336,509
Kategori:
Genre:
Bab 34
Tak tahu mahu pergi mana, dia terus pulang ke rumah. Rasa hiba bila masuk ke rumah. Sunyi dan sepi. Dia dirundung kesepian yang teramat. Di sudut hatinya, mula rasa rindu pada Aliaa dan Dhia. Rindu pada dua insan yang amat dia sayangi. Yang menceriakan dan membahagiakan hidupnya. Yang membuat hidupnya tenang. Tapi kini yang ada hanyalah bayangan mereka sahaja.

Dia duduk di sofa, menyandarkan badan. Memejamkan mata. Letih terasa.

"Abang..!!" Terdengar suara isteri memanggilnya. Dia membuka mata, mencari suara itu tapi tiada. Mengeluh kecil. Menekup muka. Terdengar pula suara si kecil memanggil-manggil.

" Papa.. papa..!!" Gelak tawa si kecil tapi juga tiada. Peritnya menanggung rindu. Menundukkan kepala memandang kosong ke lantai. Baru dia tahu betapa seksanya menanggung rindu. Dia bangun perlahan masuk pula ke dalam bilik. Tuala mandi di ambil dan terus masuk kebilik air. Membersihkan diri. Tidak lama kemudian, keluar semula siap berpakaian. Tuala disidai kembali. Dia menghadap cermin. Memandang wajahnya sendiri. Tiba-tiba tersenyum sendiri. Merenung cermin. Aliaa di sebelahnya, tersenyum manis memandangnya. Sekelip mata terus hilang. Dia menoleh ke kanan dan ke kiri mencari Aliaa.

"Ya Allah..!! Hanya bayangan dia je.." katanya perlahan. Menundukkan pandangan. Serta-merta airmata kerinduan gugur. Dia pandang ke cermin lagi.

" Hahahaa!! Kau menangis Faliq? Kenapa kau nak nangis? Untuk apa kau nangis? Ini kehendak kau, kau nak semua ni berlaku. Kau buat isteri dan anak kau kecewa, kau sakiti hatinya, kau buat dia patah hati. Kenapa kau nak menangis? Bukan kau patut bangga ke? Bukan kau patut gembira ke? Kau dah berjaya kecewakan isteri kau. Kau dah berjaya Faliq. Tahniahh!!  Isteri kau dah pergi jauh dari hidup kau. Dia takkan balik lagi pada kau. Pergilah kau kejar si perampas tu, wanita pujaan hati kau. Pergilah kau bersama si perosak. Yang dah merosakkan dirimu sendiri, yang dah merosakkan rumahtanggamu. Pergilah Faliq.. Pergilah.! " Hati Faliq memtertawakan dirinya sendiri. Malunya dia pada diri sendiri. Tersangat malu. Deras airmatanya. Ego nya jatuh tersungkur.

Adakah itu airmata keinsafannya? Benarkah dia menyesal diatas perbuatannya selama ini? Atau menyesal hanya dikala kesunyian? Dikala merasa kerinduan pada anak dan isteri saja?
Jika bersama Tasya, adakah dia ingat anak isteri? Tak. Selama ni itu juga yang dirasa tapi tetap sama. Perubahan? Penyesalan? Sekejab saja.

Dia mengambil kunci kereta dan melangkah keluar. Mahu balik ke rumah mama dan papanya. Tak sedap hatinya sejak Asnida datang office tempoh hari. Rasa sangat bersalah. Turut merasa rindu pada mama dan papanya. Yang selama ini tidak dirasainya. Macam mana nak rasa merindu kalau 24jam asyik berkepit saja dengan si perampas tu. Faliq memandu laju. Radio dipasangnya kuat. Dan, lagu nyanyian Akim and The Majistret  berkumandang di corong radio. Mewangi. Lagu untuk si isteri suatu ketika dulu. Yang sering dia nyanyikan untuk Aliaa. Terus jadi sedih. Menitis lagi airmatanya. Rasa sangat berdosa pada Aliaa.

" Maafkan akuu.. !!" Dia menjerit sekuat hati. Suara ditelan bunyi muzik. Bersalah dan terus rasa bersalah pada Aliaa. Memaki hamun diri sendiri. Sampai diperkarangan rumah, dia mematikan enjin kereta. Memejamkan mata mencari kekuatan untuk berhadapan dengan papa dan mamanya. Kereta Asnida ada. Dia keluar dari kereta dan jalan lemah masuk ke dalam rumah.

" Assalammualaikum..!!" Memberi salam.

