336,763
Kategori:
Genre:
Bab 183
Awal aku bangun hari ni. Rasa segar badan. Selepas mandi, aku dah bersiap mahu menunaikan solat subuh. Kain telekung ku sarung. Tikar sejadah ku bentang dilantai. Aku menghadap cermin  sekejab dan melihat wajah dicermin. Senyum sendiri. Tiba-tiba pintu bilik diketuk. Semestinya abang. Aku terus buka pintu bilik. Abang tercegat di depan pintu dengan senyuman. Lengkap berbaju melayu dan bersongkok.

"Dah solat?!" Tanya abang.

" Belum. Baru nak solat.."

" Jom.. Solat sama. Abang tunggu adik kat bilik solat ya..!" Pinta abang.

"Okey...!" Abang terus berlalu. Aku lipat tikar sejadah dan terus ke bilik solat. Abang dah bersedia menjadi imam. Solat dimulakan dengan penuh kusyuk.

Usai solat, abang tak terus bangun. Abang masih lagi duduk ditikar sejadah. Muka abang sedih je. Kenapa dengan abang? Aku memerhatikan abang.

" Abang..! Kenapa dengan abang ni. Sedih je adik tengok. Kalau abang sedih macam ni, adik lagi bertambah sedih.." Kataku perlahan. Merenung wajah abang. Abang menoleh pada aku dan ukirkan senyuman.

" Tak ada apa. Abang happy sebenarnya.." jawab abang tenang.

" Kalau orang happy muka ceria tapi abang kata happy tapi muram je, sedih je muka.."

" Kadang-kadang apa yang dihati rasa tak sama dengan reaksi muka. Abang happy dik. Sebab, adik kesayangan abang ni nak bina rumahtangga semula bersama sahabat abang yang abang percayai.." Abang renung mata aku. Senyum je. Manis senyuman abang.

"Iyelah tu. Abang saja nak sedapkan hati adik kan.." aku mencebik manja. Lalu, ku bangun dan buka kain telekung. Ku lipat rapi.

"Iyelah. Tak percaya ek! Apa yang terbaik untuk adik itu jugalah yang buat abang happy dan bahagia.." balas abang. Aku senyum.

Aku minta izin masuk bilik sekejab nak hantar kain telekung. Abang pula nak mengaji sekejab. Aku tinggalkan abang dibilik solat. Di dapur, Sis Tuti sedang sibuk menyediakan sarapan. Kuih bingka tepung pandan. Sedapnya bau. Kata Sis Tuti abang yang suruh buat sebab abang cakap aku suka kuih ni. Terharunya aku. Aku terus jalan ke bilik. Kain telekung ku sidai kemas bersama tikar sejadah tadi. Aku duduk sekejab. Fikiran melayang pada abang je. Sayu hati. Esok nak nikah dah. Ya Allah..!! Sedihnya...

Aku kembali ke dapur. Nak tolong Sis Tuti tapi tak tahu nak tolong apa. Semua dah siap. Cekap betul maid aku ni buat kerja. Lama dia berkhidmat dengan aku. Baik hatinya. Aku kembali ke ruang tamu. Buka tv dan tengok channel tv9. Tanyalah Ustaz. Tidak lama kemudian, abang muncul. Duduk disebelahku.

" Meh sini tengok ni. Adik ingat tak gambar ni.." Abang menunjukan album gambar lama kami dulu.

" Gambar apa ni abang.."

"Tengok ni.." Abang menunjukkan satu persatu gambar kepadaku.

"Eh! Ni gambar kita kecil-kecil kan? Mana abang dapat ni.." aku sangat teruja tengok gambar kami. Aku persatu helaian album ku selak.

" Dekat kampung hari tu. Abang jumpa gambar ni dalam almari Mak Long. Abang ambil lah.." jawab abang.

" Hahaha.. Ni gambar paling lawak ni. Kenapa abang gelap sangat dulu. Dah rupa orang Afrika  je. Hahaha..!" Aku gelak kuat. Tengok gambar-gambar lama masa kecil-kecil memang kelakar. Tapi itulah yang membuat aku terhibur.

" Gelap bukan sebarang gelap tau. Tengok sekarang putih melepak kan. Kacak segak bergaya lagi.."

"Amboiii..! Abang pun dah jadi macam Faliq ye. Nak perasan lebih.." perli aku. Abang gelak.

"Biasalah. Adik ipar.." Hahaaha abang gelak lagi. Aku terpaku pada sekeping gambar ni. Gambar aku, abang, ibu dan ayah. Aku tak ingat bila masa gambar ni diambil.

