336,581
Kategori:
Genre:
Bab 141
 " Cik.. Dah sampai..!" Pemandu Limosin mengejutkan aku. Terpinga-pinga aku seketika. Pandang kanan dan kiri. Dah sampai depan rumah rupanya. Lena betul aku tidur. Baru terasa letihnya.

"Oh okey..!! Terima kasih ya..!" Ucapku pada anak muda yang memandu. Dia angguk saja. Tanpa buang masa aku terus keluar dari Limosin tersebut. Dan, limosin terus berlalu pergi. Cuaca mendung je. Aku buka pintu pagar ,jalan perlahan masuk ke dalam rumah. Kereta abang ada, ini bermakna abang ada didalam. Sengaja aku tak info abang aku balik hari ni. Nak buat surprise kononnya. Faliq pun tak tahu. Asyik dia je buat surprise, aku pun nak juga. Hehe.. Aku buka pintu perlahan-lahan, dan melangkah masuk. Aikk!! Sunyi sepi je rumah. Mana abang ni. Aku meletakkan beg pakaian diatas sofa dan menuju ke dapur. Tak ada juga abang. Mungkin di dalam bilik kut. Aku ambil gelas kaca dan menuang air suam. Teguk hingga habis air, punyalah dahaga. Kemudian, aku ke ruang tamu semula. Duduk di sofa dan baring. Tunggu abang keluar.

"Eh!! Dah balik ke?! Kata flight malam?!" Baru je baring, abang muncullah pula.

" Saja buat surprise!!" Kataku senyum.

"Surprise lah sangat. Adik balik naik apa?!" Tanya abang dan duduk disebelahku.

" Limosin.. Abang nak pergi mana ni?"

"Nak keluar makan ni. Abang tak masak. Adik.. Faliq cakap adik jumpa Wan dekat Sabah? Adik masih contact dia lagi ke? Memang adik nak jumpa dia ke?" Aku tercengang. Pula dah. Gilirab abang pula tanya bertubi-tubi. Abang serius je. Mesti nak membebel lah tu.

" Kebetulan jumpa.."

"Kebetulan? Macam mana boleh kebetulan pula. Macam mana dia tahu adik ke Sabah. Adik jangan buat hal boleh tak.." Hmm.. agak dah.

" Buat hal apa pula. Dah memang betul pun. Kebetulan jumpa dia. Takkan adik nak halau dia pula, dah dia datang kedai.." jawabku.

"Adik tahu kan, adik tu dah ada Faliq. Kenapa lagi nak jumpa dia.."

" Salah ke? Kan dia sahabat abang dan Faliq. Kawan adik juga. Bukan sengaja nak jumpa pun. Abang ni dah kenapa?" Aku berkerut.

" Memanglah tak salah. Tapi adik kena fikir Faliq juga. Apa perasaan dia kalau dia tahu adik jumpa Wan. Dahlah Wan asyik tanya adik je.." kata abang. Aku faham maksud abang tu.

" Abang janganlah risau. Adik tahu semua tu dan adik pun dah info Faliq yang adik ada jumpa Wan.."

"Adik info Faliq selepas jumpa Wan kan. Bukan sebelum jumpa."

" Abang..! Adik faham. Adik jumpa dia bersebab bukan suka-suka. Ni adik memang nak info abang dan Faliq mengenai Wan. Wan dah tak macam dulu lagi. Abang tahu kan, dia dah berhenti kerja.."

"Berhenti kerja?"

"Sedih tengok keadaan dia abang. Dia tak macam dulu dah, sangat berubah. Dah cengkung, kurus, selekeh sangat. Terkejut adik tengok keadaan dia. Sangat simpati..!" Aku memulakan cerita.

" Iyeke?! Tapi sebab apa jadi macam tu? Sebab adik?!" Teka abang.

" Taklah. Dia kecewa dengan ex wife dia. Dah dua kali berpisah. Dia sangat-sangat down sekarang.."

