336,424
Kategori:
Genre:
Bab 172
Aku excited sangat nak masuk office hari ni. Hati banyak happy pula. Nak kata ada yang menggembirakan, tak juga. Tapi entahlah. Asyik nak gelak je pula. Memang ting tong betul aku hari ni. Sampai je lobi, parking kereta. Sambil lalalalaaa. Nyanyilah apa lagi. Turun kereta, lock kereta dan jalan perlahan. Tengok jam ditangan. Jam 9.10pagi sudah. Dah kira lambat masuk office ni, tapi rasanya aku keluar awal kut. Nak kata taffic jam. Tak juga. Ahh!! Tak apalah. Bukan selalu kut.

Setapak dua aku jalan, aku berhentikan langkah. Berlegar-legar dia tu disana tu, muka serius je. Ada kes ke dekat area sini. Aku berkerut. Apakata aku jumpa dia kejab. Nak tanya khabar si penyangak semalam tu. Tanpa fikir panjang aku terus berlari anak ke arah Black yang sedang leka menjawab handphone.

"Black.. Black..!!" Aku jerit panggil namanya. Aduh!! penatnya. Black menoleh ke arahku. Terkejut dia tengok aku.

" Okey.!! Apa-apa roger.." Dia terus matikan talian. Aku sengeh pandangnya.

" Eh! Kau buat apa dekat sini? Bahayalah Aliaa.." Aku rasa pelik. Tercengang kejab.

" Bahaya?!  Bahaya kenapa pula?" Tanyaku ingin tahu.

" Pian ada dekat sini. Kalau dia nampak kita. Tak naya?!" Jawab Faliq.

" Oooooo.. Dia memang kadang-kadang ada dekat sini. Hantar barang dekat aku..!" Aku beritahu. Selamba.

" Iya. Memang dia hantar barang dekat kau. Tapi kalau dia nampak aku dan kau sekarang ni. Dan dia info Angel, macam mana?!"

" Bukan Tasya kenal kau pun, dia kenal aku je kut.."

" Ish!! Kau ni, banyak bunyilah. Ada apa nak jumpa aku ni. Cepat cakap..!" Tanya Black.

"Berlagak betul lah dia ni. Aku nak tanya, budak semalam tu siapa? Budak Tasya ke?!" Tanyaku pula.

"Iya..!! Budak itu diupah oleh Angel untuk tikam kau. Puashati..!" Jawab Black. Mata dia meliar pandang sekeliling.

" Hmm.. Okeylah. Aku blahlah. Malas cakap dengan orang berlagak ni. Byee..!!" Aku terus pusingkan badan dan mula melangkah. Dan.. Patah balik.

"Black.. kejab..!!"

" Apa lagi Aliaa..!" Aku sengeh lagi.

"Tadi kau cakap, ada Pian dekat sini kan..?!" Tanyaku.

"Ha iyalah. Kenapa?!"

"Maknanya dia mesti pergi office aku. Aku nak pulangkan barang Mr.K dekat dia.. Okey byeee!! Nanti whatsapp ya..!!" Tanpa buang masa, aku terus lari laju-laju ke lobi. Kena cepat ni, nak jumpa si Pian tu. Cepat-cepat aku masuk dalam liff. Kenapa aku rasa liff ni lembab sangat ni. Cepatlah liff. Aduh! Merungut. Harap-harap sempat jumpa Pian. Tingg!! Pintu liff terbuka je, aku terus meluru masuk dalam office. Pintu kubuka. Ada seorang lelaki pakai cap putih duduk di ruangan menunggu. Diatas meja terdapat, jambangan bunga tulip. Laa.. Bunga tulip pula. Dan bersama sekotak hadiah bersaiz sederhana besar berbalut kemas. Pian tak perasan kehadiran aku pun. Aku tarik nafas panjang dan hembuskan perlahan. Okey Aliaa.. Serius..!!

" Selamat pagi..!! Encik nak jumpa siapa?!" Tanyaku lembut dan melemparkan senyuman.
Pian menoleh dan bangun.

"Ya pagi..!! Saya nak hantar barang ni. Tapi tak ada orang pula.." jawabnya. Dia senyum.

" Mungkin diaorang busy kut. Barang untuk siapa ya, Insha Allah saya boleh sampaikan..!" Tanyaku. Sengaja.

" Barang untuk Cik Aliaa Sofea..!" Jawabnya.

" Ooo.. Sorry tanya.. Ini barang dari Mr. K ke?!" Aku saja bertanya.

"Iya.. Dari Mr. K.."

