336,439
Kategori:
Genre:
Bab 54
Fuhh!! Harinya telah tiba. Tepat jam 5.00 pagi aku dah bangun. Aku buat solat taubat dan solat tahajjud. Mohon diberi kekuatan. Selepas solat, aku baca alquran sampai ke subuh. Selesaikan sekali solat subuh. Aku dah bersedia untuk hadapinya. Insha Allah.. tak akan ada setitis pun airmata dihadapannya nanti. Aku redha. Andai ini takdirku..  Iya, aku akan kuat demi Dhia, demi abang aku. Mereka sumber kekuatanku.

Kami kena berada di mahkamah pada 8.30pagi. Jadi kena keluar awal. Takut jalanraya sesaklah pula. Abang dah tunggu aku dimeja makan. Abang buatkan roti bakar dan air nescafe untukku. Macam biasalah. Abang yang buatkan sarapan untuk si adik. Hehe..!! Aku mengunyah roti bakar. Berselera sungguh aku makan.

"Adik okey?!" Tanya abang.

"Okeyy!!" Jawabku ringkas.

" Dah bersedia?!"

"Ya.. sure!!" Aku senyum penuh keyakinan. Abang pun senyum.

"Abang harap adik kuat.."

" Iya.. Insha Allah..!! Jangan risau, adik redha.."abang angguk-angguk kepala tanda faham.

" Abang tahu adik abang kuat. Semangat adik kuat. Tak apa, semua ni ada hikmah.." sambung abang lagi.

"Mudah-mudahan berkat doa semua yang sayang adik.. " aku senyum lebar.

" Jom.. Nanti lambat pula.." Aku meneguk air nescafe sampai habis. Dan cuci cawan. Selesai je. Terus melangkah keluar rumah. Dalam perjalanan, kami berbual kosong. Aku pun entah kenapa happy pula pagi itu. Tak rasa apa-apa pun. Bukan sepatutnya nak berpisah dengan suami, sedih ke?! Tapi aku boleh pula ceria. Siap gurau senda lagi dengan abang. Allah bagi kekuatan pada aku. Dan aku pun dah ikhlaskan hati terima semua ketentuan ilahi. Redha.. Insha Allah.. Semoga dipermudahkan.

Tut.. Tutt...!! Handphone ku berbunyi. Haikal call. Aku senyum. Ni mesti nak bagi semangat ni. Teka aku.

" Iya Haikal...!!" Jawabku ceria.

"Alhamdulilah.. Saya dengar suara awak ceria pagi ni. Tenang hati saya. Awak macam mana? Okey? Dah ready?"

" Hahaha.. Insha Allah. Doakan saya ya..!"

"Sentiasa doa untuk awak. Semoga semuanya berjalan lancar.." katanya.

"Thank you..!! Awak dekat mana?!"

"Dekat rumah ni. Nanti kita jumpa ya.."Talian dimatikan. Aku gelak kecil.

" Ehem.. ehem..!! Wow!! Ada yang bagi semangatlah.. Hehe!!" Perli abang. Aku gelak.

"Biasalah. Dah nama pun rakan sekerja. Mesti bagi semangat kan.." jawabku.

"Eh!! Ni bagi semangat bukan pasal kerja tapi bagi semangat personal.." abang senyum perli.

" Sama je.." aku sendiri malu. Jangan nak merepeklah. Jalan lengang.

Kami memasuki perkarangan Mahkamah Syariah. Kelihatan kereta Faliq sudah ada. Awal sampainya. Excited kut. Abang parking kereta selang dua buah kereta dari kereta Faliq. Tiba-tiba dicorong radio, keluar pula lagu Mewangi nyanyian Akim and The Majistret. Lagu penuh kenangan aku bersama Faliq dulu. Fuh!! Jadi sedihlah pula. Aduhai.. Lagu ni, seperti tidak mahu kami berpisah. Aku terdiam. Tak tahu nak nangis atau nak happy. Arhh!! Jangan Aliaa.. Jangan..!! Relax Aliaa.. Nekadkan hatimu. Kuatkan hatimu.. kata hati kecilku.

" Adik..!! Jom..!!"Abang menegur. Aku pandang abang, senyum dan angguk. Pintu kereta ku buka perlahan. Kakiku melangkah perlahan keluar. Segala dokumen peribadi aku pegang erat. Pintu kereta ku tutup. Tarik nafas dalam. Senyum. Ya Allah..!! Kuatkan hatiku..!!

