336,480
Kategori:
Genre:
Bab 26
Aku memasuki ke perkarangan rumah banglo Dato'. Jadilah aku orang Shah Alam sekejab. Hehe.. Datin, Erisya dan bibik menyambut kedatangan aku dan Dhia dengan happy sekali. Aku keluarkan je Dhia dari kereta terus dia berlari laju entah kemana. Jenuh Datin kejar Dhia. Erisya minta bibik angkat barang-barang aku. Alahaiii kasihannya bibik. Aku dan Erisya masuk ke dalam rumah besar itu. Segan memang segan sebenarnya tapi apa boleh buat. Mereka nak sangat aku duduk sini. Kalau ikutkan hati aku ni, aku nak menyewa rumah je buat sementara waktu. Tapi alhamdulilah.. Ada yang sudi membantu. Syukur..!!

" Kalau macam ni, Tok Ma boleh kurus ni kejar Dhia. Tak payah pergi gym.." kami gelak bersama. Dhia didukung dan dicium bertubi-tubi. Kemudian, Dhia pula mencium pipi Datin. Mesra sungguh anak dara aku ni. Tok Ma gelaran yang Datin beri untuk cucunya. Termasuk untuk Dhia juga. Terharu aku. Tak lama, bibik datang bawa air untuk kami. Meletakkan satu persatu gelas berisi air tembikai. Menyelerakan sungguh! Bibik ambil Dhia dari Datin dan bawa Dhia bermain. Datin duduk bersama kami.

"Mama.. Terima kasih banyak-banyak bagi Aliaa dan Dhia menumpang dekat rumah besar ni. Aliaa malu sebenarnya..!" Kataku pandang tepat kewajah Datin. Cantik muka Datin ni. Sama cantik dengan Erisya.

" Ishh!! Apa tumpang-tumpang pula ni. Ni pun rumah Aliaa juga.."

"Entah Aliaa ni. Apalah you.. Tak payah nak segan nak malu bagai okey. Kami ni berbesar hati sangat tau terima you duduk sini.."

"Ha..!! Betul tu. Aliaa nak tinggal dekat sini terus pun tak apa. Rumah ni bukan ada sesiapa pun. Nanti bila Sya dah balik Terengganu. Tinggal mama,papa, dan bibik-bibik je..." sambung Datin. Sporting betul family mereka ni.

" Aliaa tak tahu nak cakap apa ma. Hanya Allah je yang boleh balas jasa Mama sekeluarga. Aliaa sangat terharu ma, dalam keadaan Aliaa macam ni. Masih ada yang sudi bantu Aliaa. Syukur sangat..!!" Menitis airmata rasa terharu sangat. Airmata happy dan semua ada.

" Aliaa.. Kami bantu semampu kami. Hari ni hari Aliaa, mungkin esok lusa kami pula perlukan pertolongan. Lagipun Aliaa dah banyak tolong kami. Ni semua kan dari Allah.." aki mengangguk tanda faham.

"Dahlah Aliaa.. Janganlah sedih-sedih lagi. I pun ikut sedih juga. Dah ye..!! Mulai hari ni, you kena bangkit tau. Mulakan hidup baru. You tunjuk dekat Faliq, tunjuk dekat parasit tu you boleh berjaya. Jangan sesekali lemah depan mereka. I, mama, papa, Haikal dan staff akan sokong you 100%.." Erisya memberi semangat padaku. Aku gelak kecil.

" Aliaa dah fikir masak-masak ke nak pindah sana? Berapa lama?" Tanya Datin.

" Dah mama.. Aliaa nekad. Buat masa ni Aliaa nak bersendirian dari semua yang Aliaa kenal. Aliaa taknak sesiapa tahu pun mana lokasi Aliaa. Nak bawa diri. Berapa lama tu, Aliaa tak pasti. Mungkin setahun, lima tahun.. dan mungkin selamanya.." jawabku panjang lebar.

"Mama faham apa Aliaa rasa. Sabarlah ye..! Mama tahu, Aliaa kuat. Nanti mama akan uruskan rumah, pengasuh untuk Dhia, semualah. Lagipun Haikal ada. Boleh tolong Aliaa.. Dia pun dah jadi orang sana dah kan Sya. Taknak balik sini dah..!!" Cerita mama.

"Ha betul tu. Dengarlah loghat dia. Dah loghat sana dah kut. Hahahaa!!" Gelak besar Erisya.

" Aliaa okey tak kerja dengan dia?!" Tanya Datin lagi.

"Setakat ni alhamdulilah. Dia banyak tunjuk ajar Aliaa."jawabku jujur.

