336,452
Kategori:
Genre:
Bab 17
Sekejab je masa berlalu, pejam celik pejam celik. Dua tahun dah umur Dhia. Dah besar dah anak aku. Seronok tengok dia ni. Senyum je si comel aku ni. Keletah sangat. Becok mulutnya dan manis senyumannya seperti mama dia juga. Hehe..!! Seronok jadi ibu, buka mata ngadap Dhia, nak tidur ngadap Dhia. Membesar depan mata sendiri, happy sangat. Memang seronok jadi surirumah sepenuh masa. Uruskan rumah, uruskan anak, uruskan suami. Kira 24jam memang fokus dekat rumah je. Tapi aku tak boleh terus macam ni. Bukan sebab taknak jadi surirumah tapi  kena bersedia. Bersedia hadapi kemungkinan yang akan berlaku. Bukan lagi kemungkinan tapi inilah yang aku kena hadapi.

Siapa yang tidak inginkan keluarga bahagia. Semua orang inginkan. Semua isteri mahu jadi yang terbaik untuk si suami dan semua isteri mahukan yang terbaik dari sang suami. Tapi apa yang kita inginkan, tak mudah untuk kita dapatkan. Yang taknak itulah yang Allah beri. Aku redha.. Panas yang ku sangka hingga ke petang, hmm. Hujan pula di tengahari. Selamat aku sudah sediakan payung awal-awal. Sudah bersedia untuk hadapi segala ribut petir dan puting beliung yang bakal menimpa. Sejak kejadian kantoi Faliq bersama Tasya dulu, aku dah mula hilang kepercayaan padanya. Bukan sekali dua tapi dah berkali-kali. Biasalah hati isteri, bila sudah dikhianati memang tak dan lah nak percaya 100%. Dah tak dapat dah gred A, paling-paling pun gred D,  cukup-cukup makan je. Tapi terus gred F dah.

Malam itu, aku tak dapat tidur. Cuba lelapkan mata pun taknak tidur. Jam sudah masuk ke angka dua pagi. Dhia dah lena selena-lenanya dibuai mimpi. Anak yang bijak, tak meragam waktu malam. Hanya bila mahu menyusu je. Tu pun kejab je meragamnya. Betul mama cakap, biasa bila diberi kesusahan sewaktu mengandung dan bersalin masa menjaganya dipermudahkan. Syukur alhamdulilah. Itulah Dhia.

Hati aku jadi tak tenang, tak tahu kenapa. Apa sebenarnya yang Allah nak tunjukkan padaku lagi? Faliq pun tiada dalam bilik, tadi dia tengok tv, bola. Dah lewat sangat ni takkan tak masuk bilik lagi. Mungkin tertidur dekat luar kut. Teka aku sendiri. Tanpa buang masa, aku pun menuju ke ruang tamu. Tapi dia tiada, kunci keretanya ada diatas meja tv. Mana pula dia pergi. Baru je aku nak ke dapur, aku terpandang pintu sliding door tak tutup rapat. Oh!! Dia ada di koridor rupanya. Aku jalan perlahan-lahan. Semakin aku menghampiri pintu koridor, hati aku bertambah berdebar. Ish!! Kenapa pula ni. Ya Allah..!! Apa sebenarnya yang akan berlaku ni. Tabahlah Aliaa, bisikku sendiri. Biasa kalau hati aku berdebar sakan macam ni, bermakna ada sesuatu yang Allah nak tunjukan. Kuatkan hatiku Ya Allah..

Faliq duduk menghadap handphone. Aku berdiri dipintu sliding dari dalam, Faliq langsung tak perasan kehadiran aku. Mesti dia fikir aku dah tidur. Dan disebabkan malam gelap,hanya lampu handphone je yang jelas  kelihatan. Ternyata. Naluri seorang isteri itu tidak pernah salah. Iya.. Malam itu Allah tunjukkan pada aku. Hampir menitis airmataku. Tapi aku dapat kawal. Bahagianya dia berwhatsapp bersama Tasya tengah-tengah malam macam ni. Kata-kata cinta, kata-rindu dari seorang kekasih untuk kekasih. Lelaki.. Suami.. Penipu!! Bagai nak gugur jantung aku. Kata-kata janji penuh dusta. Memang tak boleh dipercayai. Janji tinggal janji. Kau menipu aku lagi  wahai suami.

Dengan pantas, aku buka pintu sliding door. Dan terus rampas handphone dari tangannya.

"Apa ni sayang..!! Bak sini handphone tu..!" Dia sangat terkejut dan marah bila aku ambil handphonenya. Dia cuba ambil handphone dari tangan aku tapi aku melawan. Aku dengan selamba masuk ke dalam rumah. Aku pegang handphone sekuat hati. Dia mengekoriku.

" Bagi balik handphone tu.." Aku tak pedulikan pun.