Dengan lafaz Bismillahirrahmannirrahim aku memulakan langkah. Aku tak pakai kacamata hitam pun, biasa kalau orang nak berpisah, mesti pakai kacamata hitam kan. Mungkin nak tutup mata merah menangis kut. Tak perlu semua tu. Aku kuat aku takkan menangis. Nekadnya aku. Aku jalan beriringan dengan abang. Tenang. Tapi dalam hati, hanya Allah yang tahu. Aku senyum dan senyum. Ada juga beberapa orang sedang menunggu di luar kaunter Mahkamah. Mungkin senasib aku juga kut. Tekaku. Aku sempat pandang Faliq yang sedang berbual dengan seorang lelaki. Tak tahu siapa. Dia nampak aku. Terpaku pandang aku atas bawah. Mukanya terus berubah. Sedih. Ha?? Sedih!! Untuk apa sedih Faliq. Ini keputusanmu. Aku pandang dia dan mengukir senyuman. Tiada balasan senyuman pun darinya. Abang pula, bersalaman dengan semua yang ada disitu. Termasuk salam Faliq.


Abang pun buat biasa je. Layan seperti biasa. Tak ada pun nak masam muka. Selesai urusan pendaftaran, Faliq sebagai Plaintif dan aku Defendan diminta masuk ke dalam mahkamah.

Hari ni, ikatan perkahwinan aku dan Faliq berakhir. Perkahwinan atas dasar suka sama suka dan cinta, dengan pelbagai dugaan onak dan berduri, suka dan duka sah terputus ditengah jalan. Ikatan yang bertahan lebih kurang enam tahun dan bahagia hanya setahun saja. Inilah kesudahannya. Perpisahan yang paling ditakuti oleh insan bergelar isteri. Status yang paling digeruni iaitu janda. Tiada seorang isteri mahukan perpisahan tapi apa boleh buat ini semua adalah ketentuan dari yang Maha Esa. Kita hanya mampu merancang dan segalanya Allah yang menentukan. Tiada apa yang perlu dikatakan. Hanya terima dan redha.

Alhamdulilah.. Segalanya berjalan lancar. Atas persetujuan kedua belah pihak. Perceraian secara baik, urusan dipermudahkan. Semasa Faliq melafazkan talak satu padaku dihadapan hakim. Aku dengan perasaan tenang dan senyuman tanpa setitis pun airmata yang jatuh. Dan selepas saja Faliq melafazkan talak tersebut. Dia menangis dan terduduk dilantai. Suasana agak sayu dan sedih sekali.  Aku langsung tak nangis apabila melihat dia. Sedih memang sedih tapi mungkin nekad hatiku untuk tidak menitiskan airmata dihadapannya.

Aku menarik nafas dalam, memejamkan mata dan menghembuskannya perlahan-lahan. Aku dapat rasakan, segala penderitaan yang aku tanggung selama ini, segala kesakitan terlepas dari bahuku. Terbang menjadi ringan. Apabila ikatan terputus bermakna terputus jugalah tanggungjawabku sebagai seorang isteri. Fuhh! Allahuakhbar!

Selesai semua urusan, aku dan abang melangkah ke kereta. Abang memimpin tanganku, abang genggam tanganku erat. Abang bagi kekuatan padaku. Abang tahu aku perlukan kekuatan waktu ini. Walaupun aku nampak tenang dan sentiasa senyum tapi hati aku. Hati aku..! Hanya Allah yang tahu. Tidak mampu nak cakap apa-apa.

" Aliaa..!!" Langkah kami terhenti. Faliq panggil aku. Aku tak menoleh pun. Aku pandang abang, senyum dan sambung melangkah hingga ke kereta. Abang buka pintu untuk aku dan aku terus masuk dalam kereta. Kemudian, abang hidupkan enjin kereta. Faliq menghampiri abang.

"Adil.. Aku nak jumpa Aliaa sekejab?! Please.. Sekejab je..!!" Aku dengar dia cakap dengan abang. Abang pandang aku dan tak apalah. Aku angguk setuju. Aku lock pintu dan turunkan cermin kereta setengah. Aku senyum padanya. Pandangan sekilas je padanya dan beralih pandangan ke hadapan.

" Aliaa.. Abang minta maaf!! Abang minta maaf!!.." katanya berkali-kali. Muka penuh penyesalan.

" Tak apa. Awak tak ada apa-apa salah dengan saya lagi. Saya dah maafkan awak sepenuh hati saya. Saya ikhlaskan segalanya. Semoga awak bahagia dunia akhirat. Kembalilah pada Allah. Kirim salam pada mama papa dan Angah. Jaga diri baik-baik. Assalammualaikum!!" Senyuman akhir ku berikan padanya dan aku terus naikan cermin kereta.

