336,671
Kategori:
Genre:
Bab 106
Seronok lunch hari ni, dah lama tak lunch ramai-ramai dengan geng office aku. Siapa lagi kalau bukan Naim sendiri sebagai sumber kewangan kami, hahaahaa. Kak Intan, Nora dan Nina. Seperti yang dijanjikan oleh Naim, sebelum bercuti kahwin nak belanja kami makan. Jadi, sudah tertunai, sampai tak larat nak bawa perut. Pekena nasi kerabu, memang sedap. Borak, gurau senda dan gelak tawa,  itulah kami. Memang kecoh gila. Lagi-lagi melayan Kak Intan. Memang mulut dia jelah satu restoran ni.

Bila perut semua sudah sendat dan padat, kami masuk office semula tak terkecuali aku pun sama. Duduk termenung, melayan handphone sekejab. Lambatnya nak tunggu minggu depan. Tak sabar nak tunggu Dato' Hamid balik. Tak sabar nak tunggu kerja yang dia akan bagi dekat aku. Seminggu ni memang betul-betul membosankan. Kerja makan gaji je ni, papa cakap tunggu dia balik. Kerja banyak untuk aku. Sekarang ni dia suruh aku lepak-lepak dulu. Boleh pula macam tu. Sabar jelah. Biasalah, ada masa kalau tengah tak ada kerja, macam nilah. Sampai kebosanan tapi kalau dah mula busy. Memang jangan ditanya kenapa sampai tak makan. Hehe!!

Tuttt... tuttt..!! Handphone berbunyi. Mati terus lamunan aku. Angah call.

" Iya Angah..!!"

" Aliaa busy ke?!"

" Taklah. Baru masuk office ni lepas lunch.."

" Laa iyeke! Aliaa free tak ni, client tu call Angah nak jumpa sekarang sebelum dia pergi oustation katanya. Aliaa boleh pergi ke?!"

" Sekarang?!"

" Iya..!!"

" Boleh.."

" Betul?!"

" Iya.. So, nak jumpa dekat mana?!"

" Dalam setengah jam lagi Angah ambil Aliaa dekat office. Nak sampai nanti Angah call.."

" Okey!! Jumpa nanti..!!" Aku matikan talian. Senyum. Angah.. Angah..!! Baik sebenarnya hatimu. Walaupun dulu macam-macam kau buat dekat aku. Tapi inilah hikmahnya. Syukur alhamdulilah.

Tapi sekarang ni si Tasya lah pula. Sejak jumpa pagi tadi, dia banyak whatsapp aku. Tanya itu ini mengenai Faliq. Nak ambil hati Faliq semula katanya. Minta aku tolong. Hey!! Tak kuasa aku nak tolong dia. Dari aku tolong dia supaya Faliq terima dia, lebih baik aku tolong diri aku sendiri untuk terima Faliq dalam hidup aku semula. Itupun sejuta kali nak kena fikir dulu. Ish!! Peliklah perempuan tu. Memang tak tahu malu. Boleh pula dia nak minta tolong aku. Dahlah sebab dia, musnah rumahtangga aku, dah hancurkan harapan aku, dah buat segala kasih sayang cinta aku pada Faliq hilang dan sekarang nak minta tolong aku. Waduh.. waduh..!! Memang dasar parasit. Perempuan parasit ni, aku tak tahulah dia ni spesis parasit apa. Sakit jiwa!!

Aku nak kena bincang dengan Faliq mengenai si parasit ni. Kalau dibiarkan, mahu makin lama makin rengang hubungan teman mesra kami nanti. Tak bersatu pun tapi sekadar teman mesra kira okeylah tu. Sebab Dhia, aku taknak kami bermusuhan dan bermasam muka. Kasihan anak dara aku. Kesan kemudian hari pada Dhia nanti.

Aku bangun dan ambil handbag, keluar melangkah perlahan menuju ke meja Kak Intan. Beritahu sesuatu pada Kak Intan. Dan terus keluar dari office. Butang liff aku tekan. Ting!! Pintu terbuka je aku terus masuk. Tiada orang. Sampai di tingkat lima, liff berhenti, pintu terbuka lagi. Aduhh!! Muka parasit pula muncul. Masalah.. Masalah!!

"Aliaaa!!!" Menjerit pula nampak aku. Dalam liff ni aku dan dia je kut. Aku berkerut. Buat selamba je. Senyum sikit je.

" Kenapa you tak reply whatsapp i? I tunggu tau..!!" Katanya dengan muka yang huh!!

