336,408
Kategori:
Genre:
Bab 57
Angin pantai sungguh nyaman sekali. Menenangkan hati aku. Lautan terbentang luas,  keindahan laut yang memukau pandangan. Betapa indahnya ciptaanMu Ya Allah. Aku senyum, menghirup udara segar. Dengan angin menyapa ditubuhku. Aku sendirian lagi. Tiada peneman. Hidup sendiri lagi dan lagi. Memikul tanggungjawab membesarkan si kecil sendiri. Iya.. Sendiri..  sendiri dan sendiri.

Aku menuju ke tepi pantai. Jalan perlahan di gigi pantai. Membiarkan kaki dipukul ombak laut. Kesan tapak kakiku dipasir pantai hilang dibawa ombak. Aku senyum. Apa yang aku rasa kini? Tiada apa-apa. Kosong. Hatiku kosong, fikiranku kosong. Tidak?! Fikiranku masih padanya. Entah kenapa, kerap dia hadir dalam fikiranku. Aku dah cuba usir tapi dia muncul juga. Apa semua ini? Faliq.. Aku rindu kau!! Ya..!! Itulah hakikatnya. Aku tak boleh tipu diri sendiri. Ya Allah.. Kenapa dia masih ada lagi?  Kenapa??

Arhhh!! Aliaa menjerit sekuat hati menghadap laut. Melepaskan segala rasa. Lepas menjerit dia rasa tenang. Terus pandang kanan kiri. Alamakk!! Ada oranglah. Malunyaa! Senyum je orang tu tengok aku. Nasiblah. Bukan dia tahu pun apa aku rasa. Aku biarkan dan kembali melayan perasaan. Konon nak masuk kedai tadi tapi entah macam  mana boleh pula ke sini. Aku terus melayan air pantai ni, ku ambil batu dan baling ke tengah lautan. Aku senyum sendiri.

Apa plan aku seterusnya? Entahlah.. Sama macam biasa je kut. Start minggu depan, dah busy. Banyak pula outstation,. Nak ke Sandakan, Labuan, Tawau dan entah mana lagilah. Sampai nak turun KL pun tak sempat lagi. Lepas memegang gelaran 'J' ni, makin murah rezeki company dan juga rezeki kedai. Setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Pejam celik pejam celik, dah tiga bulan dah perpisahan aku dan Faliq. Kejab je, tak rasa pun. Dan, hampir tamatlah tempoh iddah aku. Selama ni juga, Faliq ada call tapi aku tak jawab pun cuma whatsapp je. Aku layan dia macam biasa tapi tak mesra dah macam dulu. Dah tak ada ikatan jadi perasaan nak cakap mesra ke atau gurau senda pun dah tak ada. Biasa-biasa je. Dia selalu whatsapp aku tapi macam biasalah. Aku memang jarang balas. Lagi pula aku terrrpaksa guna dua handphone. Satu untuk personal dan satu untuk kerja. Handphone personal aku jarang pegang.

" Bila lihat laut hati akan tenang. Betul tak?!" Seseorang bercakap padaku kut. Aku berkerut dan terus menoleh kebelakang. Dan senyum lebar. Haikal datang menghampiriku dengan senyuman.

" Macam mana awak tahu saya ada disini?!" Tanyaku.

" Saya nampak kereta awak tu. Saya singgahlah.." jawabnya, mata terus ke tengah lautan.

" Tengok laut memang tenang. Tapi tulah. Kadang kita sangka laut tu tenang  tapi rupanya ia sedang bergelora.."

" Kalau laut tu sedang bergelora. Tak payahlah tengok. Pasti hati akan lebih tak keruan. Jadinya, meh pandang saya. Pasti akan sentiasa tenang... " katanya gurau. Aku gelak. Aku jalan meninggalkannya dan berlalu ke bawah pokok. Dan duduk dikerusi batu. Haikal masih lagi berdiri di tepi pantai. Menoleh padaku dan berjalan pula kearahku. Senyum.

Dia duduk di dahan pokok besar yang kering di pasir. Menghadap aku.

" Awak nak kemana ni.." tanyaku.