" Abang.. Ni gambar umur kita berapa tahun ni ye. Adik lupalah.." aku tanya.

" Ni gambar sebelum ibu dan ayah accident ni. Waktu ni abang study lagi, adik form 3 ke form 4. Masa anak Mak Ngah kahwin.." jelas abang.

"Yeke? Lupalah. Kira ni gambar last kita dengan ibu ayahlah kan.." Abang angguk. Kami berbual dan bercerita kisah dulu-dulu. Happy nya kami. Gelak tawa berdua. Abang buat aku rindu ibu ayah.

" Gambar ni, gambar kita berempat. Ada juga kenangan kan. Hanya gambar je jadi pengubat rasa rindu. Ni abang nak tanya ni.. Adik ada simpan gambar abang tak?" Eh! Aku tersentak dengan soalan abang. Tapi kuabaikan.

" Mestilah ada. Banyak adik simpan gambar abang yang kacak segak ni." Kataku. Masih melihat gambar-gambar ini.

" Hahahaaa.. Simpan tau. Kalau rindu abang boleh tengok gambar abang tu. Jadikan kenangan.." jawab abang selamba.

" Apa abang cakap macam tu. Kenangan apanya.." Aku gerutu sendiri. Lain macam pula ayat abang ni. Aduhaii..!!

" Betul lah. Simpan gambar, nanti dah tua boleh  tengok balik, tunjuk dekat anak-anak. Jadikan kenangan.."jawab abang. Senyum lagi. Aku diam dan terus melihat lagi gambar.

Kemudian, kami bersarapan pula. Kami berdua je pun rasanya dah kecoh. Macam-macam kami borakkan, gelak tawa. Abang punyalah happy pagi itu. Aku layankan jelah. Selesai bersarapan, kami pergi pula ke pasar. Abang kata nak beli ayam, ikan siakap, sotong, sayur dan macam-macam lagi. Macam nak kenduri je abang ni nak beli barang dapur. Padahal katanya nak masak untuk lunch je nanti. Hey lah abangku sayang! Apa-apa jelah.

Jenuh aku ikut abang ke pasar basah ni, abang siap perkenalkan aku dengan nama-nama ikan lagi. Haahaha..

" Adik.. Ni tahu tak ikan apa?" Abang tanya aku.

"Ikan kembung kut. Hehe!" Aku sengeh.

"Mana datang ikan kembung dik oi. Ikan kembung tu sebelah tu. Ini namanya ikan Sadin. Kan lain tu.." jelas abang.

" Sama je kut.."

"Lainlah. Cuba tengok betul-betul. Yang ni ikan selar. Ikan ni masak sambal, sedap! Yang ni pula ikan kerisi.."

" Hai ikan. Saya Aliaa..!" Aku bergurau. Penjual ikan gelakkan.

" Baguslah tu. Lepas ni kalau nak beli ikan, ikan tu dah kenal adik dah. Senang dia kenalkan diri.." balas abang. Aku gelak kuat. Kemudian, kami ke pasar sayuran pula. Macam-macam sayur ada. Sayur-sayur ni pun abang kenalkan pada aku juga. Lagilah aku pening. Hahaha.. Yang aku tahu, kalau sayur daun hijau ni, cuma kangkung, sawi, bayam. Yang lain-lain aku tak tahu sangat.

" Ni sayur apa?" Abang tanya. Aduh..!! Abang ni, yang aku tak tahu pula ditanya. Sudah tentu jawapannya tak tahulah.

" Ish!! Manalah adik tahu. Macam pelik je sayur ni. Kenapa ada biji-biji ni. Boleh makan ke ni?" Aku membelek-belek sayur ni.

"Hahaha.. Ini sayur meranti lah. Sayur ni pahit sikit tapi masak lemak sedap. Yang ni pucuk paku. Yang ni apa?"

" Ooooo.. Alkisahnya.. Ha! Ni adik tahulah, sawi.." jawabku.

" Pandai pun..!"

"Adik abang, mestilah pandai kan.."

" Eleh... Ni pun sebab abang selalu masak sawi tumis. Kalau tak, hmmm... Ke laut juga..!" Hahahaha aku gelak lagi. Selesai beli semua, kami pun beredar dari pasar itu. Semasa jalan melalui gerai buah-buahan. Aku ternampak pula buah mangga muda.

"Abang.. Abang..!! Beli mangga muda tu abang ,buat kerabu mangga sedap tu..!" Jeritku panggil abang.

