336,544
Kategori:
Genre:
Bab 75
Tinggi suhu badan Aliaa. Demam pula. Selepas makan ubat, Aliaa tidur. Haikal membetulkan selimut Aliaa. Merenung sebentar wajah pucat itu. Dan terus berlalu keluar. Biarkan Aliaa berehat sendiri. Pintu ditarik, dan keluar. Mata terus memandang Faliq dan Nizam yang sedang duduk menunggu. Faliq memandang ke lantai. Nizam pula menyandarkan badan di kerusi. Haikal menghampiri mereka.

" Faliq.. Sorry aku cakap. Aku rasa buat masa ni kau tak payahlah jumpa Aliaa dulu ya..!" Kata Haikal lembut.

"Ha?? Kenapa? Apa hak kau tak bagi jumpa Aliaa?" Terus Faliq berdiri pandang tepat ke muka Haikal.

"Aku doktor yang merawat Aliaa. Aku ada hak untuk tidak benarkan kau jumpa dia.."

"Mentang-mentang kau doktor, kau boleh buat sesuka hati.." Faliq tak puashati.

"Bukan macam tu Faliq. Kau jumpa Aliaa tapi kau bagi tekanan dekat dia. Kau tahu kan Aliaa tak sihat. Keadaan dia tak stabil Liq. Tadi sebelum kau datang, dia okey. Bila kau datang. Hmm.. Aku tak tahu apa yang kau dah cakap dekat dia. Sekarang ni dia demam panas, mendadak tau. Kalau apa-apa terjadi dekat dia macam mana?" Jelas Haikal.

" Aku tak ada niat pun nak buat dia tekanan. Aku cuma nak dia je. Aku sayang dia bro. Aku tak bolehlah tengok kau dengan dia. Dia isteri aku!"

"Pembetulan.. Dia bekas isteri..!!" Haikal senyum sinis.

" Ya..!! Bekas isteri....! Tapi aku nak rujuk dengan dia.." sambung Faliq lagi.

" Itu aku tak campur. Masalahnya sekarang ni, Aliaa pesakit aku, tanggungjawab aku. Kalau kau nak cakap pasal benda ni boleh tak tunggu dia sihat sepenuhnya. Tolonglah cakap tengok keadaan bro. Aliaa sakit broo, sakit. Kau nak ke dia mati sebab tekanan kerana kau.." Tegas Haikal.

" Apa kau merepek ni..!" Faliq menjeling.

" Sorry..!! Cuma tu je aku minta dekat kau. Buat masa ni tak payah jumpa dia dulu. Bagi dia masa. Kesihatan dia penting.. Aku harap kau faham!" Mendatar suara Haikal.  Faliq diam.  Haikal melangkah meninggalkan Faliq dan menuju ke kaunter. Faliq memandang kosong pada Haikal. Menarik nafas panjang.

"Sorry lah Encik Faliq. Saya bukan nak menyebelahi sesiapa tapi apa yang Encik Haikal cakap ada betulnya.." kata Nizam perlahan. Faliq senyap. Dia sendiri tahu salah dia. Memang tak sepatutnya dia bertanya itu ini pada Aliaa. Dia sendiri pun serabut sebenarnya. Perasaan cemburu tak bertempat. Nak cemburu pun untuk apa. Aliaa bukan sesiapa lagi dalam hidupnya.

"Tak apalah. Saya tak jumpa Aliaa lagi. Lagipun, lusa kita dah balik.." perlahan suara. Faliq kena terima segala yang dah berlaku. Jika terus berfikiran begini memang sampai bila takkan tenang. Kasihan Aliaa. Gangguan demi gangguan. Ingat bila dah berpindah ke Sabah, semuanya akan berubah tapi sama saja pula.

Haikal menyemak semula laporan kesihatan pesakit yang dia rawat hari ni. Tak ada kes emergency. Jam ditangan dilihatnya, jarum jam sudah menunjukkan ke angka 10 malam. Dia masih menunggu kedatangan Adil. Adil sudah sampai dihospital, sedang mencari wad katanya.

