336,449
Kategori:
Genre:
Bab 29
Hari berganti minggu. Minggu berganti bulan. Hampir tiga bulan Faliq tidak balik ke rumah. Sejak kejadian tempoh hari, dia tak jejak kaki langsung ke rumah. Dia fikir Aliaa masih ada lagi dirumah kut, tapi dia silap dah hampir tiga bulan juga Aliaa pergi. Sampai macam tu sekali bencinya pada Aliaa. Ini semua kerana hasutan si perempuan parasit tu. Memfitnah Aliaa macam-macam. Sampai tahap benci yang teramat Faliq pada isterinya. Ish!! Bodoh betul Faliq ni. Dengan mudah boleh percaya cakap perempuan tu. Dia yang lebih kenal Aliaa, lebih tahu hati budi Aliaa tapi kenapa terlalu mudah percaya dengan kata-kata jahanam perempuan tu. Memang perempuan tak sedar diri.

Sungguh teruk keadaan Faliq. Tak terurus. Yang dulunya hensem, bergaya, segak, macho dan  sekarang, dah macam orang sasau. Fikiran serabut, kusut masai, bergaya sewaktu kerja saja. Tapi bila habis waktu kerja. Entahlah.. Dah macam mati bini tapi bini okey je, sihat je, tetap gelak ketawa tetap happy dan tetap gila-gila. Itulah padahnya.. Menyakiti hati isteri, hati takkan tenang. Bukan semakin bahagia hidupnya bersama Tasya, tapi makin teruk adalah. Tu perempuan yang dia kejar, yang konon cantik bergaya, yang berkerjaya. Yang dia cari kesempurnaan. Sempurnalah sangat si perampas tu. Huh!! Makin mengheret dia ke neraka adalah.

Hmm.. Faliq.. Faliq.. Tak ada manusia yang sempurna di dunia ni. Kau carilah sampai ke hujung dunia pun. Kau takkan jumpa. Yang sempurna apabila kau juga menyempurnakan dia. Siapa?? Isterimu. Aliaa Sofea. Dia sudah cukup sempurna sebenarnya tapi dimatamu dia belum cukup sempurna kerana apa? Kerana kau  tak tundukkan pandanganmu dan kau hanya nampak perempuan lain itu sempurna menurut hawa nafsumu. Kau nampak kesempurnaan perempuan itu dari pandangan kasarmu. Bila syaitan berbisik kau terus hanyut dek hawa nafsu. Allahu..!! Kemana imanmu, kemana solatmu. Kau makin jauh dan jauh dari Allah. Sedarlah Faliq.. Buka matamu, buka hatimu. Kembalilah pada Allah. Allah Maha Pengasih, Allah Maha Pengampun. Bertaubatlah..!!

Pintu dibuka perlahan. Dia hairan. Gelap gelita, lampu dipasang. Rasa satu kelainan. Sunyi dan sepi. Suram keadaan rumah tidak seperti biasa. Walaupun tak balik rumah dan bila balik akan rasa tenang dan ada aura ceria tapi kenapa kali ini dia balik. Rasa seperti hilang semua aura ceria. Dia meletakan kunci kereta diatas meja. Berjalan ke dapur, lampu dipasang. Bersih dan kemas tapi pun suram. Dia menuang air suam dan meneguknya. Duduk termenung. Mana Aliaa? Mana Dhia? Mungkin dah tidur kut. Biarlah, bisik hatinya. Dia masuk ke bilik tetamu tempat tidurnya. Membersihkan badan. Dan kemudian ke ruang tamu semula. Tv dipasang, baring di sofa. Hatinya masih lagi tak tenang. Dia duduk di sofa. Mengeluh panjang. Pening kepala.. Pening..!!

"Apa aku nak buat ni? Kenapa satu persatu projek ditarik balik, aku dah buat yang terbaik dah. Semua dah setuju tapi last minute, semua cancel.. Apa aku nak jawab ni? Esok Boss nak jumpa, apa aku nak jawab. Aduhhh!!! Peninglah.. pening.. pening..!!" Faliq menekup mukanya. Tahun ni memang betul tahun kejatuhannya, hampir semua projek gagal, kecil besar sama. Tak tahulah mana silapnya. Rasanya macam-macam dah dia lakukan, usahanya memang terbaik tapi satu pun tak menjadi. Memang  esok kena dengan Boss.

Duit simpanan pun semakin susut, gaji banyak pun entahlah kemana. Sekejab je habis. Rasa macam tak cukup adalah. Hmm.. Mana taknya, kalau tiap hari makan tempat lima bintang, shopping tak ingat dunia. Apa kekasih gelap nak semua bagi. Tak dibagi kang merajuk. Terpaksa pujuk dengan bagi kemewahan. Sedangkan kekasih gelap tu pun ada duit sendiri kut. Tapi alasan tak cukup juga. Nasib kaulah Faliq. Menempah maut.

