336,484
Kategori:
Genre:
Bab 38
Subuh tadi, Asnida ketuk bilik Faliq tapi Faliq tiada. Dia turun ke halaman rumah, keretanya juga tiada. Dia menghubungi Faliq. Tapi handphone dimatikan. Tak sah lagi, mesti ke rumah betina tu, bisiknya sendiri. Sakitnya hati. Baru beberapa hari lepas, Faliq cakap nak berubah. Nak balik rumah mamanya nak bersama family. Dan Lukman pun setuju duduk sementara dirumah mamanya untuk bantu Faliq dekatkan diri semula pada Allah. Tapi hari ini. Batang hidung pun tak nampak. Ditanya pada Puan Asmah, katanya Faliq tak balik rumah. Lagipun, sejak malam tu. Puan Asmah langsung tak bercakap dengan Faliq. Dibiarkan sahaja anak kesayangannya itu. Mahu Faliq berfikir. Tapi nampaknya tiada perubahan. Macam mana nak berubah kalau sentiasa dihasut oleh Tasya. Makin membaralah Asnida.

Tak tenang hati Asnida. Geram betul. Dari subuh dia tunggu Faliq balik tapi dah jam10 pagi masih tak muncul. Sabar menunggu..!! Asnida duduk bersarapan didapur bersama Lukman dan mamanya. Bercerita kosong. Sambil bercerita mata asyik melihat jam ditangan. Menunggu Faliq. Bila dengar sahaja pintu rumah dibuka, Asnida terus meluru ke ruang tamu. Baru balik si Faliq. Muka bangun tidur.

" Alang dari mana?!" Tanya Asnida. Faliq senyap dan terus berjalan menuju ke ruang tamu. Duduk menyandar disofa.

"Alang.. Angah tanyakan. Alang dari mana?!" Menyirapnya Asnida. Faliq buat tak tahu saja.

"Kenapa Angah. Alang letihlah. Alang nak tidur..!!" Jawabnya perlahan.

" Alang dari rumah betina tu kan..?!" Teka Asnida.

" Apa Angah ni. Jangan nak menuduh.." Faliq menafikan.

" Alang ingat Angah tak tahu ke? Alang.. Sampai bila nak jadi macam ni. Anak bini Alang macam mana? Entah duduk mana, entah makan entah tidak. Sihat sakit ada Alang ambil tahu tak? Ada Alang cari dia?  Ya Allah..!! Alang.. tak kasihan ke dekat Aliaa.."

"Nanti pandailah dia balik.." Selamba saja Faliq cakap. Memang tak ada perasaan.

"Senangnya Alang cakap. Kalau dia tak balik macam mana? Sukalah Alang kan, dapat kahwin dengan betina tu.." geramnya Asnida. Memang nak kena Tasya tu. Faliq pejamkan mata. Malas mahu dengar kakaknya membebel. Muncul Lukman dan Puan Asmah dari dapur.

" Assalammualaikum..!!" Satu suara memberi salam.

"Waalaikumsalam.." Lukman melihat siapakah yang datang diawal pagi. Dan mempersilakannya masuk. Dengan wajah yang marah dia terus jalan menghampiri Faliq yang sedang duduk bersandar memejamkan mata disofa. Semua memerhatikannya sahaja.

" Faliq..!!" Panggilnya keras. Faliq buka mata dan sangat terkejut. Terus segar mata Faliq dan terus berdiri. Faliq cuba untuk senyum. Tapi renungan matanya tepat ke anak mata Faliq.

Dushhh!! Satu tumbukan padu hinggap muka Faliq. Tercengang semua.

"Kurang ajar kau Liq. Aku percaya dekat kau selama ni. Sanggup kau buat adik aku macam ni. Kau ingat adik aku apa ha?" Turun naik nafasnya menahan marah.

"Mana adik aku sekarang?"tanyanya lagi.

"Aku.. Aku.. Aku tak tahu Dil.." tergagap-gagap Faliq jawab.

"Tak tahu!! Kau laki dia, kau tak tahu mana dia?? Ya Allah..!!" Adil menyapu muka dengan tangan.

"Sabar Dil.. Sabar..!!" Zahwan menenangkan Adil.

" Wan.. Kau boleh sabar ke Wan. Dia buat adik aku macam pakaian je. Time dia nak dia ambil time taknak dia campak, dia buang. Aliaa pergi mana pun dia tak tahu. Kalau terjadi apa-apa dekat adik aku. Macam mana Wan. Adik aku Wan. Adik aku...!!" Marah sungguh Adil. Tak pernah tengok dia marah sebegini rupa.

" Iya aku tahu. Tapi boleh bawa bincang kan..!! Sabar.. !!" Adil menarik nafas dalam. Terus duduk di sofa.