" Lin.. Hari ni saya sampai jam 12, Doktor Sheila continue kan?  Minta tolong pantau Cik Aliaa ya.." Jururawat mengangguk. Suasana sunyi sepi.

"Assalammualaikum.. " Adil memberi salam.

"Waalaikumsalam.." Haikal senyum dan bersalaman dengan Adil.

"Aliaa dekat mana? Macam mana dia?!" Wajah risau seorang abang sangat ketara kelihatan. Haikal senyum.

" Aliaa baru tidur. Keadaan dia tak stabil lagi. Ni dia demam panas.. " terang Haikal.

" Allahuakhbar..!! Dia sakit apa sebenarnya Haikal. Aku tak sedap hati.."

"Banyak-banyak bersabar.." Haikal senyum.

"Mana bilik dia..!"

"Jom..!!"Haikal membawa Adil ke bilik Aliaa. Di hadapan bilik, Faliq dan Nizam masih setia menunggu lagi. Adil pelik. Berkerut dahi. Lalu, menghampiri Faliq.

" Eh!! Liq.. Kau buat apa dekat sini?" Tegur Adil. Faliq bangun.

" Aku outstation dekat sini.." jawab Faliq ringkas.

"Outstation?!"

"Iya.. Syarikat ada buat projek pembinaan jadi Dato' ambil Faliq sebagai Arkitek.." jawab Haikal menjelaskan.

" Oh okey!! Aliaa ada cerita tempoh hari. Lupa pula. So, berapa lama kau dekat sini?!" Tanya Adil lagi.

"Lusa aku balik." Adil angguk.

Lalu, Adil dan Haikal terus masuk ke dalam bilik Aliaa. Pintu dibuka. Sayu hati Adil melihat keadaan Aliaa. Pucat lesi muka. Sedih dan sedih. Tangan Aliaa digenggam. Dahi Aliaa dicium, diusap-usap kepala Aliaa. Airmata mengalir. Tak sampai hati melihat keadaan si adik, teringat sewaktu Aliaa koma dulu. Rasa seperti tidak akan dapat berjumpa lagi. Tapi alhamdulilah Allah panjangkan umurnya walaupun keadaannya sangat tipis ketika itu. Risau dan risau. Sudahlah duduk sendiri di negeri dibawah bayu ni. Tiada saudara mara yang ada hanya seorang rakan sekerja. Mujurlah sangat memahami dan baik hati.

Haikal melihat dengan rasa simpati. Dia juga turut rasa sedih dan dia juga tahu betapa rapatnya Aliaa dan Adil.

" Sabar bro.. Kita doakan yang terbaik untuk dia.." Haikal menepuk bahu Adil. Menenangkan hati Adil. Aliaa sedang lena. Adil mengesat airmata dan mengangguk perlahan. Haikal mengajak Adil keluar dan ke biliknya untuk berbincang mengenai Aliaa. Diluar, Faliq masih ada. Tak reti nak balik kut Faliq ni. Adil meminta Faliq menunggunya sebentar. Mahu berjumpa dengan Faliq. Faliq angguk sahaja. Kemudian,Haikal dan Adil terus berjalan ke bilik Haikal pula.

Adil duduk dihadapan Haikal. Haikal memberikan laporan pemeriksaan kesihatan Aliaa pada Adil. Adil membaca walaupun tak berapa nak faham.

" Sejak Aliaa pindah sini, kesihatan dia okey. Cuma demam biasa je, dan tekanan darah semua okey. Tapi untuk beberapa hari ni aku tengok dia memang tak sihat. Tapi kau lebih tahu kan, dia kalau tak sihat bukan nak cakap. Sakit pun dikuatkannya juga.." Haikal memulakan cerita. Senyum saja.

" Iya.. Memang macam tulah dia. Jadi, sekarang ni dia cuma kurang darah jelah. Berapa hb?!" Adil angguk.

