336,504
Kategori:
Genre:
Bab 4
Aku menyediakan hidangan makan malam. Mama yang masak petang tadi. Sempat mama masak. Kasihan mama. Aku cuma panaskan je. Macam biasalah. Ikat tuala kecil di hidung dan letak sebotol minyak angin. Faliq masih belum keluar bilik. Dia solat dan mengaji tadi. Sekejab lagi keluarlah tu. Siap hidangan. Aku tunggu Faliq di meja makan. Nasi pun dah siap aku senduk. Aku teringat akan biskut kelapa yang aku beli kelmarin tapi aku lupa letak mana. Ish!! Kuat sangat pelupa aku ni. Aku pun tak tahu kenapa. Teringin pula nak makan biskut tu. Aku cari dilaci, dalam tupperware. Tapi tak ada pula. Takkan dah habis kut. Aku je yang makan rasanya. Ada lagi sebungkus. Mana ek!!

Aku terpandang kabinet atas. Biasa Faliq simpan biskut dekat kabinet atas. Macam mana nak ambil. Tinggi pula tu. Aku tak sampai, almaklumlah orang rendah. Nak tunggu Faliq lama lagi kut. Telan liur sampai aku ni dah. Aku nekad nak juga ambil dan nak makan sekarang juga sementara tunggu Faliq siap mengaji. Boleh kunyah-kunyah. Tanpa buang masa, aku  ambil kerusi dan rapatkan pada meja kabinet.
Dengan badan dan perut yang berat ni. Aku naik ke atas kerusi. Memang terasa sangat berat badan. Fuh!! Termengah-mengah aku dibuatnya. Ada empat tupperware tersusun. Yang mana satu ni. Aku buka satu persatu tupperware. Tapi tak ada pula. Mungkin yang last ni adalah kut. Okey..!! Aku ambil dan buka.  Pun tak ada. Pula dah. Mana suami aku letak biskut kelapa aku. Aku menjengket-jengket mencari.

" Ya Allah!! Sayanggg...!! Kenapa panjat ni. Bahayalah. Turun sekarang..!!" Terkejut Faliq tengok aku berdiri atas kerusi.

" Sekejab.. Sayang nak cari biskut kelapa.." kataku masih degil taknak turun.

" Biskut tu ada dekat bawah ni. Dah, turun cepat. Hati-hati..!!" Faliq bantu aku turun dari kerusi. Dengan selamatnya aku berjaya turun. Tersenyum bila Faliq memberikan biskut tu pada aku. Dapat juga aku makan.

" Kenapa tak tunggu abang. Jangan panjat lagi macam ni. Bahaya tau tak?! Kalau jatuh macam mana.."

" Sorry..!!" Jawabku ringkas.

" Dahlah.. Jom makan. Makan nasi dulu baru makan biskut ya.." Aku ikut je apa yang dia suruh. Sebelum makan, doa kami baca. Sedap sangat sup ikan merah ni. Entah kenapa berselera pula aku makan malam ni. Habis sesenduk nasi aku tambah lagi. Senyum Faliq tengok aku makan berselera begitu. Inilah kali pertama aku makan bertambah nasi. Aku masih membisu. Selesai makan, aku kemas semua. Faliq nak tolong tapi aku suruh dia rehat je. Aku cuci pinggan, lap meja, semua selesai. Kemudian, aku ke bilik pencuci. Angkat kain yang petang tadi aku basuh dan masukan ke dalam bakul kain. Aku angkat bakul dan bawa ke bilik. Melipat pula. Aku biarkan Faliq menonton tv. Dia hanya perhatikan aku je. Dia panggil suruh duduk tapi aku tolak baik. Masih terasa hati. Walaupun sudah memaafkan.

Aku masuk ke bilik tetamu dan gosok kemeja dan seluar Faliq untuk dipakai esok. Aku senyum bila baby bergerak. Baby temankan aku gosok. Aku berbual-bual dengan baby. Aktif pula dia malam-malam ni. Gelak aku sendiri. Selesai gosok, aku bawa kemeja dan seluar ke dalam bilik dan sangkut didalam almari. Sejuk pula rasanya, sampai menusuk ke tulang. Aku perlahankan suhu aircond bilik. Menggigil aku. Aku ke bilik air mencuci muka dan kembali ke bilik. Mengelap muka dengan tuala kecil melihat wajah dicermin. Masih pucat muka aku. Bilalah nak tengok muka sendiri merah sikit. Ni langsung tak ada darah, pucat macam mayat je. Aku tarik nafas dalam. Sewaktu aku mahu sidai tuala kecil, tiba-tiba kepala jadi pening sangat. Cepat-cepat aku pegang meja. Perlahan-lahan jalan ke katil dan menyandarkan badan di kepala katil. Start dah. Harap-harap tak pitam lagi. Aku taknak menyusahkan suami aku.

