336,798
Kategori:
Genre:
Bab 55

Kereta dipecut laju menuju ke office. Mukanya bengis. Berita yang baru sahaja dia dapat amat-amat mengejutkan. Tak sangka sampai macam tu sekali keputusan Faliq buat. Memang tak sangka. Dah berapa hari Faliq tak balik rumah. Dia cuba call Faliq tapi handphone off, dia pergi pula ke Kondo Faliq tiada orang. Dia hubungi Nizam, tapi menurut Nizam sudah empat hari Faliq tak masuk office. Tiada siapa tahu kemana dia pergi. Tiada apa yang dia fikir. Mesti ini kerja si Tasya. Menyorokkan adiknya. Dia tiada pilihan, walau sibuk macam mana sekalipun. Dia mesti cari Tasya hari ini juga. Apa jadi pun jadilah.

Sampai saja di office Faliq. Dia terus masuk menerjah. Semua mata tertumpu padanya. Gerun masing-masing. Tiada langsung senyuman. Dia mencari Tasya dan bertanya kepada salah seorang staff. Staff menunjukkan Tasya yang sedang potostat sambil bernyanyi happy. Asnida terus menghampiri Tasya. Tasya tidak perasan kehadiran Asnida. Dengan perasaan marah yang teramat, Asnida terus menarik baju Tasya dengan kasar sekali dan menolak Tasya ke lantai. Tasya jatuh tersembam. Terkejut dan terkejut. Habislah.. Asnida dah menyinga.

"Apa ni.. Sakitlah. Tiba-tiba datang nak mengamuk ni kenapa? " Tasya melawan. Tasya bangun dan mbetulkan skirt separas pehanya. Mahu terkoyak pula skirtnya tu nanti.

" Aku mengamuk sebab ada manusia sial ganggu hidup adik aku. Hey betina!! Mana adik aku? Mana kau sorok adik aku? Ko cakap sekarang, jangan sampai kau mati ditangan aku.." Asnida menolak-nolak bahu Tasya. Tasya melawan.

" Mana i tahu. Dia dah lama tak masuk office kut. Sakitlah!!" Semua staff melihat pergaduhan itu.

" Sebab dia tak masuk office lah aku tanya kau. Kau tak faham ke betinaa!! Mana kau sorok adik aku. Mana..!!" Asnida pegang tangan Tasya dan pulas ke belakang.

" Aduh.. Aduh..!! I tak tahu.. Betul.. i tak tipu.." Meraung Tasya dibuatnya. Padan muka Tasya. Asnida lepaskan tangannya. Tasya memegang tangannya. Rasakan, mahu patah tangan.

" Adik aku ceraikan Aliaa sebab kau.." Pangg!! Sekali penampar dipipi kanan.

" You ni dah kenapa?" Tasya merengek.

" Adik aku jadi macam tu sebab kau..!!" Pangg!!  Pipi kiri pula. Uitt!! Sedapnya pipi makan penampar.

"Oii sakitlah..!!"  Staff lain tak berani nak campur. Mereka kenal sangat dengan Asnida. Mereka mampu melihat saja.

" Adik aku hampir hilang kerja sebab kau.." Dushh!! Ditumbuknya pula diperut. Naik senak perut Tasya.

" Bukan salah i lah.." masih lagi melawan.

" Hidup adik aku jadi kucar-kacir sebab kau betinaaa!!" Pangg..!! Sekali lagi pipi kirinya ditampar.

" You nak bunuh i ke?  Tolongg!!" Tasya menjerit kecil.

" Memang aku nak kau mampus sekarang. Aku dah bagi warning jangan ganggu adik aku. Kau degil kan..!! Kau ingat aku takut ke. Kau panggillah segala bapa polis, segala bapa askar, segala bapa kat sini. Sikit pun aku tak takutlah..." Asnida tarik rambut Tasya sekuat-kuat hati. Tasya tak dapat melawan. Mengerang kesakitan. Mereka melihat naik gerun. Tapi ada yang gelak.