" Ha? Biar betul.. Last abang contact dia, waktu tu dia cakap wife dia pregnant. Tak kanlah.." abang mengingati semula.

" Tak ada jodoh.." aku angguk dan peluk bantal sofa.

"Kasihan sangat dia. Abang tengok gambar ni.." aku beri handphone pada abang. Tunjuk gambar Zahwan yang aku candid. Nak tunjuk  abang dan Faliq.

" Wan ke ni? Subhanallah.. Ish!! Abang tak percayalah dik..!" Abang sangat terkejut.

" Wan lah tu. Sangat lain kan. Kasihan. Adik sangat bersimpati.." kataku.

"Tapi kenapa dia berpisah lagi dengan wife dia?!" Aku tarik nafas. Dan aku cerita semua pada abang apa yang sudah berlaku pada Zahwan. Abang dengar dengan tekun sekali. Abang memang tak percaya, sangat terkejut. Terus jadi sedih muka abang.

" Ya Allah dik..!! Kasihannya dia.. !"

"Tulah. Lain kali tak payahlah nak marah sahabat tu sangat-sangat. Benda kecil je kut. Kita tak tahu apa yang dia sedang hadapi. Abang tahu tak, dia perlukan sahabat-sahabat dia untuk beri semangat dekat dia. Adik jumpa dia, ajak dia keluar makan. Adik bagi semangat dekat dia. Adik minta dia ubah penampilan, dia kemurungan. Sedih sangat. tengok dia. Kak Su cakap, dia datang kedai setiap petang sebab cari adik. Nak jumpa adik. Adik memang tak tahu langsung. Jumaat petang tu, sampai je adik dekat kedai, tak lama dia datang.." aku cerita lagi.

" Dia cari adik? Tapi untuk apa?" Abang tanya lagi.

" Entah.. Dia cakap dia ingat adik sampai mimpi.." jawabku ringkas. Aku tak cakaplah yang aku pun ada mimpi Zahwan. Lain pula ceritanya nanti.

" Abang tahu. Dia sebenarnya nak adik. Lepas dia tahu adik dah berpisah dengan Faliq dulu. Dia ada luahkan semua pada abang.." kata abang.

" Iya.. Dia pun ada cakap, dia masih menaruh harapan, menaruh hati pada adik lagi. Dia tak boleh lupakan adik. Lagi pula dalam keadaan dia macam tu.."

"Tak boleh lupakan siapa? Wan? " Aku dan abang berpandangan. Terkejut beruk kami tiba-tiba Faliq muncul dan bertanya. Mata tepat pandang aku. Habis, nampaknya dia dah salah faham ni. Aku terdiam. Abang ketuk dahi. Telan liur aku.

" Awak memang nak jumpa Wan dekat Sabah kan Aliaa?" Dia tanya lagi. Nada serius.

" Taklah. Saya tak ada niat pun nak jumpa dia. Secara kebetulan je. Saya pergi kedai bincang pasal kedai dengan Kak Su dan tak lama dia datang cari saya." aku berterus-terang. Jujur.

" Mustahil. Takkan tiba-tiba je boleh jumpa. Boleh kebetulan  dan dkedai pula tu. Patutlah dia asyik call saya je tanya awak. Benda dirancang kut.." Allahuakhbar..! Ni yang aku tak suka. Aku tarik nafas dalam. Pandang abang. Abang angkat bahu.

" Saya memang dah lama tak contact dia. Abang pun sama kut. Sejak saya di Sabah lagi memang tak contact dah. Dah lama dah Faliq" start dah cemburu dia.

" Bro.. Relax..!! Kau salah faham ni bro. Memang aku dan Aliaa dah lama tak contact dia. Kau ingat tak aku pernah cerita dekat kau yag wife dia tampar Aliaa dulu. Ha! Sejak tu memang aku tak bagi Aliaa contact dia lagi dan dia pun.." abang back up aku.

" Adil.. Kalau orang lain. Aku boleh terima lagi tau. Tapi kalau Zahwan, payah nak percayalah bro.."

