336,487
Kategori:
Genre:
Bab 111
Hari ni aku masak simple je, masakan kampung.  Memang betul-betul kampung, saja nak bagi Faliq makan. Entah dia pandai makan entah tidak. Surprise punya masakan untuk malam ni. Abang dah info Faliq, jemput datang ke rumah malam ni. Entah kenapa entah abang ni, katanya ada hal penting. Tapi aku tanya, dia cuma jawab. Saja!! Hmm.. Tak kisahlah. Okey!! Terhidang semua sudah menu kampung. Tumis betik, masak lemak jantung pisang campur tulang ayam, ikan cencaru bakar, kerabu pucuk ubi, ikan masin gelama jeruk dan sambal belacan.  Simple je!!

 Tengok jam sudah menunjukkan tepat 7.00malam. Yeah!! Siap!! Aku senyum. Dan terus masuk ke bilik, nak mandi, solat dan nak tunggu dua hero aku. Tunggu Faliq datang dan tunggu abang balik. Dua-dua penting dalam hidup aku. Iyeke? Aku ambil tuala mandi dan masuk ke dalam bilik air.

Selesai solat, aku terus pakai tudung. Senyum di depan cermin. Aku teliti wajahku sendiri dicermin. Aku rasa macam makin berisi pula badan aku ni. Tengok muka, dah penuh membulat pula ni. Mulalah dilanda kerisauan. Perkara paling takut pada setiap wanita adalah bila tengok badan mula berisi. Nak gemuk senang je tapi nak kurus. Aduh!! Sesak nafas. Huhu!! Ah! Nasiblah. Agak-agak kalau aku gemuk, Faliq nak tak?! Hahahaaa.. Gilalah. Ke situ pula aku fikir. Gelak sendiri. Aku terus keluar bilik dan ke ruang tamu. Abang belum balik lagi. Dekat jam 8.00 malam dah ni. Aku ambil handphone nak call abang. Tak lama, sebuah kereta masuk ke perkarangan rumah. Senyum lebar aku. Abang dah balik. Aku sambut abang di muka pintu dengan senyuman.

"Senyum sambut abang balik ke atau senyum tunggu Faliq sampai ni.. Hmm.."senyum perli abang selamba.

" Senyum tunggu abang baliklah.." jawabku.

" Iyeke ni..!! Berseri muka awak tu, ingat abang tak tahu yee..!!" Abang mengusik lagi.

" Muka adik kan memang sentiasa berseri. Comel sentiasa..!!" Aku duduk di sofa dan  Abang menyandarkan badan di sofa. Masih senyum.

" Iyelah.. Adik masak apa? Abang laparlah dik..!"

" Masak simple je abang. Menu kampung je. Tumis betik, masak lemak jantung pisang, kerabu pucuk ubi, ikan bakar dan ikan masin jeruk.. Okey ke?!"

"Wow!! Okey sangat tu dik. Mana adik dapat pucuk ubi,jantung pisang dan betik?!"

" Belilah. Tadi ingat malas nak ke supermarket tapi teringin pula nak makan, singgahlah kejab cari pucuk ubi. Nampak pula jantung pisang, beli terus.." jelasku.

" Abang pun lama dah tak makan masakan kampung ni. Asyik western je. Okeylah, abang nak mandi dulu. Kejab lagi kang, sayang awak tu sampai..!!" Abang ni sempat lagi mengusik aku. Aku berkerut. Abang gelak kecil dan terus masuk ke biliknya. Aku masih duduk lagi. Entah apalah yang Faliq cerita dekat abang ni. Mesti sesuatu yang aku tak tahu ni. Sabar jelah. Aku labuhkan lengan baju supaya tutup kesan lebam ditanganku. Taknak abang dan Faliq nampak. Kecoh nanti. Aku menonton tv, berita tv3. Lama tak tengok berita. Entah apalah perkembangan semasa. Jarang aku tengok tv. Boleh dikira dengan jari, rasa macam tak ada jiwa nak menghadap tv. Lagi-lagi bila dah ada anak ni. Menghadap anak lagi best.

Tengah layan berita, terdengar suara orang memberi salam. Aku jawab salam dari dalam. Dah sampai dah dia. Aku senyum dan terus buka pintu. Tercegat berdiri dengan senyum lebar.

"Hai..!" Tegurnya.

" Hai..!" Aku balas.

" Buat apa tu..!"

" Tunggu orang datang..!"

" Tunggu siapa?!"

