336,667
Kategori:
Genre:
Bab 153
Selepas menunaikan solat isyak, Aliaa duduk di katil. Termenung sendiri. Kenapa perasaannya rasa lain. Kenapa rasa tak sedap hati? Aliaa teringat akan perbincangan siang tadi. Betul ke keputusannya. Betul ke dia masih sayang dan cinta Faliq? Ya Allah.. Kenapa Aliaa jadi negatif macam ni. Apa dah jadi dengan dia.

Arhh Sudah!! Dan dengan serta-merta wajah Tasya terus menerjah di kelopak matanya. Dengan senyuman sinis. Hilai tawanya tiba-tiba kedengaran. Tasya mentertawakannya dan  merenung tajam pada Tasya. Mahu saja ditampar-tampar muka Tasya. Apa? Ingat kau cantik sangat ke?! Parasit meroyan. Bisik hati Aliaa. Ishh!! Aliaa terus ambil bantal dan tutup muka dengan bantal. Kemudian, perlahan-lahan dia intai bayangan Tasya dari tepi bantal. Cak!! Okey clear. Dah tak ada. Perosak mood betul lah Tasya tu. Fuhh!! Aliaa tarik nafas lega. Bantal dipeluk dan sandarkan badan di kepala katil. Pandang kanan kiri, atas bawah dan pandang disetiap sudut bilik. Huh!! Berdengus kuat.

" Macam mana ni, betul ke aku nak rujuk semula dengan Faliq ni? Aku rasa sayang dia tapi kadang-kadang rasa macam tak sayang. Rasa macam sahabat je pun ada juga. Tapi kadang rasa macammm... Arghhhh!!" Katanya sendiri. Apakah ini semua harus terjadi? Aliaa jerit perlahan.

Dia meletakan bantal dan bangun. Jalan menuju ke pintu dan melangkah keluar, perlahan-lahan. Adil sedang baca buku, duduk sendirian di ruang tamu. Aliaa menghampiri Adil dan terus duduk disebelahnya. Moodnya memang kelaut. Adil memandang Aliaa.

"Dah kenapa dengan muka tu? Muncung manjang.. Apasal ni? Gaduh dengan Faliq?" Teka Adil. Aliaa menjeling padanya. Aliaa tetap diam. Macam mana nak mulakan. Kalau cakap, takut Adil marah pula. Kalau tak cakap, Adil tak tahu. Aliaa nak abangnya tahu hati perasaannya ketika itu.

"Oitt.. Kenapa senyap je ni? Cakaplah. Ada problem..?!" Adil terus bertanya.

" Abang..! Kalau adik cakap, abang jangan marah ya.."

" Tengok pada yang adik cakaplah. Kalau okey taklah abang marah, kalau tak okey, mestilah abang marah kut.." jawab Adil.

" Kalau macam tu, taknak cakaplah.."

" Aik!! Hahahaa... Okey..!! Okey..!! Cakaplah, abang dengar.." Adil mengalihkan badan menghadap Aliaa. Aliaa bersandar disofa dan peluk bantal sofa. Pandang meja, beratnya nak cakap.

" Adik nak cakap tahun depan ke atau tahun 2020.." perli Adil.

" Ish!! Kejablah. Nak ambil mood nak cakap.." Aliaa berkerut.

" Nak cakap pun kena ambil mood? Macam kes berat je ni.."

" Kalau adik cancel nikah tu boleh tak?" Katanya perlahan-lahan.

"Apa? Nak cancel nikah?!!" Macam nak terkeluar biji mata Adil terkejut mendengar kata-kata Aliaa. Aliaa angguk perlahan.

"Adik.. Meh pandang abang sini.." Aliaa mengalihkan kedudukan dan menghadap Adil. Bahu Aliaa di pegang lembut. Aliaa hanya pandang Adil sekilas saja dan pandang bawah. Tak sanggup nak membalas renungan mata abangnya. Tak sampai hati.

" Kenapa tiba-tiba buat keputusan macam ni sayang. Cuba cakap dengan abang. Adik ada problem?!" Adil tanya lagi. Aliaa geleng kepala.

" Adik tahu kan. Faliq sayang adik, dia perlukan adik. Dhia Afia perlukan mama dan papanya. Family Faliq pun sayang adik. Semua sayang adik.."  Angguk perlahan. Pandang mata Adil dan tundukkan kepala lagi. Masih membisu. Adil genggam tangannya. Dia tahu apa yang Adil fikir. Jujur cakap, Aliaa memang tak sampai hati nak tengok muka abangnya.

