336,728
Kategori:
Genre:
Bab 187
Faliq duduk ditepi katil menghadap si isteri yang sedang lena. Diusap-usap kepalanya, panas lagi badannya. Demam panas tiba-tiba malam tadi. Demam terkejut kerana kejadian depan mata. Terpaksa panggil doktor datang ke rumah. Dan menurut doktor, Aliaa mengalami sedikit trauma. Tidurnya pun tidak lena. Siapalah yang tidak trauma, apabila melihat orang tersayang ditikam didepan mata dalam sekelip mata saja. Mahu gugur jantung dibuatnya.

Dahi Aliaa diciumnya penuh rasa kasih sayang. Wajah pucat itu direnung, hampir menitis airmatanya melihat keadaan Aliaa. Silih berganti dugaan untuknya. Kalaulah tidak kerana dia, Aliaa tak kan menderita dan Adil tak kan jadi mangsa. Penuh penyesalan. Rasa sangat berdosa pada dua beradik itu. Dan, sekarang dia kena jalani tanggungjawab pada isteri dan anaknya, dia mahu tebus segala salah silapnya pada Aliaa. Dia akan bahagiakan hidup isteri dan anaknya yang pernah dia abaikan dan juga Adil.

" Maafkan abang sayang..!!" Tangan Aliaa diletakkan diatas perutnya. Lalu, dia bangun dan keluar dari bilik. Mahu turun ke bawah dan mahu sediakan sarapan untuk Aliaa. Handphone dicapainya. Dia menuruni satu persatu anak tangga dan terus menuju ke dapur. Sis Tuti dan Puan Asmah sedang sibuk membuat sarapan. Berbual kosong. Faliq duduk di kerusi dan senyum. Puan Asmah memandang si anak kesayangan. Jam sudah menunjukkan tepat 7.00 pagi.

" Aliaa macam mana?!" Tanya Puan Asmah. Duduk dihadapan Faliq.

" Baru tidur. Masih panas lagi badannya. Risaulah ma." Jawab Faliq. Sedih.

" Sabarlah Alang. Kuatkan semangat Alang tu.."

"Iya ma. Nak tak nak Alang memang kena kuat. Cuma Alang risau sangat. Adil masih koma, Aliaa sakit. Alang.. Alang tak sanggup tengok diaorang macam ni. Dua-dua Alang sayang. Dua-dua kekuatan Alang ma. Alang tak sanggup ma.." Faliq meluahkan isi hatinya pada si ibu. Menunduk pandang ke meja. Puan Asmah memegang dan menggenggam tangan Faliq. Beri kekuatan.

"Mama faham apa Alang rasa. Alang juga adalah kekuatan mereka dan bertanggungjawab pada mereka. Mereka tak ada sesiapa selain dari Alang. Adil perlukan Alang, Aliaa juga sangat perlukan Alang.." kata Puan Asmah.

"Insha Allah ma. Alang kuat..!" Faliq senyum dengan wajah kerisauan.

"Adil macam mana? Wan tak cakap apa-apa?" Tanya Puan Asmah lagi.

" Alang belum call dia lagi. Mujurlah Wan nak tolong temankan Adil. Kalau tak, tak tahu macam mana."

"Jangan risau sayang. Adil seorang yang baik, insha Allah akan ada je orang yang murah hati nak tolong dia" Faliq angguk kepala.

" Betul tu ma. Dialah sahabat paling baik. Insan paling baik pernah Alang jumpa. Sebaik-baik umat. Kadang Alang sendiri pun segan dengan dia. Dan bila ini berlaku, Alang rasa sangat berdosa padanya. Sebab Alang, dia dan Aliaa jadi mangsa.."

" Semua ni ada hikmah. Apa yang berlaku jadikan pengajaran untuk masa mendatang. Akan ada lagi dugaan yang menanti Alang dan Aliaa. Selagi kita bernama manusia, selagi kita masih bernyawa, selagi itulah dugaan akan terus mengejar. Bersedialah dengan setiap dugaan selepas ini. Jangan diulangi lagi kesilapan lama tapi perbaikilah mana yang tak betul. Mama happy, Alang dan Aliaa dah bersatu semula. Happy sangat..!!" Nasihat Puan Asmah.