" Alien.."

" Dari mana?!"

" Planet Pluto.." Dah kenapa kami ni. Gila-gila dah. Hahahaa!! Layan jelah. Sesekali.

" Mesti Alien tu hensem sangat kan..!"

" Aha.. Macam orang Afrika jugalah, kulit gelap, bibir lima inci tebal, rambut gerbang..!"

"Oooooo.. Memang hensem tu.."

" Oii.. oiii.. Tak payah nak berdrama Korea pula ye. Aku dah lapar dah ni.. Masuk Liq..!!" Abang tegur. Kami berpandangan dan gelak kuat.

" Jomlah ke dapur. Nanti ada yang kena makan dengan abang kang. Hahaha!! " aku gelak lagi dan terus ke dapur.

Tudung saji ku angkat. Terhidanglah depan mata lauk pauk kampung versi aku. Hahaha!!

" Wow!! Sedap ni..!!" Aik!! Belum makan dah kata sedap. Membodeklah tu.


Aku senduk nasi ke dalam pinggan dan beri pada abang, Faliq dan untuk aku sendiri. Kemudian tuang air ke dalam gelas dan beri pada mereka. Faliq baca doa. Dan kami memulakan makan. Berselera sungguh kami makan. Sesekali makan masakan kampung memang amat menyelerakan. Lagi pula, bukan senang nak dapat jantung pisang, pucuk ubi segala ni. Kira rezeki akulah ni, kebetulan singgah supermarket dan dapat ni semua. Memang teringin sangat nak makan dan alhamdulilah dapat juga. Seronok aku tengok abang dan Faliq makan, bertambah-tambah nasi. Nak kata sedap, tak sedap mana pun. Aku bukan reti masak sangat. Tapi sebab sesekali dapat makan ni tu yang masakan tak sedap pun jadi sedap. Itu biasa!!

Selesai makan, abang tolong aku kemas. Abang cuci pinggan dan aku kemas meja makan. Faliq pula tolong membebel. Tetamulah konon. Macam-macam mereka cerita. Aku pendengar setia. Siap kerja aku, aku buka laci dan ambil ubat. Telanlah ubat, ubat pun sampai lusa je. Maknanya Isnin kena jumpa Doktor Raziq. Check up lah apa lagi. Faliq hanya memerhati. Selesai mencuci pinggan mangkuk, abang masuk ke toilet dapur pula. Aku ke sinki dan cuci gelas. Aku gulung sikit lengan baju supaya tak basah terkena air. Dan aku letak gelas di tempat pengering. Aku kembali duduk di kerusi menghadap Faliq. Tangan ku letak atas meja.

"Ya Allah!! Kenapa tangan ni? Astagfirullah Al Azim.. Sampai lebam macam ni. Kenapa ni Aliaa?" Tangan aku dipegang Faliq dan dibelek-beleknya. Aduhai..!! Kantoi sudah. Boleh pula aku terlepas pandang ni. Berkerut kerisauan wajahnya.

"Jangan cakap kuat-kuat, nanti abang dengar.." aku perlahankan suara. Berbisik.

" Tapi kenapa tangan ni. Lebam teruk macam ni. " Faliq masih bertanya. Aku terus bangun dan menuju ke ruang tamu. Taknak abang dengar dari dalam toilet tu. Bahaya kalau abang tahu. Mengamuk abang nanti. Faliq mengekori aku.

"Aliaa.. Cakaplah. Kenapa tangan tu? Saya tak sedap hatilah. Tasya buat kan.. Ha?!" Faliq meneka.

" Kenapa awak fikir Tasya?!" Saja ku bertanya balik.

" Kalau dia berani tolak awak depan saya pagi tadi, tak mustahil dia boleh buat lagi teruk lagi. Betul kan dia yang buat..!" Tanya Faliq lagi. Serius. Aku serba salah nak cakap ke tak. Kalau cakap nanti Faliq mesti info Angah. Tahulah Angah macam mana. Aku diam.

"Aliaa.. Takkan awak nak sembunyikan. Cakaplah Aliaa.." Faliq memujuk aku. Suaranya perlahan. Aku tak ada pilihan. Aku angguk dan aku cerita semua apa yang dah berlaku petang tadi.

"Ya Allah..!! Berani dia buat awak macam ni. Memang nak kena dia ni.." Marah betul Faliq.

" Faliq.. Faliq.. Please!! Jangan buat apa-apa tindakan pada dia. Jangan info Angah atau abang. Ni sikit je pun..!" Kataku.

