336,489
Kategori:
Genre:
Bab 99
" Assalammualaikum.. " Suara memberi salam di luar rumah.

"Waalaikumsalam.." mereka bertiga jawab serentak. Terus Faliq bangun dan melihat siapa yang datang. Pintu dibuka. Dengan senyuman Faliq menyambut kedatangan Erisya, Dato' Hamid dan isterinya. Adil juga bangun menyambut kedatangan mereka. Menjemput mereka masuk. Aliaa masih duduk dengan mata masih merah.

"Masuk pa.. Maaflah papa, bersepah sikit rumah. Rumah bujanglah katakan..!" Kata Adil merendah diri.

" Bersepah apanya ni. Kemas je mama tengok..!" Jawab Datin. Aliaa bangun, senyum dan terus salam Datin dan Erisya. Kembali duduk. Mereka bertiga pandang Aliaa dengan wajah yang redup. Simpati.

" Aliaa macam mana? Aliaa sihat?!" Tanya Dato'. Aliaa senyum.

"Alhamdulilah sihat..!!" Jawab Aliaa kemudian pandang bawah. Terasa masih sedih lagi.

" Papa mama dari mana ni?!" Tanya Adil.

" Dari rumah. Semalam konon nak datang sini tapi papa ni pula busy. Kebetulan petang tadi Sya ada jumpa Faliq kan. Tu yang ajak juga ke sini. Tak sedap hati mama ni..!" jawab Datin. Pandang muka Aliaa. Aliaa terharu sangat sebenarnya. Diam membisu.

Tidak lama kemudian, Sis Tuti muncul dengan membawa sejug air oren dan gelas didalam dulang. Satu persatu dia tuang air dalam gelas dan beri kepada mereka.

" Sis macam mana kerja dengan Cik Aliaa. Okey tak?!" Tanya Datin pada Sis Tuti. Dia yang perkenalkan Sis Tuti pada Aliaa.

"Baik-baik saja Datin. Cikpuan Aliaa baik banget. Saya suka kerja dengannya. Pak Adil, Pak Faliq, semua baik juga. Sama seperti Pak Haikal.. Lagi baik.. opss!! " Alamak!! Faliq ketuk kepala. Sis Tuti tutup mulut dengan tangan.

" Mohon maaf Pak Adil..!! " Sis Tuti bersalah.

" Tak apa. Awak pergi masuk dulu..!" Adil senyum. Aduhaii...!! Adil dah warning pada Sis Tuti sebenarnya. Jangan sampai sebut nama arwah Haikal. Tak nak Aliaa sedih. Tapi terlepas sudah!! Aliaa tunduk membisu lagi. Memang payah dan payah nak lupakan arwah Haikal.

" Sekejab ya papa, mama..!! Aliaa nak ke bilik kejab, nak makan ubat.." Aliaa angkat muka dan minta izin untuk ke bilik. Sebenarnya dia tak dapat tahan kesedihan bila terdengar nama Haikal. Mereka mengangguk.

" Maaf papa, mama. Macam tulah adik. Lepas balik dari ziarah kubur Haikal terus jadi macam tu. Berkurung dalam bilik, ditanya sepatah jawab sepatah. Bila ingat arwah, confirm nangis. Dengar nama arwah pun nangis. Risau saya..! "Adil mengadu. Muka sedih.

" Sabarlah Adil. Dia rapat dengan arwah. Sekelip mata arwah pergi meninggalkan, memang terasa sangat. Sabar banyak-banyak.! Sekarang ni, kita kena cari idea. Macam mana nak pulihkan semangat dia..!" Kata Dato'.

" Betul tu. Kita kena mainakan peranan. Tak boleh biarkan dia terus macam tu. Dengan kesihatan yang tak baik sepenuhnya. Takut nanti bertambah teruk atau lain pula yang jadi.." sambung Datin pula.

" Iya ma.. Itu yang buat saya risau sangat.."

" Agak-agak bila Aliaa nak start kerja. Bukan apa. Sebab i fikir, elok rasanya Aliaa start kerja kut. Sekurang-kurangnya dia ada kawan, dia boleh sibukkan diri dengan kerja. Kalau di office ada kawan borak, gelak tawa. Kerja banyak. Dan bila dia busy, dia tak ingat sangat arwah. Cuma kalau dia sorang-sorang tu mungkin dia akan ingat dan ingat.. Betul tak?!" Erisya beri cadangan.

"Betul juga tu. Saya sokong. Sebab Aliaa kalau dah buat kerja memang fokus. Sampai makan pun lupa, kan..?!" Faliq angguk.

"Iya juga tapi dia dah sihat ke?! Papa tak nak dia belum sihat tapi dipaksa kerja. Satu hal pula tu.." Tanya Dato' pula.