" Waalaikumsalam.. " mereka jawab serentak. Mata semua tertumpu pada Faliq. Dilihat wajah ibu yang kusam dan cengkung. Betul kata Asnida, mamanya sudah kurus akibat menanggung rindu padanya. Semua terdiam. Tiada kata-kata. Faliq terus menuju kearah Puan Asmah dan terus memeluk Puan Asmah.

" Mama.. Alang minta maaf ma. Alang minta maaf..!! Ampunkan Alang maa." Dipeluk erat tubuh mamanya. Menangis deras. Mengalir juga airmata Puan Asmah. Dicium anak kesayangannya. Melepaskan kerinduan yang telah lama ditanggungnya. Suasana sedih. Encik Kamaruddin, Asnida dan Lukman hanya melihat. Kesedihan.

"Ampunkan Alang maa!" Berkali-kali kemaafan diucap.


"Kenapa Alang dah lama tak balik. Mama rindu Alang..!! Alang dah tak sayang mama ke Alang" Tersekat-sekat suara Puan Asmah menahan sebak. Faliq mencium pipi dan dahi mamanya berkali-kali.

"Alang sayang mama.. Maafkan Alang ma..!" Faliq pun merindui mamanya juga.  Kemudian, Faliq menghampiri Encik Kamaruddin pula. Dicium tangan papanya dan terus dipeluk papanya erat.

"Papa.. Alang minta maaf. Ampunkan Alang pa.." sambung lagi menangis.

"Dahlah Alang.." Encik Kamaruddin pun tak tahu nak cakap apa. Rasa kecewanya hanya Allah saja yang tahu.

Faliq berpatah balik pada Puan Asmah. Direnung wajah tua itu. Dipeluknya lagi.

"Kenapa sampai jadi macam ni Alang? Kenapa Alang dah semakin jauh. Kenapa buat kami macam ni? Mama kecewa sangat. Kecewa.." Faliq tidak dapat menjawab. Hanya memohon keampunan saja itu yang mampu diucapkan. Selebihnya hanya airmata. Betapa rasa berdosanya Faliq pada mamanya. Suasana sunyi sepi sebentar. Yang ada hanyalah esak tangis mereka. Sungguh sayu suasana.

" Maafkan Alang ma.. Maafkan Alang pa.. Maafkan Alang, Angah..!! Semua ni salah Alang. Salah Alang..!!" Faliq menekup wajah.

" Aliaa mana Alang? Aliaa pergi mana??" Tanya Puan Asmah ingin sangat tahu.

" Alang tak tahu ma. Alang tak tahu dia pergi mana. Dah lama Alang tak jumpa dia.." jawab Faliq perlahan.

" Alang tak tahu? Habis selama ni. Ya Allah..!! Apa dah jadi sebenarnya ni Alang..!!"

" Alang cuba call dia tak dapat. Alang pergi office dia, tapi dia dah berhenti kerja.. Alang tak tahu dia dekat mana" Semua terkejut. Memang tak sangka ini semua terjadi. Dan tak menduga rupanya rumahtangga Faliq hanya tinggal menanti rebah ke bumi. Betapa sedihnya hati Puan Asmah. Ternyata semua cerita adalah benar.

"Alang tak cari dia ke. Tak tanya Adil. Tak cari dekat kampung?" Tanya Asnida. Faliq menggeleng kepala.

" Apa sebenarnya yang berlaku?" Tanya Encik Kamaruddin. Pada mulanya Faliq enggan cerita tapi kerana desakan Encik Kamaruddin akhirnya Faliq cerita A to Z. Hampa dan kecewa mereka mendengar penjelasan Faliq. Semua kecewa dengan sikap Faliq. Memang tak percaya dengan apa yang Faliq sudah lakukan pada Aliaa tapi itulah kenyataannya. Itulah hakikatnya. Faliq menyalahkan diri sendiri. Menyumpah dan memaki-maki dirinya sendiri.  Sangat menyesali perbuatannya.

"Jadi selama ni. Aliaa sembunyikan semua ini dari pengetahuan kita. Dia tutup kesedihan dan kelukaan dengan senyumannya. Ya Allah Aliaa..!! Kenapa Alang kejam sangat, kenapa Alang sanggup buat Aliaa macam tu. Alang..!! Betapa seksanya dia mengandungkan zuriat Alang. Dia nak mati sebab lahirkan zuriat Alang.  Alang tak ingat kee?!! Kalau tahu penderitaan dia macam ni, kenapa Alang tak doakan dia mati je dulu Alang.. Biar puas hati Alang.. !!" Kecewanya hati Puan Asmah.