" Sikit apa macam ni. Dah macam pakai gelang je. Dah macam darah beku pun ada. Ini dah melampaulah Aliaa.." Faliq berdengus. Sakit hatinya pada Tasya.

" Dahlah ye. Lagipun salah saya juga. Pagi tadikan saya ada sakitkan hati dia.." kataku lagi perlahan.

" Tapi Aliaa.. Saya taknak nanti dia...!!"

"Tak apa! Lepas ni kalau dia buat lagi, saya akan info awak terus. Okey!!"Aku terus potong cakap Faliq. Dan, senyum minta dia mengerti.

"Hmm.. Iyalah.. Sekali lagi dia buat, cepat info saya tau. Jangan nak sembunyikan apa-apapun dari saya.."kata Faliq tegas.

" Iya.. Saya akan berdesup terus info awak. Sepantas kilat.."

" Janji?"

" Ya janji..!"

"Hmm..  Aliaa.. Aliaa..!! Awak ni kan. Baik tak bertempatlah. Orang dah cederakan awak macam ni pun masih nak membela dia lagi.." Faliq mengeluh.

" Sebab saya baiklah awak masih sayang saya kan.. kan.. kan..!!" Aku ambil hati dia. Hahaha..!! Faliq pandang aku dan senyum.

" Jadi awak sayang saya tak?!" Dah sudah. Pantang aku berlembut. Start dah dia.

"Iya abang..!! Okey adik datang..!! Abang panggil, kejab ya. Awak duduk dulu ya..!!" Aku mengelat, padahal abang tak panggil pun. Hehe..!!

" Tak ada pula saya dengar suara Adil. Pandai awak ye..!" Faliq sinis padaku. Aku gelak kuat dan terus ke dapur. Faliq senyum je.

Di dapur aku gelak lagi. Aku tengok lenganku sendiri. Memang lebam teruk pun, patutlah Faliq marah.


Kalau abang yang nampak, mahu malam ni juga dia cari Tasya tu. Abang sendiri pun tak pernah cederakan aku, nak cubit pun tak. Ini pula orang luar yang buat. Mahu tak mengamuk. Aku kan adik kesayangan abang. Hehe!! Tapi ni aku sentuh pun terasa sakit. Tak apalah ni pengajaran untuk aku sendiri. Aku terus labuhkan lengan baju semula. Tutup kesan lebam ni.

" Buat apa duduk sini. Faliq mana? " Abang muncul dari toilet.

" Ada dekat luar. Abang nak adik buat air panas tak?!"

" Tak payahlah dik. Kenyang lagi ni. Dah jom ke depan.." Abang peluk bahu aku dan kami jalan ke ruang tamu.  Faliq tengok tv seorang diri. Senyum melihat kami. Entah apalah cerita yang dia tengok ni.

" Eh!! Abang.. Esok majlis Naim. Abang nak join tak?!" Tiba-tiba aku teringat dekat Naim.

"Esok ke?! Alamak..!! Abang tak dapat join lah dik. Esok abang kena kerja, mungkin esok balik lewat juga. Kirim salam jelah dekat dia ye.." kata abang.

"Okeylah!! Faliq awak nak pergi tak? Kalau tak, saya pergi sendiri.." tanya pada Faliq pula.

"Tak payah nak mengada pergi sendiri. Pergi dengan saya je esok. Esok saya ambil jam 11.00pagi kut. Saya dah info Nizam dah. Kita pergi dengan dia sekali.." Aku angguk.

" Okeylah!! Esok pergi PD nak. Rindu dekat Dhia..!" Ajak aku. Rasa rindu sangat dekat buah hati aku tu.

" Esok tengahari Dhia balik. Jumpa dekat rumah mama je ye..!"

" Seronok Dhia dapat jumpa kawan. Tadi abang ada call Sis Tuti. Dapatlah cakap dengan Dhia kejab. Dhia cakap tengah busy, taknak diganggu. Hahahaa.. Punyalah seronok dia..!" Abang gelak kecil. Masing-masing rindu dengan celoteh si kecil. Memang sunyi rumah bila Dhia tak ada. Dhia lah penghibur hati kami.

" Kau tahu Dil. Dekat rumah tu, suara dia je yang kecoh. Lagi-lagi kalau bab bangun subuh, semua orang dikejutkannya. Selagi tak bangun, selagi tu pintu setiap bilik diketuk kuat-kuat. Siapa bangun lambat, memang kena bebel lah dengan kecil tu. Mengalahkan orang tua. Hahaha!!" Sambung Faliq pula. Teruja bercerita.

