336,539
Kategori:
Genre:
Bab 124
Aliaa dengan langkah yang malas jalan ke ruang tamu. Sudah dengar suara perbualan antara abangnya dan Faliq. Senyum saja dia. Entah apalah yang mereka bualkan. Seperti serius sahaja. Aliaa menghampiri mereka dan duduk disebelah Adil. Faliq senyum memerhati gerak geri Aliaa. Senyap!  Mata terus pada tv. Dibiarkan saja Faliq.

" Okeylah.. Korang boraklah dulu. Aku nak ke toilet, sakit perut..!"Faliq angguk. Dia tahu Adil nak beri mereka peluang berbual. Tak mahu mengacau. Faliq merenung wajah Aliaa. Muram saja wajah itu. Aliaa membalas pandangan dengan senyuman tawar. Masih senyap. Lalu, bangun dan menuju keluar rumah. Meninggalkan Faliq yang terpinga-pinga sendirian. Duduk di kerusi batu menghadap jalan raya. Angin sepoi menghembus ke wajahnya. Sejuk saja, angin malam yang mendamaikan. Mahu hujan mungkin. Faliq mengekorinya dan duduk dihadapan Aliaa. Aliaa senyum.

" Kenapa ni, senyap je.." tanya Faliq lembut.

"Tak ada apa.."jawab Aliaa ringkas.

" Mesti ada sebab ni. Kalau tak, tak adanya diam je macam ni. Cuba cakap, kenapa?!" Tanya Faliq lagi.

"Tak ada apalah. Penat kut.." masih taknak cakap, menafikan. Tapi sebenarnya dia memikirkan sesuatu.

" Aliaa.. Saya tahu, ada yang awak fikirkan ni. Cakaplah, jangan macam ni. Kalau awak tak cakap, saya tak tahu. Adil tak tahu, semua orang tak tahu.." masih memujuk. Dua hati pula Aliaa nak cakap atau tak.

"Betul lah. Tak ada apa-apa.." masih berdegil.

"Awak sakit ke ni? Abang cakap awak sesak nafas lagi.." Aliaa senyum.

"Dah okey dah..!" Jawabnya jujur. Faliq angguk kepala.

"Syukurlah. Tapi ni kenapa ni. Awak sedih ye saya nak kursus.."

"Hahaahaa.. Taklah.." Aliaa gelak.

" Hmm.. Okeylah, taknak cakap tak apa. Nanti kalau dah sedia nak cakap, just call je ya..!" Kata Faliq. Memang tak boleh buat apalah kalau dah Aliaa macam tu. Memang takkan nak cakap punya, tunggu sajalah. Mereka diam sebentar. Faliq hanya merenung wajah Aliaa, Aliaa pula rasa tak selesa.

"Hmm.. Esok awak pergi dengan siapa?!" Baru Aliaa nak buka cerita. Fikirannya terganggu dengan kata-kata Tasya siang tadi sebenarnya. Perasaan was-was pada Faliq. Antara percaya dan tidak. Perasaan negatif mula bersarang dalam hatinya pula.

" Soranglah.."

"Nizam tak join?!"

" Join tapi dia naik flight. Flight dia esok pagi."

" Hmm.. Kenapa dia tak naik dengan awak je?!"

"Memang nak naik dengan saya tapi anak dia tak sihat. Tak sampai hati katanya nak tinggalkan malam ni, anak dia kan tak boleh tidur tanpa dia. Jadi esok pagi-pagi dia gerak.." Jawab Faliq jujur. Tapi Aliaa masih tak puashati dengan jawapan Faliq.

"Oh okey!! Hmm.. Awak duduk hotel mana nanti dan dengan siapa?!" Aliaa bertanya lagi.

" Swiss In.. Saya sorang jelah sayang..! Kenapa ni macam ada yang tak kena je ni.." jawab Faliq. Berkerut dahi pandang Aliaa.

" Sebenarnya awak kursus ni berapa lama?!"
Tanya Aliaa lagi.

" Seminggulah. Sayang..!! Kenapa ni? Tiba-tiba jadi penyiasat ni. Tak percaya dekat saya ye..!" Tanya Faliq pula. Lain macam pula Aliaa malam ni.

" Hmm.. Tak sebenarnya.. Hmm.. "Teragak-agak pula Aliaa mahu berterus-terang pada Faliq. Apapun, dia kena info Faliq apa yang Tasya cakapkan siang tadi supaya Faliq tahu.

"Sebenarnya apa?" Faliq pandang tepat pada wajah Aliaa. Aliaa pandang meja.