" Mama.. Alang minta maaf ma. Alang berdosa pada Aliaa. Maafkan Alang ma..!!" Faliq melutut pada Puan Asmah. Dia betul-betul menyesal. Menyakiti hati mamanya sangat dia takuti.

" Alang sayang Aliaa ma..!!" Katanya perlahan.

" Sayang apa kalau buat dia menderita. Alang bukan buat Aliaa je menderita. Tapi Dhia juga. Dhia masih kecil, dia tak berdosa. Dhia perlukan kasih sayang Alang. Aliaa perlukan Alang. Kenapa Alang tak jaga amanah dari Allah dengan baik. Alang tak takut dosa ke? Mama kecewa, mama kesal dengan  Alang. Alang sakiti hati Aliaa, bermakna Alang juga sakiti hati mama. Alang takkan bahagia terus buat Aliaa macam ni." Betul-betul Puan Asmah kecewa.

" Mama.. Sabar maa..!!" Asnida dengan esak tangis menenangkan hati mamanya.

"Alang dah berpisah dengan Aliaa ke?!" Tanya Lukman.

" Tak..  Alang tak lepaskan dia, apapun terjadi Alang takkan lepaskan dia Angah..!!"

"Kalau dah benci, kalau dah tak sayang kenapa tak lepaskan? Alang saja buat dia menderita? Apa yang Alang nak lagi dari dia. Kenapa nak seksa zahir batin dia. Kembalikanlah dia pada wali dia. Janganlah seksa dia lagi.."

"Alang sayang dia ma.!" Jawabnya lagi. Perlahan. Tertunduk dia memandang lantai. Betapa sakitnya hati Puan Asmah pada Faliq. Tak pernah dia rasa begini. Anak harapannya kini mengecewakannya. Luluh hati ibu.

" Mama tak tahu nak cakap apa dah. Terpulanglah Alang nak buat apa pun. Mama sangat sedih. Kalau Alang nak kahwin dengan perempuan tu, kahwinlah tapi lepas ni jangan jumpa mama lagi. Dan, selagi Alang tak dapat cari Aliaa dan Dhia, jangan cakap dengan mama.." Puan Asmah berlalu meninggalkan mereka. Kecewa sungguh hatinya. Faliq terdiam. Tiada kata-kata yang dapat diucapkan lagi. Dia paling menjaga hati Puan Asmah selama ni, takut sikit pun menyakiti kerana dia tahu akibat menyakiti hati seorang ibu. Tapi kini.. Apa yang dia takuti itulah yang dia lakukan.

" Bila nafsu mengusai diri. Kembalilah pada Allah. Bertaubatlah sebelum terlambat. Allah Maha Pengampun, Allah Maha Pengasih, Allah Maha Penyayang. Kembalilah pada Allah, Alang..!!  Mintalah petunjuk dari Allah, Solatlah.. " kata Encik Kamaruddin. Dia sendiri pun kecewa tapi apa boleh buat. Semua sudah ditentukan.  Asnida menghampiri Faliq.

"Alang.. Semua orang melakukan kesalahan. Sebelum keadaan menjadi lebih teruk, bertaubatlah.. "nasihat Asnida. Faliq masih tertunduk memandang lantai. Lemah longlai jadinya.

" Angah  nak tanya ni.. Alang nak kahwin dengan budak tu ke? Alang sayang dia?" Faliq mengangkat muka pada Asnida dan menarik nafas panjang.

"Alang tak tahu Angah. Alang tak tahu. Alang serba salah. Alang terikat.."Asnida berpandangan dengan Lukman dan berkerut.

" Serba salah? Terikat? Apa maksud Alang?"
Tanya Asnida lagi. Dia seperti dapat merasai sesuatu. Faliq terdiam lagi. Mencari kekuatan untuk menjawab.

" Alang.. Angah tanya ni. Apa yang buat Alang serba salah dan terikat?!" Tanya Asnida lagi. Tegas kali ini.

"Sebenarnya.. kami dah terlanjur. Dan dia pernah mengandung, tapi dah gugurkan.." terang Faliq. Perlahan suaranya.

"Astagfirullah Al Azim.. Ya Allah!! Macam mana Alang boleh terjebak dengan zina. Selama ni Alang jaga batas Alang sebagai seorang muslim.." Asnida dan Lukman sangat terkejut mendengar pengakuan Faliq. Faliq yang paling dihormati dengan kuat pegangan agamanya selama ini dengan mudah lemah kerana nafsu, kerana seorang wanita. Allahuakhbar!