"Faliq.. Wan tu sahabat awak kut. Kenapa awak sampai jadi macam ni. Kami pun cuma kawan je. Tak ada layanan best pun.."

" Memang dia sahabat saya dan sebab dia pernah ada dalam hati awak.." jawabnya.

"Cerita tu dah lama Faliq. Kenapa nak ungkit lagi. Kita nak kahwin pun kan.." Abang bangun minta izin ke dapur. Aku tahu abang taknak campur. Tinggallah aku bersama Faliq.  Faliq berdiri menghadap sliding door. Aku diam membisu.

" Aliaa.. Hampir setiap hari dia call saya. Tanya awak, dia luah hati perasaannya. Dia cakap dia sayang awaklah, nak kahwin dengan awaklah. Dia cerita semua kisah perkenalan awak dengan dia dulu-dulu tu. Semua tau, semua..! Siapa tak sakit hati, yang dia cerita tu bakal isteri saya, awak.." aku telan liur. Ya Allah..!! Sampai macam tu sekali ke Zahwan. Memang patutlah Faliq marah. Aku tarik nafas dalam-dalam.

" Faliq.. Awak tak tahu apa yang dah berlaku pada Wan. Awak tak boleh salahkan dia.." kataku perlahan.

" Tak boleh salahkan? Aliaa.. Awak ingat saya tak ada hati dan perasaan ke bila seorang lelaki cakap mengenai awak. Dahlah ex boyfriend awak.."

" Saya tahu dan saya sangat faham. Sebelum awak fikir bukan-bukan pada saya dan Wan, tolong dengar apa saya nak cerita ni. Saya taknak disebabkan benda ni, kita gaduh. Saya taknak Faliq. Tolonglah! Tolong dengar dulu.." Faliq renung ke dalam anak mata aku.

" Aliaa.. Saya takut akan kehilangan awak lagi. Saya takut.." katanya perlahan. Aku senyum. Aku tahu perasaan dia kini.

"Faliq.! Insha Allah, awak takkan kehilangan saya. Saya tetap akan jadi milik awak. Hati saya untuk awak. Kecuali jika nafas saya terhenti.."Dia pandang wajah aku. Aku senyum manis padanya.

" Jangan risau ya. Niat saya cuma nak tolong Wan. Dia dalam kejatuhan sekarang ni. Dia perlukan sahabat-sahabat dia untuk kembali bangkit dan bersemangat.."

" Kejatuhan? Maksud awak?" Faliq berkerut.
Aku ambil handphone dan tunjuk gambar Zahwan pada Faliq.

"Ni.. ini siapa?!" Aku senyum, dah agak dah.

"Wan..!"

"Apa? Wan? Ya Allah..!! Biar betul. Kenapa dia.. "terhenti kata-kata Faliq. Aku ajak Faliq duduk dan aku cerita semua pada Faliq pula.


Tak lama abang datang dan duduk di sofa.

"Kasihannya Wan.." hanya itu yang keluar dari mulut Faliq.

"Dugaan untuk kita, tak sama. Dan kekuatan diri kita pun tak sama. Jalan ceritanya mungkin ada persamaan tapi jalan penyelesaian bergantung pada kekuatan seseorang. Wan perlukan kita untuk bagi semangat padanya. Abang dan awak sahabat dia, call lah dia. Bagi kekuatan pada dia.." Kataku. Pandang abang dan kemudian pandang Faliq pula.

" Saya tak sampai hati tengok keadaan dia macam tu. Saya pernah rasa kejatuhan tu, saya sangat faham keadaan dia. Orang yang paling disayangi pergi tinggalkan tanpa alasan. Sekelip mata hilang segala rasa kasih sayang dan cinta. Ia sesuatu yang amat-amat menyakitkan. Dia call awak, tanya saya sebab dia nak cari kegembiraan. Dalam keadaan macam tu, segala yang indah pasti akan muncul. Kenangan manis je buat kita tersenyum. Itu je caranya nak rasa happy sendiri. Dan itulah yang dia cari. Jangan salahkan dia, bukan saya nak menyebelahi dia tapi apa yang dia hadapi kini, saya dah rasa dan dah lalui dulu.." tiba-tiba airmata aku mengalir. Rasa sangat sebak pula.
Faliq pandang aku penuh rasa bersalah. Dan kemudian tunduk ke lantai. Abang bangun dan terus duduk disebelah aku. Abang genggam tangan aku beri kekuatan.