" Okey.. Okey.. Lepas ni i tak ganggu dia lagi. Tolonglah lepas.. Sakitlah..!!" Tasya menangis.

" Kau ingat aku boleh percaya cakap kau ke ha?!" Asnida masih tarik lagi.

" Betul.. I janji.. I takkan ganggu dia lagi.. Pleaselah lepaskan, sakit...!!" Tasya merengek minta dilepaskan. Asnida terus menolak Tasya ke meja. Tersembam dia ke meja.

" Sampai kau tipu aku. Kau siap.. Siap!!" Tepat mata Asinda pandang Tasya. Tasya teresak-esak nangis.

" Kak Ash.. Sabar kak.. Sabar!! Bawa mengucap kak.. !!" Nizam datang menenangkan Asnida.

" Tapi kalau Faliq yang cari i macam mana? Takkan i nak lari. Dia sayang i kut.." Aduhhh..!! Tasya ni memang sengal. Cari penyakit.

" Kau ni memang cari pasal... " Punyalah sakit hati Asnida terus cuba menarik rambut Tasya lagi tapi Tasya lari  melepaskan diri dan dengan bertambah marah Asnida kejar. Kasut tumit ditanggalkan. Habis mereka tawaf satu pejabat. Yang lain gelak melihat gelagat mereka.

"Apa kecoh-kecoh ni??!" Tiba-tiba Dato' Muhsin muncul dari luar. Cekak pinggang dan geleng kepala dia dibuatnya.


Tasya terus berlari ke arah Dato' Muhsin.

"Dato'.. Perempuan ni datang terus serang i. Sakit badan i.." Mengada-ngadanya si Tasya. Mengadu dan merengek depan Dato' Muhsin.

" Apa yang awak dah buat ni Tasya?! Orang takkan serang awak kalau awak tak buat hal. Hey!! Tak habis-habislah awak ni.." Silaplah kau Tasya. Nak minta simpati Dato' Muhsin tapi kau sendiri yang kena marah balik. Ambil kau!!

" Dato'..!! Dia datang serang i kut..!!" Tercengang Tasya.

"Ash.. Relax..!! Kita bincang dulu ya.." Dato' Muhsin menenangkan Asnida.

"Dato'.. Betina macam ni. Tak boleh bawa bincang. Patut disula je..." Geram betul Asnida. Menjeling tajam pada Tasya. Kalau ikutkan hati dia, mahu dicampak ke bawah je Tasya ni. Sakitnya hati.

" Sabar Ash!! Jom masuk bilik. Kita bincang.. " Lembut je suara Dato' Muhsin memujuk Asnida. Asnida ikut arahan Dato' Muhsin. Dan terus berjalan menuju ke bilik Dato'.

"Awak ni kan Tasya.. Ishhh!! Geram betul lah saya..!! Masuk bilik saya sekarang! Nizam awak pun.." Berkerut Dato' Muhsin. Terus masuk ke biliknya.

"Kenapa Dato' marah i. Sepatutnya dia marah perempuan tu tau!! Dato' kenal perempuan tu ke!!" Boleh lagi Tasya tanya. Aduhaii..

"Satu KL ni kenal Ash lah. Dia tu bukan calang-calang orang tahu tak!! Bukan setakat Dato' je, menteri pun kenal dia. Segala bapa polis, segala bapa askar semua dia kenal. Bukan macam kau.. Tahu merosakan orang je..!!" Kata Nizam bengang. Tak pasal-pasal dia kena panggil juga dengan Dato' Muhsin.

Tasya tercengang. Perasaan takut mula menyelubungi. Dup.. dap.. dup.. dap jantungnya. Baru tahu. Mula ketakutan. Telanlah liur sendiri Tasya.