" Rasanya dah sihat. Dia ada cakap, dia ingat pesan arwah. Kalau ikutkan dia memang nak sangat kerja cuma saya je tak bagi. Risau.. Tapi apa yang Sya cakap tadi tu. Betul juga. Dari biarkan dia terus macam ni elok dia kerja.." jawab Adil lagi.

" Jangan risau Dil. Aku ada. Aku boleh pantau Aliaa..!!" Semangat pula si Faliq ni tiba-tiba.

" Pantau konon..!! Awak tu office lain. Macam mana nak pantau dia. Lainlah kalau satu office..!" Kata Erisya. Mengusik Faliq.

" Alaaa tingkat 18 dengan tingkat 11 je kut. Tak jauh pun. Call je terus, sepantas kilat saya sampai.." kata Faliq penuh yakin.


Dato' senyum saja.

" Amboiii.. Faliq!! Semangatnya awak. Kalau macam tu tukar kerjalah masuk office Dato' ni. Biar 24jam dengan Aliaa..." Datin pula mengusik.

" Eh!! Datin.. Kalau Dato' ada khas department untuk saya. Why not? Kan Dato' kan.. Hahaha!!" Gelak besar Faliq. Tak segan-segan pun dia.

" Awak jangan buat hal Faliq. Tak pasal-pasal, saya pula kena saman dengan Dato' Mohsin nanti. Awak dahlah pekerja kesayangan dia. Tak nak saya tanggung risiko..!!" Balas Dato'.

" Hahahaa.. Jangan risau Dato', saya masih waras lagi. Mana mungkin saya tinggalkan Dato' Mohsin yang dah banyak tolong saya. Dari nothing sampai ke tahap ini.." jelas Faliq.

" Ha tahu tak apa. Mana boleh Mr. Arkitek ni tukar department. Mr. Arkitek si duda paling glamour dia ni pa. Ramai benar peminatnya. Sampai budak office kita pun tergila dekat dia ni.."

" Tapi Sya, you jangan silap tau. Macam mana pun ramai peminat. Hati saya ni tetap pada Aliaa Sofea sorang. Hidup mati dunia akhirat hanya dia je sorang.." kata Faliq. Jujur. Pandang pada Adil dan senyum. Adil balas senyuman. Memahami maksud Faliq.

" Baguslah kalau macam tu. Kalau boleh bersatu semula awak dan Aliaa. Lagi bagus..!!"

" Memang nak pun Dato' tapi itulah. Empunya badan masih belum terbuka hati lagi. Saya tengah usahakan dan insha Allah akan terus berusaha. Tolong-tolonglah saya ye Dato', Datin, Sya dan abang Adil.." Faliq mengenyit mata pada Adil.

" Hmm.. Kalau dulu bolehlah saya tolong. Sekarang ni, kalau nak, pandai-pandailah usaha sendiri. Nanti ditolong awak buat hal. Tak nak saya.." selamba saja Dato' cakap. Telan liur Faliq.

" Hahahaa.. Sekarang saya dah baik dah Dato'. Insha Allah..!!" Kata Faliq yakin.

" Aha pa.. Dah bertaubat dah dia, dah kembali ke pangkal jalan, dah insaf katanya. Dah diluruskan jalannya. Tapi kalau bengkok juga. Elok campak je dalam laut..!"perli Adil. Mereka semua gelak. Gamat rumah dengan gurau senda dan gelak tawa mereka.

" Eh!! Mana Aliaa ni. Sya tengok dialah kejab ya..!!" Mereka mengangguk. Erisya terus bangun dan berjalan ke bilik Aliaa. Pintu bilik tidak ditutup rapat. Erisya menolak perlahan-lahan pintu bilik. Kelihatan Aliaa sedang duduk dan menunduk ke lantai. Erisya menghampiri dan duduk di sebelah Aliaa.

" Aliaa.. Are you okey?!" Tanya Erisya.

" Okey!!" Aliaa senyum. Erisya pegang tangan Aliaa. Aliaa terus menangis. Sedih!!

" You tak boleh macam ni Aliaa. You kena kuat. Kalau arwah nampak you macam ni, mesti dia sedih.." Airmata masih menitis.

" Saya tak tahu nak buat apa. Saya dah cuba tapi makin saya cuba nak hilangkan rasa kehilangan ni. Makin kuat bayangan dia didepan mata saya. Senyuman dia, diri dia seolah-olah melambai-lambai saya. Tiap malam, saya mimpi dia. Saya terdengar-dengar suara dia panggil saya. Saya tak tahu..." terang Aliaa dalam tangisan.

" Aliaa.. jangan dilayan semua tu. Makin memburukkan keadaan awak je. Awak kena lawan dan kena kuat. Oh ya!! Mungkin ini boleh buat awak kuat.!!" Erisya mengeluarkan sesuatu dari dalam handbagnya. Sekeping surat berlipat dua berwarna biru. Tulisan arwah Haikal. Erisya menghulurkan kertas pada Aliaa.

