336,746
Kategori:
Genre:
Bab 77
Kesihatan aku kembali baik. Aku dah makin sihat, dan dah makin bertenaga. Aku dijaga dan dirawat rapi oleh Haikal. Memang tip top. Tapi aku pula yang rasa rimas. Makan ubat kena ikut time, setiap kali tu juga dia akan call untuk ingatkan. Aku ni tak bersyukur, orang ambil berat aku pula rimas bagai. Banyak sangat songeh. Hehe!!

Aku duduk di sofa sendirian. Dalam samar cahaya lampu. Jam didinding berdetik, sudah menunjukkan jam 12.40malam. Tapi mata masih tak mengantuk lagi. Aku tak dapat tidur. Lepas tidurkan Dhia tadi, terlelap sekejab je lepas tu dah tak dapat tidur.

 Entah kenapa, tiba-tiba perasaan ini muncul. Aku tak minta, aku tak nak tapi apa daya aku. Aku hanya manusia biasa yang lemah segalanya. Jujurku cakap, aku rasa rindu pada Faliq. Amat merinduinya. Entahlah.. Kenapa perasaan ini datang. Kenapa bayangan Faliq muncul. Betapa sakitnya rasa rindu ini. Airmata kerinduan mengalir sendiri. Aku tak boleh tipu diri sendiri, aku cuba buang semua tapi semakin aku buang semakin dia dekat menghampiriku. Segala kenangan pahit manis menerjah dikelopak mataku. Bayangan senyumannya, gelak tawanya, gurauan membuat aku merinduinya. Ya Allah!! Mengapa Kau hadirkan rasa rindu ini padaku? Adakah dia juga merinduiku? Iya.. Dia sentiasa merinduiku tapi aku... Hmm..

 Adakah aku masih menyayanginya dan menyintainya? Aku tak tahu. Aku tak ada jawapan. Yang nyata, aku sangat kecewa. Rasa kecewa ini dan rasa hampa ini masih menebal. Sampai bila? Aku tak tahu..  Tapi kenapa aku masih merinduinya? Bukankah bila sudah rasa kecewa dan hampa, akan hilang segala perasaan rindu, kasih dan sayang. Hilang segala kenangan. Tapi kenapa aku rasa sebaliknya. Egokah aku? Menidakkan kebenaran? Ya Allah..!! Aku tak tahu. Aku cuma merinduinya.

" Adik.. !! Kenapa ni? Kenapa tak tidur lagi.." aku terkejut. Abang menegurku dan duduk disebelahku. Cepat-cepat aku kesat airmata.

"Tak ada. Tak dapat tidur..!" Jawabku.

"Kenapa adik nangis ni? Adik sakit ke?" Tanya abang berkerut. Abang nampak airmataku walaupun dalam kesamaran lampu.

"Tak..!!"

"Habis tu kenapa? Gaduh dengan Haikal?" Teka abang lagi.

"Tak lah.."

"Jadi.. Kenapa ni? Adik rindu Faliq ya..!" Aku terus sembamkan muka ke dada abang. Aku menangis didada abang. Abang memahami apa yang sedang aku rasa.

" Adik tak tahu kenapa tiba-tiba rindu dia abang.." kataku dengan suara tersekat-sekat. Tersedu menangis. Abang memeluk bahuku menenangkan aku.

" Adik pernah rasa bahagia dengan dia. Perasaan tu akan datang sendiri walaupun adik tak minta.." aku masih tersedu-sedu.

" Adik kecewa dengan dia, hati adik hancur tapi kenapa rindu masih ada?" Tanyaku.

"Itulah hakikat hati dik. Macam mana kecewa pun rasa rindu tu akan muncul. Sebab kenangan. Kadang kita bukan rindu pada orangnya tapi kita rindu pada kenangan.." aku dengar apa abang cakap.

"Orang kata, kalau kita rindukan seseorang tu dengan tiba-tiba, maknanya orang tu pun merindui kita.."Aku diam.

" Ni abang nak tanya.. Jawab jujur ya.!" Aku duduk menghadap abang. Ku kesat airmata.