" Budak bijak tu. Dhia tak ada memang sunyi. Dia pernah tanya aku. Minggu lepas tak silap. Dia tanya apa tau. Kenapa papa dan mama Dhia tak duduk sama-sama. Dulu, mama cakap, papa kerja, susah dapat cuti tapi papa ada je dekat rumah nenek. Kenapa Uncle? Ha kau, tak pening aku nak jawab.." Aku terdiam dengar.

" Habis kau jawab apa?!"

" Aku tak jawab pun. Lepas Dhia tanya je terus Sis Tuti panggil ajak mandi. Fuhh!! Lega aku..!" Faliq pandang aku dan aku balas pandangannya. Aku senyum tawar dan terus pandang arah lain.

" Aliq.. Adik..!! Abang bukan nak campur tapi sebagai abang, abang berhak bagi nasihat dekat korang ni. Kalau boleh cuba buangkan semua ego masing-masing. Kembalilah bersatu, demi anak korang. Kasihan dia, dia perlukan kasih sayang ibubapanya. Tempat bermanja, tempat berlindung. Memang korang bagi kasih sayang padanya tapi kasih sayang yang tak seimbang. Sorang utara sorang selatan. Aku tahu Liq, kau memang sayang Aliaa. Dan kau memang nak rujuk semula. Tapi adik.. Abang tahu adik pun sayang Faliq juga kan tapi sebab ego tu terlalu tinggi. Tu yang halang perhubungan. Siapa pun ada sejarah hitam. Jangan tengok pada sejarah hitam Faliq tapi tengoklah pada Faliq yang sekarang ini.."  panjang lebar abang nasihatkan kami. Kena basuh cukup-cukup kami malam ni patutlah abang iya sangat nak Faliq makan dirumah. Nak kena ceramah rupanya. Dengan aku sekali kena.

" Adik.. Abang taknak paksa adik untuk terima Faliq tapi adik sendiri boleh fikir kan. Dhia perlukan bapa, adik sendiri pun perlukan suami. Faliq dah luah dan dah cerita semua pada abang. Abang rasa tak salah peluang kedua, untuk Faliq perbaiki diri dan menjadi lebih baik dari sebelum ni. Buangkanlah ego tu ya.." aku masih diam.

"Kau pun Liq. Usahalah lebih lagi pujuk hati Aliaa ni. Kata nak adik aku..!!" Abang bergurau.

" Memanglah nak. Tengah usahalah ni bro.. Rasanya sikit lagi tu.." Faliq kenyit mata padaku. Aku jeling. Lawak pun ada.


" Apa sikit? Baru adik tahu, abang ajak Faliq ni sebab nak bincang pasal benda ni lah ni yee" aku sinis pada abang.

"Iyalah. Habis tu sampai bila nak macam ni. Rasanya dah kawan balik kut, dah berdrama bagai tapi tak ada black white pun. Masing-masing umur dah makin meningkat tapi perangaii.." kata abang nada marahlah konon.

" Entah tu, Aliaa lah ni. Ego sangat, keras hati, berlagak sangat. Hati tu nak tapi mulut tak nak. Mahu tapi malu kan.. kan..!!" Amboi sedapnya dia bercakap.

" Apasal pula saya. Hey Encik Faliq Alfie, ego saya pun sebab awak, keras hati saya pun kerana awak, berlagak saya pun semua berrrpunca dari awak tau. Siapa suruh cari pasal?!" Aku balas balik.

" Iye.. Memang salah saya pun tapi kan dah bertaubat dah ni. Terima jelah.."

"Sedap mulut je cakap. Habis hati ni macam mana. Boleh ganti? Boleh perbaiki? Tak ada makna. Huh!!" Aku jeling tajam.

" Boleh.. Recycle balik..!!" Selamba je dia cakap.

"Banyak cantik muka awak..!!"

" Tak cantik tapi hensem.." Bertuah betul Faliq ni. Abang gelak kuat. Menyirap pula hati ni.

" Adil.. Aku on je, Aliaa ni yang taknak. Sekarang ni kau kena salahkan dia bukan aku.." Aku berkerut pandang Faliq.

" Apasal salahkan saya pula?!"

"Iyelah. Awak yang taknak saya. Saya ni ha nak sangat rujuk awak. Jual mahal sangat..!!" Dia memang sengaja cari pasal.

