336,582
Kategori:
Genre:
Bab 113
Seronok hari ni jumpa mereka. Lama jugalah kami bersembang. Sekali pengantin pun join sembang, memang gamat. Lagi-lagi melayan si Faliq ni,mau tsunami jadinya. Mereka ni pun seronok pula melayan loyar buruk Faliq. Suka koranglah, janji happy.

"Okeylah Naim.. Aku dan Aliaa minta diri dulu. Apapun, Tahniah bro!! Jadi suami baik-baik tau.." Ucap Faliq pada Naim.

" Hahaha!! Thank you..!! Thank you..!!"

" Tak dapatlah kita nak ber hahahaha lepas ni beb..! Sedih aku!!" Kataku pula.

" Aik!! Kenapa pula tak boleh?"

" Kau dah berbini, tak syoklah nak lebih-lebih kawan dengan kau. Jelous pula bini kau kang beb.."

"Ish!! Kau ni beb. Jangan risaulah. Bini aku tahu pun pasal kau, semua aku cerita pasal kau a to z dekat dia. Dia tahu sangat. Kau kan bff aku. Kita tetap bff okey..!" Kata Naim. Aku senyum.

" Takut betul dia hilang kau Im.."

" Ofcourse lah. Naim lah kawan saya dari muda remaja sampai sekarang ni kan Naim kan..!" Kataku.

" Ya memang betul. Semua pasal Aliaa ni aku tahu. Dari Wan, engkau, Zack, arwah Haikal semua aku tahu. Hahahaa!!"

" Oiii.. Tak ada contoh lain ke kau nak info Faliq. Apa dah..!" Bertuah punya Naim. Faliq senyum je.

" Sorry.. Sorry..!! Tu je yang aku ingat tiba-tiba. Hahahaa!!" Gelak Naim kuat.

" Okeylah beb. Tahniah tau!! Haii.. Selamat pengantin baru. Semoga kekal bahagia dunia akhirat...!!" Ucap aku pada Naim dan isterinya.

" Terima kasih juga datang..!!" Balas isteri Naim dengan wajah yang berseri-seri.

" Sayang..!! Nilah bff i, Aliaa. Kalau i keluar makan dengan dia, whatsapp dia. You jangan marah tau.." terang Naim. Gurau. Kenalkan aku pada isterinya.

" Hahaha!! I tahu, you kan dah cerita dekat i. Don't worry. Insha Allah tak jelous punya. Maybe kita pun boleh jadi bff juga kan Kak Aliaa.." Aku senyum je. Jangan mula-mula cakap je tak jelous. Nanti lama-lama jelous pula. Habislah Naim. Hehe..!!

"Why not!!. Okeylah.. Kami gerak dulu. Bye..!!" Aku dan Faliq bersalaman dengan Naim dan isterinya dan kami terus jalan keluar dari dewan menuju ke kereta. Cuaca redup je hari ni. Angin pun terasa sejuk je. Macam nak hujan je ni. Wah!! Best ni. Masuk je dalam kereta, Faliq terus hidupkan enjin kereta. Penghawa dingin dipasang. Aku termenung pandang ke hadapan.

"Aik!! Tadi happy ni tiba-tiba sedih je ni. Dah kenapa dengan sayang saya ni.. Hmm..!!" Tanya Faliq lembut.

" Tak ada apalah.."jawabku ringkas. Senyum tawar.

" So, ada nak pergi mana-mana tak ni?!"

" Hmm.. Boleh tak awak bawa saya pergi kubur.."

"Ha?? Pergi kubur? Nak buat apa?"Faliq bertanya agak terkejut dengan permintaan aku. Aku berkerut.

"Saya nak ziarah kubur arwah Haikal. Boleh tak temankan? Kalau tak boleh, tak apalah.."

" Ooooo cakaplah nak ziarah. Ingat nak buat apalah tadi. Terkejut aku! Bolehlah. Saya temankan awak okey..!!" Aku gelak kecil.

 Faliq memulakan pemanduan. Dia pasang radio, slow je lagu. Lagu pun lagu jiwang-jiwang je. Melayan perasaan jelah. Yang dia pun ikut menyanyi.