"Abang nak tanya apa?!"

"Adik sayang Faliq lagi?!" Tanya abang perlahan. Aku diam. Tak tahu nak jawab apa. Abang masih merenung aku.

" Adik masih sayang Faliq kan. Adik.. Dari sinaran mata adik ni abang boleh nampak, adik masih sayang dia. Adik masih cinta dia. Adik boleh tipu abang, tapi adik tak boleh tipu diri adik sendiri." Airmata aku mengalir lagi. Aku tak jawab pun. Abang senyum.

"Haikal macam mana? Adik sayang Haikal? Cinta Haikal?" Aku pandang abang. Aku kesat lagi airmata. Aku geleng kepala.

" Adik sayang Haikal sebagai seorang sahabat je abang. Adik tak boleh sayang Haikal." Abang angguk dan senyum.

" Abang tahu.. Adik tak boleh sayang Haikal sebab hati adik masih untuk Faliq.." Aku alihkan pandangan ke tanganku.

"Kalau sayang cakap je sayang. Buangkan segala rasa ego tu. Tak salah bagi dia peluang. Setiap orang berhak diberi peluang kedua. Abang tahu, hati adik kecewa, hampa, hancur semuanya. Adik kena terima takdir Allah. Redhalah sayang. Selagi adik ada perasaan kecewa tu sebenarnya adik masih belum redha lagi.." aku dengar je.


" Kadang- kadang, peluang kedua adalah yang terbaik dan mungkin itulah kebahagiaan sebenar adik. Hampir setiap hari Faliq call abang, whatsapp abang tanya mengenai adik dan Dhia. Masa dekat hospital. Dia ada tanya adik macam-macam, desak adik terima dia kan. Dia minta maaf dekat abang. Dia jelous tengok adik dengan Haikal.. "cerita abang. Aku diam dan masih mendengar.

"Sebelum Faliq balik KL, dia nak jumpa adik tapi Haikal larang sebab taknak adik tertekan dengan Faliq. Dia cakap dekat abang, dia masih sayang adik. Dia akan usahakan untuk pikat hati adik semula. Macam mana sekalipun, dia nak adik juga.." sambung abang. Airmata aku mengalir lagi.

" Abang.. Jahat sangat ke adik ni abang. Teruk sangat ke adik buat dia macam tu?!"aku bersuara yang sejak tadi senyap dan hanya menangis.

"Tak. Adik tak jahat. Adik ada hak untuk diri adik sendiri. Sesiapa pun akan rasa kecewa bila disakiti dan dikhianati. Abang tahu perasaan adik. Memang susah nak terima. Memang sangat sukar nak tempuhi penderitaan selama dia buat adik. Tapi selagi adik masih ada rasa sayang, cinta dan rindu. Tak salah bagi peluang untuk dia dan untuk diri adik juga. Yang pertama itu adalah yang terbaik walaupun ia pernah menyakiti. Taubat dan keinsafan seorang pendosa itu lebih mulia. Dhia juga perlukan bapanya.." lembut je suara abang.

" Abang bukan nak menyebelahi dia dan bukan nak menyebelahi adik. Tapi apa yang abang tengok, dia betul-betul dah taubat. Dia masih sayang adik dan nekad nak rujuk dengan adik. Dan adik pun masih sayang dia tapi kerana ego dalam hati ni dan keras hati ni menghalang. Fikirkanlah ye.. jangan kerana ego yang menebal ni menghalang kebahagiaan adik. Mungkin kebahagiaan adik ada dipeluang yang kedua ini.." Aku tarik nafas dalam. Pejam mata. Abang hanya senyum. Memahami perasaan aku.

" Dahlah. Pergi tidur. Dah jam 1.20pagi dah ni. Jangan selalu tidur lewat. Tak elok. Pergi naik, ambil wuduk dan tidur. Kalau tak dapat tidur juga. Ambil handphone. Whatsapp Faliq dan cakap rindu dia. Lepas tu mesti boleh tidur dengan lena.." Abang mengusik aku. Senyum.
Aku berkerut.