Bila rezeki halal kau bawa ke tempat maksiat  jadi apa dengan rezeki tu. Tak ada keberkatan. Gaji 100juta pun kalau tak berkat tak guna. Mana kau habiskan duit kau? Ada bagi nafkah anak isteri? Ada bagi orang tua kau duit? Ada kau sedekahkan rezeki kau? Dah tak ada langsung. Perkara wajib kau abaikan, yang haram kau utamakan. Bila Allah tarik segala yang kau ada. Sekelip mata Faliq.


Sekelip mata hilang.

Faliq bangun, melangkah lemah ke bilik. Mahu melihat anak dan isteri. Pintu dikuak perlahan, pun gelap gelita. Berdebar hatinya tiba-tiba.

"Mana Aliaa? Kenapa dia tak ada? Balik rumah Adil kut.." katanya sendiri. Baru saja mahu menutup pintu, matanya terpandang pada satu nota diatas katil. Perlahan dia berjalan kearah katil. Nota itu diambilnya, dan cincin perkahwinan itu direnungnya. Menggigil badannya membaca setiap ayat-ayat dalam nota tersebut.

" Assalammualaikum..

Pertemuan yang tak dirancang..
Dari tidak mengenali menjadi kenal,
Dari selalu bergaduh menjadi teman tapi mesra,
Dari teman tapi mesra menjadi teman sehati sejiwa.
Dan, dari teman sehati sejiwa menjadi teman sehidup semati.
Tapi.. hanya mampu hingga menjadi teman sehidup dan tidak semati.
Pelbagai onak duri mempertahankan hubungan hingga akhirnya inilah kesudahannya.
Terima kasih suamiku. Kau adalah suami yang terbaik untukku. Tapi aku tidak yang terbaik untukmu.
Adainya ini bisa buat kau bahagia. Aku relakan jiwaku. Andai ini takdirku, aku redha..!!
Semoga kau bahagia bersamanya.

Cincin ini tak layak masih dijari manisku, berikanlah pada yang selayaknya.

Salam akhir dari isterimu,
-Aliaa Sofea-

Terduduk dan tersungkur dia dilantai. Menundukkan kepala ke lantai dengan airmata menitis kekesalan. Cincin pernikahan digenggamnya. Menangis semahu-mahunya.

"Maafkan abang.. Maafkan abang, Aliaa..!!" Hanya itu yang dapat diluahkan. Kekesalan yang tiada kesudahan.

Dia terus bangun dan mencari handphone di dalam bilik tetamu. Lalu, dengan pantas cuba menghubungi Aliaa. Tapi yang dapat hanya pesanan suara. Berkali-kali dia cuba dan mencuba tapi sia-sia belaka. Semuanya dah terlambat. Dia fikir, Aliaa tak berani bertindak seperti ini kerana dia tahu Aliaa amat menyayanginya. Dia fikir, Aliaa takkan pernah cuba untuk tinggalkannya kerana dia tahu kasih sayang dan cinta Aliaa untuknya sampai ke mati. Tapi Faliq silap. Tak ada seorang isteri pun sanggup diperlakukan begini. Disakiti dan terus disakiti. Sentiasa ditipu satu persatu, dihina oleh kekasih gelap si suami, dikhianati dan dicurangi. Tak ada seorang pun sanggup. Dan kini, Aliaa dah pergi jauh. Pergi dari hidupmu.

Kau terlalu ego Faliq. Faliq fikir selama ni apa yang dia buat itu betul. Dia terlalu fikir, kuasa seorang suami ditangannya. Tapi dia tak fikir, tanggungjawabnya pada isteri dan anak. Faliq terlalu ego hingga memakan diri sendiri. Dia lupa tanggungjawab, dia lupa amanah dari Allah. Dia lupa semua. Sekarang, baru dia nak menangis? Menangislah.. Tangisan dia sudah tiada makna pun. Malam ini dia menangis, malam ini dia rasa kesal atas perbuatannya tapi esok bila Faliq jumpa Tasya. Automatik dia lupa segala tangisan dan kekesalannya. Lupa anak isterinya. Faliq hanya ingat mereka dikala rasa kesunyian dan kesepian. Dan, dikala dia kebosanan tapi bila dia bersama Tasya. Hmm... sikit pun langsung tak ingat anak isteri. Hai lah Faliq..!!

