336,690
Kategori:
Genre:
Bab 167
Masanya sudah tiba. Aku dah atur plan baik punya, harap plan menjadi. Pagi-pagi lagi Encik Adam dah call aku. Pesanan demi pesanan darinya supaya berhati-hati. Abang pula tak habis-habis whatsapp aku, pun pesan perkara yang sama. Adik.. Hati-hati, adik.. jangan buat hal.. Adik itu adik ini. Aduhaii.. Apalah abang ni. Aku ada dengan Faliq kut. Aku nak jadi pengacau je sebenarnya. Hahahaa!!

Pada mulanya, aku dah plan dengan Faliq, nak pergi ke lokasi awal dari waktu yang dijanjikan, pergi sekali dengan dia dan dia pun okey je. Tapi bila aku fikir semula, tak boleh pergi sekali. Manalah tahu di Tasya tu lebih awal sampai dari kami. Kalau dia nampak, habis kantoi plan. So, aku pergi sendiri je. Tapi tak info Faliq jam berapa aku nak pergi dan dengan siapa. Dan, bila aku fikir lagi dan lagi, aku dapat idea, aku info Faliq tak jadi join sebab ada appointment dengan client takut tak sempat. Plan berubah. Sebab nak surprise!!

Selepas lunch, aku seperti biasa siapkan kerja mana yang patut. Kerja tak banyak pun. Handphone berbunyi, dengan pantas tanganku mencapai handphone di tepi laptop. My sayang call.

"Sayang..!! Tasya tak jadi jumpa saya jam 3.00 petang. Tapi nak jumpa jam 6.00 petang. Lepas balik kerja katanya.." kata Faliq.

"Oh Okey..!! Lokasi tempat sama ke?!" Tanyaku.

" Tak.. Jumpa di Sunway Piramid Hotel." jawab Faliq. Aku berkerut. Kenapa perlu jumpa dihotel? Hmm..

" Dia ada cakap tak. Jumpa dalam bilik hotel tu ke atau di restoran?" Aku bertanya nakkan kepastian.

" Mestilah dekat restoran sayang. Takkan dalam bilik kut. Saya tengah tunggu dia reply whatsapp ni.."

"Baiklah. Nanti apa-apa info saya ye.."

"Okey sayang!! Awak betul ke tak ikut saya ni.." tanya dia pula. Aku senyum.

"Tak kut. Tak apalah, awak jaga diri baik-baik tau. Jangan sampai termakan pujuk rayu dia pula. Kut-kutlah jadi cair macam lilin bila terpandang wajah cantik dia tu.." Aku sengaja.

" Insha Allah sayang. Saya hanya cair depan awak je..!!"

"Hahaha.. Okeylah, nanti awak terus pergi jelah ye. Saya minta tolong Nina hantar nanti.." kataku.

"Okey..!! Hati-hati. Jaga diri ye. Bye..!!" Aku senyum. Merenung handphone, sebenarnya tak ada appointment pun dan plan aku ni pun tukar last minute.

Aku angguk-angguk kepala. Fikir sesuatu. Mula-mula janji nak jumpa Faliq jam 3.00petang, tiba-tiba tukar jadi jam 6.00 petang pula. Lokasi pun Tasya tukar juga, dari jumpa di Ampang tukar ke Petaling Jaya pula. Hotel pula tu. Jam 6.00 petang?? Hotel?? Luar dari KL. Tapi kenapa perlu di hotel? Masih jadi tanda tanya. Balik kerja pula? Hmm.. Dari situ aku mula rasa curiga dan senyum sinis sendiri.