" Insha Allah ma. Sekarang ni Alang cuma fikir family Alang je. Nak bahagiakan mereka dan nak ke syurga bersama anak isteri Alang. Itu je ma. Dan terima kasih, mama dan papa restui kami lagi.." Tangan Puan Asmah dicium. Senyum.

"Alhamdulilah. Syukurlah. Apapun terjadi, jangan sampai lupa Allah. Mama nak tengok si kecil, tadi lepas solat subuh dia sambung tidur. Ngantuk katanya.."

" Dhia tidur dengan mama ke?!"

" Iya..!! Nak tidur dengan nenek atuk malam tadi. Disuruhnya papa bercerita kisah nabi, sampai tertidur dia.."

" Laa iyeke! Biasa sebelum dia tidur, Adil yang rajin bacakan kisah nabi dekat dia. Sekarang ni, atuknyalah jadi mangsa. Hehe..!"

" Itulah dia ada juga cakap. Okeylah.. Mama naik atas dulu ye..." Puan Asmah terus melangkah. Faliq gelak kecil. Handphone diambil, mencari nama Zahwan dan menghubungi Zahwan. Mahu tahu perkembangan Adil. Tak tenang hatinya selagi Adil belum sedar.

" Bro.. Macam mana Adil?" Terus Faliq bertanya apabila dengar suara Zahwan di talian.

"Doktor baru keluar ni. Masih macam tu juga. Tak ada perubahan lagi.." jelas Zahwan.

" Doktor tak cakap ke bila dia akan sedar?!"

" Tak bro. Tak ada apa-apa respon.."

"Tak apalah. Insha Allah.. Dia akan sedar juga kan Wan?!"

" Kita doa banyak-banyak. Ajal maut semua ditangan Allah. Apapun terjadi, kita kena redha Liq. Hmm.. Aliaa macam mana pula? Dah okey tak?!" Tanya Zahwan pula.

" Belum. Masih sama juga. Aku uruskan Aliaa dulu ye, aku datang lewat sikit kut. Kau okey ke Wan?!"

"Okey.. Okey..!! Aku okey je. Tak apa, kau settle kan Aliaa dulu. Adil kat sini, kau jangan risau. Apa-apa aku info kau. Sabar tau sahabat..!" Kata Zahwan. Faliq senyum. Lega!

"Insha Allah.. Kau pun. Okeylah jumpa nanti. Bye!" Talian terus dimatikan. Faliq kembali je dapur. Mengambil mangkuk kaca kecil di rak pinggan dan menyenduk bubur nasi yang masih panas ke dalam mangkuk tersebut. Bubur yang dimasak oleh Puan Asmah untuk Aliaa.
Kemudian, meletakkannya didalam dulang. Air suam dituang ke dalam mug putih juga diletakkan di dalam dulang. Dulang diangkat, baru saja dua tiga langkah. Dia berhenti. Senyum.

" Nescafe?? Kalau bagi Aliaa minum nescafe mesti cepat sembuh.." Dapat idea. Faliq senyum sendiri dan meletakkan semula dulang diatas meja. Terus mengambil mug dan nescafe instant 3 in 1. Membancuh nescafe, menusuk ke rongga hidung bau aroma kopinya. Nyaman pula dia rasa. Diletak mug nescafe didalam dulang dan terus mengangkatnya. Naik ke atas dan pintu bilik ditolak perlahan-lahan.

" Eh!! Dah bangun.." Tanyanya sendiri apabila melihat Aliaa tiada dikatil. Kedengaran bunyi air dari dalam bilik air. Mandi kali, tekanya. Dulang tadi diletakkan diatas meja. Dia mengemas katil sambil bernyanyi-nyanyi kecil menyedapkan hati sendiri.