" Siang tadi Hb dia ditahap teruk 7g/dl. Malam ni naik sikitlah. Tapi bp masih rendah.  Aliaa ada masalah jantung.." jelas Haikal.

"Ha?? Jantung?? Ya Allah..!! Adik akuuu..!!" Terkejut besar Adil. Menekup muka dengan tapak tangan.

Sedih sangat. Sejak Aliaa belajar dulu, dia tahu Aliaa penghidap gastrik dan tekanan darah rendah. Bila dah kahwin rupanya dia pengidap Anemia, Aliaa rahsiakan semuanya dari pengetahuan Adil hinggalah dia koma sewaktu melahirkan. Terbongkar semua. Dan akibat Anemia ditahap yang teruk dia kini punyai masalah jantung pula. Semakin risau Adil. Mahu saja dia bawa Aliaa balik rumahnya. Biarlah dia sendiri yang jaga Aliaa dan anak saudaranya. Dari Aliaa merantau tiada sesiapa disini. Sedih dengan nasib adiknya. Perkahwinan si adik hanya separuh jalan, sahabat yang dipercayainya selama ini dan yakin boleh menjaga adik kesayangan. Akhirnya berpisah jua. Kembali si adik hidup sendiri bersama anak. Dengan kesihatannya yang .. fuh!! Besar dugaan Aliaa.

" Sabar Dil.. Insha Allah aku akan terus pantau kesihatan dia. Akan jaga dia sebaiknya.." kata Haikal. Jujur.

" Terima kasih..!!"

" Rawatan selanjutnya akan dijalankan segera. Masih ditahap awal, insha Allah ada penyembuhan.."

"Aku risau. Aku jauh, aku tak dapat jaga dia. Aku tak tahu keadaan dia macam mana. Aku nak bawa dia balik, tapi dia taknak. Banyak kali dah aku pujuk.." luah Adil.

"Dia ada impian yang belum tercapai. Dia pernah cakap tapi impian apa. Dia tak info pula.." Haikal memberitahu Adil.

"Terima kasih banyak-banyak Kal. Kalau kau tak ada dekat sini, aku tak tahu macam mana Aliaa dan Dhia. Terima kasih temankan Aliaa selama di sini.."

"Sama-sama. Aku tolong dia kerana Allah. Kau tahu kan. Kalau boleh aku nak dia jadi isteri aku, niat aku nak tolong dia. Nak jaga dia dan Dhia. Tapi dia masih.. iyalah dia dah ada pengalaman kan.. " luah Haikal lagi. Senyum.

"Aku minta maaf. Aku tak boleh cakap apa-apa. Keputusan semua ditangan dia. Dia jadi trauma dan serik sebenarnya. Kecewa hati masih tebal lagi.." jelas Adil.

"Tak apa. Aku faham. Niat aku ikhlas. Mungkin satu hari nanti Allah bukakan pintu hati dia.. Apapun, dia pesakit aku dan sahabat aku. Tanggungjawab aku. Insha Allah aku akan tolong mana yang mampu. Aku tolong dia pun dari Allah.."Sejuk hati Adil mendengar. Cuma dia taknak terlalu mengharap dan percaya. Takut berulang lagi.


" Tapi aku minta,tolong jangan bagitahu Aliaa yang dia ada masalah jantung ni. Aku taknak dia sedih.." pinta Adil.

"Iya.. Iya..!! Aku memang tak bagitahu dia dan tak bagitahu sesiapa pun. Aku cuma bagitahu kau je. Dan, Faliq pun tak boleh tahu perkara ni.." Adil mengangguk. Memahami maksud Haikal.

Pintu bilik Haikal dibuka tiba-tiba oleh seorang jururawat.

"Doktor.. Ada emergency  wad 4B.." kata jururawat itu.

"Alright..!! Maaf bro.. Aku gerak dulu. Nanti jumpa lagi..!!" Adil angguk dan bangun. Mereka berdua terus keluar dari bilik dan berpisah arah. Adil kembali jalan ke bilik Aliaa. Faliq masih duduk di kerusi lagi. Adil menghampiri Faliq. Dan duduk di sebelah Faliq. Senyap.