" Ada kerja sikit ni.."

" Kerja?? Kerja apa??" Aku berkerut. Nak korek rahsia dari dia ni. Dia senyum. Tak jawab pun soalanku.

" Temankan saya minum jom.."

" Jom... Anjung Senja." Cadangku. Dia setuju je. Kami pun meninggalkan Pantai Tanjung Lipat dan masing-masing memandu ke Anjung Senja di Waterfront.

Tempat makan nilah aku dan Naim selalu lepak waktu balik kerja dulu. Kenangan terindah. Memang akan teringat.

Setelah memesan minuman, kami berbual kosong. Gelak tawa bergurau senda. Makin seronok kawan dengan Haikal. Pada mulanya memang dia seorang yang pendiam tapi bila dah rapat, baru tahu dia ni perangai ada gila-gila jugalah. Tapi aku suka sebab tegas dan profesional. Cuma banyak rahsia. Hmm...

Fresh orange segar ku sedut. Fuhh!! Sedap.. Sotong kangkung ku ambil dan makan. Boleh tahan sedap tap pedasss!! Naik merah muka aku tahan pedas. Panas perut jadinya.

" Pedas sangat ni. Tak payah makan. Nanti order lain.." katanya.


" Ishh!! Tak payahlah. Pedas-pedas pun sedap ni.." kataku masih melayan lagi. Diselang-seli dengan minum air.

" Aliaa.. Awak tak boleh makan pedas kan?! Janganlah degil, cuba jaga kesihatan tu.." katanya tegas. Dia ambil sotong kangkung itu dan terus bawa ke gerai. Tak lama,dia keluar bersama sepinggan sotong kangkung yang lain. Aduh!! Ni confirm tak pedas langsung ni. Sotong kangkung diletakkan dihadapanku.

" Nah ni.. Habiskan..!!" Dia duduk semula dan senyum.

" Okey!!" Jawabku ringkas. Sengeh.

" Jagalah kesihatan. Kesihatan tu penting. Saya ada laporan pemeriksaan kesihatan awak. Sedih saya tengok tau.. " katanya lembut. Mata redup memandang aku.

" Apa?? Awak ada laporan kesihatan saya? Macam mana boleh ada pada awak pula?" Aku pelik. Tepat pandang mukanya. Dia senyum. Handphone dia berbunyi. Cepat-cepat dia jawab. Tenang saja mukanya.

" Dah sampai ke?! Bukan appointment jam 7.00 malam ke?!" Aku dengar je dia berbual menerusi telefon. Entah dengan siapa entah. Appointment?? Peliklah dia ni. Aku masih melayan sotong ni. Kenyang dah pula. Dan, aku masih menanti jawapan dari Haikal.

" Setengah jam lagi saya sampai.. okey bye!!" Dia pandang aku dan senyum.

" Sedap tak ni?! Kenapa tak habiskan. Sotongnya mana ni, hilang dah.." Aku gelak kecil. Dia ambil garfu dan makan kangkung je.

" Sotongnya dah berenang dalam perut saya" dia gelak.

" Awak tak jawab lagi soalan saya?" Tanyaku lagi masih tak puashati.

" Soalan apa?!" Tengok.. Kan betul dia mengelak dari menjawab.

" Haikalll..!!" Aku berkerut. Dia gelak je.

" Esok-esoklah ye saya jawab. Okey!?" Dia kenyit mata dekat aku. Hmm.. Dah agak dah. Aku angkat bahu. Iyakan jelah.

" Jom.. Saya ada tugas ni.." aku menyedup air yang terakhir dan terus berjalan. Sementara tunggu dia membayar bil makanan, aku tunggu di tepi pokok bunga. Cantik!!

"Ni awak balik rumah ke atau ke kedai?!" Tanyanya. Kami jalan bersama jalan ke kereta.

" Balik kut.."

"Okey..!! Hati-hati memandu. Saya pergi dulu. Assalammualaikum..!!" Pesannya lembut.

"Waalaikumsalam.. !!" Aku terus masuk ke dalam kereta dan memandu terus menuju ke rumah. Tak ada mood pula mahu masuk kedai. Esok jelah.