" Alang tak tahu Angah.. Demi Allah.. Alang tak tahu. Mungkin sebab waktu tu Alang hanya nampak dia je. Jadi, Alang tak sedar apa yang berlaku.. Yang Alang tahu, Alang dah bersama dia. Dan bila dia cakap dan tunjuk keputusan urine, positif pregnant. Alang jadi sangat bersalah. Alang suruh dia gugurkan kandungan tu. Dan sampai sekarang perasaan bersalah dan rasa bertanggungjawab padanya.." pengakuan demi pengakuan keluar dari mulut Faliq.

" Rasa bersalah dan rasa tanggungjawab pada dia? Tapi ada tak Alang rasa bersalah dan rasa bertanggungjawab pada anak dan isteri Alang? Patut Alang rasa semua tu pada Aliaa tau bukan pada betina tu..!" Asnida mula rasa marah. Sedihnya dia atas perbuatan Faliq.

"Iya Angah.. Alang tahu. Tapi waktu tu Alang cuma nampak dia je. Dia yang terbaik, dia yang buat Alang happy, dia sempurna segalanya. Semuanya dia. Sampai Alang rasa Aliaa tu serba kekurangan. Alang jadi benci tengok dia. Alang nak cari yang lebih sempurna. Tapi Alang silap Angah.. " luahnya lagi.

"Alang.. Dalam dunia ni tak ada manusia yang sempurna. Carilah sampai hujung dunia sekalipun. Tak akan jumpa Alang.. Alang sendiri pun tak cukup sempurna sebab tu Allah jodohkan Aliaa untuk Alang. Untuk menyempurnakan antara satu sama lain. Bukan dengan lihat segala kelemahan dan terus cari yang lain. Kenapa Alang tak bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan? Huh!!" Geramnya Asnida.

" Tak apa.. Angah tahu apa Angah nak buat. Dan tolong jangan halang apa yang Angah akan lakukan. Angah buat semua ini demi Alang, demi Aliaa, demi Dhia dan demi mama papa.. " kata Asnida. Nekad. Faliq hanya terdiam. Dia tahu salah dia.

"Benda pun dah berlaku. Sabarlah.. Mesti ada hikmah semua ni. Bertaubatlah Alang. Jauhi maksiat, jauhilah zina. Kerana itu semua makin menjauhkan Alang pada Allah. Kalau boleh Abang Ngah minta, Alang balik rumah ni, tinggal sini semula. Jangan balik rumah Alang dulu buat sementara ni.. Boleh?!" Lukman bersuara yang sejak tadi hanya berdiam. Faliq angguk.


Dia sudah lalui semua apa yang dilalui oleh Faliq kini. Memang ia sesuatu yang amat penyakitkan. Penyesalan yang tiada kesudahan. Tiada siapa yang mahu ini semua terjadi. Dia sangat memahami. Dia nekad dia mahu bantu, dia mahu bimbing adik iparnya kembali pada Allah. Dia bertanggungjawab atas adik iparnya. Dia mahu Faliq kembali pada Aliaa dan anaknya. Dia mahu Faliq kembali pada mama, papa dan adik beradik yang lain. Dia tahu Faliq seorang yang baik. Dia akan usaha untuk membantu Faliq. Itu niatnya.

Dan, Asnida akan mulakan langkah. Dia tak akan mendiamkan diri. Siapa yang kacau keluarganya dia akan cari sampai ke lubang cacing. Jangan diusik ahli keluarganya, pasti orang tu akan menyesal. Keluarga adalah segala-galanya. Sampai matipun Asnida tak akan lepaskan. Siapa tak kenal Ash!! Jangan ingat dia dah berubah dia tak boleh lakukan dan bertindak. Dia berubah kerana Allah dan keluarganya. Dan dia akan cari orang yang musnahkan hidup adiknya. Dia akan lakukan dan bertindak membalas segala perbuatan si pelaku. Selagi tidak bertentangan dengan agama. Apa yang Asnida mahu lakukan? Apa tindakan Asnida?

 Hmm.. Semoga semuanya baik-baik saja. Masaklah kau Tasya. Tunggulah giliranmu. Kalau Asnida dah mengaum, jadilah kau cencurut masuk dalam tanah. 

Previous: Bab 33
Next: Bab 35

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.