum.

"Saya okey!! Cuma penat je. Nanti saya tidur lepas tu bangun. Sihat!!" Kata Aliaa, yakin.

" Awak tak okey ni Aliaa. Awak kena.." tak sempat Haikal habiskan cakap, Aliaa potong.

" Saya okey!! Jangan risau..!!" Senyum lagi dan lagi. Haikal mengeluh kecil. Dalam hati risau teramat sangat. Diam sebentar.

" Saya rindu abang. Saya nak jumpa abang..!" Mengalir lagi airmata Aliaa. Haikal senyum.

" Nanti saya bagitahu abang awak ya!" Aliaa angguk.

"Saya nak tidur. Saya penat sangat. Tak payah kejutkan saya ya. Saya nak lena sebab saya nak sihat. Awak jangan tinggalkan saya.." pinta Aliaa. Senyum.

" Baiklah. Tidurlah ya..!!"

Apabila Aliaa sudah lena, Haikal mengambil dulang tadi,dan turun ke bawah. Satu persatu kaki melangkah menuruni anak tangga. Sunyi sepi saja,  mungkin Puteri kecil dah tidur kut, tekanya dalam hati. Dulang diletakkan di atas meja. Mahu mencuci tapi baru saja nak mencuci tangan. Handphone pula berbunyi. Cepat-cepat dia lap tangan. Datin Zita menghubunginya. Haikal melangkah keluar rumah, berdiri bersandar dikereta.

"Iya mama..!!"

" Karl di mana ni? Mama call hospital, mereka cakap Karl off? "

"Iya.. Ada di rumah. Kenapa sampai call hospital. Kenapa tak call handphone Karl je." Haikal mengeluh.


" Saja..!! Karl dah ambil tiket? Jam berapa flight?" Tanya Datin Zita.

" Belum lagi. Esoklah..!"

" Belum?? Jangan bagi alasan tak jadi balik ya. Karl kena balik juga. Apapun terjadi. Ada perkara penting mama nak bincang.."

" Iya, Insha Allah..!" Jawab Haikal malas.

" Karl masih rapat lagi dengan Aliaa?! Masih kerja dengan Aliaa?" Tiba-tiba soalan itu diajukan.

" Ma.. Kami kan bekerja dalam satu bumbung, apa-apa perbincangan kerja semua memang kena bersama.." jelas Haikal.

" Okey!! Atas urusan kerja sahaja. Faham?!"

" Ma.. Tolonglah ma. Karl sayang Aliaa ma. Karl nak lamar Aliaa..."kata Haikal lembut.

" No!!! No Harris Haikal..!! Mama tak setuju dan tak restui.." keras suara Datin Zita.

" Apa salah Aliaa ma. Bagi Karl dia wanita yang baik ma, yang faham tugas Karl. Kenapa ma tak suka dia.."

"Sebab status janda dia. Dahlah ada anak, entah baik entah tidak keturunan anak dia. Kut-kut anak luar nikah..!!" Lantangnya mulut Datin Zita.

" Astagfirullah Al Azim. Mengucap ma, banyakkan istighfar. Jangan menuduh sebarangan ma. Jatuh fitnah nanti. Tak salah status dia ma, itu tak penting. Status tu tak ada apa-apa pun ma. Kenapa mama benci sangat dengan status tu.." keluh Haikal.

" Mana mama nak letakkan muka kalau Karl kahwin janda. Karl bujang kenapa perlu janda. Dah tak ada anak dara ke dalam Malaysia ni. Apapun, mama takkan setuju.." Datin Zita tetap dengan keputusannya.

" Jodoh pertemuan di tangan Tuhan...!!"

"Memang.. Kalau tak mencari takkan dapat. Macam nilah, tak apa. Mama yang akan carikan jodoh untuk Karl. Ada ramai anak kawan-kawan mama yang masih dara. Bekerjaya, cantik. Sesuai dengan Karl. Jangan menolak ya!" Haikal menyapu muka sendiri.

" Tak apalah ma. Karl ada kerja ni. Assalammualaikum..!" Haikal terus mematikan handphone nya. Mengeluh lagi. Keputusan mamanya tetap takkan berubah. Macam mana dia nak ubah fikiran mamanya supaya dapat terima Aliaa. Kenapa sampai macam tu sekali pemikiran mamanya dan tanggapannya pada status J itu. Bukan mereka nak status tu. Haikal masukkan handphone dalam poket seluarnya dan mahu masuk ke dalam rumah. Belum sempat masuk dalam rumah, handphone berbunyi lagi. Adil pula yang call.