" Abang bangga dengan adik. Dahlah, kesat airmata tu. Nanti abang akan call dia, abang pun sedih tengok dia macam tu. Memang betul dalam keadaan dia macam ni. Kita patut ada dengan dia. Beri semangat dan kekuatan padanya. Abang pun rasa bersalah padanya. Esok abang nak apply cuti,abang nak ke Sabah nak jumpa dia. Nak minta maaf dekat dia. Kasihan dia..! Aliq.. Kau nak join aku? " Kata abang. Aku senyum dan peluk abang.

" Okey!! Aku join.. Eh!! Tapi esok petang ada appointment. Tak apalah, aku minta tolong Nizam.. Boleh bro.. kita ke Sabah jumpa Wan. Aku pun banyak dosa dekat dia.." Alhamdulilah. Happy aku rasa. Aku senyum.

" Memang awak banyak dosa pun dengan Wan. Tak pasal-pasal nak angin satu badan tanpa tahu hujung pangkal cerita. Macam budak- budak je padahal bapa budak dah pun.." Aku saja perli.

" Alaaa.. Bukan sengaja pun. Siapa suruh awak tak cerita semalam.." balasnya.

"Kan saya dah cakap, nak cerita semuanya A to Z pada awak dan abang. Ni belum apa-apa dah marah..!" Aku jeling manja.

" Memanglah marah. Awak tu nak jadi bini saya. Dah orang lain tanya awak. Benganglah saya. Selamat dia tak ada depan mata, kalau ada dah bagi sebiji dah.."

" Lain kali tu nak masuk rumah orang bagi salam bukan main terjah je. Lepas tu curi-curi dengar orang berbual. Dah salah faham.. entah apa-apa entah..!"

" Eh! Saya dah bagi salamlah. Awak yang tak dengar, seronok sangat cerita pasal Wan...!" Aik!! Dia boleh jeling aku pula. Amboii mata..

" Ha abang tengok tu tengok. Jelous lagilah tu. Menjeling pula. Cucuk mata tu kang, padan muka..!" Abang gelak kecil.

" Pergilah ambil garfu kat dapur. Cucuklah mata saya ni. Jadi Kassim Selamat. Eh salah,  Faliq Selamat.." kata Faliq.

" Elok awak tu letak nama Faliq sentap je. Sikit-sikit nak sentap kan..!"

" Aik..! Main kasar nampak. Kau tengok Dil adik kau. Cari pasal.."

"Elehhh... Sikit-sikit nak mengadu dekat abang.."

" Dah sudah.. Nak bergaduh pula. Macam anjing dengan kucing je aku tengok. Dah jom.. Aku dah lapar dah ni.. Adik nak ikut tak, abang nak pergi makan.." Hahaahahaa.. Aku dan Faliq berpandangan dan gelak. Membebel abang.

" Nak.. Nak.. !! Adik pun lapar ni.."

Tanpa berlengah lagi, kami terus pergi. Ikut jelah mana pun Faliq bawa. Abang dan Faliq berbual. Aku duduk diam-diam saja, mata memandang ke luar ringkap. Teringat pada Zahwan. Aku harap dia boleh lupakan aku dan bina hidup baru. Syukurlah abang dan Faliq memahami. Mesti Zahwan happy dengan kehadiran mereka nanti. Kehadiran sahabat untuk memberi semangat padanya. Aku senyum happy.


 Insha Allah Wan.. Bahagiamu akan kau temui nanti. Bertabahlah dan bersabarlah Zahwan.. 

Previous: Bab 140
Next: Bab 142

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.