" Oh.. !! Hmm.. Encik tunggu sekejab ya. Cik Aliaa ada pesan, kalau ada orang datang, dari Mr. K, dia minta saya sampaikan sesuatu untuk Mr.K.." kataku. Senyum.

"Sampaikan sesuatu?" Pian bertanya. Pelik.

" Aha.. Mr. K tu kan setiap hari bagi hadiah dekat Cik Aliaa. Jadi, Cik Aliaa pun naklah juga bagi dekat Mr.K tu..!" Pian angguk.

"Cik Aliaa belum masuk ke?! Dan Cik ni siapa?!" Dia tanya lagi.

"Awak tak boleh lama kan. Tunggu sekejab ya. Saya ambil sesuatu tu. Tunggu tau..!! Dua minit..!!" Kataku. Pian angguk kepala dan senyum.

Aku terus masuk dalam bilik. Aku terfikir sekejab. Pian tak kenal aku ke? Tapi mustahil lah dia tak kenal. Mesti Tasya ada cerita mengenai aku dan tunjuk gambar aku dekat Pian. Atau Pian saja juga kut buat-buat tak kenal. Hmm.. Iyalah.. Dia buat-buat tak kenal aku. Tak apa tak kisah pun.


Eh!! Boleh pula aku berkhayal. Aku cuba nak angkat kotak ni. Fuhh!! Tak larat aku nak angkat. Berat..!! Aku terus keluar dan cari Naim. Mujur ada mamat ni. Fokusnya buat kerja. Aku terus panggil Naim minta tolong dia angkatkan kotak berisi segala barang pemberian Mr.K bawa keluar. Naim letak kotak di hadapan Pian dan terus masuk dalam semula.

Terkejut muka Pian apabila nampak kotak besar tu. Tercengang dia.

" Encik.. Ini Cik Aliaa minta tolong berikan kotak ini pada Mr.K ya. Cakap dekat dia, Cik Aliaa ucap terima kasih banyak-banyak. Dan, ini untuk Cik Aliaajuga kan.." Aku ambil jambangan bungan dan bungkusan kotak tadi terus masukkan dalam kotak besar itu. Bertambah koleksi barang kau Mr.K. Aku senyum. Pian masih tercengang.

" Ini semua bagi Mr.K?!" Pian tanya.

"Iya.. Tolong ya!! Awak kan baik. Awak kena bagi juga pada Mr.K, kalau tak nanti saya kena marah dengan Cik Aliaa.. " kataku lagi. Baiklah saaaangat.

" Tapii.. !" Pian garu kepala.

" Rasanya itu je kut. Saya banyak kerja ni. Nanti kalau Cik Aliaa datang, tengok saya tak buat kerja lagi. Mahu saya kena marah. Dia tu garang macam singa. Takut saya!! Okeylah! Terima kasih ya Encik Hensem.. Bye..!!" Aku senyum dan terus masuk dalam. Pian masih tercegat. Aku mengintai dari dalam. Nak tengok dia bawa ke tidak kotak besar itu. Pian angkat kotak itu. Yeahh!!! Akhirnya... Berjaya plan aku ni. Berjaya pulangkan semua pemberian Mr.K. Aku tarik nafas lega. Aku intai lagi, Pian dah masuk dalam liff. Aku senyum.

Patutlah aku rasa happy je hari ini. Rupanya.. Inilah yang buat aku happy. Dah tak payah nak fikir apa lagi dah. Kosong kepala aku. Hilang sudah bebananku. Alhamdulilah.. Syukur..!! Aku masuk bilik dan nyanyi. Happynya..!!
 Aku keluarkan handphone. Aku tunggu panggilan dari Mr.K. Tak sabar nak tunggu apa dia akan cakap nanti.

Tutt.. Tutttt...!! Handphone ku berbunyi. Sepantas kilat aku ambil di tepi fail. Black call? Dah kenapa pula. Tadi marah.

"Dah kenapa call?!"

" Marah nampak..! Kau suruh Pian bawa apa tu. Besarnya kotak?!" Tanya Black. Sibuk je tanya.

" Tu lah barang yang Mr.K bagi aku. Aku kumpul dan masuk kotaklah.."

" Banyak tu? Haahahaha..!!" Aik..!! Gelak pula dia.

"Iyalah..! Yang kau gelak kenapa?!"

" Tak ada apa.."

"Apasal kau tak tangkap je dia. Kan senang kalau tangkap tu, mana dia boleh lari bawa kotak besar tu.."