"Bro.. Kenapa dengan adik aku? Dia okey ke tak? Mana dia sekarang?!" Terus Adil bertanya. Suara sungguh risau.

"Aliaa tak sihat lagi. Tengah tidur. Aku nak bawa dia ke hospital, dia taknak. Aku jaga dia ni.." jelas Haikal lembut.

" Kenapa dia taknak pergi hospital? Risau aku.."

"Tak tahulah. Aku pujuk tapi dia tetap taknak. Dia ugut aku adalah, katanya kalau aku bawa juga ke hospital dia akan lakukan sesuatu diluar kawalan.."

" Pula!! Teruk ke dia.."

" Taklah. Dia terlalu stress sebenarnya. Bila dah stress, makan nasi taknak, makan ubat taknak. Tapi hb dan tekanan darah dia okey. Cuma aku risau kalau tiba-tiba dia sesak nafas.." terang Haikal.

" Dia call aku petang tadi. Tapi aku tengah busy. Ni baru habis kerja. Terkejut aku baca whatsapp dia. Macam-macam pula dia cakap ni. Susah hati aku jadinya ni..!"

"Tulah.. Aku pun risau juga. Ni dia minta aku temankan dia. Kebetulan aku off hari ni. Dia nak jumpa kau. Rindu.."sambung Haikal.

" Alamak.. !! Minggu ni jadual aku full. Busy sangat. Macam mana ni.. Aduhaii!!"

" Tak apa. Nanti aku bagitahu dia. Insha Allah dia faham juga nanti. Kau jangan risau, insha Allah aku akan jaga dia.." jawab Haikal jujur.

" Terima kasi banyak-banyak. Hanya Allah yang akan balas jasa baik kau ni.."

"Sama-sama. Adil.. Aliaa ada tanya aku mengenai penyakit dia tu tadi. Dia nak tahu juga. Serba salah pula aku.." Haikal mengadu.

" Tak apa. Kau bagi je apa-apa alasan. Nanti biar aku sendiri yang cakap.."

" Baiklah..!"

" Okeylah. Aku nak balik rumah ni. Apa-apa info aku ya.."

"Okey!! Hati-hati..!!" Talian terus dimatikan. Haikal melangkah masuk ke dalam rumah. Sis Tuti sedang sibuk mengemas di dapur. Entah apa yang dikemaskannya pun tak tahulah. Dapur sentiasa kemas je. Tak ada pun yang bersepah. Haikal membiarkannya dan naik ke atas. Kaki mendaki anak tangga dengan perlahan-lahan. Dia buka pintu bilik Dhia.


Sedang lena dibuai mimpi anak kecil itu. Dia menghampiri Dhia dan mencium dahinya. Kemudian, keluar dan menutup pintu rapat. Jalan pula ke dalam bilik Aliaa. Pun sedang lena dibuai mimpi. Perlahan-lahan menghampiri. Pucat mukanya. Tangan Aliaa disentuh. Panasss!! Dahi Aliaa juga disentuhnya. Panas juga.

" Panasnya..!! Demam ni.." Lantas dia turun ke bawah, mencari Sis Tuti di dapur.

" Sis.. tolong ambilkan tuala kecil dan air masuk dalam bekas ya. Hantar dekat bilik Cikpuan  sekarang. Cikpuan demam.." arah Haikal.

"Demam lagi? Kasihannya.. "

" Awak tolong tengok-tengokkan dia ya. Dan tolong jagakan Dhia.."

"Iya Pak.. Bisa diatur.." kata Sis Tuti. Haikal mengangguk. Dia keluar rumah dan menuju ke keretanya. Mengambil peralatan perubatan yang dia sentiasa bawa ke mana saja. Lalu terus naik semula ke bilik Aliaa. Haikal memeriksa Aliaa kemudian, membasahkan tuala kecil dan letak didahi Aliaa. Wajah itu ditenung lagi.

Maafkan aku Aliaa.. Aku sayang kau tapi mama aku tak izinkan. Aku buntu. Niat aku ikhlas menerimamu Aliaa. Walau apapun statusmu aku tetap sayang kau..!! 

Previous: Bab 86
Next: Bab 88

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.