" Busy..!"

" Aliaa.. Aliaa..!!  Boleh kan you tolong i, pujuk lah Faliq terima i semula. Please Aliaa!! I tahu you baik. Faliq mesti dengar cakap you punyalah..!!" Tengok ayatnya.

" Saya tak kuasalah nak campur..!"  jawabku bersahaja.

" Alaaa.. You ni sporting lah sikit. I tetap nak dengan Faliq. Jadi madu you pun i sanggup lah.."

" Kalaulah saya nak bermadu, saya takkan cari madu macam awak ni tau. Awak ni bukan madu tapi racun. Bukan memberi kebaikan tapi memburukan keadaan. Faham?!"

" Racun apanya pula. I tak buat apa-apa kut..!" Muka dia ni, macam nak aku bagi pelempang je. Sabar Aliaa sabar.

"Parasit memang macam ni kut. Dah musnahkan rumahtangga orang sampai hancur berkecai, lepas tu dengan tak tahu malu minta tolong pula. Ishh!! Saya tak tahulah awak ni parasit spesis apa?" Selamba je aku cakap. Dahlah emosi aku tengah tak bagus macam ni, biasalah perempuan. Dah dia cari pasal pula. Silap haribulan ada makan penampar pula ni.

"Sebab tulah i ni special. Limited edition.." Ya ampun..!! Bangganya muka, bangganya orang cakap dia parasit. Apakah malang nasib aku ditemukan dengan parasit ini. Ampunkan dosa aku Ya Allah!!.

" Gila..!!" Aku terus jalan laju keluar liff. Malas layan perempuan senget ni. Tapi masalahnya dia tetap kejar aku juga.

" Aliaa.. Sekejablah. Kenapa laju sangat jalan tu..." Aku buat tak tahu je. Terus jalan tanpa hiraukan panggilannya.

" Aliaa...!! Ishh!! Berlagak betul lah dia ni. You ni dengan Faliq sama je tau.." Tangan aku ditariknya. Suka-suka je.

" Awak nak apa lagi. Tak payah nak ganggu saya boleh tak? Nak penampar ke? Nak kanan ke kiri?" Aku pandang tepat ke arah mukanya.

"Ingat i takut ke dengan garang you ni. I cakap baik-baik kut.." Tasya buat muka menggedik.

" Tasya.. Dengar sini. Saya malas nak fikir pasal awaklah. Saya tak ingin nak tolong, nak bantu, nak simpati semua tak. Takkan!! Faham?! So, lepas ni tak payah nak pujuk saya, baik dengan saya. Faham ke tak? Ke memang tak faham bahasa..!" Keras suara aku.

" Apa salahnya. I pun nak jadi macam you. Apa yang you ada, i pun nak. Apa yang Faliq suka pada you, i pun nak dia suka pada i. Dan apa yang dia susah lepaskan you macam tu jugalah i nak dia susah lepaskan i. Boleh kut. Share lah dengan i.." Minah senget ni memang tak faham bahasalah. Kalau aku terus layan dia ni pasti minggu depan aku masuk Tanjung Rambutan.

" Tasya.. Kita ni hanya manusia biasa tau. Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya. Awak tak boleh jadi seperti saya atau sesiapa pun. Awak adalah diri awak sendiri. Sudahlah Tasya. Lupakanlah niat awak tu. Nak baik dengan saya semata-mata nak Faliq semula. Hmm.. Sorry Tasya..!! Faliq saya punya, saya Faliq punya. Awak tolong pergi jauh-jauh dari hidup kami. Okey byee!!" Aku sinis padanya. Dan terus berjalan. Muka dia memang bengang sangat.

" You jangan nak berlagak sangat tau. Kalau dulu i boleh buat rumahtangga you all berkecai. Sekarang ni, i boleh buat hubungan you all hancur. Sekelip mata i boleh buat. Jangan cabar i tau Aliaa..!!" Dia membalas.

" Saya tak takut sikit pun. Sebab hidup saya bergantung sepenuhnya pada Allah bukan pada bomoh. Mungkin sebelum ni awak boleh gunakan Faliq dengan cara sesat macam tu tapi Allah tu Maha Besar. Tiada kuasa yang lebih besar dari kuasa Allah swt..!"

" Banyak cara i boleh buatlah Aliaa. Bukan setakat bomoh je. Macam-macam. Setakat panggil orang suruh bunuh you ke, rogol you ke, senang je.." Balasnya lagi.

