336,632
Kategori:
Genre:
Bab 24
Fuhh!! Penat kerja. Lagi-lagi pegang jawatan ni, aku rasa macam tak cukup nafas. Nak jumpa client itu client ini lah. Macam-macam kerja nak buat. Aku ingat uruskan untuk KL ni je rupanya branch Terengganu dan Sabah pun semua dibawa ke KL. Boleh tahan syarikat papa angkat aku ni. Dulu, staff office lima orang je, staff marketing lapan orang termasuk aku dan Naim. Tapi sekarang.. dah ramai dah. Ni aku dan Naim staff paling lama ni. Sebab tu Dato' sayang. Naim sekarang pun dah naik pangkat. Setia betul kami dengan kerja ni. Bila seronok dengan kerja, macam nilah. Nak tinggal pun sayang, dah berhenti dan masuk lagi. Akulah tu, hahaha!!

Sejak hari pertama aku masuk kerja, sampai sekarang. Faliq langsung tak pernah tanya apa-apa. Patutnya tanyalah, kerja macam mana? Okey ke tak? Penat tak? Jawatan apa? Buat kerja apa je? Kenalah prihatin dan ambil berat dekat isteri. Sejuk juga hati isteri ni. Tapi hmm.. Tak apalah. Tak harap pun. Kami ni pun nama je tinggal sebumbung, cuma bumbungnya aje sama hakikatnya sorang utara sorang selatan. Kau buat hal kau, aku buat hal aku. Itulah kami. Makan minum pun dah tak berjamah langsung dah. Kalau dulu nak juga jamah satu dua suap. Sekarang tengok pun tak. Sedihnya aku..!! Sebenarnya apa status aku ni. Isteri sandaran atau isteri hanya syarat? Entahlah, aku pun tak tahulah. Tak apalah, terima kasihlah buat aku macam ni.

Manusia berubah sekelip mata. Aku tak pernah terfikir pun dia akan berubah macam ni. Dari seorang penyayang, seorang yang lembut hatinya, seorang yang kuat agama, teguh imannya, terus berubah mendadak macam ni. Mana pergi sifat penyayangnya, sifat penyabarnya, mana hilang imannya mana hilang semua tu. Hanya kerana hawa nafsu, hasutan syaitan terus berubah. Solatnya entah ke mana, segala ketakutan pada dosa neraka pun dah hilang. Yang ada hanyalah kemaksiatan berpanjangan bersama yang haram. Allahuakhbar suamiku..!! Lindungilah suamiku Ya Allah ! Dari terus terjerumus ke lembah maksiat. Berikanlah petunjuk dan hidayah padanya..

Disetiap solatku, tak pernah putus berdoa untuknya. Mengalir airmata memohon Allah beri petunjuk padanya. Hanya doa yang mampu aku berikan. Andai tiada jodoh kami pun tak apalah, jika dia bukan untukku dan tidak kembali padaku dan anak kami pun, tak apalah. Aku redha. Tapi aku doa semoga dia kembali pada kedua ibubapanya. Kembali bersama ibubapanya, mereka rindu akan anak kesayangan mereka. Mereka masih perlukan Faliq satu-satunya anak lelaki yang mereka ada. Kasihan mama dan papa. Dah lama tak jumpa Faliq dan Faliq pun dah lama tak balik rumah mereka. Kerinduan seorang ibu. Sampai sekarang ni pun, mama dan papa tak tahu hubungan aku dan Faliq menanti rebah ke tanah. Andaikata mereka tahu, pasti kecewa teramat sangat hati mereka. Maafkan Aliaa mama.. papa.. Aliaa tak mampu nak beri kebahagiaan pada anak mama dan papa. Maafkan Aliaa..

Aku duduk termenung di koridor. Merenung jauh ke depan. Teringat sewaktu bercinta dengan Faliq dulu. Punyalah setia dia, macam-macam dugaan pun dia hadapi dengan tabah. Dia jaga hati dan perasaan aku dengan baik sangat. Dia fight dengan Zahwan dan Encik Zack untuk tetap dengan aku dan dapatkan aku, dia buktikan dekat abang yang dia betul sayang aku. Dia pertahankan aku dari fitnah dan dendam Angah. Semua tu dia lakukan sebab sayang dan cintanya padaku. Aku bahagia dengannya. Tapi lepas kahwin semua berubah. Dan, lebih berubah sejak aku disahkan hamil Dhia.