" Aliaa.. Abang sayang awak Aliaa.. !!" Faliq mengetuk tingkap. Abang menenangkan Faliq.

"Dahlah Faliq..!! Ini keputusan kau. Kau baliklah ye.. Tenangkan hati kau, pergi cari Allah. Minta kekuatan pada Allah. Kembalilah pada Allah.." nasihat abang.

" Adil.. Aku minta maaf Dil.. Aku minta maaf..!!" Faliq menangis.

"Aku dah maafkan kau pun. Dahlah ye.. Sabar!!"

"Aku masih sayang Aliaa..!!"

"Faliq.. Kau dengar ni. Dengar cakap aku. Kau baliklah, kau baliklah.. Jumpa mama papa kau. Minta maaf dekat mereka. Minta ampun!! Pergilah.. Aku gerak dulu.. Assalammualaikum..!!" Abang meninggalkan Faliq yang masih berdiri memandang aku. Aku hanya senyum. Abang memulakan memandu. Aku sempat lirik mata kearahnya. Lirikan terakhir. Aku tarik nafas dalam.

Sepanjang perjalanan ke rumah, kami langsung tak bercakap. Abang pun tak tanya apa-apa pun. Aku masih rasa tenang. Menyanyi-nyanyi menutupi kesedihan. Abang biarkan aku layan emosi. Taknak ganggu aku.

Sampai saja dirumah, aku letak dokumen dan handbag dan terus ke dapur. Aku ambil mug dan menuang air suam. Aku duduk dikerusi. Tak lama abang muncul. Senyum. Abang duduk di hadapanku. Merenungku.

"Adik okey?!" Tanya abang.

" Alhamdulilah okey..!!"kataku lembut.

" Sabar ye sayang..!! Adik abang ni kuat.." kata abang.

" Mestilah.. Ni kan adik abang.." aku senyum lagi.

" Okey lah abang. Adik masuk bilik dulu ya. Nak mandi nak tidur. Ngantuk..!!" Kataku.

"Baiklah.. Rehatlah .." Aku terus bangun dan berlalu. Handbag dan dokumen ku ambil. Bernyanyi-nyanyi kecil masuk ke bilik. Pintu bilik ku buka dan ku tutup semula. Aku letak handbag diatas meja solek. Tudung kubuka.

Aku duduk dikatil pandang ke lantai. Terus airmata deras mengalir. Akhirnya aku tewas dengan airmata sendiri. Rasa tenang selama dimahkamah tadi tapi bila sampai dalam bilik. Aku lepaskan segala kesedihan, kekecewaan.

Iya.. Inilah kesudahannya.. Pengakhirannya.. Yang tak pernah terfikir akan runtuhnya mahligai rumahtanggaku. Insan yang aku cintai , kasihi dan sayangi sepenuh hati telah melafazkan talak satu dan bertukarlah statusku kini. Amat pedih dan sedih sekali. Kasih sayang yang kuberi padanya selama ini tidak dihargai. Kasih sayang dan cintaku padanya kini berterbangan entah kemana.

Aku sayang kau Faliq. Aku cinta kau Faliq..!! Tapi rasa sayang dan cinta sudah tiada makna lagi. Siapa aku untuk menagih itu semua. Semuanya telah berakhir..!!

 Terima kasih atas lafaz itu. Terima kasih atas segala-galanya. Aku terima perpisahan ini atas kehendakmu. Doaku untukmu.. Semoga kau temui bahagiamu dunia akhirat. Semoga kau dapat miliki apa yang kau cari selama ni. Maafkan aku..!!

" Terangi malamku dengan syair indahmu,
Menenun kasih dalam sepi yang terasing,
Saat kau pergi, lemasku bila tiadamu..

Jauh.. Terbawa lukisan hatimu,
Hilang mencari di mana kau pergi,
Tinggal aku menahan luka ini,
Sampai harus ku pergi.."

Disaat kau pergi meninggalkanku, aku lemas tanpamu. Terkapai-kapai dalam laut kesepian yang terasing. Aku mengejarmu disetiap detik waktu tapi kau terus berlari meninggalkanku jauh dan jauh menghilang. Aku menahan kelukaan, aku manantimu dipintu hatiku tapi kau tiada. Dan kini,, aku harus pergi. Pergi jauh darimu..!!

Jauh Faliq.. Jauh...!! Maafkan aku..!!

Previous: Bab 53
Next: Bab 55

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.