"Siang tadi.. Tasya info, dia cakap awak kursus cuma dua tiga hari je. Selebihnya awak nak luangkan masa dengan dia.." Aliaa membuka cerita.

" Allahuakhbar..!! Sayang percaya cakap dia.." Faliq menyapu muka dengan tapak tangannya.

"Tapi masalahnya dia cakap, awak nak jumpa parents dia nak bincang pasal pernikahan korang.." tambah Aliaa lagi. Muka sedih je.

"Astaghfirullah Al Azim. Pernikahan apa pula ni sayang? Tak adalah. Itu semua bohong.."

" Tu saya tak tahu. Iyalah.. JB tu tempat awak dulu dan tempat dia. Dia tahu awak nak kursus ni pun mungkin dari awak sendiri juga kut. Dan, manalah tahu awak masih contact dia lagi. Masih dengan dia lagi tanpa pengetahuan saya. Kan.. ?!" Nada suara jelous.

"Ya Allah Ya Tuhanku..!! Sayang.. Sayang dengar sini. Pandang muka saya ni. Dengar baik-baik apa yang saya nak info ni.."


Aliaa ikut apa yang Faliq cakapkan. Bukan dia nak fikir bukan-bukan tapi sebab dah ada pengalaman jadi dia risau dan takut tertipu lagi. Macam mana sekalipun, perasaan itu tetap  akan ada.

" Sayang..!! Sekarang ni apa yang saya fikir dan nakkan hanya awak dan anak kita je. Family kita. Awak tahu niat Tasya kan. Dia memang nak kita berpisah, awak jangan percaya semua cakap dia. Itu semua menipu, bohong semata-mata, fitnah semua tu sayang.." Luah Faliq. Aliaa hanya dengar.

" Saya akui memang dia pun ada ganggu saya. Dia whatsapp dan call tapi demi Allah swt. Saya tak pernah layan, tak pernah jawab sekalipun. Saya sayang awak, Aliaa. Saya taknak sebab benda ni kita bertengkar, bermasam muka. Saya taknak.. Percayalah cakap saya ni. Saya hanya ada awak je buat selamanya. Tolonglah percaya pada saya, saya ada awak je.." sambung Faliq lagi.

" Maafkan saya. Saya bukan nak....! Entahlah mungkin sebab pengalaman kut.." jawab Aliaa pula.

" Saya faham. Tapi jujur sejujurnya, saya memang tak ada apa-apa dah dengan dia. Yang saya ada hanya dengan Aliaa Sofea je.." Faliq senyum pada Aliaa. Aliaa balas senyuman.

" Dahlah.. Jangan fikir lagi. Lepas ni apapun yang Tasya cakap, abaikan je. Awak tahu dia kan. Jangan ambil port. Tapi kalau dia cuba cederakan awak, tu awak kena info saya, info abang. Saya taknak awak di apa-apakan oleh dia. Okey?!" Pesan Faliq pada Aliaa.

" Okey Boss!!" Aliaa senyum.

"Macam nilah. Baru tenang hati saya. Kalau tak aduhaii.. Sedih nak tinggalkan awak ni. Patutlah muka tu mencuka je, rupanya hampir terjebak dengan tipu helah Tasya ye. Mudah sangat percaya cakap orang ni kan.. Hmm..!!" Perli Faliq.

"Mana ada mudah percaya. Orang berhati-hati je.." gerutu Aliaa. Mencebik manja.

" Berhati-hati apa macam tu. Ni ikut emosi je ni..!" Aliaa gelak kecil.

" Maafkan adinda wahai kekanda! Nak hukum dinda ke?!" Aliaa bergurau. Faliq gelak.

" Hahaha.. Tak apa. Kekanda maafkan. Tapi lepas ni jangan percaya cakap orang tu ya..!"

" Baiklah..!!" Mereka gelak bersama.

" Okeylah. Saya minta diri dulu ya. Nak balik rehat kejab.."

" Okey! Hati-hati ya..!" Mereka berjalan perlahan. Aliaa menemani Faliq hingga ke keretanya.

" Insha Allah. Jaga diri baik-baik tau. Jaga kesihatan elok-elok. Seminggu saya nak pergi ni tau. Rasa berat pula hati ni nak tinggalkan sayang saya ni..."

" Hahahaa.. Ada-ada je. Awak pun jaga diri baik-baik. Jaga mata tu, jangan menular pula.." kata Aliaa pula dengan senyuman.

" Baiklah sayang..!! Saya tak sabar nak balik KL nanti.."

"Aik..!! Pergi pun belum dah tak sabar nak balik KL. Pelik awak ni.."