Faliq duduk disofa. Cincin masih digenggamnya. Tiba-tiba terbayang wajah Aliaa didepan mata. Tersenyum melihatnya. Manis sungguh. Terdengar pula suara ketawa girang Dhia, berlari-lari mengejarnya di depan pintu minta didukung. Tapi itu hanya bayangan saja. Bayangan saja Faliq. Faliq menekup wajah dengan tangan. Mengeluh penyesalan.

Teringat sesuatu. Dia pernah ajukan satu soalan yang dia sendiri tahu. Satu soalan yang sangat menyakiti hati seorang isteri. Tapi soalan itu juga yang dia tanya dan mahu jawapan.

" Abang ada satu soalan nak tanya. Abang nak sayang jawab dengan jujur. Boleh tak?!" Tanyanya pada Aliaa. Aliaa senyum.

" Tanyalah. Setiap pertanyaan abang, sayang tak pernah tak jujur jawab." Aliaa duduk bersila diatas katil menghadap Faliq yang bersandar di kepala katil. Tangan Faliq digenggam.

" Kalau abang nak kahwin lagi. Sayang izinkan tak?!" Katanya lembut. Aliaa terdiam, terkaku sekejab. Kenapa soalan itu yang ditanya?

" Abang nak kahwin dengan Tasya tu ke?!" Tanya Aliaa semula tenang dan senyum. Tapi dalam hati meraung.

" Abang tanya sayang. Sayang izinkan?!" Aliaa menarik nafas dalam. 


Mencari kekuatan untuk menjawab dan cuba mengawal airmata dari menitis. Faliq masih menanti jawapan. Bukan sesuatu perkara yang mudah untuk menjawab. Tapi Aliaa kena jawab dari hati dengan jujur. Dia tak pandai menipu.

" Kalau itu yang boleh buat abang bahagia. Kahwinlah.. Dengan rela hati, dengan rasa rendah diri. Sayang izinkan.." Aliaa tak dapat menahan airmata, gugur juga airmatanya. Pedih dan perit mahu menjawab.

"Tapi macam yang sayang pernah cakapkan. Sayang akan uruskan semua pernikahan abang dengannya dan selesai semua. Kita berpisah cara baik.. Kita pisah..!!" Aliaa menundukkan kepala. Deras airmatanya mengalir. Genggaman tangan pada suami dileraikan. Aliaa mengesat airmata dan mengangkat wajah memandang wajah Faliq yang langsung tidak rasa bersalah. Senyuman terukir.

"Tapi abang takkan lepaskan sayang sampai bila-bila.." itu jawapan Faliq.

" Untuk apa abang simpan sayang lagi. Jangan seksa zahir batin sayang. Jangan buat sayang menderita. Bila abang dah kahwin nanti, abang dah ada dia. Abang akan bagi segalanya pada dia. Abang akan bahagia bersamanya. Tak apa abang.. Demi Allah, sayang berundur. Sayang mengalah demi kebahagiaan abang.."jawab Aliaa jujur. Menitis lagi airmatanya.

Sampai hati Faliq bertanyakan soalan yang amat sensitif itu. Dalam keadaan rumahtangga yang tak stabil. Sengaja dia bertanya. Sengaja menyakiti hati Aliaa. Sanggupnya hatimu Faliq.  Faliq tahu soalan itu menyakiti tapi tetap bertanya. Terguris lagi hati Aliaa. Bertambah terluka lagi hati Aliaa. Kelukaan demi kelukaan Faliq beri. Dipendam sendiri, dihadam sendiri.

Faliq.. Setiap perbuatan akan dibalas. Sekarang ni kau menyakiti hati isterimu. Sakit yang teramat sangat dia rasai. Yang tak mampu dia hadapi sebenarnya tapi dia tetap kuat dan kena hadapi juga. Bila suatu hari nanti, Allah balas semua yang kau pernah buat pada isterimu sendiri. Rasa sakit, rasa kecewa, rasa hampa dan semua rasa. Baru waktu itu kau akan tahu tinggi atau rendahnya langit. Hidup ini seperti roda Faliq. Yang menyakiti akan disakiti. Tak mustahil. Tasya boleh buat pada kau apa yang kau dah buat pada isterimu. Semua akan berbolak balik. Tunggu giliranmu wahai Faliq. Kata hati Faliq.

" Arhhh!!.. Maafkan aku.. Maafkan aku..!!" Faliq menjerit melepaskan kekesalannya. Menjeritlah sepuasnya. Tiada apa yang tinggal lagi. Yang tinggal hanyalah kenangan demi kenangan. Yang mungkin akan terkubur bersama kelalaian. 

Previous: Bab 28
Next: Bab 30

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.