Aliaa keluar. Tuala di badan menahan kesejukkan. Menggigil- gigil. Muka tetap pucat. Mata layu saja. Senyum pandang Faliq. Terus duduk disebelah Faliq.

"Awalnya mandi. Tak ngantuk ke? Dah sihat ke ni?" Dahi Aliaa disentuh lembut.

" Tak dapat tidur. Saya lapar..!" Aliaa mencebik manja. Faliq senyum.

" Sebab laparlah ni ye tak dapat tidur. Kasihannya isteri saya ni..! Ni mama buatkan bubur dan nescafe. Habiskan ye. Biar cepat sembuh.."

" Eh!! Kenapa bawa bilik? Saya boleh turun. Dah sihat ni.."

" Tadi badan awak panas sangat. Saya tak nak ganggu awak tidur. Jadi, saya bawalah keatas. Makan ni.. "kata Faliq. Lembut saja. Bubur disuapkan ke dalam mulut Aliaa.

Selepas mandi, badan rasa segar sikit. Walaupun badannya masih rasa lemah dan bahang panas dalam. Tapi dia degil, dia kuatkan juga. Dia tak nak terus lemah. Dia cuba lawan lemahnya. Dia nak ke hospital sebenarnya mahu melawat Adil. Sebab itu dikuatkan juga badannya. Kepala masih lagi pening. Kalau dia masih baring dan lemah, sudah pasti Faliq tak izinkan dia melawat Adil. Pandai berlakon.

" Makan ubat pula ye..!" Aliaa ikut saja apa yang Faliq minta. Senyum Faliq happy.

" Awak..!! Saya nak ikut ke hospital ye. Saya nak tengok abang saya.." Aliaa buat muka simpati.

" Boleh tapi awak kena sihat dulu. Nanti saya bawa. Okey?!" Kata Faliq lembut.

" Tapi saya dah sihat?"

" Saya tahu, awak masih lemah lagi tapi awak kuatkan juga badan ni sebab nak ikut ke hospital kan?! Sayang.. Awak rehat je dulu dekat rumah. Kalau awak dah okey, petang ni saya bawa melawat abang.." pujuk Faliq.

" Tapi keadaan abang macam mana? Saya rindu abang.." Mata Aliaa mula berkaca.

"Iya sayang.. Saya tahu awak rindu dia. Tapi awak tak sihat lagi. Saya taknak nanti awak bertambah sakit. Abang masih macam tu juga. Kalau abang tahu awak tak sihat, mesti dia sedih.." Aliaa diam.

"Baiklah.." Aliaa senyum.

" Saya nak pergi hospital ni. Awak rehat ye. Pintu jangan kunci tau.." Faliq ambil tuala dari Aliaa dan sidai kemas. Aliaa kembali baring. Faliq menyelimuti badan Aliaa hingga ke dada. Dulang berisi mangkuk dan mug kosong diangkat. Kemudian, terus melangkah meninggalkan Aliaa sendiri. Terus turun ke dapur. 


"Mama..! Alang nak pergi hospital ya. Minta tolong mama tengok-tengokan Aliaa ya.." pinta Faliq. 

"Baiklah. Hati-hati ya..!" Puan Asmah senyum. Faliq terus berlalu.

Terkejar-kejar dia, sekejab ke hospital dan sekejab balik rumah. Dua insan yang sangat penting dalam hidupnya. Dia akan pastikan kedua-duanya kembali sihat. Paling merisaukan keadaan Adil yang tiada siapa tahu bagaimana nasibnya. Hidup atau mati. Tiada apa-apa tanda yang menggembirakan. Hanya doa mengiringi. Inilah masanya untuk dia memainkan peranan sebagai seorang suami, adik ipar dan sahabat. Selama ini Adil banyak membantunya, giliran dia pula balas segalanya. Kalau tidak kerana Adil, belum tentu dia akan memiliki Aliaa semula. Besar jasa baik Adil padanya.