Aku rasa aku tahu apa plan dia. Tak apa, kalau dia ada plan, aku pun ada. Kalau plan dia nak menghancurkan hubungan aku dan Faliq, plan aku pula nak menghiburkan hati dia nanti. Hancur vs hibur. Kita tengok, siapa yang game kan siapa. Siapa nangis dan siapa gelak. Aku dah sedia untuk tanggung risiko. Jika game ini dia menang, aku akan sedih. Mungggkin!! Tapi jika game ini aku menang, jadi bersedialah Tasya untuk meraung dan meroyan. Aku betul-betul yakin pada diri sendiri bahawa aku akan menang. Level confident kena ada. Biar tinggi menggunung Kinabalu. Aku akan berjuang habis-habisan untuk mendaki gunung. Hahaha!! Punyalah yakin aku. Aku harap, ini adalah yang terakhir. Aku nak tamatkan semua ini. Lepas ni, biarlah pihak berkuasa yang uruskan. Penat oii nak jejak penyangak-penyangak ni. Nak pencen dah lepas ni. Hahaha..!!

Tup.. tap.. tup..tap.. Jarum jam tepat menunjukkan ke angka 3.00 petang. Okey!! Aku dah siap mahu gerak ke lokasi. Encik Adam dah tunggu aku di bawah. Kebetulan dia balik dari Bukit Aman dan lalu depan office dan sekali jalan ke lokasi. Pada mulanya aku taknak pun naik dengan dia, aku fikir nak naik cab je baru mencabar sikit tapi dia dah tunggu. So, okey jelah. Aku dah info abang, abang pun izinkan. Kalau abang tak izinkan, memang aku taknak naik dengan dia. Cuma Faliq je tak tahu, sebab aku nak buat surprise nanti.

Aku jalan jauh sikit ke hujung bangunan deretan kedai, aku suruh Encik Adam tunggu sana. Kalau tunggu depan ni. habislah kantoi. Dari jauh dah kelihatan sebuah kereta Proton Suprima warna biru. Aku jalan laju dan terus masuk dalam kereta. Tersengeh dia pandang aku.

"Kenapa pandang saya macam tu? Macam pelik je..!" Aku berkerut. Encik Adam memulakan pemanduan.

"Selamatlah awak ni dah nak kahwin. Kalau tak boleh jadi bini nombor dua saya.." Sedapnya mulut dia cakap.

" Ha?? Bini nombor dua?? Memang sah polis gila.."

"Kenapa pula polis gila. Saya mampulah.." katanya gurau.

" Memang polis macam ni ek! Kalau tak kahwin dua, kalau tak pasang scandal dua tiga orang. Memang bukan polislah namanya kan Inspektor Adam..!" Aku senyum sinis dan perli dia.

"Hahahaa.. Kenapa mesti fikir semua polis macam tu? Walaupun kami tak lakukan pun tapi pandangan masyarakat tu kuat sangat negatifnya.." Katanya.

" Saya tak cakap semua tapi saya cakap polis. So, siapa makan cili, dialah rasa pedasnya.." Encik Adam gelak. Dia gelak jadi betul lah tu kut.

" Gurau je. Alhamdulilah setakat ni saya masih setia dengan isteri dan anak-anak..!" Mengaku sendiri.

"Hmm.. Ayat masih setia tu agak-agak masih boleh diguna pakai ke?! Tapi baguslah kalau betul. Berapa orang anak Encik Adam?"

" Dua orang. Dua-dua hero.." jawabnya.

" Mesti meriah kan. Eh! Ni saya keluar dengan Encik Adam ni, Encik Adam ada info bini tak. Bahaya ni, kalau dia tahu, mati saya. Saya taknak jadi punca pula..!"

" Hahaha.. Dia memahami tugas saya. Lagipun inikan urusan kerja. Yang awak pula ada info Faliq tak?!" Tanya dia semula.

" Tak.. Tapi dah info abang. Kalau abang tak izinkan tak adanya saya nak naik dengan Encik penyangak ni.." jawabku selamba. Encik Adam angguk dan gelak. Dia pun dah faham sangat, aku memang rapat dengan abang. Apa-apa memang abang.

Dalam perjalanan ke lokasi, kami berbincang pasal plan aku yang dah bertukar. Tapi aku tak cerita semua pun. Sekadar yang perlu je. Dia pesan hati-hati. Tapi tak apa, Black sentiasa ada dengan aku cuma aku tak tahu dia kat mana. Jadi halimunan Black ni.