"Kau tahu tak Wan. Aku nak jumpa adik aku pun susah. Aku call tak dapat, pergi rumah tak ada orang. Dengan aku yang selalu outstation tak ada masa nak jumpa. Adik aku nak jumpa aku pun, dia ni tak bagi. Macam-macam alasan. Rupanya ada simpan betina lain.. Kurang ajar betul kau Liq.. Kau tahu tak, aku rindu adik aku.." Sakitnya hati Adil. Dia baru je balik dari Indonesia atas urusan kerja. Bila balik orang pertama yang dicari adalah Aliaa. Hatinya jadi tak sedap bila call Aliaa tak dapat. Dan beberapa hari ini dia ke rumah Faliq tapi tak pernah ada orang.


Dan pagi tadi. Awal-awal lagi dia pergi ke pejabat Dato' Hamid terus berjumpa Dato' dan bertanya mengenai Aliaa. Semua Dato'  ceritakan pada Adil. Terkejut besar Adil tapi Dato' tak info mana lokasi Aliaa. Sebab dah berjanji dengan Aliaa. Dan Adil terus cari Faliq di pejabatnya tapi menurut mereka Faliq halfday hari ini. Tanpa berlengah, Adil pergi airport pula ambil Zahwan dan terus ke rumah Faliq. Mujur Faliq ada.

" Berapa lama dah Aliaa pergi?"tanya Adil pada Faliq. Faliq memegang pipinya yang berdenyut ditumbuk tadi. Faliq diam.

" Lebih kurang tiga bulan. Kami pun tengah cari dia. Tapi masih tak jumpa. Hujung minggu ni sebenarnya nak cari di kampung..!!" Asnida tolong jawabkan. Puan Asmah langsung tidak bersuara. Sedih hatinya.

" Kalau kau dah taknak adik aku. Tolonglah pulangkan dia semula pada aku dengan cara yang baik. Aku akan cari dia sampai dapat, tapi bila aku dah dapat dia. Jangan harap aku akan bagi kau sentuh dia dan jumpa dia. Ingat tu Liq..!!" Kata Adil tersangat marah.

" Adil.. Dil.. Janganlah macam ni, aku sayang Aliaa, aku perlukan dia. Aku.. aku janji aku akan cari dia. Aku akan jaga dia baik-baik. Percayalah.. Aku janji bro.."Faliq merayu pada Adil.

"Sudahlah Liq. Apa yang kau cakapkan ni sikit pun aku tak akan percaya dah. Kau dah hancurkan kepercayaan aku. Kau hancurkan hidup adik aku. Aku takkan maafkan kau sampai bila-bila.." terkejut Faliq dengar.

" Adil.. Please broo . Aku minta maaf. Kita sahabat kan. Kita dah lama kawan kan.. Jangan buat aku macam ni.."

"Kau buat adik aku, ada kau fikir tak?! Adik aku nyawa aku, kau sakiti dia kau sakiti aku. Maafkan aku.. Aku rela tak ada sahabat macam ni.. Dahlah jom Wan.. Makin aku tengok muka dia ni, makin sakit hati aku.." Adil terus melangkah tanpa hiraukan Faliq memanggilnya. Zahwan hanya mengekori. Sampai di pintu, Adil berpatah semula menuju ke arah Puan Asmah.

"Makcik saya minta maaf. Saya terpaksa. Demi adik saya.. Saya sayang adik saya.. " Adil salam dan cium tangan tua Puan Asmah. Puan Asmah mengangguk tanpa sepatah kata. Memahami apa yang Adil rasai. Hampa dan kecewa sama sepertinya. Dan kemudian, Adil terus keluar tanpa menoleh pun. Dengan perasaan kesal terhadap sahabat yang dipercayai selama ini. Kesal dan kesal.. Di fikirannya kini. Mahu mencari Aliaa dan anak saudaranya. Itu sahaja.

Adil memandu kereta laju. Entah kemana arah tujuannya. Dia pun tak tahu. Zahwan hanya berdiam, taknak ganggu fikiran Adil yang sedang serabut. Sebenarnya rasa bersalah pada Adil. Patutkah dia beritahu Adil lokasi Aliaa? Tapi kalau dia beritahu, apa pula Aliaa cakap nanti. Sebab dia dah janji dengan Aliaa. Taknak dia dikatakan munafik. Dato' Hamid pun tak beritahu Adil perkara sebenar, sedangkan semua Dato' tahu. Dato' yang uruskan segala perpindahan Aliaa ke Sabah. Betapa Dato' jaga janjinya pada Aliaa. Dia tahu Aliaa pegang pada janji. Dan paling benci dengan mungkir janji. Zahwan pun tahu, kerana janji dia lah Aliaa menanti dia dulu. Sampai Aliaa dah tak boleh terima cintanya semula walau cuba untuk menebus kesalahan. Menyesal. Dan dia taknak Aliaa membencinya lagi kerana janji yang ini. Ha!! Tahu takut. Jadi, dah berjanji kenalah tepati dan kalau tak mampu nak tepati janganlah mudah menabur janji. Fikirkan..