" Memanglah saya jual mahal, kalau saya jual murah nanti suka-suka awak buat saya lagi. Lelaki semua sama je..!"

" Dah.. Dah.. Dah.. Kita nak bincang bukan nak gaduh. Macam budak-budaklah. Bila nak settle kalau macam ni..!!"

" Abang tanyalah sahabat sejati abang ni..!" Aku jeling.

"Tengok nak salahkan saya pula..!!"

" Sudahhh!!! Kalau macam ni gamaknya. Tak menjadi plan kami..!!"

"Plan kami??" Aku dan Faliq tanya serentak, berpandangan sesama kami dan fokus pandang abang. Abang sengeh.

"Plan apa ni abang? Cakap cepat..!!" Aku jeling pada abang.

" Iyalah.. Plan apa ni Dil. Kau plan dengan siapa pula ni..!" Tanya Faliq pula. Abang gelak besar. Aku dan Faliq pelik.

" Alamak kantoiii!! Sebenarnya ni plan aku dengan family kau. Kami nak korang rapat semula. Bila family kau tak ada dekat rumah, kau sah-sah bosan, jadi dah tentu kau akan ajak Aliaa keluar, jalan-jalan ke, tengok wayang ke. Habiskan masa dengan Aliaa. Sama juga macam Aliaa, tapi rupanya hmm.." jelas Abang.

" Jadi, Mama, Papa, Along pun join plan nilah juga?" Abang angguk.

" Abang...!!" Aku dan Faliq ambil bantal sofa dan pukul-pukul abang.

" Oii.. Oii.. !! Haahahaa.. Okey sorry. Kami plan ni semua sebab korang. Kami nak korang bersatu semula. Tu je. Lagipun tengok masing-masing dah kawan balik jadi macam okey jelah. Tu yang nak korang ni lebih mesra lagi.. Faham!!" Sambung abang lagi. Aku dan Faliq berpandangan lagi dan gelak kuat-kuat.

"Dah kenapa pula gelak. Tadi gaduh ni gelak. Aduh..!! Sakit jantung aku..!!" Sambung gelak.

" Kami okey je kut. Kan Aliaa kan.. Mesra, sweet-sweet lagi kan Aliaa kan..!" Jawab Faliq.

"Ha tulah.. Nak mesra macam mana lagi entah..!" Aku membalas.

" Kalau macam tu, nikahlah cepat. Senang cerita, tak payah pening kepala kami cari idea nak satukan korang balik.." Aku dan Faliq berpandangan dan gelak lagi. Lawak.. Lawak..!!
Abang geleng kepala.

" Dah.. Sudah!! Tak habis-habis gelak. Okey serius sekarang!!" Arah abang. Aku tetap gelak kecil. Lagi-lagi bila tengok muka Faliq. Hahahaa!!

" Okey serius..!!" Kata Faliq. Hahaha!! Dan-dan serius.

" Sekarang korang ni sebenarnya macam mana? Aliq.. Adik..!!" Abang tanya dan pandang kami sorang-sorang.

" Okey on. Jumaat depan nikah..!!"selamba je Faliq ni. Aku beliakan mata.

" Suka-suka je bagi jawapan. Tak cakap pun nak nikah ke kan. Mandai-mandai je.." aku bengang.

" Habis tu?!"

" Tak.. Tak.. tak..!!" Aku bantah.

" Adik.. Serius boleh tak?!"

" Seriuslah ni. Ada nampak adik senyum ke gelak ke. Tak kan?!" Aku jeling. Buat muka serius, kononnya.

"Aliaa.. Janganlah macam ni. Besar harapan family kita ni tau. Tak kan awak sanggup hampakan harapan mereka.." Amboii ayat dia. Besar harapan family ke harapan dia. Ceh!! Buat muka sedih pula tu.


" Betul tu dik..!! Adik tak sayang Dhia ke, tak sayang abang,  tak sayang makcik dan pakcik? Ni ha..!! Tak sayang Faliq?!" Abang memujuk pula.

" Memanglah adik sayang Dhia, sayang abang, mama, papa tapi dia ni.. Huh!! Dia ni bikin panas je..!!" Aku jeling Faliq. Sengaja buat Faliq bengang.

" Hahahaha..!! Berlagak yee..!! Okeylah, kalau macam tu saya sayang Tasya lah yee... Boleh?!" Faliq saja pekena aku pula ni.