" Tulah.. Nak sangat bermain dengan api. Ambil kau. Baru terbakar sikit, dah macam orang gila. Patutnya bakar rentung kau ni.. Baru padan muka tuu..!!" Perli Basri. Dia pun dah pandai perli memerli Tasya.

"Tasyaaaa!!! Masuk sekarang..!!" Jerit Dato' dari muka pintu dengan muka merah kerana marah.

" Okey.. Okey..!!" Tasya berlari masuk sambil memakai kasutnya. Mereka hanya gelak. Dapat tengok drama free petang itu. Fuhh!! Dulu masa Aliaa, taklah sampai macam ni sekali. Sebab Aliaa profesional, tapi Tasya ni kuat melawan. Emosi lebih, api dilawan api. Makin terbakarlah jawabnya. Tak ada penyakit cari penyakit. Hmm..

Di dalam bilik Dato' Muhsin, suasana agak tenang sikit. Asnida pun okey. Boleh dibawa berbincang. Siap bergurau senda lagi dengan Dato' dan Nizam tapi dengan Tasya. Terus menyinga mukanya.

"Saya pun tak tahu berapa lama Faliq cuti. Nanti kalau saya jumpa dia, atau saya dapat call dia, saya bagitahu awak. Saya cuba slow talk dengan dia. Dia dalam tekanan tu, mungkin dia nak tenangkan fikiran. Saya tahu Faliq macam mana.." kata Dato' Muhsin. Nizam mengangguk perlahan.

" Baiklah Dato'.. Maaflah, saya buat kacau dekat office Dato' ni. Mujur saya dapat betina ni dekat office, kalau dekat luar. Memang ada yang mati ditangan saya.." Asnida menjeling tajam pada Tasya. Tasya cepat-cepat alihkan pandangan ke tempat lain. Tak berani bertentang mata dengan Asnida. Kecut perut dia.

"Tak apa. Saya faham.. Awak memang patut buat macam tu pun. Kalau saya pun.." selamba saja Dato' Muhsin cakap. Terbeliak mata Tasya. Bukan Dato' Muhsin nak menyebelahi dia tapi makin menyokong Asnida. Nizam gelak.

"Kau ingat ye betina. Kau ganggu adik aku lagi. Aku akan cari kau sampai ke lubang cacing. Jangan ingat Faliq dah ceraikan Aliaa, kau boleh kahwin dengan dia. Kalau berani, langkah mayat aku dulu. Kita tengok siapa yang jadi mayat.." Asnida beri amaran lagi pada Tasya. Tasya berkerut. Kalau boleh masa tu juga dia nak lari.

" Nizam.. Kalau awak nampak betina ni dekat dengan Faliq atau menggedik dengan Faliq. Info saya cepat..." Terdiam Tasya.

"Okey Boss!!" Jawab Nizam.

"Okey Dato'.. I gerak dulu. Kirim salam dekat Datin ya. Lama tak jumpa dia..."

" Insha Allah.. Saya akan sampaikan. Kalau awak nak jumpa Datin, kena buat appointment tau, macam-macam persatuan dia join sekarang ni.. Sampai saya pun naik pening tengok dia.."kata Dato' Muhsin.

" Hahahaa..!! Biasalah tu, orang kuat persatuan. Okeylah.. Assalammualaikum.."


" Waalaikumsalam.. " jawab Dato' Muhsin dan Nizam serentak. Dato' Muhsin terus duduk disofa. Memicit kepala. Pening.. Pening!!

" Boleh kena darah tinggi saya kalau macam ni, Zam..!! Hmm..." Nizam gelak kecil.

" Yang awak ni kenapa masih dekat ni Tasya. Dah tak ada kerja dah ke?!!" Marah Dato' pada Tasya. Terus saja Tasya lari keluar.

" Jadi.. Apa keputusan Dato' ?!" Tanya Nizam.