" Buatlah apapun awak nak. Saya malas nak campur. Sukahatilah. Hidup mati saya kerana Allah. Ditangan Allah bukan ditangan awak..! Sekarang ni awak selamat dekat dunia, banyak back up kan. Dekat akhirat nanti, tak ada siapa akan back up. Dahlah Tasya. Back to Allah..!" Aku perlahankan suara. Aku baru mahu melangkah terus Tasya sentap tangan aku.

" You jangan nak tunjuk baik sangatlah perempuan. You ingat i tak tahu ke, you ni perempuan simpanan Haikal, sampai mati you buat dia.."

" Kurang ajarrr..! Pangg!" Sepantas kilat tangan kiri aku hinggap pada pipinya. Kesan lima jari aku jelas dipipinya.

"Jaga sikit mulut tu ya. Jangan kau samakan aku dengan perangai syaitan kau tu. Dan jangan sesekali sebut pasal arwah Haikal. Arwah Haikal tu adalah sebaik-baik umat. Ingat!! Jangan ingat aku takut dengan setiap ugutan kau. Selama ini aku diamkan, tapi tak lagi sekarang. Untuk pengetahuan kau. Aku sayang dan cinta Faliq lagi. Aku tak kan lepaskan dia ke tangan kau. Sampai bila-bila. Walaupun kami dah berpisah tapi hati kami takkan pernah berpisah. Kalau kau kacau hubungan kami lagi. Ni aku ni, Aliaa Sofea tak akan berdiam lagi. Faham wahai minat senget...!!" Di tengah-tengah lobi aku bersuara keras. Untunglah siapa yang menyaksikan drama  tamparan wanita dari aku pada Tasya. Terdiam dia. Tapi muka merah menyala pandang aku.

" Okey.. Okey Aliaa..!! Dan you kena ingat. I tak kan mengalah dan akan terus lakukan agar you dan Faliq tidak akan bersatu kembali. Kalau i tak dapat Faliq, jangan mimpi you jua akan dapat dia..." Tasya membalas. Nada suara penuh dendam.

" Ni apa kes ni. Tak kan bersatu kembali apa ni. Kau cari pasal lagi? Tak serik lagi ke ha perempuan..." Tercengang Tasya bila tiba-tiba Angah muncul. Aku pun tak perasan kehadiran Angah. Terdiam Tasya.

" Mana.. Mana ada apa-apa. I cuma cakap je..!!" Tergagap-gagap dia jawab. Tahu takut, lagi nak poyo. Lawak tengok mukanya.

" Kau ingat aku tak dengar?! Kau ingat aku tak nampak semua ni, tak dengar apa kau cakap. Dari tadi aku perhati je. Melampau kau kan.. Kau nak kena lagi ke?!" Tepat mata Angah pandang Tasya. Aku diam je. Biar Angah uruskan sendiri.

" Ini masalah i dengan Aliaa. You tak perlu nak campur..!!" Menjawab je minah senget ni.

" Aliaa ni adik aku. Aku berhak campur.."

" Bekas adik ipar je kut. Bukan adik betul.." Memang tak tahu takut. Boleh pula dia buat muka gedik.

" Aliaa adik aku. Aku tak pernah anggap dia bekas adik ipar atau ipar. Apa sahaja berkaitan  Aliaa dan Faliq aku berhak campur. Kau tu yang patut berambus dari hidup Aliaa dan Faliq.."
Tasya dengar dengan muka yang bengang.

" Sudahlah. Bosan layan you ni. Macamlah hebat sangat..!!"Tasya menjeling pada Angah.

" Oiitt.. Kau dengar sini ya perempuan.. Kau jangan ingat kau kawan dengan Chiew, aku takut. Sikit pun aku tak takutlah. Untuk pengetahuan kau, ni aku baik hati nak nasihatkan kau. Kau kawanlah dengan Chiew tu, silap haribulan maruah kau sendiri tergadai nyawa kau melayang.." kata Angah.

" Eh you!! Macam mana you boleh tahu i kawan dengan Mr. Chiew. You skodeng i ye..!!" Terkejut Tasya.

" Aku tak gila macam kaulah nak skodeng orang. Bengong!! Kau dengar ni, setakat geng Chiew tu, semua aku tahulah. Kau je ni bodoh sangat terjebak dengan dia kenapa? Dibodohkan dengan Chiew. Dahlah memang bodoh lepas tu dibodohkan lagi. Memang bodoh bertubi-tubilah kau Tasya. Bodoh tu simpanlah sikit..!" Berkerut muka Tasya. Aku gelak besar. Lawak pula dengar Angah cakap.