" Mama tahu tak.. Banyak dia tanya pasal Aliaa dekat Sya. Dia tak tahu pun yang Aliaa ni wife orang. Kalau Aliaa single, mahunya dia try.. !!" Pula dah! Berkerut sejuta aku.

" Hahaha..!! Mana taknya. Comel kan.." Malu aku jadinya.

"Hahaha..!! Jangan Sya. Aliaa ni masih bini orang. Batas-batas tetap kena jaga.." kataku.

" Tulah.. Faliq tu je yang bodoh. Entah apa yang dia kejar sangat dengan si parasit tu. Bukan cantik pun, you lagi cantik tau Aliaa. Parasit tu harap bergaya dan seksi je lebih. Perangai haramm..!! Kalaulah Faliq tu lepaskan you and kahwin dengan Haikal. Pasti dia menyesal seumur hidup. Padan muka dia..!! Eee sakit hati betul lah dengan dia tu.." Amboii terlebih emosi pula Erisya ni. Aku gelakkan je. Lawakk pun ada!!

"Mulalah Sya ni.."

" Iyalah ma.. Sakit hati tau. Dulu punyalah kejar Aliaa, dah dapat. Suka-suka je buat Aliaa macam ni. Gila punya lelaki!! Tak apa Aliaa, jangan risau. Kalau Faliq taknak you, Haikal ada.. Hahahaha!!"

"Aik Sya..!! Lain macam pula ni.. " aku menjeling manja pada Erisya.

" Hahahaha..!! Jangan marah!! I gurau je. Tapi kalau betul pun. Bagus juga.. Hahaaha!!" Kuat Erisya gelak. Betul-betul lah Erisya ni. Jangan cari nahas. Aku masih bini orang ni. Bahaya.. Bahaya!!

Hmm.. Orang yang melihat pun sakit hati, apalagi aku yang menanggung, yang menghadap setiap hari. Diperlakukan seperti tak wujud. Seperti memang kami dah berpisah tapi hakikatnya masih suami isteri. Kadang-kadang terfikir juga. Faliq buat aku macam ni, seperti sengaja menyakiti hati aku. Iyalah dia berkepit dengan Tasya depan orang. Sedangkan orang tahu aku isterinya dan Tasya tu kekasih gelapnya. Orang tu pun kerja satu bangunan kami. Semua tahu kisah aku dan Faliq dulu. Pernah jadi hot satu bangunan dan kini jadi hot juga. Lagi hebat hot nya.

Malu sebenarnya. Macam-macam orang cakap pasal aku. Tapi tak apalah. Orang nak bercakap, silakan. Nak mengutuk dan nak mengata aku, terpulang. Orang hanya pandai bercakap tapi tak tahu apa yang berlaku. Biarlah.. Orang kutuk belakang aku, bermakna orang tu bagi aku pahala. Alhamdulilah.. Aku dah tak kisah dengan kutukan dan kritikan orang. Tak ambil hati pun. Dan macam biasa, tak ambil port. Cukup bagiku Allah megetahui segala-galanya. Iya.. Allah lebih mengetahui.

" Tutt... Tuuttt..!!" Handphone berbunyi. Encik Haikal call. Aku minta izin jawab panggilan sekejab.

" Iya Encik Haikal..?!"

" Saya lupa nak bagitahu awak semalam. Lepas lunch nanti, kita ada appointment dekat Ampang.." Suara lembut Encik Haikal di talian.

" Okey..!!"

" Awak dengan Sya ke? Saya call dia tak dapat. Awak bagitahu dia juga ya."

"Sya ada ni. Okey..!!"

" Jumpa nanti.. Bye!!" Aku senyum. Erisya dan Datin pandang tepat ke arahku.

"Sya.. Lepas lunch kita ada appointment kat Ampang.." kataku pada Erisya.

"Oh!! Petang ni ek?! I ingat esok.. Selamat Haikal ingatkan.. Eh! Jomlah kita pergi sekarang. I nak singgah beli barang sikit.." aku angguk. Aku terus mencari Dhia, seronoknya dia main. Happy betul. Lagi pula dilayan dengan bibik, lagilah dia suka. Aku mencium dan peluk Dhia sekuat hati. Tinggallah Dhia dengan bibik. Sedihnya nak tinggalkan Dhia.

" Jangan risau. Dhia okey je. Aliaa kerja elok-elok ya.." Datin memahami hati aku dan tahu apa yang aku rasa. Aku dan Erisya terus melangkah. Aku pergi dan balik kerja dengan Erisya. Dah duduk serumah pun kan. Senang..!!