"Ish!! Taknaklah. Adik naik dulu ya. Abang nak pergi mana ni?!" Tanya aku.

"Abang nak ke dapur nak minum. Lepas minum abang pun nak tidur. Esok nak bangun awal nak buat breakfast untuk si kecil tu. Dia request nak breakfast spahetti carbonara katanya.." kata abang.

" Oh yeke!! Hahahaa.. Okey abang.. Adik naik dulu. Good night!!" Aku gelak kecil.

"Good night!!" Balas abang. Aku bangun dan melangkah ke tangga. Satu persatu anak tangga aku daki. Pintu bilik ku buka, dan ku tutup rapat. Dhia sedang lena dibuai mimpi. Aku masuk ke bilik air, mencuci muka dan mengambil wuduk. Kemudian ku keluar semula. Tuala kecil ku ambil. Ku lap pada wajahku perlahan-lahan. Ku sidai semula tuala kecil itu dan duduk dikatil. Aku mengambil handphone di meja lampu. Ada whatsapp. Dengan pantas ku baca whatsapp. Macam tahu je dia aku sedang merinduinya.

" Aliaa.. Apapun terjadi kasih sayang dan cinta saya pada awak takkan pernah terpadam. Biarlah kita terpisah dari ikatan ini tapi saya yakin hati kita takkan pernah terpisah. Saya amat merindui awak Aliaa.." airmataku mengalir lagi. Aku tengok tarikh dan jam dia hantar whatsapp ni. Baru lima minit lepas. Ini bermakna dia pun tak tidur lagi. Masing-masing menanggung rindu.

" Awak tak tidur lagi?!" Ringan pula jari jemariku membalas. Airmata masih mengalir lagi. Dan senyum aku sendiri bila dia juga membalas.

" Tadi dah tidur sekejab. Nak menghadap Allah nak minta Allah bukakan pintu hati awak untuk saya semula. Kenapa awak tak tidur lagi? Dah lewat sangat ni.." Dia balas. Aku hanya mampu tersenyum je. Senyum dalam tangisan. Tak lama dia call aku. Aku kesat airmata. Aku jawab..

"Aliaa.. !!" Suaranya ditalian.

"  Iya..!!" Aku menahan rasa sebak.

" Buat apa tu?!" Tanyanya.

"Tak ada apa.." Rasa janggal pula nak berbual.

"Dah sihat tak?!"

"Dah.. Alhamdulilah..!"

" Syukurlah. Awak rindu saya ni yee.." Aku gelak kecil. Aduhai dia ni. Malu sendiri aku.

" Saya tahu, awak rindu saya kan.. kan.. kan.."
Katanya.


" Mana ada. Perasan je. Tak inginlah nak rindu awak.." jawabku. Menafikan. Aku senyum sendiri.

" Elehh.. Taknak mengaku konon. Dari suara tu pun saya tahu dah.." tekanya lagi.

" Apa? Awak ingat ahli nujum ke boleh tahu-tahu apa saya rasa.." balasku.

" Ha lah..!! Saya ni bukan ahli nujum Pak Belalang tu tengok-tengok air bagai tapi saya ahli nujum Mr. Arkitek. Sebelum client info nak bangunan macam mana saya dah siap lakar dah. Dah tahu dah apa kehendak client. Sama juga macam awak, dari dengar suara awak je saya dah tahu awak rindu saya.. hebat tak saya?!" Gurau Faliq. Dah lama tak dengar gurauan gila-gila dia ni. Tetap perasan. Hahaha..

" Ooo.. Jadi, awak samakan saya dengan bangunanlah ni? Jahattt...!!"

"Hahahaaa.. Lebih kuranglah. Sebab tu masa lakar bangunan Sabah tempoh hari tu boleh terrrrlakar muka awak pula. Hahahaha.." Kami gelak sama. Ini memang lawak.

" Pelik.. Entah apalah yang awak fikir sampai bangunan pun boleh buat muka saya. Hahaha!" Aku sambung gelak lagi.