" Jom..!" Tanpa berlengah abang terus membeli tiga biji mangga muda sederhana besar. Dan, kami sambung berjalan. Meriah betul lauk-lauk basah kami beli ni. Sekarang nak balik rumah nak masak pula. Entah apalah abang nak masak nanti ni. Aku tanya, dia tak cakap pula. Ikut jelah.

Perjalanan kami sekejab je rasa, jalanraya clear je. Seronok pula hati. Sampai di rumah, Sis Tuti tolong angkat barang. Dan abang pun teruskan operasi memasak. Aku menolong potong sayur, Sis Tuti tolong sediakan bahan masakkan. Abang pula siang ikan, ayam dan sotong. Sambil tangan buat kerja, kami masih lagi berbual. Seronok sangat masak sama-sama. Pasti aku akan merindui suasana begini. Bila lihat wajah abang, automatik terus rasa sedih.

" Assalammualaikumm..!!" Sedang asyik berbual, kedengaran satu suara memberi salam. Aku bangun dan menuju ke ruang tamu.

" Waalaikumsalam.. " pintu ku buka.

" Mak Lonnngggg!!" Aku terus menjerit dan terus memeluk Mak Long.

" Abang mana?" Tanya Mak Long. Aku salam pula dengan Pak Long. Kami masuk ke dalam rumah.

"Abang ada dekat dapur. Hari ni abang nak masak special untuk kita. Abang cakap Mak Long sampai tengahari?!"

" Sengaja nak surprise kat adik.."

" Ha? Amboi Mak Long dah pandai surprise pula dah. Hahaha.." Aku gelak dan terus ke dapur bersama Mak Long.

" Amboii.. Sedapnya bau. Abang masak apa ni?" Tanya Mak Long pada abang.

"Eh!! Mak Long dah sampai? Kata sampai tengahari?" Abang pun terkejut.

" Surprise lah..!!"

"Dah pandai dah Mak Long ye. Hahaha..!!" Abang gelak. Memang meriah.

" Koranglah yang ajar Mak Long..!" Abang perlahankan api dapur gas dan keluar ke ruang tamu berjumpa Pak Long sekejab. Tak lama, muncul semula ke dapur dan sambung masak. Sis Tuti menyediakan air untuk Mak Long dan Pak Long. Pak Long muncul pula ke dapur. Duduklah kami berbual bersama. Memang seronok. Happy sangat aku. Satu persatu masakan siap dan abang susun diatas meja. Memang hebat abang aku ni. Masakan lima bintang. Memang terbaik!!

" Adik dah bersedia nak nikah esok?!" Tiba-tiba Mak Long bertanya. Aku pandang abang. Abang senyum.

"Insha Allah Mak Long. Mak Long doakan untuk adik ye..!" Jawabku jujur.

" Iya..!! Apapun terjadi, adik kena kuat hadapi dugaan. Mak Long nak adik bahagia. Mak Long yakin, putera kayangan adik tu kali ni pasti akan buat adik bahagia.." Hahahaa. Aku gelak. Lawak betul Mak Long aku ni.

" Insha Allah Mak Long. Cuma adik sedih nak tinggalkan abang.."

" Janganlah macam tu. Dah sampai masa adik berkeluarga. Abang pun akan berkeluarga juga nanti. Masing-masing akan tinggalkan masing-masing dan bersama kehidupan sendiri.." kata Pak Long pula.

" Betul tu dik. Nanti adik pun boleh jumpa abang juga kan..!" Sampuk Mak Long. Mak Long faham perasaan aku. Abang senyum je dan mendengar.

" Okey..!! Ni last masakan abang. Iaitu.. Sotong masak kunyit. Special ni..!" Abang mencelah pula. Kami gelak tengok gelagat abang. Konon-konon gaya cheff lah tu. Hahaha..

Borak punya borak, dan tiba-tiba lagi.

"Nenekkkkk...!!" Muncul Dhia menjerit riang memanggil Mak Long. Kami semua serentak menoleh ke arah Dhia. Terus Dhia menerjah ke arah Mak Long dan memeluk erat Mak Long.

" Alaaa cucu nenek ni. Rindunya..!!" Mak Long peluk cium Dhia melepaskan rasa rindu.

" Dhia pun rindu nenek" Dhia peluk Mak Long lagi.

" Aik!! Rindu nenek je ke? Atok tak rindu?"

"Dhia rindu atok juga.." Dhia ke arah Pak Long pula. Peluk dan cium Pak Long.

" Assalammualaikum.. Amboi meriahnya. Mak Long dan Pak Long sihat?!" Faliq pula muncul. Bersalaman bersama Mak Long dan Pak Long.