"Aku diarahkan untuk pantau kau je. Jangan risau, kejab lagi mereka tertangkap juga ni..!"
Kata Black. Confident.

" Kalau nak tangkap diaorang tu, jangan lupa bawa aku. Aku nak tengok muka Tasya tu. Nak hahahaaaa kan dia..!" Aku sengeh.

" Tak ada kerja dah ke nak hahahaa kan orang. Jangan lupa jumpa Tuan Adam nanti. Dia tanya kau tadi.. !" Black ingatkan.

"Dia dah balik ke? Okeylah nanti aku ajak abang aku jumpa dia.. Okeylah.. Kau buat kerja elok-elok. Jangan lalai!  Happy nya ada bodyguard. Hahahaa..!!!"

" Sukanya dia. Bye..!" Aku terus gelak. Handphone ku letak ditepi fail semula. Aku gelak kecil. Macam-macam yang berlaku. Inilah namanya kehidupan seperti di pentas lakonan. Iya.. Memang pun dipentas lakonan, kita ni hanya sebagai pelakon dan pengarahnya adalah Allah swt.

Tepat jam 12 tengahari, abang call suruh turun. Abang aku ni, memang menepati janji betul lah. Aku yang kelam-kabut jadinya. Aku biarkan meja yang bersepah. Nantilah balik baru kemas, kalau lambat nanti abang membebel. Aku jalan cepat-cepat. Encik Adam tak pula call aku, mungkin dia call abang kut sebab aku cakap. Apa-apa call abang, kecuali kalau ada hal penting je baru call aku. Turun je tangga nampak dah kereta putih abang. Putih bersih. Aku terus masuk dalam kereta.

Sampai tempat yang dituju. Sebelum berjumpa dengan Encik Adam, aku di interview oleh seorang anggota polis. Kemudian, barulah menghadap Encik Adam. Tersenyum lihat kami.
Dengan tak dipelawa duduk, aku selamba je duduk. Abang bersalaman dengan Encik Adam.

" Dari office ke ni.." tanya Encik Adam pada abang.

"Yup..!! Curi masa kejab bawa adik kesini.."

"Tak payah hantar dia. Dia boleh datang sendiri kut. Manja sangat ni.." Encik Adam bergurau. Abang gelak.


" Hello.. Abang saya sayang sayalah. Dia tak kejam tau. Saya ni adik yang dengar cakap, saya taknak jadi adik derhaka tau" Dia membuka satu fail dan menyandarkan badan.

" Adik kau memang macam ni ek Dil.." Abang gelak je. Geram pula aku dengan dia ni. Lebih pula dia.

"Encik Adam suruh saya datang ni sebagai apa ni. Saya busylah.." Aku jeling.

" Hahaha.. Okey Sorry..!! Pasal kejadian semalam petang. Budak tu dah buat pengakuan. Dia salah seorang  budak Angel dan diarahkan untuk bunuh awak. Nampak tak Angel makin berani.!" Jelas Encik Adam.

" Jadi, sekarang ni Aliaa masih dalam bahaya.." kata abang.

" Tapi tak apa. Kami akan  lebih dan terus pantau Aliaa. Rasanya Angel dah tahu kut Aliaa yang bagi maklumat pada kami.." aku terdiam.

" Bila nak tangkap Tasya tu. Kenapa tak tangkap je terus?!" Tanyaku. Encik Adam senyum. Aku serius kut.

" Sekejab lagi dia akan tertangkap. Jangan risau..!"

" Tadi.. Pian hantar barang dekat saya macam biasa. Saya dah pulangkan semua barang yang Mr.K bagi tu.." kataku.

" Pian tak cakap apa-apa ke?!"

" Tak..!! Cuma dia terkejutlah. Tapi yang saya pelik, dia tak kenal saya. Saya pun taklah cakap saya ni Aliaa. Takkan dia tak tahu saya Aliaa dan takkan Tasya tak tunjuk gambar ke kan.." aku meluahkan rasa kepelikan.

" Oh iyeke?! Tu saya tak pasti pula. Atau dia sengaja buat tak kenal. Nak spiko awak je kut..""teka Encik Adam.

" Mungkin juga kan. Tapi kan. Saya rasalah, ni cuma firasat sayalah. Mr. K tu pun tak kenal saya. Dia cuma dengar cerita mengenai saya dari Tasya je.." aku menduga sendiri. Abang sejak tadi senyap je.

" Ada betulnya juga. Oh ya! So, awak jadi ke nak jumpa Mr.K tu?!" Alamak.. Encik Adam ni. Terkantoikan lah pula depan abang. Baru nak diam-diam. Aku berkerut marah pada Encik Adam. Encik Adam sengeh.