Sampai saja di tanah perkuburan, aku mula rasa sebak. Sebelum jalan ke pusara Haikal, aku pandang Faliq. Faliq senyum dan anggukkan kepala padaku dan senyum. Aku balas senyumannya. Tarik nafas. Dan aku kuatkan juga hati ini melangkah perlahan ke  pusara arwah Haikal. Faliq mengekoriku. Aku duduk dibatu, ditepi pusara. Aku tundukkan kepala. Menahan rasa sayu dan cuba menahan airmata dari jatuh ke pipi. Tapi apa daya aku, aku tewas dengan airmata ini. Segala kenangan bersamanya menerjah dikelopak mata. Angin sepoi meniup ke wajahku seakan memahami apa aku rasa. Aku dan Faliq baca surah Yassin sedekah padanya. Sesekali Faliq memandang ke arahku. Selesai bacaan. Aku masih duduk lagi. Merenung setiap butir batu diatas pusara ini.

" Saya pun akan ikut dia juga kan Faliq?!" Kataku tiba-tiba.

" Kita semua akan menyusul juga Aliaa. Yang hidup semua akan mati. Tak ada yang terkecuali. Dan, sekarang ni bila-bila masa je. Andai sudah sampai ajal.." kata Faliq perlahan.

"Jom..!!" Aku kesat saki baki airmata dan bangun berdiri perlahan. Sebelum jalan, aku menoleh ke arah batu nisan pusara. Aku senyum.

" Semoga awak ditempatkan bersama orang yang beriman dan bertaqwa. Saya balik dulu ya Haikal. Assalammuaalaikum..!!" Kataku perlahan dan terus melangkah perlahan.

Dipertengahan jalan, entah macam mana aku rasa seperti ada yang sedang memerhatikan aku, dan secara tiba-tiba aku terpandang sesuatu di satu sudut. Sesusuk tubuh tegap berpakaian serba putih dengan wajah yang berseri memandangku dengan senyuman. Aku memberhentikan langkah. Merenung kearahnya. Dan membalas senyuman. Serta merta airmata ini mengalir perlahan. Dan sekelip mata ia hilang entah ke mana. Aku mencari-cari dengan liar anak mata di setiap penjuru kawasan perkuburan itu. Tapi tiada. Haikal mana kau pergi?

"Aliaa.. Awak cari apa? Jom kita balik..!" Lamunan ku mati apabila ditegur Faliq.

" Eh!! Haikal tu...!" Kataku macam orang sasau. Menunjuk pada Faliq arah Haikal berdiri tadi.

"Ha? Haikal? Aliaa.. Tu bayang-bayang awak je. Dahlah.. Jom balik..!"

"Tapi....!" Faliq terus tarik tangan aku. Aku masih mencari-cari kelibat Haikal tapi tiada. Angin sepoi meniup ke arah tubuhku dan wajahku. Wanginya bau. Menusuk ke dalam hidungku. Sangat wangi. Faliq buka pintu kereta untuk aku. Aku menarik nafas menghidu sedalam-dalam bau wangi itu. Nyaman. Dengan perlahan, aku masuk ke dalam kereta dan Faliq menutupnya. Bauan ini masih lagi aku rasa. Allahuakhbar!!

"Awak okey?!" Tanya Faliq. Lembut. Aku menoleh padanya dan senyum.

" Okey!" Aku pandang ke hadapan. Masih mencari kelibat Haikal lagi. Kereta meninggalkan tanah perkuburan. Aku senyum sendiri. Aku menarik nafas dalam, dan melepaskannya perlahan.

"Astagfirullah Al Azim..!!" Aku menyapu tangan ke muka. Bayangan Haikal saja. Mungkin sebab aku terlalu merinduinya sampai terbayang-bayang padanya.

" Saya nampak Haikal tadi..!" Kataku setelah keluar dari kawasan perkuburan.

" Itu bayangan awak je Aliaa.." jawabnya seperti memahami.

" Iya..!! Mungkin sebab saya ingat padanya.." jujurku kata.

" Biasalah tu. Tapi orang kata, merindu dan mengingati orang yang telah tiada itu sakit.."

" Ya memang betul. Saya dah rasa betapa sakitnya kehilangan ibu dan ayah. Tempat bermanja, tempat berlindung. Hilang sekelip mata. Dan sekarang ni hilang sahabat yang sangat baik. Hanya Allah je yang tahu" Sedihnya hati.