Sampai dilokasi, Encik Adam turunkan aku di lobi. Aku jalan masuk ke dalam hotel duduk di ruang menunggu. Jauh di belakang. Mata memang meliar pandang setiap sudut hotel. Jam kulihat, lebih kurang sejam je lagi. Tak apa, aku akan setia menanti. Hari ni aku pakai palazzo, blouse dan shawl. Aku harap Tasya tak perasanlah lagipun waktu kerja aku jarang pakai pakaian ni. Biasa asyik pakai baju kurung je. Lain sikit hari ni. Sambil menunggu, sambil mata meliar dan sambil melayan handphone. Whatsapp bersama Faliq. Faliq on the way ke sini. Dia tak tahu aku dah ada dekat sini. Aku duduk menghadap tiang besar.

" Saya jumpa dia di cafe dekat lobi je. Open sikit. Risau juga saya ni.." Faliq membalas whatsapp aku. Aku gelak kecil. Tahu takut. Aku mencari cafe yang Faliq cakapkan tu. Oh okey!! Nampak sudah.

" Okey!! Sebelum masuk cafe tu dan nampak je dia jangan lupa baca doa tau. Tak pasal-pasal dijampinya awak nanti.." aku balas lagi.

" Okey sayang!!" Aku gelak lagi. Setiap orang yang masuk dan keluar dari hotel ni aku perhatikan. Tak nampak pula susuk tubuh gedik Tasya ni. Ke dia menyamar. Tiba-tiba mata aku terus tertumpu pada seorang wanita tinggi menuju masuk ke pintu hotel. Hatiku terus berdegup laju seperti memberitahu, itulah Tasya.

Tercengang kejab aku. Iya ke itu Tasya? Aku tutup separuh muka dengan tangan lalu garu kepala sendiri. Ekor mataku tak lari dari terus perhatikan wanita itu. Macam pelik je. Wanita itu pakai jubah hitam dan berniqab. Aku berkerut dan berfikir. Kena cepat fikir ni, tak boleh tunggu, masa itu emas. Perah sikit kepala ni fikir. Hmm.  Boleh jadi juga itu Tasya sebab dia berlakon jadi Anis. Kalau dia nampakkan diri sebenar sebagai Tasya, habislah kantoi. Dah tentu bila Faliq nampak je dia Faliq akan lari. Sebab tu dia berjubah dan berniqab, sembunyikan identiti sebenar dari Faliq . Baru dia boleh mengayat. Aku senyum dan terus perhatikan dia. Aku confident itu Tasya.

Dia menuju ke Reception counter dan beberapa minit kemudian jalan pula ke cafe yang Faliq cakapkan tadi. Aku mengekorinya perlahan-lahan. 


 Memang sah itu dia. Aku sembunyi di balik dinding. Dah macam perompaklah pula aku ni, terhendap-hendap. Bila ada orang lalu je aku sengeh. Dan aku perhatikan Tasya semula. Dia duduk di tengah cafe, dan seorang pelayan menghantar dua gelas air minuman. Satu persatu gelas berisi air oren diletakkan diatas meja. Lalu, pelayan terus berlalu. Eh! Kenapa awal sangat dia order air tu sedangkan Faliq tak sampai lagi pun, aku bercakap sendiri. Berkerut pelik!! Alamak!! Dia pandang keluar pula, cepat-cepat aku tarik kepala. Kalau dia nampak aku, habislah kantoi. Perlahan-lahan aku intai lagi. Okey dia tengah layan handphone pula. Mesti layan Faliq lah tu.