Sampai di hospital, dia terus menuju ke wad Adil. Pintu ditolak perlahan, kelihatan Zahwan sedang duduk membaca surah Yassin. Sedap suara Zahwan. Faliq duduk di sofa membiarkan Zahwan menghabiskan bacaannya. Terasa letih sangat badannya. Sejak kelmarin langsung tak rehat.

Setelah habis bacaan, Zahwan meletakkan surah Yassin diatas meja. Memandang wajah pucat Adil yang masih belum sedarkan diri lagi. Dan kemudian, menuju pula ke arah Faliq yang duduk termenung. Senyum.

"Wan.. Sorry menyusahkan kau.." kata Faliq lembut.

" Ish!! Kau ni.. Menyusahkan apa pula Liq. Adil kan sahabat kita. Tak ada istilah menyusahkanlah bro..!"

"Thanks. Kalau tak ada kau, tak tahu aku nak minta tolong siapa temankan Adil.."

"Tak apa bro. Kita sama-sama. Susah korang, susah aku juga. Senang korang, senang aku juga. So, tak payahlah cakap macam tu lagi. Hmm.. Aliaa macam mana?" Kata Zahwan. Jujur.

" Alhamdulilah pagi ni okey. Cuma malam tadi jelah. Dia ketakutan, tidur tak lena. Kejab-kejab terjaga, menangis. Risau aku bro.." Faliq mengadu.

" Kasihan dia. Mujur kau ada dan alhamdulilah dah nikah. Dia trauma kan.." Simpati Zahwan.

"Yup..!! Kejadian depan mata dalam sekelip mata bro. Ish!! Kalau aku nampak pun, aku rasa, aku pun alami trauma juga kut.." cerita Faliq.

" Iya kan. Lagi pula abang kesayangan dia. Fuhh!! Tak tahu nak cakap apa bro.." Faliq mengangguk kepala. Mereka berbual kosong.

" Okeylah Liq. Aku gerak dulu. Nanti tengahari aku datang lagi. Dah bau busuk dah badan ni.."

"Hahahaa.. Okey bro..!"

" Apa-apa news info aku tau.." pesan Zahwan sebelum tinggalkan Faliq.

" Alright..!!" Zahwan terus keluar. Faliq menghampiri katil Adil. Merenung wajah tenang itu.

" Adil.. Bangunlah Dil. Kami semua perlukan kau. Aku tak kuat nak hadapi semua ni sorang. Aku perlukan kau sama-sama hadapi semua ni. Bangunlah Dil. Kuatkan semangat kau.." kata Faliq lembut. Bahu Adil ditepuk perlahan. Faliq bangun dan menuju ke tandas. Dan, kemudian keluar semula. Surah Yassin diambil dan membacanya.

Dipertengahan bacaan, handphone berbunyi. Tertera nama Mama. Terus dia jawab.

" Alang..!! Alang dekat mana?" Suara cemas Puan Asmah.

" Dekat hospital ni ma.."

"Adil dengan siapa?" Tanyanya lagi.

" Sorang ni. Wan dah balik, tengahari nanti dia datang. Kenapa ma?!" Jelas Faliq. Tenang.

" Alang kena balik sekarang. Aliaa..!!"

" Kenapa ma? Kenapa dengan Aliaa?" Terus berdebar hatinya. Dia pandang tubuh kaku Adil di katil. Apa dia nak buat sekarang. Nak tinggalkan Adil tapi Adil tiada yang teman. Tak sampai hati dia mahu tinggalkan sahabatnya sendirian. Takut kalau apa-apa terjadi. Serba-salah pula dia. Tapi isterinya. Ya Allah..!! Dia menekup muka minta kekuatan. Tak ada pilihan, dia terpaksa call Zahwan minta dia datang segera untuk temani Adil. Baru saja mahu menghubungi Zahwan. Pintu bilik ditolak.
Muncul Mak Long dan Pak Long.

" Assalammualaikum..!"