" Kalau saya yang pergi buat selamanya. Awak sedih tak?" Aku terkedu. Menoleh padanya. Kereta berhenti dilampu isyarat merah.

" Kenapa awak cakap macam tu? Awak kata awak sayang saya? Awak nak tinggalkan saya juga ke?" Tiba-tiba aku rasa sebak. Kenapa sensitif sangat ni. Huhu!!

" Ajal maut tu kan rahsia Allah. Mana kita tahu bila ajal kita. Kut-kut saya yang pergi dulu.." Faliq senyum. Aku angguk tanda faham. Menoleh pada Faliq, kemudian pandang ke hadapan. Bosanlah pula. Dia layan perasaan masih menyanyi-nyanyi aku pula senyap.

" Nak balik terus ke? Awal lagi ni. Jalan mall nak?!" Faliq memulakan perbualan.

" Buat apa?!"

" Shopping nak? Saya belanja, awak cakap je nak apa.." pelawa dia. Tak ada jiwalah nak shopping.

" Betul ke?! Kang ada yang botak pula kepala tu saya minta macam-macam.." kataku saja.

"Alaaa setakat shopping awak tu, apalah sangat..!" Amboii.. berlagaknya.

" Tak apalah. Next time ya. Hari ni Sabtu, sah-sah mall ramai. Malaslah..!!"

"Betul ni taknak? Tak menyesal?!"

"Iya. Tak menyesalnya.."

"Hmm.. Okeylah..!! Aliaa.. Awak dah dapat tarikh tak?!" Tanyanya.

" Tarikh apa?" Aku berkerut. Tiba-tiba tanya tarikh ni dah kenapa.

" Tarikh nikah kitalah sayang..!!" Aduhai..

" Faliq.. Boleh tak bagi saya masa untuk fikirkan? Bagi saya ruang untuk bernafas.." pintaku.

" Maksud awak bagi masa untuk fikirkan tarikh atau bagi masa terima saya atau tak?!"

" Dua-dua. Tapi yang paling penting yang kedua tu..!" Kereta memasuki ke lorong rumahku. Rasa kejablah pula dah sampai. Tadi rasa macam jauh je lagi. Faliq memberhentikan kereta dihadapan rumah. Kami masih berbual lagi.

" Aliaa.. Awak masih rasa was-was dengan saya ke? Saya dah tak ada apa-apa hubungan lagi dengan Tasya tu atau dengan mana-mana wanita pun. Tak ada. 


Sumpah..!! Demi Allah.. Percayalah Aliaa. Saya tahu saya pernah buat jahat tapi sekarang saya dah tak buat tu semua. Percayalah Aliaa. Saya tak kan sia-siakan awak lagi. Apa yang dah berlaku semua tu jadi pengajaran dalam hidup saya sendiri.." luahnya panjang lebar. Badan dipusingkan sedikit ke arahku. Merenung wajahku. Muka kasihan pula.

" Saya tahu..!"

"Habis tu kenapa?! Oh mungkin awak takut ni kut ek?!"

"Takut?! Takut apa?!"

" Kejab..!! Faliq keluar dari kereta dan ke bonet. Megeluarkan sesuatu dari dalam bonet dan kembali. Fail berwarna hitam dibuka. Dan mengeluarkan satu sampul berwarna putih padaku. Aku pelik dan ambil jelah. Keluarkan sekeping surat dan membuka lipatan penuh berhati-hati. Keputusan ujian hiv. Aku baca satu persatu.

" Aliaa.. Saya negatif HIV. Dah buat pengesahan ulangan pun. Still negatif. Awak dah baca kan.. Kalau tak percaya, saya boleh bawa awak jumpa doktor yang sahkan ni.." Sebenarnya aku nak gelak tengok muka dia yang amat-amat risau ni. Aku tak pernah terfikir pun pasal HIV ni ke AIDS ke, tak pernah pun. Tapi bagus jugalah. Manalah tahu kan, dia ada HIV. Tak pasal-pasal aku pun terjangkit pula. Uittt!! Minta dijauhkan. Allah masih sayang dia. Aku senyum dan gelak.

"Kenapa awak gelak?" Makin gelak besar aku.

"Dah pula, Apasal ni?! Dia pula dah gila?!"

"Tak gila.. Tak gila.. Okey sorry!!" Aku tahan gelak. Dia perhatikan aku lagi dan senyum. Aku masih gelak. Entah kenapa nak gelak pula.