" Auntie jumpa kertas ni dalam buku kerja arwah. Mungkin dia beri awak tapi!" Aliaa mengambil dan membaca satu persatu isi surat itu.

" For you Aliaa Sofea..

Hari ni adalah hari paling bermakna dalam hidup saya. Saya sangat rasa happy dan bahagia. Awak buat hidup saya bahagia dan ceria. Apabila tengok wajah awak. Saya jadi tenang dan happy. Awak sentiasa ceria, sentiasa happy walaupun saya tahu masalah awak sangat berat. Saya yang dengar dan lihat pun sebenarnya tak sanggup nak tanggung tapi awak kuat Aliaa. Awak memang kuat! Hidup awak sentiasa dirundung masalah ibaratnya sudah jatuh ditimpa tangga. Bukan mudah nak hidup sendiri bersama anak yang masih kecil, hidup merantau, dan masalah kesihatan awak lagi. Allahuakhbar!! Saya sangat kagum pada awak Aliaa. Sangat kagum! Awak beri semangat dan kekuatan bila saya rasa jatuh tak berdaya. Awak kembalikan senyuman bila saya sedih. Awak memberi ketenangan bila saya dalam kedukaan. Awak bahagiakan hidup saya.


Aliaa Sofea..

Saya tak nak tengok awak sedih. Tak nak tengok awak menangis. Tak nak tengok ada setitis pun airmata jatuh ke pipi awak. Tak nak tengok awak lemah. Bangkitlah kerana Allah bila jatuh. Bila awak sedih saya juga akan sedih. Saya nak awak sentiasa ceria, happy, senyum, bersemangat, kuat dan bahagia selamanya. Ternyata senyuman menutupi segala kedukaan awak Aliaa. Saya belajar semua itu dari awak.

Terima kasih buat surprise birthday untuk saya. Saya sangat terharu. Sedap sangat kek special dari airtangan awak untuk saya. Thanks Aliaa. Saya sayang awak buat selama-lamanya.

Aliaa Sofea..

Apapun terjadi dalam hubungan kita ini. Saya nak, awak jangan sedih, jangan nangis, jangan lemah dan jangan terus jatuh. Ingat!! Kena bangkit. Bukan kerana saya tapi bangkitlah Allah swt. Saya tahu awak sayang saya tapi awak malu nak cakap, kan.. Hahaha!!

Apabila senyuman menutupi segala kedukaanmu.
Itulah Aliaa Sofea Abdul Hadi..

-Harris Haikal- "

Aliaa senyum walaupun airmata masih menitis. Direnung lagi isi surat itu. Aliaa kesat airmata. Dan gelak kecil. Erisya pelik. Kenapa tiba-tiba Aliaa gelak pula ni? Bisik dalam hati.

" Iya Sya..!! Haikal tak nak saya sedih, tak nak saya nangis. Tak nak saya lemah. Dia akan sedih bila tengok saya sedih. Dia nak saya sentiasa ceria, happy, kuat dan bahagia selamanya. Dia nak saya bangkit. Iya.. Dia nak saya terus kuat. Saya tak boleh terus macam ni kan.. Saya kena kuat, saya kena bangkit. Saya kena buktikan pada arwah, saya boleh.. Iya.. Saya boleh..!! Saya boleh Sya kan..?!" Kata-kata keluar dari mulut Aliaa. Bersemangat.

" Iya Aliaa.. Awak boleh. Awak kuat..!!" Erisya juga memberi semangat.

" Thanks Sya..!!" Aliaa kesat saki baki airmata di pipinya. Semangat baru Aliaa dapat.

 Dia sendiri tidak menyangka, selama ini senyumannya, cerianya, gelak tawanya rupanya telah buat orang bahagia. Telah memberi kekuatan pada orang. Orang itu adalah arwah Haikal. Yang baik semuanya dari Allah swt, yang kurang semuanya dari dalam diri Aliaa sendiri. Dia tahu dan faham maksud Haikal.

Allah temukan dia pada arwah Haikal mungkin buat Haikal lebih kuat dan bahagia. Allah temukan Haikal padanya pula mungkin untuk mengubah hidupnya yang selama ini sentiasa dalam kesedihan menjadi ceria. Setiap pertemuan ada sebabnya dan setiap perpisahan juga ada sebabnya. Allah lebih mengetahui setiap apa yang berlaku. Kerana itu adalah kehendakNya. Yakinlah disetiap pertemuan dan perpisahan ada makna disebaliknya dan tersimpan seribu hikmah yang tersembunyi.

" Ya Allah..!! Berikanlah aku kekuatan untuk terus jalani kehidupan ini.. " 

Previous: Bab 98
Next: Bab 100

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.