Mata aku pun memang tak berkelip perhatikan dia. Dan serta-merta, terbeliak mata aku bila nampak dia keluarkan sesuatu dari dalam handbagnya. Aku dah mula rasa curiga dan cepat-cepat videokan aksi dia. Sebungkus plastik tranparent kecil berisi serbuk berwarna putih jelas kelihatan. Dikoyakkan plastik tersebut dan dituang kedalam salah satu gelas tadi, lalu dikacau dengan straw hingga serbuk itu larut dalam air. Itu mesti air untuk Faliq. Aku meneka. Apa yang dimasukkan dalam gelas tu? Dan, tiba-tiba teringat barang yang dia beri pada Pian hari tu. Serbuk putih itu adalah dadah. Ish!! Bahaya ni. Kau nak bagi bakal laki aku dadah? Kalau tak dadah mesti ubat tidur kut. Aku teka lagi.  Oooo...!!! Patutlah dia nak jumpa Faliq di hotel ni. Ini plan dia rupanya. Aku dah dapat hidu dah. Bertuah punya parasit. Kau nak mabukkan Faliq lepas tu nak bawa dia dalam bilik dan kau nak ehem..ehem dengan dia ye. Meh langkah mayat aku dulu. Sakit pula hati ini.

Dapat pun video. Satu bukti ditangan aku. Memang kurang ajar punya parasit, pandai kau kan nak kenakan bakal laki aku. Macam nak tumbuk-tumbuk je muka kau sampai hancur lumat. Nak cili-cili mulut kau sampai tebal bibir kau. Geram pula aku.. Huh!! Sambung lagi marah aku ni. Sabar Aliaa sabar..!! Ingat plan kau, hati aku memujuk. Okey!! Relax and cool. Aku tarik nafas dalam, dan lepaskan juga perlahan. Sambung jadi pengintip.

Alamak!! Faliq dah sampailah. Aku senyum. Eh!! Mana aku nak sorok ni. Mana-mana? Cepat!! Kebingungan sudah ni. Terpandang sesuatu. Ha okey cun!! Tak jauh dari cafe tu, ada pintu keluar. Aku jalan perlahan-lahan dan terus tolak pintu keluar tu kuat-kuat. Selamat!! Aku terus hantar whatsapp pada Faliq.

" Faliq.. Jangan minum air oren tu. Tolong jangan minum. Ada dadah dia letak dalam tu..!" Dan kemudian, aku sent. Aku tak pasti apa benda yang Tasya masukkan tu, aku pakai cakap je. Yang penting Faliq tak minum air tu dan harap-harap Faliq bacalah whatsapp aku. Aku keluar dan mengintai mereka lagi. Mereka berbual mesra. Faliq layan macam biasa. Aku risau ni takut Faliq minum je. Aku call Faliq pula, tapi mata tetap fokus pada mereka. Apabila nampak Faliq keluarkan handphone je aku matikan talian. Faliq senyum. Dan aku rasa dia baca whatsapp yang aku hantar tadi.

" Okey sayang..!!" Dia balas whatsapp aku. Fuh!! Lega.. lega dan lega sangat. Baru aku boleh bernafas. Aku rasa Faliq mesti tahu aku ada di sini. Aku masih perhatikan mereka. Amboii.. Puaslah kau Tasya merenung laki aku ye. Tak apa, renunglah puas-puas. Aku baik hari ni. Aku bagi peluang dekat kau ye Tasya. Mata Faliq pula lebih banyak pandang keluar. Tak balas pandangan Tasya pun. Hehe.. Aku gelak sendiri. Aku nampak Tasya keluarkan sesuatu dari dalam handbag nya. Aku fokus pada dia pula, dia menghulurkan sekeping kad pada Faliq. Mungkin kad nama kut. Entahlah, aku pun tak tahu.

Aku nampak muka Faliq sebenarnya macam tak selesa je. Macam rimas pun ada. Tak senang duduk. Mungkin sebab dah tahu itu adalah Tasya. Aku pun ada pesan pada Faliq. Anggap je itu adalah Anis bukan Tasya. Layan macam kawan-kawan juga. Baru nampak mesra sikit. Baru Tasya tak dapat syak yang kami dah tahu siapa dia. Aku senyum. Okey!! Rasanya dah sampai giliran aku untuk beraksi pula ni. Nanti kejab, relax dulu. Aku nak bagi Tasya tu biar puas dengan perasaan sendiri dan biar dia melepaskan rasa rindu pada bakal laki aku. Layankan mereka dulu.

Previous: Bab 166
Next: Bab 168

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.