" Kau baru sampai ke?!" Tanya Faliq memulakan perbualan.

"Iya.. Haikal call aku petang tadi, aku terus ambil flight.." kata Adil.

" Kau dah jumpa Dhia?!"

"Dah.. Semalam. Mujur Dhia masih kenal aku. Aku happy sangat tengok dia. Bijak sangat. Cuma dia lebih rapat dengan Haikal.." luah Faliq.

" Memanglah.. Dah Haikal yang dia selalu jumpa. Kau jumpa dia berapa kerat je. Dari kecil kau tinggalkan dah besar baru mencari. Kalau Aliaa tak selalu cerita mengenai kau dekat Dhia. Aku rasa Dhia tak kenal kau pun. Boleh jadi, dia ingat Haikal tu bapanya.." Menusuk kata-kata Adil. Tersentak betul Faliq. Merah muka.

"Aku tahu aku salah. Sorry bro!! Tapi aku tengok cara Haikal tu macam ada hati dekat Aliaa je.."Faliq mengadu.

" Kalau Haikal ada hati dengan Aliaa kenapa? Kau jelous?!" Tersentak lagi Faliq. Konon nak Adil menyebelahinya tapi terkena balik dia oleh Adil.

"Mestilah jelous.." jawab Faliq.

"Untuk apa kau jelous. Kau bukan laki dia pun.."

"Iyalah.. Memang aku bukan laki dia lagi tapi aku nak rujuk dengan Aliaa semula.." kata Faliq.

"Rujuk? Aliaa nak ke?!" Faliq terdiam. Adil senyum sinis.

"Hati adik aku dah kecewa, dah hancur dah sebab kau. Kalau dia boleh terima kau semula, itu kira bonus. Tapi kalau tak terima, kaulah kena terima takdir Allah!"

"Tapi aku sayang dia bro..!!"

"Sayang? Cuba kau fikir sekejab. Kalau Aliaa tak terima kau, kau rasa dia sayang kau lagi ke tak?!" Faliq telan liur.

" Jangan dipaksa hati yang dah mati. Jangan terlalu mengharap sesuatu yang dah kau buang,  jangan terlalu yakin semua yang pernah jadi milik kau akan kau miliki semula. Apa yang pernah kau miliki belum tentu akan kekal milik kau selamanya.. Kau faham tu!" Kata Adil. Setiap kata-katanya tersirat seribu pengertian. Sama ada Faliq faham atau tidak. Entahlah.

"Kalau Haikal tu nak melamar Aliaa. Anytime, aku on. Okeylah bro!! Aku masuk dulu.." Terpaku Faliq dengar kata-kata Adil. Adil memang sengaja. Faliq terpinga-pinga. Nizam gelak kecil mendengar.

Sahabat tak sahabat. Macam mana sekali pun, Adil memang taknak campur lagi dah. Dia sendiri bersalah jadinya kerana terlalu percaya pada Faliq. Iya.. memang ini semua takdir dari Allah. Allah dah tentukan segalanya. Tapi dah berkali-kali Faliq menipu dan berjanji. Tapi tetap ulangi lagi. Lama-lama kepercayaan dan keyakinan pun hilang. Dia sendiri pun kecewa apatah lagi Aliaa.

Aliaa bertambah sakit ni pun sebab terima tekanan dari Faliq. Haikal taknak cerita pada Adil. Kalau Haikal cerita mahu mengamuk Adil. Haikal taknak keruhkan keadaan. Jadi, Haikal diamkan sahaja. Biarlah semuanya dia dan Aliaa je tahu. Harap, Faliq tak munculkan diri depan Aliaa lagi. Tak sanggup tengok Aliaa terus terima tekanan. Makin sakit dia nanti. Bila nak sihat.

Faliq oh Faliq..!!

Previous: Bab 74
Next: Bab 76

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.