" Awak ambil balik surat ni. Simpan masuk dalam peti besi ye. Iya saya percaya tapi sikiiiitt je..!" Kataku masih senyum.

" Kenapa percaya sikit je. Kenapa tak percaya banyak?!"

" Hey!! Tak bersyukur. Untunglah tu saya percaya sikit kalau saya tak percaya langsung macam mana? Banyak songeh pula dia.." aku jeling manja.

" Hahahahaa... Baiklah Aliaa.." Gelak lagi. Aku terdiam. Dia mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Eh!! Cincin tu.. Aku berkerut dan buat biasa je.

" Dulu cincin ni saya beri pada awak tapi awak tak pakai. Lama awak simpan, tapi akhirnya berkat doa saya dan doa mama, akhirnya saya nampak dijari manis awak ni. Tapi awak kembalikan semula cincin ni pada saya. Kita diduga dengan perpisahan kasih. Tapi akhirnya cincin ni kembali di jari manis awak lagi. Dengan ikatan pernikahan. Malangnya kerana kesilapan saya sendiri, cincin ini kembali kepada saya lagi. Terputus ikatan pernikahan kita. Saya tetap simpan, sebab cincin ini hanya untuk awak je tau.." Punyalah melayan perasaan meluah dengan muka yang serius. Kononnya. Aku nak gelak adalah.

" Dan dengan penuh.. penuh keyakinan cincin ini akan saya sarungkan semula di jari manis awak, dan cincin ini hanya layak untuk insan paaaaaling istimewa. Insan itu adalah awak sayang.. " Menoleh padaku dan sengeh. Hmm.. Okey!! Aku dengar je. Tak komen apa-apa pun. Apalah drama dia kali ni.

" Aliaa Sofea Abdul Hadi sudi tak rujuk dengan saya semula?! " Aku terdiam. Anak matanya tepat pandang wajahku. Aku alihkan pandangan ke cincin yang dia masih pegang. Lawa lagi cincin tu. Cincin yang dia beri mula-mula dulu. Ada ukiran nama di dalamnya. Nama aku dan dia. Aku masih diam.

" Aliaa...!!"

"Oh ya..! Kenapa? Hmm.. Apa tadi?! " Aku berkhayal ke ni. Eh!!

" Aliaa Sofea Abdul Hadi sudi tak rujuk dengan saya semula?!" Ulangnya lagi.

Aku tak senyum tak apapun. Buat muka pelik-pelik je. Hanya mata je pandang tepat pada matanya. Dan kemudian aku alihkan pandangan ke arah lain lagi. Faliq masih menanti jawapan dari aku. Mulutku terkunci. Tiada sepatah kata pun.

"Aliaa.. Sudi tak?!" Faliq tanya lagi. Aku masih terdiam. Blurr sekejab. Matanya masih tepat merenung wajahku. Dalam hatiku, hanya Allah yang tahu. Iya atau tidak? Terima atau menolak?  Iya atau tidak? Terima atau tolak?
Faliq masih setia menanti jawapan yang tak pasti. Aku?? Masih juga setia. Setia senyum. Hahaha!!



Sekarang ni aku nak jawab iya atau tidak?!  Bukan tadi aku dah info dia ke kata bagi aku masa. Ditanya lagi. Memang tak reti sabar dia ni. Hmm.. Entahlah ye. Tak ada jawapan lagi.

Aliaa..!! Relax.. Cool..!! Tarik nafas dan lepas perlahan. Jangan kalut. Relax.. Cool.!! Lagi sekali.. Relax.. Cool..!  Didepan kau sekarang ni. Faliq Alfie yang menanti jawapan darimu. Yang mengharap kau kembali padanya. Keputusan ditanganmu Aliaa. Buat keputusan yang terrrbaik. Demi Dhia Afia, demi Adil, dan dirimu sendiri. Kata hati kecilku.

Masalahnya sekarang ni. Aku ni.. Aku ni.. nak cakap apa ni? Nak cakap, Okey!! Saya terima atau Maafkan saya, kita tiada jodoh. Jadi mana satulah Aliaa.. Arhhh!! Pening-pening..!! Okey!! Tahun depan jelah aku bagi jawapan. Huhu!! 

Previous: Bab 112
Next: Bab 114

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.