" Adik takut..!" Kata Aliaa perlahan.

"Takut kenapa? Adik takut Faliq ulangi lagi? Adik tak yakin dengan Faliq ya.." Teka Adil. Aliaa tak jawab apa-apa dan tetap tunduk. Iya.. Adil memang faham perasaan Aliaa.

"Dik.. Adik nampak kan kesungguhan Faliq nak rujuk semula. Adik nampak kan, perubahan dia, betapa dia sayang adik, sayang Dhia. Nak bina semula rumahtangga yang dah runtuh. Dia perlukan adik. Dan abang tahu adik juga perlukan dia dan Dhia juga.." Aliaa diam, diam dan diam. Kemudian, menutup rapat matanya. Tangan Adil makin erat menggenggam tangan Aliaa.

"Adik tahu tu semua abang. Adik tahu..!!" Aliaa bersuara. Pandang muka Adil dan matanya mula berkaca. Adil lemparkan senyuman.

" Habis tu kenapa sayang.."


"Kalau adik dah kahwin, adik kena duduk dengan Faliq. Adik dah tak dapat duduk dengan abang. Adik taknak jauh dari abang.." Luah Aliaa dan menitis airmatanya. Adil gelak kecil.

" Laa.. Kenapa fikir macam tu dik..!" Tarik nafas dan senyum.

" Adik tak boleh selamanya dengan abang. Adik ada family sendiri dan abang pun akan ada family sendiri.." Adil mengesat airmatanya. Dan senyum penuh kasih sayang.

" Kita takkan pernah berjauhan sayang. Apapun terjadi, adik tetap dengan abang dan abang pun akan tetap dengan adik. Adik adalah nyawa abang, hidup abang. Satu-satunya adik kesayangan abang. Abang takkan pernah lupakan adik sebab adik ada sentiasa dalam ni.. dalam hati abang. Sama dengan arwah ibu dan ayah. Walaupun mereka dah tak ada di dunia ni tapi mereka sentiasa ada dalam hati abang.." semakin deras airmata Aliaa mengalir. Tersedu-sedu. Emosi pula dia.

" Tapi nanti abang duduk sorang-sorang. Abang tak ada kawan. Tak ada kawan gaduh.." kata Aliaa lagi. Masih mengalir airmata.

" Hahahaa.. lawaklah adik ni.." Adil gelak besar.

"Hey adikku sayang..!! Abang nak tanya ni. Adik sayang abang tak?"

" Mestilah sayang..!!"

"Abang nak tengok adik hidup bahagia. Bahagia bersama Faliq dan Dhia. Adik tahu tak. Bila abang tengok adik bahagia. Abang pun akan rasa bahagia juga" jujur kata si abang dan Aliaa angguk perlahan.

" Kalau adik rindu abang macam mana?"

"Apa susah. Call jelah. Video call kan ada. Kalau adik free, baliklah sini. Kalau abang free, abang datang rumah adik. Ni kan rumah kita, bila-bila masa je adik boleh balik.."

" Abang..!! Adik tak percaya dekat mana-mana lelaki pun. Faliq pun adik tak percaya sebenarnya. Adik cuba juga untuk percayakan dia walaupun tak sampai 80% pun. Memang tak!! Adik cuma percaya dekat abang je. Satu-satunya lelaki yang adik percaya di dunia ni.. " luahnya lagi.

" Iya adik.. Abang tahu tu dan abang faham hati adik ni. Abang pun tak berani nak janji apa-apa, tapi abang yakin yang Faliq tu boleh bahagiakan adik dan Dhia.." kata Adil yakin.

" Terima kasih abang..!! Abang jaga adik selama ni sejak ibu ayah tak ada. Abang jaga adik penuh kasih sayang. Abang bagi adik kebahagiaan, abang bagi adik cukup segalanya. Abang tanggung pelajaran adik, abang jaga adik dan Dhia. Abang sanggup tak kahwin lagi sebab adik. Adik tahu, abang taknak adik hidup sorang, abang taknak adik susah hati. Terima kasih abang.. Terima kasih..!!" Aliaa terus sembamkan muka ke dada Adil. Peluk erat Adil. Dia meluahkan segalanya dan menangis teresak-esak seperti budak kecil minta dipujuk. Adil pun sedih sebenarnya tapi disembunyikan.

