336,530
Kategori:
Genre:
Bab 41
Masuk je office pagi tadi, diatas mejanya bersusun segala fail dan kertas kerja yang perlu diselesaikan. Dia tiada pilihan kerana kerja semua adalah arahan dari Dato' Muhsin. Punyalah bengang dia. Kalau ada Nizam, boleh disuruh Nizam yang tolong selesaikan. Menyesal juga dia cari pasal dengan Nizam tempoh hari. Nasiblah Tasya. Kerana mulut badan binasa. Rasakan kau. Mahu minta tolong si kekasih hati tapi kerjanya pun banyak terbengkalai. Pula pagi itu Faliq turun tapak projek. Sedih dia tak dapat ikut. Kalau tak, mana saja Faliq pergi pasti dia akan ikut. Disebabkan kerja yang banyak, terpaksalah mereput dalam office. Baru dia tahu. Bagus juga Dato' Muhsin sekarang dah banyak masa di office. Tak boleh dah Tasya mengular.

Sedang asyik menaip. Handphone berbunyi tanda whatsapp masuk. Sepantas kilat dia ambil handphone. Duganya, Faliq yang menghantar whatsapp ingin bertanya mengenai kerjanya ketika itu. Tapi bila dia tengok saja. Dia berkerut.

"Eh! Nombor siapa pula ni? Tak pernah muncul pun sebelum ni. Takkan nombor Aliaa kut..." menjadi tanda tanya. Nama Aliaa juga yang difikirkannya. Tak ada masalah Aliaa nak melayan kau. Gambar dihantar. Bila dia buka sahaja gambar itu...

" Haaaa???  Gambar aku?? Siapa punya kerja ni. Mana dia dapat gambar ni.." Terkejut beruk Tasya melihat gambarnya sendiri bersama Roy sedang berpelukkan keluar dari restoran malam tadi. Terus mengigil badannya. Dia fikir dan fikir nombor siapakah ini? Berdebar-debar hatinya.
Whatsapp masuk lagi.

"Romantiknya..!! Ni jantan yang ke berapa? Yang ke 8 ke?! Untuk pengetahuan kau, aku ada banyak lagi gambar kau dengan jantan tu.. Yang lagi dasyat pun ada. Hebat sangat kau ni..!! Agak-agak kaulah kan. Kalau kekasih hati kau Faliq Alfie tengok gambar ni. Hmm.. Rasanya dia nak kutip kau lagi tak ye?? Mesti taknak punya.. Perempuan sampah macam kau ni, patut dicampak dalam longkang je.. Byeee..!!!" Terkedu Tasya. Ketakutan melanda.

" Siapa dia ni? Macam mana dia boleh dapat gambar ni? Dia kenal Faliq? Ni mesti kerja Aliaa..!! Pandai kau.. Kau upah spy rupanya.. Ada aku kisah.." Tekanya. Memang dia tak fikir orang lain dah yang lakukan. Hanya Aliaa sahaja. Kasihan Aliaa.

"Tapi kalau Aliaa pun. Aduhhh!! Mati..  Mati.. Mati..!! Macam mana kalau Faliq tahu ni.. Macam mana ni.. Macam mana!!" Tasya mengelupur jadinya. Takut ketahuan si Faliq. Terus tak ada mood dia mahu siapkan kerja. Fikir.. Fikir dan Fikir...!!

Dia bangun kemudian duduk semula. Bangun lagi dan duduk lagi. Tak senang duduk jadinya. Baru sahaja berbaik dengan Faliq dari merajuk. Dah pula masalah bertambah. Pening sendiri. Dia sendiri dah mula menyayangi Faliq. Kalau sebelum ni dia cuma mahu gunakan Faliq saja sebab Faliq berduit tapi lama-lama kerana lembutnya Faliq, baiknya Faliq melayan dia. Perasaan ikhlas menyayangi Faliq mula timbul. Dia niat, kalau Faliq ceraikan Aliaa. Dia mahu terus nikah dengannya dan mahu menjadi isteri terbaik untuk Faliq. Dia mahu jaga Faliq supayan Faliq tak cari lain. Pandaikan.. Tasya yang merampas suami orang tapi bila dia, dia sendiri taknak ada orang rampas suaminya nanti. Hmm...