" Aku tak tahu mana nak cari Aliaa. Entahlah.. Buntu..!!"keluh Adil.

" Doalah. Hanya itu yang mampu kau lakukan. Moga hatinya lembut dan akan hubungi kau nanti. Sabarlah..!!" Zahwan memberi nasihat. Dia faham sangat apa yang dirasai oleh Adil.

" Aku call dia tak dapat bro. Tak tahulah kalau dia dah tukar nombor ke, aku email dia pun langsung dia tak balas. Aku tanya Dato', tanya Naim, semualah.. Tapi semua tak tahu.. Adik aku tu tak sihat bro. Aku risau sangat. Dengan diri dia dan anak dia yang kecil. Ya Allah..!!" Luah Adil terus. Zahwan hanya diam seribu bahasa. Serba salah pula dia jadinya. Maafkan aku Dil. Aku tak boleh nak cakap. kata hatinya.

Dirumah itu, Faliq terduduk menunduk. Menitis airmata Puan Asmah. Tak mampu nak cakap apa dah. Hanya mampu menggeleng kepala. Faliq pandang mamanya.

" Mama..!!"

Puan Asmah langsung tidak hiraukan dan terus naik kebiliknya. Faliq memanggil lagi, mengekori pula,terus memegang tangannya tapi ditepis dan tetap tidak dipedulikannya. Betapa sakitnya hati seorang ibu. Faliq berdiri dan menyandarkan badan di tepi dinding tangga.

"Puashati Alang sekarang? Alang buat mama sakit hati, buat Adil benci Alang. Hilang segala kepercayaan. Puashati tak? Kerana betina yang Alang sanjung sangat. Yang dah buat hidup Alang rosak macam ni tapi Alang masih kejar dia. Alang tak sedar lagi ke? Alang dah hilang segalanya. Hilang anak isteri, hilang sahabat. Tak mustahil satu hari nanti, Alang akan hilang keluarga sendiri dan hilang kerjaya. Alang ingat bila Alang dah hilang semua tu. Betina tu nak Alang? Memang taklah. Kalau betina tu boleh buat Alang bahagia. Pergilah dengan dia. Jangan cari kami lagi.." panjang lebar Asnida meluah rasa sakit hatinya. Faliq terduduk di anak tangga.

Apa masalah Faliq ni. Kadang- kadang dia sedar kesalahannya, menangis bagai nak rak. Menyesal tak sudah atas perbuatannya tapi dia tetap buat juga. Tetap kembali dengan Tasya. Tetap lakukan segala perkara keji. Kenapa teruk sangat? Kenapa semakin teruk? Dia bagai hilang arah, bagai lembu dicucuk hidung oleh Tasya. Allahualam..

Satu persatu Allah tarik apa yang Faliq miliki. Tak mustahil Faliq akan hilang segala-galanya. Kehendak Allah tiada siapa tahu. Tapi Faliq masih tak sedar, sedar hanya sementara. Egonya terlalu tinggi. Kenapa dia biarkan semua ini berlaku. Hati sudah terdetik mahu berubah tapi kerana ego dan sombong. Hmm.. semua hilang. Bila dalam kesunyian dan kebosanan pandai pula rasa rindu pada anak isteri. Pandai pula membazir airmata. Tapi bila bersama Tasya. Sedetik pun tak ingat anak isteri. Alahaiii isteri.. Sabarlah..

Jangan sampai suatu hari nanti, bila kau sudah tiada apa-apa disekelilingmu. Baru kau merangkak mencari dan merayu isterimu. Memang sudah terlambat. Keluarlah airmata darah sekalipun. Memang sudah tidak ada gunanya. Dan, andailah kata Aliaa terima Faliq semula pun, itu hanya kerana rasa tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Rasa tanggungjawab pada anak. Tapi bukan lagi rasa kasih sayang dan cinta yang tulus dari dalam hatinya.

Jangan diharap lagi kepercayaan dan keyakinan yang sepenuhnya kerana segala kepercayaan dan keyakinan itu telah hilang sepenuhnya dari dalam hati. Kali kedua tidak akan sama seperti kali pertama. Memaafkan itu mudah tapi menerima itu bukan sesuatu yang mudah... Hakikat...!!

Previous: Bab 37
Next: Bab 39

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.