" Waalaikumsalam.. "

" Aliq dah lama sampai?!"

" Baru setengah jam. Mak Long.. Saya nak minta tolong ni. Boleh tak Mak Long temankan Adil kejab sementara tunggu Wan sampai. Saya kena balik sekarang. Mama baru baru call, dia cakap Aliaa pengsan.." pinta Faliq. Sedih mukanya.

" Pengsan? Ya Allah adik..!! Tak apa kau pergilah balik. Adil biar Mak Long tunggu.."

"Terima kasih Mak Long, Pak Long. Saya minta diri dulu.." Mak Long dan Pak Long

angguk tanda faham. Faliq terus berlari meninggalkan wad. Risau tersangat risau. Fikiran hanya pada isterinya saja. Tak tenang hati. Kereta dipandunya laju. Dia mahu sampai dengan cepat ke rumah. Tak tahu keadaan Aliaa macam mana. Kelam kabut jadinya. Baru saja sampai hospital dan kena berpatah balik ke rumah. Seorang di hospital dan seorang dirumah. Dua-dua dia kena jaga. Dua-dua insan yang sangat penting. Dia kena banyak bersabar dan kena kuat hadapi. Dia tak boleh mengeluh, tak boleh lemah. Dua-dua insan itu memerlukannya. Amat memerlukan.

Sampai saja dirumah, terus berlari masuk kedalam rumah. Puan Asmah menuruni anak tangga.

" Ma.. Aliaa kenapa ma?" Terus bertanya ingin tahu lebih lanjut.

" Sabar Alang..! Tadi lepas Alang pergi, mama tengok dia. Dia tidur. Lepas tu ma masuk bilik, mandi. Lepas pakai baju ma dengar bunyi kaca pecah. Tak lama Sis Tuti menjerit cakap Aliaa jatuh tangga. Pengsan.." jelas Puan Asmah.

" Jatuh tangga? Ya Allah..!! Siapa bawa dia ke bilik?"  

" Mama dan Sis Tuti papah dia tadi. Dia dah sedar cuma badan lemah. Tapi tak ada apa-apa kut cuma dahi luka sikit. Dia cakap nak minum.." sambung Puan Asmah lagi.

" Aduhai.. Alang lupa nak letak air. Macam mana boleh lupa ni.." Faliq ketuk kepala sendiri. Menyalahi diri.

" Dahlah pergi tengok dia. Muka dia pucat sangat Alang. Lemah sangat badannya. Mama risau.."

" Baiklah ma. Alang naik atas dulu..!" Faliq terus naik perlahan-lahan masuk ke dalam biliknya. Pintu ditutup dan jalan perlahan ke katil, pejam mata dan tarik nafas dalam. Sedih hatinya melihat Aliaa.

Sebak hatinya. Di hospital, Adil terbaring kaku di katil yang masih belum sedarkan diri. Dan, balik ke rumah si isteri juga terbaring kerana tidak sihat. Berlaku serentak tanpa diduga. Beratnya dugaan yang perlu ditanggung.

" Apapun terjadi, saya tetap akan jaga awak dan abang awak sayang. Awak dan abang awak adalah nyawa saya.." kata Faliq perlahan di telinga Aliaa. Luka di dahinya dilihat, dilekat plaster. Mungkin mama yang letak, katanya didalam hati.

Faliq baring di sebelah Aliaa, wajah Aliaa dari tepi ditatapnya. Wajah yang buat dia tak lena tidur. Wajah yang menceriakan hidupnya. Inilah wajah yang membahagiakannya. Wajah yag sentiasa tersenyum walau disebalik senyuman terselit kedukaan. Dia nekad, akan terus buat wajah ini mengukir senyuman. Bukan lagi senyuman kedukaan tapi senyuman kebahagiaan. Insha Allah..!!

" Demi Allah aku harus kuat dan keranamu sayang aku akan terus kuat.." katanya lagi. Lalu, pejamkan mata dan terlena.

Previous: Bab 186
Next: Bab 188

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.