Dia mula tak senang duduk. Siapa.. siapa.. dan siapa? Pening dia fikir. Jam ditengok. Perut pun dah berbunyi. Dia ambil keputusan untuk turun makan. Nak tenangkan rasa takut. Pantas, dia ambil handbag dan terus keluar. Jalan dengan penuh menggoda. Dengan skirt paras lutut dan blouse sendat yang hampir menampakkan lurahnya. Fuh!! Mata lelaki yang tengok pasti tak cukup sekali pandang. Hai lah Faliq. Perempuan yang sudah sedekahkan keseksiannya pada kaum lelaki diluar sana juga kau nak jadikan isteri. Rugi.. Rugi...!!

Tasya berjalan menuju ke keretanya. Baru saja mahu buka pintu kereta. Matanya terpandang pada satu bungkusan kotak sederhana besar diatas keretanya. Berbalut kertas hadiah yang cantik sekali. Dia tersenyum. Dia ambil kotak itu dan diatas kotak itu ada sekeping kad ucapan bertulis. " Special for you..!!" Wah!! Senyum lebar dia.

"Ni mesti dari sayang i. Nak buat surprise lah ni ye.  Thanks sayang..!!" Tekanya si Faliq yang beri. Dicium kotak itu. 


Tersenyum bahagia. Bernyanyi lagi. Amboii... Seronoknya. Lalu terus masuk ke dalam kereta. Enjin kereta dihidupkan, penghawa dingin dipasang. Radio dipasang. Lagu romantik lagi. Senyuman masih lagi terukir. Berseri wajahnya. Dia menoleh kearah kotak hadiah yang berada diseat sebelah. Lalu mengambil dan mencium kotak tu lagi. Dengan penuh berhati-hati dia mengoyakkan kertas pada kotak itu. Dia membuka kotak itu. Ni mesti hadiah mahal ni, kata hatinya. Dan, apabila dia buka sahaja..

" Cit.. cit.. citttt..!!" Dua ekor anak tikus terus melompat dipehanya. Arhhhhh!!!! Menjerit kuat sekuat-kuatnya hati Tasya dan terus buka pintu kereta dan melompat keluar kereta. Dah macam Kanggaroo lagaknya.  Hahaahaaa!! Padan muka!! Seekor anak tikus keluar dan keluar lagi seekor berkejaran di lantai jalan. Gelinya dia. Menggeletik badannya menahan geli.

"Kurang ajarrrrr..!!! Kerja siapa ni?? Bengong betul lah. Kalau i dapat orang ni. Mati i kerjakan..." menjerit dia marah. Kotak tadi tercampak di lantai jalan. Dengan berhati-hati dia ambil semula kotak itu. Ada isi didalamnya. Dia keluarkan kertas berwarna putih dan berdakwat merah. Dia buka lipatan perlahan-lahan.

" Haiii Tasya.. Apa khabar, sihat tak?! Nanti kita jumpa lagi ya.. Byeee!!" Di remuk kertas itu dan dicampak di dinding batu.

" Tak ingin i nak jumpa you. Entah hantu mana entah.. Gilalah.. !! Meremang pula bulu roma i ni.." terus saja dia masuk semula ke dalam kereta. Geli dengan tikus tadi pun tak hilang lagi. Baru je masukkan gear. Handphone berbunyi. Mesti dia ingat Faliq yang call. Mahu dia adukan perkara sebenar. Biar Faliq cari orang tu dan biar Faliq belasah orang tu. Baru padan dengan muka. Cetus hatinya. Nombor orang yang hantar whatsapp tadilah. Siapa ni? Ni mesti Aliaa ni, mesti Aliaa punya kerjalah ni. Nak balas dendam kut. Geram pula Tasya. Geram pun tetap dijawab.

"Haahahahahaa" tiba-tiba je orang tu gelak besar. Berkerut dahi lagi.

" You siapa? You nak apa ni? Call lepas tu gelak. Macam orang gila..!!"  Tasya bengang.

" Best tak dapat hadiah?? Mesti happy kan..  "Special for you" lagi. Memang special..." katanya.

" You punya kerjalah ni kan. Apa masalah you ni ha? Kalau tak puas hati, jumpalah depan- depan. Takut ke?!" Marahnya Tasya. Sangat marah..

"Fuyoo!! Garangnya. Relax lah ni baru permulaan. Masih jauh lagi perjalanan.." katanya lagi. Buat Tasya jadi takut pula.