Rupanya dalam diam dia bercinta dengan kawan sekerjanya semasa di Singapore. Hai lah si parasit. Kau memang parasit yang merosakkan. Kerana wanita.. Suamiku berubah tiba-tiba. Hidup tak selalu berada diatas. Apapun, dia pernah buat aku bahagia, dia pernah bersusah payah dengan aku, dia suamiku dan bapa kepada anakku. Sekarang.. aku taknak salahkan sesiapa. Semua dah tertulis. Nak dipertahankan rasanya dah tak boleh. Dah cuba pergi pejabat agama, dah dapat kaunseling tapi masih sama tiada perubahan. Nak berpisah tapi kalau sebelah pihak yang nak dan sebelah pihak lagi taknak memang payah. Jadi, tertunda jelah. Macam nilah hidup aku. Tak apa. Akan tiba masanya.


Tunggu dan lihat saja. Hari-hari aku, alhamdulilah. Penuh kegembiraan bersama officemate yang sporting dan ceria. Lagi pula dengan perangai aku yang tetap gila-gila macam dulu. Sama je aku, tak ada perubahan pun. Tak apalah yang penting aku happy. Malas nak kusutkan kepala otak ni. Dengan kerja dekat office campur dekat rumah lagi. Arhh!! Buat apa nak fikir iya tak? Fikir kerja dan anak je sudahlah. Macam biasa. Malas nak ambil port. Dekat office ni, aku berkerjasama dengan Encik Haikal. Sebab nanti kami akan terus berkerjasama disana tu. Kerja sementara dekat KL ni. Nak settlekan satu perkara je lagi, settle je urusan ni. Jom terbang kita. Hahaha! Selamat tinggal semua..!! Happy pula aku ye.. Diam-diam jangan kecoh-kecoh. Biarlah rahsia..!! Bawa dirilah. Bina hidup baru.. Aku senyum dan gelak sendiri.

"Aliaaaa..!!!" Terkejut aku bila dengar Faliq menjerit panggil aku. Cepat-cepat aku masuk. Dia berdiri pandang aku dengan bengis sekali. Dengan kusut masai, memang tak terurus.

"Kau pergi mana tadi? Kau pergi dengan jantan mana?"tanyanya kuat. Tepat pandang wajahku. Aku tak pernah tengok dia berkeadaan macam ni selama ni. Aku jadi takut.

"Saya kerja, balik kerja terus ambil Dhia dekat rumah mama dan balik rumah. Saya tak kemana pun.."jawabku.

"Kau jangan nak menipu ya. Kau ingat aku tak tahu. Kau pergi dengan jantan tu kan. Tasya nampak kau dengan jantan ."

"Astagfirullah Al Azim. Bila masa. Hari ni saya tak keluar dengan dia pun.." aku tarik nafas dalam. Kena fitnah lagi aku. Tasya.. Tasya..!!

" Habis selama ni memang betul lah kau keluar dengan jantan tulah kan.."

"Abang.. Saya keluar dengan dia atas urusan kerja. Itu je.."

"Kau nak menipu aku? Ha!! Kau tu bini aku Aliaa. Kau bini aku.."

"Bini apa abang!! Abang layan saya sebagai seorang bini tak? Abang anggap saya bini abang ke selama ni? Abang biarkan saya macam ni. Abang tak pedulikan saya, abaikan saya. Ini ke namanya bini. Abang sibuk dengan betina abang.. Sibuk dengan maksiat abang.. "

"Mulut tu jangan kurang ajar ye..!! "

" Salah ke saya cakap. Dengan bau ni. Ya Allah.!! Abang.. Kenapa teruk sangat ni. Kenapa benda haram ni abang minum. Bertaubatlah abang.. Ya Allah Ya Tuhanku..!!" Airmataku mengalir. Kuatnya bau arak ni. Sedihnya aku. Kenapa sampai macam ni jadinya.

" Kau tak payah nak jadi baik sangatlah. Ni aku nak sound kau. Sekali lagi aku nampak kau keluar dengan jantan tu. Jangan salahkan aku kalau tangan aku hinggap dekat muka kau. Ingat tu Aliaa..!!" 

"Abang.. saya kerja. Kerja dengan dia. Saya kerja cari rezeki yang halal. Bukan cara haram.."

"Kenapa kau degil sangat ni ha?? Aku cakap jangan keluar dengan jantan tu lagi. Tak faham ke.."

" Saya yang tak faham atau abang yang tak faham? Saya kerja kan.. Peliklah.. Dahlah, malaslah layan.." aku duduk di sofa. Aku tarik nafas dalam. Faliq juga duduk tapi bangun semula.