"Tu kan dah tanggungjawab abang. Amanah dari Allah dan amanah dari ibu dan ayah. Siapa lagi darah daging abang kalau tak adik. Nilah dia.. yang degil, yang keras hati, yang gila-gila, yang selalu cari pasal dengan abang..!" Dengan perlahan Aliaa meleraikan pelukan dan Adil menarik hidung adiknya. Senyum lagi. Tenang je wajah Adil. 

" Entahlah abang.. Adik rasa sedih sangat. Sampai adik rasa, bila dah nikah semula nanti. Macam akan terpisah dan akan jauh.. jauh.. dan jauh dari abang.."

"Itu perasaan adik je tu. Jangan layan sangat perasaan tu. Apa yang penting, adik bahagia dan abang pun bahagia juga. Sekarang ni, hmm.. kiranya macam... Bahagia abang bergantung pada adik. Kalau adik bahagia abang bahagia kalau adik tak bahagia maknanya abang pun tak bahagialah.. "

"Macam tu?! Kalau adik tipu-tipu bahagia macam mana?!" Sengaja Aliaa tanya.

"Hahaha.. Tak ada tipu-tipunya. Nak jadi munafik ke?!" Sengeh Aliaa.

"Abang ni dah macam seorang ibu tau. Apa yang terjadi dekat adik, dah boleh rasa dah. Lagi-lagi kalau berlaku sesuatu yang buruk. Memang akan terdetik hati ni tau. Ha! Jangan main-main dengan abang. Abanglah ibu, abanglah ayah, abanglah abang.." Aliaa senyum.  Airmata dah tak keluar dah.

Adil menggalas tanggungjawab berat sebenarnya. Dengan nak jaga adiknya ni dan jaga anak buah sekali. Memang tip top dia menjaga dua beranak itu. Bagi Aliaa, abangnya lah insan yang paling baik dimuka bumi ini. Siapa dapat miliki abangnya memang beruntung dan bertuah sungguh.


" So.. Nak cancel nikah atau nak teruskan?!"

"Entah..!" Jawab Aliaa ringkas dan duduk bersandar.

"Aik..!! Entah pula. Hmm.. Habislah, nanti meroyan baliklah duda sana tu..!" Adil sandarkan badan disofa disebelah Alia. Aliaa diam.

" Kan..! Biarlah dia meroyan sorang-sorang. Nanti adalah tu Puteri Kayangan pinang dia.." kata Aliaa gurau.

" Tulah.. Kalaulah betul ada Puteri Kayangan pinang yang sana tu, abang cuma takut je yang disini ni pula meroyan. Parah tu parah..!!" Adil mengusik.

" Alaa. Yang sini ni tak apa. Ada je nanti Putera Kayangan datang meminang. Kut-kut Putera Kayangan yang dari Gunung Kinabalu tu ke kan.." Aliaa sengaja.

" Ooo nak juga dari Sabah ye. Lain macam je adik ni.. Ni mesti ingat Wan lagi ni.. Hmm..!!"
Alamak!! Tekaan Adil tepatlah pula. Tapi macam mana pula dia tiba-tiba boleh pula tersebut Sabah ni. Mestilah Adil syak si Wan tu.

"Hehe.. Tiba-tiba pula dia muncul dalam fikiran ni. Tak salah kut..!" Aliaa sengeh.

"Rasa adiklah kalau si Faliq tahu, macam mana? Rasa-rasanya, Gunung Kinabalu tu meletup tak?!"

"Haahahaaa... Bukan takat Gunung Kinabalu je meletup. Silap-silap segala yang didasar lautan Sabah tu pun akan meletup ke darat..." Aliaa gelak kuat.

"Tahu tak apa! So, jangan buat gunung dan laut Sabah tu meletup ya adik ya. Ingat tu? Jangan buat hal.." pesan Adil.

" Insha Allah Boss..!" Mereka masih bersandar dan pandang ke tv yang tidak dipasang. Perbualan dua beradik.

"Abang..! Adik rasa, macam ada sesuatu yang akan berlaku je antara adik dan Faliq.." luah Aliaa.

"Maksud adik?!" Adil menoleh padanya dan kembali pandang tv.

" Tasya..!"

" Kenapa dengan dia? Dia ganggu adik lagi?" Tanya Adil tenang.

"Hmm. Adik tahu, macam mana sekalipun dia tetap nak pisahkan kami. Walaupun akan ada nyawa yang tergadai.." katanya.

" Nyawa yang tergadai?!" Aliaa angguk.