Bila bersama Erisya, aku memang tak fikir benda lain dah. Kami akan borak pasal kerja je. Banyak benda yang aku kena belajar. Satu persatu Erisya ajar. Dulu masa kerja dengan Encik Zack semua aku tahu, tapi dah lama tinggalkan semua ni jadi memang banyaklah lupa. Kena belajar dari bawah semula. Selamatlah Encik Haikal sporting. Memang syok kerja dengannya. Tiba-tiba aku jadi risau pula, risau akan apa yang Faliq cakapkan malam tadi. Tak bagi aku keluar dengan Encik Haikal. Urusan kerja pun dia tak bagi. Jadi, macam mana? Hmm.. Tawakal jelah. Yang penting niat aku. Aku keluar dengan Encik Haikal bukan suka-suka. Aku keluar atas urusan kerja. Dan, dia rakan kerja aku. Apa-apapun memang aku dengan dia pun. Atas urusan kerja. Allah tahu niat aku. Faliq nak cakap apapun. Biarlah.. Tasya nak fitnah aku? Biarlah..

Appointment tu kami pergi bertiga. Aku, Erisya dan Encik Haikal. Kami naik sekali satu kereta. Erisya kenalkan aku bersama client kami. Client dari Sabah. Senang sikit urusan lepas ni. Selesai semua, kami balik office. Aku dan Encik Haikal jalan bersama ke lobi. Erisya minta kami jalan dulu sebab dia nak ambil barang tertinggal didalam kereta. Aku dan Encik Haikal macam biasa jalan sambil berbual. Berbual pun mengenai kerja. Aku suka cara Encik Haikal kerja. Kerja secara profesional. Tak campur adukkan dengan peribadi. Kerja is kerja. Tak pernah pun dia tanya personal aku dan tak pernah dia cerita personal. So, aku hormat dia.


" Aliaa..!!" Aku tersentak apabila terdengar satu suara jerit memanggilku dengan keras sekali. Aku dan Encik Haikal memberhentikan langkah dan terus menoleh ke belakang. Alamak!! Faliq dengan wajah yang bengis tepat memandang ke anak mataku tanpa berkelip langsung. Turun naik nafasnya menahan marah. Aku buat seperti biasa. Senyum. Dia terus menghampiriku. Encik Haikal memerhati saja.

"Awak tak ingat ke apa yang saya cakap malam tadi? Awak memang cari pasal kan.." katanya marah. Merah mukanya.

" Saya kerja.."

" Lantaklah kerja ke apa. Kan aku dah cakap, jangan keluar dengan jantan ni. Kenapa kau tak faham?!" Encik Haikal senyum.

" Saya keluar dengan Encik Haikal atas urusan kerja. Bukan macam abang cari betina..!!" Terlepas aku cakap. Aku pun cari pasal. Aduh!!

"Kurang ajar....!!!" Pantas saja tangannya mahu menampar pipi aku. Dengan pantas juga Encik Haikal menangkap tangannya dari terus ke pipiku. Fuh!! Selamat. Kalau tak mahu berkecai gigiku.

" Jangan berkasar dengan wanita. Wanita ni isteri kau kan..?!" Kata Encik Haikal lembut.

"Kau jangan masuk campur urusan rumahtangga aku.."

" Urusan rumahtangga settlekan lah dekat rumah bukan dekat sini.."

"Ini bini aku, sukahati akulah. Kau siapa nak menyibuk.. "

" Memang aku bukan sesiapa pun. Tapi hormatlah isteri kau ni, dia kerja cari rezeki halal.."

" Ni dah kenapa ni? Kenapa ni Haikal.. " tiba-tiba Erisya muncul dan bersuara. Aku hanya membisu. Tak mampu nak cakap apa-apa. Perasaan takut masih menebal.


Kalau aku dah sayang aku sayang sampai ke mati. Tapi kalau ini jadinya.. Ishh!! Entahlah. Aku setia dan jujur dengannya. Dan tak kuasalah nak melayan lelaki-lelaki. Kalau kami tak ada jodoh pun, malaslah nak mula kenal lelaki semula, nak menjaga hati lelaki, nak makan hati, pendam perasaan, nak pertahankan hubungan. Sudahnya.. hati aku sendiri yang kecewa. Ahh!! Tak guna punya lelaki. Tak payah hidup tanpa lelaki pun lagi baiklah. Biar aku hidup sendiri je dengan anak aku. Lagi baiklah. Besarkan anak, bagi didikan yang terbaik untuk anak. Lagi bagus..!! Lelaki.. Hmm... Tutup rapat serapat-rapatnya pintu hati aku untuk lelaki. Cukuplah lelaki.. Jangan hadir dalam hidup aku lagi. Cukupp!!! 

Previous: Bab 25
Next: Bab 27

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.