" Abang tengok dia ni, bikin panas adik kan..!!" Aku jeling. Abang masih serius.

" Aliq.. Kau ni, orang serius kau main-main pula. Bila nak habis ni.. !" Kan dah kena marah dengan abang. Padan muka. Giliran aku pula gelakkan dia. Haahahahaaa!!

" Tahu pun takut saya sayang Tasya. Tapi berlagak. Okey.. okey..!! Sorry..!! " Faliq sengeh.

" Kalau susah sangat, biar abang je buat keputusan. Adik terima atau tidak. Terpulang. Dari terus macam ni, perbincangan pun main-main. Bulan depan, korang nikah. Muktamad!!" Kata abang serius.

"Yess..!! Yess..!! Yahooo!!" Sukanya mamat perasan ni. Hampeh betul!!

" Abang.. Mana aci macam ni. Ini tak adil. Paksa-paksa macam ni, mengarut jelah. Cadangan dibantah 100%.." kata aku.

" Tak ada.. Tak ada..!! Cadangan di tutup..!!" Faliq terus balas. Eh.. Eh..!! Dia ni. Geramnya. Abang ketuk kepala.

"Adik.. Dengar sini. Sampai bila nak macam ni, abang awak ni pun nak kahwin juga dik oiii.."

" Abang nak kahwin, kahwin jelah. Kenapa adik pula?!"

" Adik ingat abang boleh kahwin dengan tenang kalau tengok keadaan adik macam ni.."

" Betul tu. Kasihanlah dekat abang Adil ni. Dia pun nak kahwin juga. Dahlah baru pertama kali nak kahwin, kita kahwinlah kali kedua. Kan keputusan yang bijak tu.." Sakit jiwa betul aku dengan mamat ni. Geram je. Aku pandang abang, dan alihkan pandangan ke Faliq pula. Sempat lagi kenyit mata. Cucuk mata tu baru padan muka. Aku jelir lidah padanya.

" Hmm.. Tapi tak bolehlah paksa. Bagi adik masa nak fikir dulu boleh?!" Pintaku.

"Nak fikir apa lagi. On jelah..!!" Menyibuk je mamat ni. Menyampuk je. Ish!!

" Okey!! Abang bagi tempoh berfikir sebulan je..!"

" Abang ni..!! Sama jelah kalau macam tu kut. Paksa jugalah tu. Sebulan ke setahun memang kena terima juga ke !!"

" Memanglah.. Okey macam ni. Abang bagi tempoh untuk adik buat keputusan tarikh nikah, nak seminggu lagi ke sebulan lagi atau berapa tu terpulang. Tapi kena nikah juga.  Okey?! Kalau abang tak buat macam ni, sampai bila pun tak sudah. Padahal hati masing-masing nak tapi ego.. egoo sangat..!!" Kan abang dah marah.

" Betul.. Betul.. Betul..!! Saya bagi awak tempoh bertenang. Tetapkan satu tarikh. Kita buat wedding of the years.." Aku berkerut. Pelik betul lah dia ni.

"Gilalah dia ni.. Dahlah, adik nak masuk bilik, nak tidur lagi bagus. Dari layan mamat gila ni.. Selamat malam..!!" Aku bangun dan terus jalan menuju ke bilik.

" Hey!! Perbincangan tak habis lagi ni..!!" Jerit Faliq.

"Perbincangan dibatalkaaaannnn...!!" Aku pula jerit dari pintu bilik. Terus tutup pintu rapat.

" Hahahaaaaa...  Gila betul lah. Dah macam apa je, lawak.. Lawak...!!" Aku gelak sendiri dan terus baring dikatil.

Arhhh!! Kerana terpaksa ke apa ni? Atau terpaksa rela? Atau kena redha je ni.. Faliq oh Faliq.. Kau memang bikin panas. Sekarang ni, memang kena redha ke apa ni. Aku buntu dah ni. Masalah.. Masalah..!! Sebenarnya.. aku nak rujuk dengan dia semula ke atau tak? Nak ke tak? Hahahaa.. Gilalah kau ni Faliq.

Relax Aliaa.. Cool Aliaa..!! Jangan pening-pening. Tidur dulu, nanti bangun buat solat istikharah ye. Minta petunjuk dari Allah swt. Itu je yang terbaik, minta pada Allah..

Hmm... Kerana terpaksa? Terpaksa rela? Atau redha jelah..!!

Previous: Bab 110
Next: Bab 112

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.