" Sebab dalam fikiran saya ni 24jam hanya fikir awak je Aliaa. Mana saya pergi, apa saya buat, semuanya awak. Hanya awak je Aliaa.. Potret awak ni saya tetap bawa kemana je dan sentiasa ada dalam beg kerja saya. Kerana sumber kekuatan saya adalah awak Aliaa. Sumber inspirasi saya adalah awak sayang..!!" Aku terdiam. Airmata jatuh lagi. Kenapa mudahnya airmata ni jatuh.

" Tak apalah kalau awak tak terima saya. Saya tahu awak benci saya, sakit hati dengan saya, kecewa dengan saya. Tak maafkan saya. Tapi jujur saya cakap. Saya tetap sayang awak. Andaikata, mungkin memang dah tak ada jodoh kita lagi, mungkin awak kahwin lain. Saya tetap akan sayang awak. Kasih sayang dan cinta saya pada awak sampai ke mati.." aku dengar je. Setia mendengar.

" Aliaa.. Saya nak awak tahu. Walaupun saya pernah sayang dan cinta orang lain dulu tapi sayang dan cinta pada awak tetap takkan pernah terpadam dan tetap kuat untuk awak. Cuma kelalaian buat saya lupa awak tapi hakikat hati saya tetap awak nombor satu. Pertama dan selamanya. Hanya awak sayang..!!" Sambungnya lagi. Aku masih berdiam.

" Terima kasih kerana masih sayang saya. Terima kasih juga merindui saya.." kataku.

"Sama-sama kasih. Awak pergilah tidur ye. Lewat sangat dah ni. Nanti awak sakit lagi. Jaga kesihatan baik-baik ya.."

" Okey!! Awak pun jangan tidur lewat ya.."
Aku senyum.

" Insha Allah.. Saya nak menghadap Allah dulu, lepas tu baru tidur. Semoga Allah satukan hati kita semula dan panjangkan jodoh kita semula.." katanya lagi.

" Selamat malam!!"

"Aliaa.. Jangan lupa mimpikan saya tau. Nak jumpa awak tak boleh jadinya jumpa dalam mimpi jelah. Kita jumpa dalam mimpi nanti ya.."

" Hahahaa.. " aku gelak. Happy pula aku.

" Selamat malam sayang.. Assalammualaikum..!!"

" Waalaikumsalam..!" Aku terus matikan talian.

Aku senyum. Apa perlu aku lakukan sekarang. Entahlah.. Rasa terubat rindu bila dengar suaranya, gurauannya. Mencuit hatiku. Kadang kasihan padanya, macam-macam dia buat untuk ambil hati aku. Sampai Nizam kata dia gila talak. Tapi aku tahu sayang dia memang kuat untuk aku. Sama juga dengan aku. Tapi entahlah.. Mungkin betul abang cakap kerana ego aku sendiri yang menghalang perasaan itu. Menidakkan kebenaran. Mulut kata benci tapi hati kata sayang.

Allah beri dugaan dan ujian untuk aku dan dia hingga kami terpisah. Tapi Allah kuatkan hati kami. Kecewa hancur luluh macam mana sekalipun hatiku Allah tetap dan masih kuatkan rasa kasih sayang rindu dan cinta padanya begitu juga dia. Walaupun diuji dan diduga dengan menyintai dan menyayangi perempuan lain tapi rasa kasih sayang cinta dan rindu padaku tetap juga utuh. Hati aku dan hatinya milik Allah.

Patutkah aku beri peluang kedua untuknya? Patutkah aku buang segala rasa kekecewaan ini? Mungkinkah ada sinar kebahagiaan untuk kami lagi? Ya Allah..! Bantulah aku. Berikanlah petunjuk padaku.

Aku bangkit dan masuk ke bilik air mengambil wuduk. Menunaikan solat sunat. Memohon pada Allah semoga diberi petunjuk segala kekusutanku ini. Aku serah segalanya pada yang Maha Berkuasa. 

Previous: Bab 76
Next: Bab 78

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.