" Sayang!! Abang cakap bagi handphone abang tu. Kenapa kurang ajar sangat ni?" Faliq marah, menengking aku. Tak pernah dia tengking aku selama ni. Mungkin salah aku juga buat dia marah tapi hati aku macam mana? Aku terus baca whatsapp antara dia dan Tasya. Serta-merta airmata gugur ke pipi. Aku cuba menahan tapi aku tak mampu. Dan jantungku bagai mahu tercabut.


Semuanya bukan lagi mimpi. Iya..!! Semuanya adalah kenyataan. Kenyataan yang aku perlu tanggung dan hadapi.

"Apa semua ni abang? Tolong jelaskan.." kataku dengan suara terketar-ketar menahan sebak. Faliq membisu. Muka langsung tak bersalah.

"Apa semua ni?! Selama ni abang tipu sayang hidup-hidup. Sayang percaya abang. Tapi.. Mana janji abang. Sanggup abang buat sayang macam ni. Abang penipu.. Abang penipu..!!" Aku menangis. Aku menjerit.

" Sayang.. Janganlah macam ni. Kami tak ada apa-apa pun. Cuma kawan je. Tak boleh ke?!" Ha? Kawan? Ya Allah.. !!!

" Kawan? Kawan apa ni abang. Semua dah terbukti depan mata tapi kenapa taknak mengaku. Kenapa? Gambar-gambar ni apa ni abang. Berpelukan..! Ya Allah abang..!! Tak rasa berdosa ke? Mana pergi iman, mana pergi rasa takut abang pada Allah?!" Aku sambung lagi.

" Dahlah sayang. Abang malaslah nak gaduh.."

" Abang buat sayang kecewa. Kenapa buat sayang macam ni, kenapa masih sakiti hati sayang. Kalau abang dah taknak sayang. Cakaplah abang.. Cakaplah.. Tapi janganlah buat macam ni.." aku menangis dan menangis.

" Bukan sekali dua tapi banyak kali abang tipu. Abang minta sayang bagi peluang tapi kenapa abang tak hargai. Abang permainkan hati perasaan sayang sesuka hati. Abang nak sayang dan sentuh sayang bila perlu je kemudian abang biarkan sayang. Abang tinggalkan sayang sendirian bersama anak. Kenapa buat sayang macam ni??!" Makin deras airmata aku. Betapa kecewanya aku. Hancur luluh hatiku untuk kali yang keberapa pun tak tahulah. Banyak!!

" Abang minta maaf. Abang sayang dia. Abang tak boleh tinggalkan dia. Abang dah cuba, makin abang nak lupakan makin dia dekat dengan abang.." akhirnya dia buka mulut juga. Mengaku. Sekian lama dia nafikan.

" Sampai hati abang. Sampai hati.. Kenapa abang tak doa je sayang mati waktu koma dulu bang. Kenapa? Biar puas hati abang.." Aku terduduk terpaku. Allahuakhbar!!

" Jangan cakap macam ni sayang. Abang sayang isteri abang..!!"

" Sayang apa kalau buat sayang macam ni. Abang sakiti hati sayang, abang tipu sayang. Berkali-kali abang. Berkali-kali. Apa yang abang nak lagi dari sayang. Cakap abang.. Cakap!!" Tersedu-sedu aku menangis.

" Abang minta maaf. Abang minta maaf..!!" Hanya itu yang dia ucapkan. Maaf tiada makna lagi.

" Allahuakhbar..!! Subhanallah..!! Kuatkan aku Ya Allah..!!"

" Abang minta maaf..!!"

" Abang pilih antara dua. Sayang atau Tasya?!" Faliq terkejut dengan apa yang aku cakapkan. Aku mengesat airmata. Aku senyum. Aku istighfar banyak-banyak.

" Sayang.. Sayang.. Please!! Janganlah buat sampai macam ni.. "

" Sayang atau Tasya?!" Kataku tegas. Airmata tiada lagi gugur. Aku tepat pandang mukanya tanpa berkelip mata pun. Dia menundukkan muka. Tiada jawapan. Okey!! Aku dah tahu jawapannya.

"Sayang tahu. Abang sayang Tasya kan. Abang tak boleh tinggalkan dia kan. Abang tak boleh lupakan dia kan.. Satu je sayang nak tanya. Abang nak kahwin dengan dia?!" Terus dia pandang aku. Redup matanya. Tiada jawapan.

" Okey!! Sayang taknak abang terjerumus terus dengan maksiat. Sayang dengan rela hati. Akan pinangkan dia untuk abang. Abang nikahlah dengan dia. Tapi lepas semua urusan pernikahan selesai. Kita berpisah untuk selamanya... "kataku perlahan.

"Ya Allah..!! Sayang please sayang. Jangan sampai berpisah. Abang masih sayangkan sayang. Abang takkan lepaskan sayang apapun terjadi. Please sayang..!!" Baru nampak muka dia rasa bersalah.

" Untuk apa abang simpan sayang lagi. Sedangkan hati abang, hidup abang dah ada dia. Tolonglah jangan buat sayang dan anak menderita.."

"Ada cara lain lagikan. Abang tak boleh hidup tanpa sayang.."