"Tak ada pilihan. Saya terpaksa kembalikan Tasya di tempat asalnya. Saya taknak burukkan keadaan. Dia pun langsung tak membantu company ni. Saya taknak Faliq terus macam ni. Faliq tu pekerja cemerlang. Dia yang banyak naikkan nama company. Saya sayang dia tu.." jujur Dato' Muhsin.

"Bagus juga tu. Ini dugaan untuk Encik Faliq.."

" Dugaan untuk saya juga.." Nizam gelak kecil.

" Dato'.. Encik Faliq ada cakap dekat saya. Katanya, Dato' bagi dia peluang terakhir kalau nak terus kerja dekat sini. Dan kena dapatkan projek Pearl Holding. Kalau tak dapat betul ke Dato' nak pecat dia.." tanya Nizam ingin tahu.

"Taklah.. Saya tak kejam pun. Saya nak cabar dia je. Nak tengok kesungguhan dia untuk dapatkan projek tu. Saya fikir, mungkin dengan cabar dia, dia akan kembali bersemangat kerja.  Tapi saya tengoklah. Dia betul-betul semangat sekarang. Cuma lepas berpisah dengan Aliaa ni mungkin dia tengah sedih. Tak apalah.. Bagi peluang dia tenangkan fikiran dulu. Saya pun faham keadaan dia.."jelas Dato' Muhsin.

" Jadi.. Dato' tahulah Pengurus Besar Pearl Holding tu adalah Cik Aliaa?!" Dato' Muhsin senyum.

"Ofcourse lah saya tahu. Dato' Hamid tu bestfriend saya. Dato' Hamid lah yang bagi projek tu dekat Faliq. Dia nak Faliq uruskan. Sebab dia tahu kebolehan Faliq. Dan untuk pengetahuan awak, sebenarnya Dato' Hamid nak Aliaa dan Faliq bersatu semula. Eh!! Tapi ni rahsia tau. Jangan pula awak cerita dekat Faliq atau sesiapa. Mati saya nanti..."

" Hahaahaaa..!! Jangan risau Dato', saya ni penyimpan rahsia. Untuk pengetahuan Dato' juga, Encik Faliq tak tahu yang Pengurus Besar Pearl Holding tu adalah Cik Aliaa.." cerita Nizam.

" Baguslah tu. Biar dia tahu. Elok-elok dengan Aliaa yang pergi menggatal dengan Tasya tu dah kenapa. Saya pula yang geram..!" Dato' Muhsin ni pun boleh tahan membebelnya. Lawak dia ni.

" Kesetiaan lelaki diuji bila ada segalanya.. Walaupun ada anak, ada isteri, ada kerjaya, ada kemewahan. Sudah cukup sempurna kehidupan. Tapi dek kerana ingin mencari yang lebih sempurna dan bila nafsu menguasai diri. Mudah terleka dengan bisikan syaitan dan hawa nafsu. Inilah jadinya.." jelas Nizam.

"Iya betul tu.. Tak apalah. Kita pun tak boleh buat apa. Kita doakan yang baik-baik untuk mereka.." Kata Dato' Muhsin. Nizam mengangguk.

" Nizam.. Ingat tau. Jangan sampai pecah rahsia. Ni antara saya, awak dan Dato' Hamid je tau. Kalau pecah rahsia, memang saya tak cari orang lain dah. Mesti awak.. Aliaa pun tak tahu tau..!!" Dato' Muhsin memperingatkan Nizam sekali lagi.

" Hahahaa.. Iya Dato', Insha Allah.. Saya janji. Dato' pegang janji saya ni.." balas Nizam. Dato' Muhsin senyum. Macam-macam perkara yang berlaku. Mengeluh dia sendiri. Ini semua dugaan. Biasalah kehidupan. Mana boleh lari dari masalah. Makin lari makinlah masalah tu kejar. Bila diduga itu tanda Allah sayang.

Sabarlah...!!

Previous: Bab 54
Next: Bab 56

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.