" Sebenarnya.. Hmm.. Sebenarnya.. Yang langgar adik tempoh hari tu adalah Tasya!" Jawab Aliaa lembut. Adil terus menoleh pada Aliaa. Terkejut.

"Betul ke apa adik cakap ni? Tasya yang langgar?" Tanya Adil mahu kepastian.

"Iya.. Sebelum adik pengsan tu. Adik nampak dia, dia buka tingkap dan ketawakan adik kuat. Lepas adik sedar, bayangan dia selalu muncul ketawakan adik.." Adil serius.

" Kenapa adik taknak info ni pada Inspektor Adam.."

" Jangan dulu abang. Belum masanya.."

"Belum masanya apa lagi dik. Nak tunggu ada nyawa yang dah melayang baru nak info?!" Kata Adil tegas.

" Itu adik tak ada jawapan. Tapi tolong abang, jangan info Encik Polis tu atau jangan cerita kat sesiapa pun." sambung Aliaa lagi.

" Adik tak boleh macam ni. Adik kena info juga.  Keselamatan adik tu penting. Abang risaulah dik..!" Adil mengeluh.

"Adik tahu. Abang bagi adik masa sikiiiittttt je lagi ye. Adik akan buka cerita pada Encik Polis tu nanti. Tapi sekarang, tolonglah jangan tanya adik apa-apa lagi. Cukup itu je.." Aliaa memandang  Adil dan senyum minta difahami. Adil tarik nafas dalam dan lepaskan kuat. Dia tak jawab iya atau tidak. Wajah kerisauan. Aliaa pun tak tahu kenapa dia masih berdegil lagi untuk tidak mengambil apa-apa tindakan pada Tasya. Sedangkan dah sah dan nyata Tasya punya angkara. Dan kenapa Aliaa baik hati sangat ni melepaskan dan membiarkan Tasya buat jahat padanya.

"Adik.. Janganlah buat macam ni. Kenapa adik taknak info pada pihak berkuasa? Kalau apa-apa terjadi lagi pada adik lepas ni, macam mana?" Adil masih lagi tanya dan tanya. Betul-betul dia risau.

"Abang..!! Tolong.. Tolong.. Tolong..!! Tolong jangan paksa adik jawab kenapa? Cukuplah itu yang adik boleh info dulu. Adik taknak info dalam keadaan adikkk...!!" Percakapan Aliaa terhenti. Dia dah rasa semacam dah. Tak mampu nak teruskan kata-kata. Dia perlu tenang. Doktor pesan dia tak boleh tekanan sebab masih tak stabil sepenuhnya.

Mata dipejam kuat. Tarik nafas perlahan-lahan, dan hembuskan juga perlahan-lahan. Entahlah kenapa dia rasa macam ada batu menghempap kepala dan dada sekaligus. Fuhh!! Kalau  dipaksa diri, mahu terhenti jantungnya. Mahu pecah kepalanya. Nafas laju tiba-tiba dah macam ERL KLIA saja. Berdesup laju. Pecut. 


" Okey.. Okey..!! Abang tak tanya lagi. Sorry..!!" Adil tengok Aliaa dah berubah muka jadi tegang terus dia berhenti dari terus bertanya. Telan liur Adil tengok Aliaa seperti tercungap-cungap.

" Adik okey tak ni?!" Risau. Aliaa angguk.

"Adik nak masuk bilik ye. Adik penat.." pinta Aliaa.

"Okey!!" Aliaa bangun perlahan. Berkerut menahan sesak dada. Memang rasa penat sangat. Kepala pun jadi berat. Dia rasa seluruh wajahnya jadi tegang. Dia kena tenangkan fikiran, hati dan semuanya.

Adil menyapu mukanya dengan tangan. Memikirkan sesuatu. Selepas Aliaa info padanya mengenai Tasya, dia terus jadi risau yang amat. Nak info Inspektor Adam, nanti kalau Aliaa tahu. Confirmlah dia marah dan tekanan pula. Doktor dah pesan buat masa ni jangan bagi Aliaa tekanan. Fikirannya masih tak stabil sangat. Mahunya boleh jadi, Amnesia lagi. Tak pasal-pasal, Aliaa lupa dia pula nanti. Taknak Adil. Tapi kalau tak info, membahayakan keselamatan Aliaa. Dua hati dah dia. Pening kepala. Dia pula yang jadi tekanan. Sabarlah Adil. 

Previous: Bab 152
Next: Bab 154

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.