" Kalau i bodoh, taklah i sekaya ni. You tu yang bodoh...!!" Selamba je dia cakap Angah bodoh.

" Aduh.. duh.. duh..!! Sakitlah.. Lepasssss!!"
Angah terus pulas tangan Tasya ke belakang. Rasakan kau. Hahaahaa!!

" Sedap mulut kau cakap aku bodoh. Oiii.. Aku punyalah baik nasihatkan kau. Haa!! Kau cakap aku bodoh. Sekarang ni kau cakap, aku bodoh ke kau yang bodoh.. Cakap cepat kalau tak patah tangan kau ni. Jadi OKU kau nanti..!" Angah makin pulas tangannya sampai mengalir airmatanya. Kasihan pula aku tengok.

" Okey.. Okey..!! I... i... i yang bodoh. You pandai, sangat pandai. Sakitlah, lepassss!!" Merengek-rengek Tasya minta dilepaskan. Itulah padahnya.

" Sebelum aku lepaskan. Aku nak bagi warning ni. Kalau lepas ni kau ganggu Aliaa dan Faliq. Sampai lubang cacing aku cari akan kau. Kau nak panggil geng Chiew. Silakan. Chiew yang akan lari nampak aku. Kaki aku lebih besar dan hebat dari geng Chiew. So, jangan cari pasal dengan aku ya. Kalau tak nak menderita seumur hidup. Cakap dekat Chiew, kawan lama kirim salam..!" Woww!! Aku dengar Angah cakap pun aku gerun.

" Iya.. Iya.. !! Ingat..!!" Terus Angah lepaskan tangannya. Naik lebam tangan Tasya dibuat Angah.

" Tapi i sayang Faliq. Mana boleh kalau tak ganggu dia.. !!" Ha? Minah parasit ni memang saja buat hal dengan Angah.

" Kau ni kan.. Memang cari pasallll..." Tasya terus lari lintang-pukang apabila tangan Angah mahu menarik rambutnya. Dapat dia lepaskan diri kali ini. Aku gelak sekuat-kuat hati. Memang lawak..!! Pak guard pun nampak dan join gelak sekali.

 Tapi memang tak dinafikanlah Angah ni memang hebat. Mana-mana semua orang kenal. Pengaruh kuat dia ni. Aku pun tak tahulah macam mana Angah boleh terjebak dalam hal-hal macam ni. Nanti ada masa nak juga korek rahsia. Nak tahu juga kisah Angah ni. Sebab kadang aku pun pelik, nak kata Angah kahwin dengan anak Tan Sri, tak juga. 


Family Abang Ngah bukan dari golongan vip atau vvip. Cuma golongan berada jugalah. Entahlah, aku tak tahu menahu pun. Aku bukan nak ambil port pun, banyak aku tak tahu sebenarnya. Tapi aku kagum dengan Angah ni. Kawan-kawan dia pelbagai golongan, dari golongon biasa sampai golongan pangkat tinggi. Semua ngam dengan dia, memang betul lah, kaki dia ada dimana-mana. Hehe!! Kalau perlukan pertolongan, call je mesti ada je yang membantu.

Rupanya semasa aku lari ke Sabah dulu tu, dia tahu cuma dia tak info sesiapa. Sebab dia tahu aku perlu menyendiri dan dia ada minta orang tengokkan aku lagi. Pasang spy rupanya tapi aku memang tak tahu langsung dan semua orang pun tak tahu. Angah cakap, rahsia! Pandai Angah simpan rahsia. Sebab tu katanya, dia tak risau. Dia tahu semua. Dan memang tak info Faliq pun, dia nak Faliq usaha sendiri cari. Terbaiklah Angah!!

Aku dan Angah terus meninggalkan lobi dan Angah terus memandu menuju ke destinasi. Kami banyak berbual mengenai butik. Lama tak berborak dengan Angah. Seronok sangat.

Hai lah Angah..!! Dulu.. Angahlah yang buat macam-macam dekat Aliaa. Dan sekarang, Aliaa lah yang Angah sayang. Angah cakap, Angah berubah sebab Aliaa. Bukan sebab Aliaa tapi semua dari Allah. Aliaa tolong je. Alhamdulilah. Angah anggap Aliaa lebih dari seorang adik. Terima kasih Angah. Sayang Angah..!! 

Previous: Bab 105
Next: Bab 107

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.