" Waalaikumsalam.. Alhamdulilah sihat walafiat. Pengantin sihat ke?!" Tanya Mak Long.

"Hahaha.. Mestilah kena sihat Mak Long. Kalau tak sihat tak boleh nak kahwin.." Faliq bergurau. Dia kalau jumpa Mak Long memang menyakat je kerjanya.

" Dah kenapa tak boleh kahwin pula?!" Mak Long bertanya. Pelik.

" Mak Long tak payah layan Faliq ni. Dia ni kan suka merepek.." aku menyampuk pula. Faliq gelak.

" Eh..!! Jomlah duduk luar. Kita berkampung pula dekat dapur ni, kacau Cheff Adil nak masak pula.. " gurau Pak Long. Kami gelak bersama dan terus ke ruang tamu. Aku tolong tolong abang didapur. Sediakan apa yang patut.

Jam pun sudah masuk 12.20 tengahari. Sekejab je masa berlalu. Siap je semua hidangan, aku panggil semua ajak makan. Meriah rumah hari ini, semua ada. Masing-masing berselera sungguh makan. Termasuk aku dan aku juga orang pertama yang habiskan nasi. Dah tak larat dah perut nak isi makanan. Dah penuh. Aku meneguk air. Satu perasaan sedih menerpa.

 Satu persatu wajah aku pandang. Paling buat aku tersentuh hati bila pandang wajah abang. Hari ini aku last dengan abang, esok pagi aku dah duduk rumah mama. Jadi sebak hati aku. Aku pandang wajah abang lagi, kemudian aku pandang ke pinggan pula. Mata aku berkaca.

" Aliaa.. Awak okey?!" Faliq menegur. Aku angguk.

"Adik masuk bilik kejab ye..!" Tanpa fikir panjang, aku terus meninggalkan mereka semua. Tak dapat nak kawal emosi ni. Tak tahu kenapa aku jadi sensitif macam ni. Aku rasa sangat sedih. Kenapa dengan aku ni. Kenapa sedih sangat ni. Sepatutnya aku happy. Tapi kenapa? Masuk bilik je, aku terus labuhkan badan di tilam dan sembamkan muka dibantal. Aku nangis kesedihan. Sedu-sedu aku menangis. Aku perasan ada seseorang masuk dalam bilik dan duduk di tepi katil. Aku biarkan dan masih dengan airmata.

"Adik..!!" Suara lembut Mak Long. Aku kesat airmata dan duduk menghadap Mak Long.

"Kenapa ni? Kenapa sedih?" Aku diam. 


" Adik sedih nak tinggalkan abang?" Airmata semakin deras mengalir. Mak Long senyum dan pegang tangan aku.

" Adik tak boleh macam ni. Adik akan jadi isteri orang. Adik tak boleh nak selamanya dengan abang. Adik akan ada tanggungjawab.." nasihat Mak Long.

" Adik tahu tapi tak tahu rasa sedih sangat Mak Long.." jawabku jujur dengan sedu-sedu.

" Sebab adik rapat dengan abang selama ni. Bila adik dah kahwin, memang adik akan rasa sedih nak berpisah dengan abang. Itu perkara biasa, tapi lama-lama nanti adik akan okey. Dahlah, jangan di ikutkan sangat perasaan tu. Kalau adik sedih macam ni, abang tu lagi sedih dik. Sedih nak lepaskan adik dekat orang walaupun kawan sendiri.." aku mendengar saja. Betul apa yang Mak Long cakapkan tu.

" Dahlah. Jangan sedih lagi. Kalau rindu abang nanti, balik sini jumpa abang. Abang tu pun akan jumpa adik juga nanti. Tak pun yang ambil gambar dekat handphone tu. Yang boleh cakap nampak muka tu. Apa entah namanya.." Mak Long garu kepala cuba mengingati. Aku gelak kecil.

" Video call lah Mak Long.." jawabku.

" Ha iyelah. Call.. call. Kesat airmata tu, jom keluar.." ajak Mak Long.

" Adik nak masuk bilik air kejab ye. Nanti adik keluar.." Mak Long bangun dan terus keluar. Pintu ditutup.

Huhh!! Okey Aliaa.. Jangan sedih, jangan mengalir airmata lagi. Kena senyum, kena happy ye. Kata hatiku memujuk. Aku tarik nafas dalam dan perlahan-lahanku hembuskan. Insha Allah, segalanya akan dipermudahkan. Aku kena tunjuk happy depan abang, aku tak nak abang sedih. Aku kuat dan aku boleh. Yakin!!
Previous: Bab 182
Next: Bab 184

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.