" Macam nilah abang. Saya pun taknak gaduh-gaduh lagi. Makin tambah sakit hati abang pada saya. Dah berapa kali dah kita pergi pejabat agama dan saya pun tak tahu kenapa abang taknak lepaskan saya. Tak apalah. Saya nak minta izin abang keluar dari rumah ni. Kita kena duduk berasingan. Mungkin dengan cara ini abang akan terfikir sesuatu. Saya dekat sini pun macam tak wujud je. Bila abang balik rumah ni, nampak muka saya je mesti abang marah. Saya dah penat abang.. Izinkan saya keluar dari rumah ni ya..!!" Kataku lembut. Mendatar suara aku. Faliq baring disofa. Selamba je muka.

"Suka hatilah.."itu je dia jawab. Hmm.. Tak apalah.

" Terima kasih abang.. Saya harap abang akan tenang bila saya dah tak ada nanti. Halalkan segalanya ya.." kata-kata akhirku. Aku pandang mukanya. Aku tak tahu apa yang dia fikirkan. Langsung dia tak cakap apa-apa. Tak apalah. Mungkin keputusan aku ni keputusan yang terbaik untuk dia juga. Aku keluar dari rumah ni untuk dia fikirkan sesuatu. Bila aku dan anak dah tak ada depan mata, mungkin dia akan rasa kehilangan kut. Manalah tahu, dia boleh tersedar. Entahlah.. Tak harapkan apa-apa dah.

Aku masuk bilik. Ambil bagasi besar dan masukkan semua pakaianku. Tiada satu pun yang tinggal.


Dan, bagasi sederhana besar untuk pakaian Dhia. Pun tiada satu yang tinggal. Semua licin. Biar tak ada satupun dirumah ini. Ini bukan rumah aku, ini rumah Faliq. Aku hanya menumpang. Bila aku sudah tidak diperlukan lagi, sudah dibuang, aku kena keluar. Biarlah. Aku terima semua. Ini takdir aku. Mana aku nak pergi? Mana aku nak tinggal? Balik rumah abang? Tak mungkin. Balik kampung? Tak mungkin.. Aku taknak sesiapa pun tahu mana aku pergi.

Aku call Erisya. Hanya dia yang tahu segalanya. Banyak sebenarnya yang Erisya dan Dato'  tahu pasal Faliq dan Tasya sebelum ni dan yang aku tak tahu pun tapi Dato' tak bagi beritahu aku. Dato' tak sampai hati. Tapi apa yang Dato' cakap, Faliq diperangkap oleh Tasya. Tapi tak tahulah. Aku pun malas nak tahu. Kalau betul diperangkap, pasti dia akan cerita dekat aku dan pasti dia buat sesuatu. Tapi ini bukan diperangkap. Ini kehendak sendiri. Dah Faliq sendiri cakap, dia sayang Tasya. Apa aku boleh buat. Bila hati dah sayang. Nak paksa berpisah pun tak boleh. Lain pula jadinya nanti. Tak apalah. Aku mengalah jelah. Berundur jelah. Redha jelah.

Aku duduk ditepi katil Dhia yang sedang lena tidur. Sedih tengok anak aku ini. Menitis airmataku. Maafkan mama..

" Dhia.. Esok kita pindah dari rumah ni ye. Kita bina hidup baru bersama. Papa dah tak sayang kita. Papa dah tak perlukan kita lagi. Tak apa sayang. Kita bina hidup baru, insha Allah kita akan lebih bahagia nanti. Yang penting mama ada Dhia dan Dhia ada mama. Apapun yang terjadi. Susah senang hidup kita, kita akan harungi bersama. Mama hanya ada Dhia je tau. Dan Dhia pun hanya ada mama je.. Sabar ye sayang..!!"

Inikah kesudahan rumahtanggaku? Inikah kesudahan kebahagiaanku bersama suami yang aku sayangi dan cintai? Inikah? Demi Allah, aku tak kuat sebenarnya tapi kerana Allah aku kena kuat. Demi anakku dan kerana anakku.
Terima kasih suamiku. Kau pernah buat aku bahagia. Kau pernah buat aku sakit. Semoga kau bahagia bersamanya. Maafkan aku tak mampu jadi isteri terbaik untukmu dan tak layak jadi solehahmu. Ampunkan aku.. Redhakan aku..

Abang..!!
Sejujurnya..
Saya masih sayang abang.
Saya rindu abang..!!
Tapi apa daya saya, abang dah buang saya dari hati dan hidup abang. Abang dah ada pengganti saya. Tahniah abang!! Bahagia abang bukan dengan saya lagi. Bahagia abang bersamanya..
Semoga abang bahagia dunia akhirat..
Terima kasih abang..!!

Previous: Bab 23
Next: Bab 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.