" Hahahaa.. Kalau boleh taknak pergi tahu tak. Tapi tak apalah, ni saya pergi kerana awak tau. Tunggu saya balik tau..!"

" Hahahaa.. Insha Allah, kalau umur saya panjang, pasti akan jumpa lagi..."

" Hmm.. Janganlah cakap macam tu. Nanti saya balik kita uruskan pemeriksaan kesihatan awak dan bincang pernikahan kita ya..!!" Kata Faliq lagi dengan penuh excited.

"Insha Allah..!"

" Okey sayang..!! Ingat pesanan saya tau.." Aliaa angguk. Faliq masuk dalam kereta dan hidupkan enjin kereta. Cermin tingkap diturunkan.

" Bye.. Assalammualaikum..!!"

"Waalaikumsalam.." Aliaa terus menutup pintu pagar dan menguncinya. Faliq senyum dan terus memandu. Happy hatinya.

Dalam perjalanan pulang ke rumah. Dia teringat pula pada Asnida. Cadangnya mahu terus ke rumah Asnida tapi takut pula Asnida tiada di rumah. Lalu, dia menghubungi Asnida dulu. Busy benar kakaknya yang seorang itu.

"Angah dekat mana?" Tanyanya terus apabila terdengar suara Asnida ditalian.

" Di rumah ni, baru sampai. Kenapa?!" Jawab Asnida.

" Alang on the way ke rumah Angah. Ada hal nak minta tolong ni. Penting sangat..!!"

" Penting? Apa yang penting?!" Tanya Asnida.

" Nanti Alang cerita. Angah tunggu tau. Jangan tidur..!!"

" Baiklah.. " Faliq terus matikan talian. Tersenyum sendiri. Dengan harapan Asnida akan tolongnya. Itu sajalah harapannya sementara dia tiada. Alang-alang berjumpa dengan Asnida nanti, mahu dia sampaikan berita gembira padanya. Mesti Asnida happy juga. Tak sabar mahu menunggu saat-saat 


indah itu. Bahagianya terasa seperti kali pertama mahu mendirikan rumahtangga saja walhal mahu menyambungkan ikatan yang telah terputus. Apa yang telah hilang didepan mata, takkan mungkin akan dapat semula. Sukar. Tapi jika dapat semula itu adalah bonus dan jika pandai hargai dengan sebaiknya, pasti ia akan menjadi sesuatu yang amat-amat membahagiakan dan lebih membahagiakan hidup. Tapi tak semua orang boleh dapat semula apa yang telah pergi dan tak mungkin jika ia kembali akan sama seperti sebelumnya. Hargailah selagi ada didepan mata, lebih menghargailah jika ia telah kembali pada diri.

" Macam mana Tasya boleh tahu aku kursus ek? Mana dia dapat info ni?  Siapa yang info dia? Yang tahu aku kursus ni cuma Nizam, Aliaa, Adil je kut. Takkan Dato' yang info? Ishh!! Tak mungkin.. Tak mungkin..!! Tapi macam pelik je. Ada spy ke perempuan ni ek?!" Faliq bercakap sendiri. Baru dia terfikir apa yang Aliaa sampaikan tadi.

" Patutlah mencuka je muka Aliaa tadi. Rupanya mencuka sebab Tasya. Hehe.. Pandai jelous juga awak ye Sayang. Bukan senang nak tengok dia jelous macam tu. Seronok pun ada. Terasa diri aku ni disayangi.. Hahahaa.. Tapi bahaya juga ni, jangan terlebih merajuk sudah. Masak pula aku nak mujuk. Hai lah sayangku Aliaa.. Hehehe!!" Gelak Faliq pula. Cerianya hati. Senang hatinya, tenang fikirannya kini.

 Bahagia.. Hanya itu yang terpancar di wajahnya kini. Berseri-seri. Setelah melalui pelbagai dugaan dan halangan untuk menawan hati Aliaa semula dan  Allah permudahkan segalanya dalam sekelip mata. Kehendak Allah tiada siapa yang tahu. Kuasa doa yang tidak pernah putus. Dia memandu sambil bernyanyi-nyanyi happy dan memandu laju menuju ke rumah Asnida.

Mendung kian beransur hilang dan sinar mentari menanti disana. Tapi mungkinlah sang mentari akan terus bersinar? Bersinar hingga ke petang? Pastikah sinar pelangi juga akan muncul atau berarak semula mendung kelabu?  Mendung yang muncul bersama ribut taufan? Tiada siapa yang tahu. Bersedialah untuk hadapi segala kemungkinan yang akan berlaku dan terimalah apa saja yang telah ditentukan olehNYA. 

Previous: Bab 123
Next: Bab 125

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.