" Selama ni pun, abang hidup dengan dunia abang sendiri je. Dengan Tasya. Abang tak ingat kami, abang tak ambil berat dekat kami lagi. Abang balik kerja lewat dan keluar. Tengah malam balik. Sakit demam sayang sendiri tanggung. Depan family abang baik pandai berlakon. Sudahlah abang. Ini keputusan sayang. Bawa sayang jumpa Tasya. Sayang dah sedia lama dah, dan sayang dapat rasakan ini semua akan terjadi. Dan, inilah yang terjadi kini.." kataku lagi. Aku dah betul-betul kecewa.


"Sayang.. Abang merayu, janganlah macam ni.. Abang.. Abang..."

"Habis nak macam mana lagi? Abang nak cakap yang abang nak dia jadi madu sayang. Hahaha!! Minta maaf abang. Sampai bila-bila pun, sayang tak akan pernah terima dia sebagai madu. Tak akan. Sayang taknak tambah dosa abang, dan sayang taknak tambah dosa sayang sendiri. Memang abang mampu, tapi maaf. Sayang tak mampu memendam perasaan, makan hati. Cukuplah selama ini.." jelasku panjang lebar.

Faliq terdiam. Aku tetap bertegas. Aku dah tak sanggup menanggung penderitaan hati. Memendam perasaan. Diluah salah tak diluah pun salah. Penat, asyik gaduh dan gaduh. Bila dia stress dekat rumah, pasti tak balik rumah. Tak tahu mana dia pergi. Apa aku buat semua tak kena. Kadang, sebab masakan pun dia marah aku. Semua tak kena. Dah tak ada keserasian, dah tak ada sefahaman. Anak?  Jarang dah dia pegang. Dia buat anak macam ada dan tidak je. Kalau anak demam dia marah, kata aku tak jaga anak dengan baik.  Kalau aku sakit, dia suruh aku pergi klinik sendiri. Dalam keadaan sakit nak bawa anak, nak memandu, nak itu nak ini. Agaknya kalau kemalangan dan mati kami berdua. Baru seronok hati dia. Dia anggap aku macam tak wujud dah. Rumah ni hanya sebagai persinggahannya je. Untuk tidur yang cuma beberapa jam, untuk salin pakaian untuk makan yang kadang-kadang je. Dalam seminggu hanya dua tiga kali je makan. Sedihnya.. Aku masak untuk dia tapi menjamah sikit pun tak. Kalau makan pun, sesuap je. Yang lain, buang. Tapi bila aku tak masak. Aku kena marah. Ya Allah..!! Kenapa ini semua berlaku pada aku? Anak aku perlukan kasih sayang seorang bapa. Aku juga perlukan kasih sayang seorang suami. Tapi kenapa aku dan anak dilakukan sebegini. Di hadapan keluarga, kami bahagia tapi hakikatnya. Hati aku, jiwa aku menangis sampai keluar airmata darah. Terlalu kecewa.

Allah tunjukan semuanya pada aku. Bukan dari mulut orang lain tapi Allah tunjukan depan mata aku sendiri. Selama ni bila aku bertanya mengenai hubungannya dengan Tasya, mati-mati dia menafikan. Dan marah aku, konon aku dengar dari orang. Fitnah dari orang. Tapi tak. Allah tunjuk di depan mata aku. Semua!! Cuma aku tak bagitahu dia pun. Dah beberapa kali aku check handphone dia, perkara yang sama juga. Entahlah. Allah gerakan hati aku nak buka handphone dia dan kebetulan handphone tidak berlock. Sebelum ni berlock pula. Siap ada handphone khas lagi. Tapi iyalah.. Allah yang tentukan segalanya. Segalanya dah terbukti. Segalanya dah jelas. Apa yang harus kulakukan? Terus macam ni ke?  Atau terima Tasya sebagai madu? Oh!! Tidak sama sekali. Tidak mungkin.

Sorry!! Aku tak ingin nak dapatkan payung emas. Biarlah aku sendiri dari terus memakan hati berulam jantung. Aku tak mampu. Kalau dia nak kahwin, aku akan tolong. Sampai tamat majlis pun aku sanggup tapi lepaskan aku setelah selesai majlis.

Ya Allah..!! Andai ini jalan hidupku, aku redha. Dan, andai ini takdir aku, kurelakan jiwa.
Biarlah aku sendiri bersama anakku. Biarlah aku berundur demi kebahagiaannya. Biarlah aku mengalah bukan kerana kalah tapi kerana kebahagiaanmu bersamanya wahai suami. Aku tak mampu membahagiakanmu, dia adalah selayaknya. Aku hanya menumpang secebis kasihmu yang bila-bila bisa kau campak dan buang ke dasar lautan.

Terima kasih suami. Terima kasih dengan segala kesakitan yang kau beri padaku. Aku amat hargai hingga ke hujung nyawaku. Terima kasih kau lukai parut dihatiku ini hingga berdarah lagi dan lagi. Kau tambahi luka lagi. Ia akan kekal sampai bila-bila. Terima kasih...

Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.