" Ini mesti kerja Aliaa kan? Dia upah you kan untuk buat semua ni pada i.." Tekanya lagi.

" Hello perempuan.. Ini tak ada kena mengena degan Aliaa. So, jangan cuba-cuba libatkan Aliaa. Faham..!!" Katanya tegas.

"Kalau bukan Aliaa. Jadi, you ni siapa?! You jangan ingat i takut ye. I boleh buat report polis tau..! "tanya Tasya. Masih tak puashati.

" Wow!! Takutnya..!! Nak buat report. Silakan.. Pergilah. Silap haribulan kau yang akan meringkuk dalam penjara.."

"Kenapa i pula. You buat jahat pada i. Takkan i yang kena masuk penjara..?!"

"Oo kau tak tahu ke. Kasihannya.. Meh sini aku cerita. Perampas laki orang macam kau ni, boleh diambil tindakan, jika disabit kesalahan boleh  didenda dan dipenjarakan. Soooo, kau nak jadi banduan kerana merampas, merosakkan dan menghalang pernikahan orang. Fuhh!! Complete kesalahan kau ni. Bukti semua aku ada.. So.. anytime aku boleh bertindak..!!" Katanya. Terus cuak muka Tasya.

 " Gilalah dia ni. You ni mesti Aliaa kan?"

"Kan aku dah cakap. Ni tak ada kena mengena dengan Aliaa. Kau ni memang  tak faham bahasa kan??" Keras suaranya.

"Ni aku nak ingatkan.. Tolong jauhkan diri kau dari Faliq. Aku ada dimerata-rata. Kalau aku nampak kau dengan Faliq. Dan kalau aku tahu kau masih dengan Faliq. Nahas kau betina!!"

" Kalau i bagitahu Faliq. Confirm you kena punya..!!" Memang tak pandai takut si Tasya ni. Berlagak!!.

" Bagus juga tu.. Memang Faliq akan tinggalkan kau seperti sampah bila nampak gambar-gambar wowww kau dengan jantan tu. Jadi, pilihan ditangan kau. Kau nak tinggalkan Faliq atau Faliq yang akan tinggalkan kau. Tapi rasanya dua-dua sama je kan.. Okey.. kita tunggu dan lihat ya.. Byee!!" Terus talian dimatikan. 


" Hey nantilah.. "

Ish!! Menyirap Tasya. Sakitnya hati. Siapa perempuan ni. Suara bukan suara Aliaa. Dia dah mula mengelabah tak tentu pasal.

" Mana boleh i tinggalkan Faliq. I sayang dia. Dia lelaki baik. Tapi kalau orang ni bagi gambar tu dekat Faliq. Mesti Faliq marah i dan dia akan tinggalkan i... Oh tidak!! I tak sanggup berpisah dengan Faliq. Apa i nak buat ni..." Tasya cakap sendiri. Terasa seperti mahu menangis saja. Terus mood nak makan terbantut. Jadi kenyang terus dia.

Tasya pandang kanan kiri. Hatinya berdebar-debar. Seperti sedang diperhatikan. Lalu terus turun dari kereta dan berlari anak menuju ke lobi. Naik semula ke office. Ha!! Tahu takut. Padan muka.. Sampai je dalam biliknya. Handbag dicampak. Duduk di kerusi dengan perasaan marah perasaan takut dan semua perasaan ada.

Tasya dalam dilema. Apa yang harus dia lakukan. Pilihan ditangan dia.

"Arhh!! Pedulilah. I tak takut pun. Faliq sayang i, dia takkan tinggalkan i. Setakat gambar. Hmm.. Kalau Faliq tengok gambar pun, marah kejab je lepas tu okey.. I kan pandai pujuk dia, pandai goda dia. Kerja mudahlah.. Tak mungkin Faliq akan tinggalkan i punya. Dia kan sayang i. Lantaklah orang tu.. I tak kisah pun. Tak takutlah.." Betul-betul tak takut Tasya ni. Orang dah jahat, buat kejahatan apapun memang tak reti takut tapi makin bangga.

" Tapi siapa orang tu ye? I nak kena cari juga sampai dapat.." kata Tasya sendiri.

Hmm.. Tasya.. Tasya.. Tak ada hati dan perasaan. Langsung tak rasa bersalah dan berdosa. 

Previous: Bab 40
Next: Bab 42

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.