Minyak angin ku ambil dan sapu dikepala. Lega sikit. Aku picit-picit kepala. Tak lama, Faliq masuk. Pintu bilik ditutup dan naik ke katil. Dia juga menyandarkan badan di kepala katil dan memeluk bahu aku. Tolong picit kepala aku.

" Sayang okey tak ni..?!" Tanyanya. Dah nampak kut tengah picit kepala kira tak berapa nak okeylah ni.

" Okey..!!" Jawabku. Menafikan.

" Abang minta maaf ya..!"
" Dahlah abang. Tak payah fikir lagi.." Aku memejamkan mata. Lega dipicitkan kepala.

" Abang ada berita gembira nak info sayang ni.." Katanya dengan senyuman.

"Berita apa?!"

" Abang naik pangkat.."

" Alhamdulilah.. Rezeki anak.." kataku. Senyum.

"Iya sayang..! Rezeki anak dan juga rezeki sayang juga. Berkat doa isteri. Terima kasih sayang..!!" Kepala aku dicium.

" Tahniah abang!!" Ucapku lembut.

" Tapi.. Abang kena pergi kursus seminggu di Jepun.." katanya perlahan.

"Jepun?? Bila??" Terkejut aku dengar. Kalau kursus dekat Singapore kira okey lagilah tapi Jepun. Oh my god!.

"Minggu kena pergi.."

"Minggu depan?? Hari apa? Tapi saya tengah tunggu hari nak melahirkan.."

"Isnin. Iya. Abang tahu. Abang pun serba-salah sebenarnya. Tapi ini peluang yang abang tunggu-tunggu selama ni. Tawaran sebelum ni yang abang kena kerja di Jepun tapi abang tolak sebab sayang taknak tinggal sana. Jadi, ni tawaran kali kedua. Cuma kursus seminggu disana ." jelasnya.

" Tapi abang dah janji kan. Abang nak temankan saya waktu melahirkan nanti.." Mudahnya kau lupa janjimu Abang. Sedih aku.

" Abang ingat  tapi tak lama kut seminggu je. Insha Allah sempat ni baby keluar tunggu abang balik. Boleh kan sayang?!" Kata Faliq penuh yakin.

" Kalau tak sempat macam mana?!"

"Due date awak lagi dua minggu kan. Insha Allah.. Sempat tu. Rasanya kalau cepat bersalin pun seminggu awal atau seminggu lewat. Jadi, kalau seminggu awal pun, abang dah balik sini.." Apa lagi aku nak cakapkan.

" Sayang..!! Ini semua rezeki dari Allah untuk anak kita. Untuk family kita. Abang janji, lepas balik dari Jepun nanti abang akan jaga sayang dan anak kita ni dan abang taknak sayang kerja, sayang duduk rumah jaga baby je dan jaga abang. Abang nak isteri abang yang comel ni sendiri jaga baby kita. Biar baby membesar dari sayang sendiri bukan dari pengasuh. Sayang faham kan..?!"  Terangnya. Iya.. aku faham tapi aku takut janji tinggal janji.

" Abang tetap nak pergi kursus tu?!" Tanya aku lagi.

" Iya sayang. Abang pergi demi sayang dan baby. Untuk masa depan kita. Seminggu je. Pejam celik pejam celik je tu..." katanya senyum. Aku terdiam. Tak tahu nak cakap apa. Kalau itu yang dia nak, tak apalah. Dia pun ada cita-cita sendiri. Apapun, janji dia happy. Aku doakan yang terbaik untuk suami aku.

Aku bangun dan jalan perlahan ke almari pakaian. Ku ambil beg bagasi sederhana besar, langsung tak bercakap. Aku ambil beberapa pakaiannya dan susun diatas katil. Faliq memerhatikan aku je. Suasana sunyi. Masing-masing bermain dengan perasaan sendiri.

"Sayang.. !! Kenapa senyap je ni. Sayang taknak abang pergi?!" Aku memandang wajahnya dan senyum.

"Tak apalah abang. Abang pergilah. Abang nak kejar cita-cita abang. Saya taknak jadi penghalang lagi. Apa yang terbaik untuk abang, baik jugalah untuk saya.."kataku lembut.

" Pasal sayang abang tak payahlah risau. Pandailah sayang jaga diri. Cuma sayang minta maaf sangat-sangat dari hujung rambut sampai hujung kaki. Selama ni sayang banyak menyusahkan abang. Sayang minta ampun, minta maaf, minta halal makan minum dan tempat tinggal, kurang lebih sayang minta halal. Redhakan sayang sebagai isteri abang.." aku senyum. Tengok mata dia mula berkaca.