"Adik nak jumpa Mr.K? Nak buat apa? Kenapa tak info abang?!" Abang tanya. Aku sengeh.

" Bukan.. Hmm.. Mr.K tu call adik semalam, dia nak jumpa. Tapi adik taknak jumpa dia pun.." jawabku jujur.

" Abang taknak adik jumpa dia tanpa pengetahuan abang. Ingat tu..!!" Abang bagi warning pula. Aduh!!

"Tapi abang.. Kalau adik tak jumpa dia, adik tak tahu siapa dia? Please abang.. !! Sekali je ni, last.. last.. !!" Kataku, pujuk abang.

" Adik dah pulangkan semua barang dia kan. So, dah tak ada apa-apa urusan dah dengan dia. Kalau dia call, abaikan je. Serah semua dekat polis je..!" Kata abang, tegas. Aku pandang Encik Adam. Minta back up lah konon tapi dia senyum je.

" Betul tu Aliaa.. Awak jangan risau, awak akan tahu juga siapa Mr.K tu nanti.." Jawab Encik Adam. Aku diam. Aku sebenarnya memang nak tahu sangat siapa Mr.K tu dan memang kalau boleh nak jumpa dia. Tapi.. hmm ..

"Dengar cakap abang tu. Nanti jadi adik derhaka pula..!" Encik Adam perli. Eh.. Eh.. Dia ni cari pasal pula.

"Apa perli? Tembak nak..!!" Aku menjeling.

" Urusan saya dengan Encik Adam dah habis. So, saya nak balik. Lama-lama saya dekat sini. Saya pun akan jadi senget macam Inspektor senget ni.."kataku. Gurau kasar. Hahahaa.. Abang pukul tangan aku.

" Awaklah buat saya senget..! Okey bro.. Thank you datang. Kalau ada apa-apa nanti aku info kau..!"mereka bersalaman.

" Alright!!" Aku memerhatikan mereka. Kami keluar dari bilik Encik Adam. Anggota yang berada dikaunter memberi senyuman pada kami. Kami membalas senyuman.

"Encik Adam..!! Siapa nama budak yang nak tikam saya semalam tu?! Dia ada family? " Tanyaku. Tergerak nak tahu.

"Epul.. Dia ada isteri dan dua orang anak yang masih kecil."

" Parents?"

"Ada. Duduk sekali dengan dia. Kenapa?!"

" Boleh tak kalau saya nak minta alamat rumahnya?"

" Alamat rumah?!" Aku angguk.

"Boleh tapi untuk apa?!" Tanya Encik Adam.

" Adalah..! Bagi je..!" Pintaku.

" Nanti saya whatsapp.." katanya. Aku angguk. Aku dan abang berlalu pergi.

Sepanjang perjalanan, aku asyik terfikir je budak Epul tu. Muda lagi tapi kenapa sampai terjebak dengan Tasya. Ada anak isteri pula tu. Ya Allah..!! Kasihannya anak isterinya. Yang buat aku sedih tu, anak-anak masih kecil menurut Encik Adam. Tergerak hatilah pula nak tahu lebih lagi mengenai latar belakang Epul. Negara yang semakin maju begini, sepatutnya anak-anak muda pun semakin maju ke depan tapi masih ramai juga yang masih hidup menjadi hamba jenayah. Entahlah.. Nak cakap pun susah. Semuanya dari hati sebenarnya. Tiada siapa yang boleh mengubah nasib mereka jika tidak dari diri mereka sendiri. Yang jadi mangsa isteri dan anak-anak. 


"Kita makan dulu ya. Wan nak join sekali.." tiba-tiba abang bersuara. Ha?? Wan??

"Faliq join ke?!"tanyaku semula.

"Tak..!!"

"Oh okey!!" Jawabku dan senyum.

Eh!! Rasa macam happy je ni kenapa pula ni. Terus senyum aku. Dengar je nama Zahwan, terus hilang pula fikir pasal Epul tadi.

Orang kata, sambil mengelam minum air. Sambil berborak nanti bolehlah menjeling wajah kacak Zahwan. Rindu pula rasa dengannya. Senyuman gigi taringnya tu, aduhai..!! Teringat zaman muda mudi dulu. Isshh!! Aliaa... Jangan buat hal Aliaa oii. Tahu Mr. Arkitek kau tu. Mahu panjang muncungnya nanti. Kalah hidung panjang Pinochio. Hahahahaa...!! 
Previous: Bab 171
Next: Bab 173

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.