" Andai sesuatu terjadi dekat sayang, abang jagalah anak kita ni baik-baik ya. Sayang tak mampu beri kebahagiaan lebih pada abang. Insha Allah lahirnya anak ni nanti akan lengkap hidup abang. Akan bahagia hidup abang.. Abang jaga diri baik-baik tau. Sayang akan tunggu abang.." Sambungku lagi. Aku dipeluk erat. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Aku tahu, berat juga sebenarnya dia nak tinggalkan aku walaupun hanya seminggu. Lagi pula keadaan kesihatan aku yang tak stabil. Aku meneruskan melipat pakaiannya dan susun didalam bagasi. Dia membantu. Perut mengeras lagi. Memang nikmat betul rasanya. Baby ni pun nak tolong lipat pakaian papa dia kut. Aku senyum.

Aku pandang wajah suami aku. Sejak kami kahwin. Dia memang tak pernah lupa tanggungjawab.


Dia jaga aku sehabis baik. Apa aku nak semua dia turutkan. Dia memang suami yang baik tapi iyalah manusiakan. Akan berubah jua. Sedih!! Sejak aku disahkan mengandung dan alami mabuk yang teruk. Ada sedikit perubahan padanya. Tak tahulah. Mungkin perasaan aku je kut. Dia selalu juga balik lewat, katanya kerja lebih masa. Selalu kena turun side, nak selesaikan projek baru. Jumpa client dan macam-macam lagi. Aku pun tak kisahlah. Takkan nak fikir negatif pula. Berdosa pula. Lewat pun tak lewat sangatlah. Kadang dia tak sempat masak, dia beli nasi bungkus je. Aku makan memang jarang. Makan apa yang ada je. Tak kisahlah. Aku pun faham dia penat. Sampai rumah nak layan karenah aku lagi. Nak urus rumah.

Kalau aku larat aku tolong dia urus rumah, kalau tak larat memang aku tak boleh buat apalah. Terpaksa rehat. Kadang dia penat balik kerja, mungkin stress kut. Dia biarkan je aku. Tak bercakap, tak senyum dan tak semualah. Aku terasa hati jugalah. Tapi pendam jelah. Kalau tanya kang mahu bergaduh. Tapi aku tak pernah cerita dekat sesiapa pun. Rasa tak perlu kut. Tak apalah.

Kadang, disebabkan dia tengah busy kerja. Sampai dia tak dapat nak temankan aku buat check up baby. Aku pergi sendiri dan tak kisah pun. Cuma tulah, kena perlahan-lahan. Panas terik memang buat aku nak pitam. Jadi, bila aku rasa kepala dah berpusing. Aku terpaksa berhentikan kenderaan di tepi jalan. Rehat sekejab sampai okey. Dan pernah, semasa aku melintas jalanraya, tiba-tiba pandangan jadi kabur dan kepala jadi sakit. Selamat ada seorang adik perempuan yang melintas sama bantu aku. Sedangkan ada lori besar laju yang hampir melanggar aku. Pemandu bunyikan hon pun aku tak sedar. Kalau tak, memang lama dah tubuh aku dimakan cacing dalam tanah.
Bila balik, aku cerita dekat Faliq. Aku ingat dia risau, simpati tapi silap aku juga cerita waktu dia baru balik kerja dan masih kepenatan. Dah pula aku dimarahnya. Katanya, kenapa tak berhati-hati. Kenapa lalai sangat. Dah tahu tak sihat kenapa tak tunggu dia je. Ha??  Terkedu aku sendiri. Padahal aku dah info dia, dah tunggu dia nak buat check up kandungan dan dah lewat dua hari pun. Bila diajak, dia cakap busy kena tunggu dia free. Kalau tunggu dia free memang sampai sekarang tak pergilah.

Dugaan. Sabar Aliaa.. Sabar..!! Kadang sedih, airmata jelah peneman aku dikala sendirian. Aku tak pernah menangis atau mengadu padanya lagi sejak peristiwa itu. Cuma, kerja rumah kalau aku larat aku buat, kalau tak larat aku rehat. Dia nak marah ke nak cakap ke. Aku diamkan je. Mama cakap, biarkan je. Sebab lelaki tak tahu apa kita rasa. Dan, kalau aku tak tahan nak tanggung. Ada juga aku luah dekat mama. Mama pun nampak juga perubahan anak kesayangannya tu. Sebab tu mama nak jaga aku waktu Faliq kerja. Mama taknak aku stress dan sedih sorang-sorang. Banyak mama bagi nasihat pada aku. Aku sayang mama. Sayang sangat!!


Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.