Sampai dirumah, aku tengok Dhia sedang asyik melukis. Macam-macam yang dia lukis. Ikut papa dia ni. Suka melukis. Aku senyum dan terus naik ke bilik. Nak makan tapi tak ada selera pula. Aku melabuhkan badan dikatil. Terkebil-kebil memandang syiling. Pandang kanan dan kiri.

Tutt...Tutttt..!! Handphone berbunyi. Aku ambil handphone dan tengok nama yang tertera. Tak ada nama pun. Nombor ni aku tak cam.

" Helloo..!!"

" Hai janda Faliq. Apa khabar??!" Menyampah pula aku dengar suara meroyan ni. Tak habis-habis.

" Nak apa lagi.."

" Saja.. Lama tak dengar suara you. Tiba-tiba rasa rindu. Hahahaa!! "

" Saya tak ada masa nak layan awak. Okeylah bye..!!"

" Alaa relax lah. Janganlah marah.."

" Awak nak apa lagi. Awak dah dapat apa yang awak nak kan?!"

" Belum. Selagi Faliq tak kahwin dengan i. Selagi tu i akan terus ganggu you.."

" Pelik!! Saya tak tahulah awak ni jenis perempuan apa. Kasihan betul lah.. "

" Selagi dia tak kahwin dengan i, dia boleh balik dengan you bila-bila masa kut. Jadi,  i nak pastikan dia tak layan you..!!"

" Hahaahaa.. sukahati you lah. Awak nak Faliq, saya dah bagi tapi kalau Faliq taknak awak. Tu saya tak tahu. Malaslah nak gaduh. Tak payah ganggu saya lagi. Saya taknak ambil tahu apa-apapun pasal awak atau Faliq. Saya dah tak ada apa-apa lagi dengan Faliq. Dah tak ada kaitan lagi dah. Saya tak ingin nak kenal awak. Tolong jangan ganggu saya ya.. bye..!!"
Aku terus matikan talian.

 Pelik betul lah perempuan ni. Aku dah bosanlah dengan perempuan ni,asyik kacau je. Mungkin dia sakit hati kut sebab Faliq masih contact aku. Tak apalah, kalau Faliq ada whatsapp aku lagi lepas ni. Aku akan info dia agar tak ganggu aku lagi. Aku dah tak ada kaitan lagi dengan dia. Dah tak ada. Hmm...

Tutt.. Tutt..!! Dah pula,siapa lagi yang call ni. Apasal busy pula aku malam ni. Pula dah. Macam tahu je apa yang aku fikir. Panjang umurnya. Faliq.. Faliq.. Hmm..!! 


Banyak kali dia call, tapi aku langsung tak jawab. Memang tak akan ku jawab. Kecuali whatsapp je. Aku taknak dengar suaranya. Kalau dengar nanti aku sendiri yang sedih. Aku biarkan je handphone terus berbunyi. Untuk apa kau call aku lagi Faliq. Kita dah tak ada apa-apa ikatan dah. Kataku sendiri. Adalah 7,8 kali dia call. Dan kemudian, dia whatsapp pula.

" Aliaa.. Jawablah. Please!! Saya rindu nak dengar suara awak.." aku tarik nafas.

"Dahlah Faliq. Kita dah tak ada apa-apa lagi.."
Balasku.

" Kita masih boleh berkawan kan?!"

" Tak payahlah. Saya taknak sering diganggu oleh kekasih awak. Saya tahu perasaan dia.."

" Tapi saya perlukan awak. Mungkin kita boleh bina hidup baru.."

" Faliq..!! Dengar sini. Kita dah tak ada apa-apa ikatan lagi. Elok awak jaga hati bakal isteri awak. Fahamilah hatinya. Saya taknak jadi penghalang hubungan awak.. "

" Siapa bakal isteri saya? Tak ada pun. Saya cuma nak awak je.."

"Faliq.. Please!! Mulai dari hari ni saya mohon dan merayu pada awak. Tolonglah jangan ganggu hidup saya lagi. Tak payah contact saya lagi. Please!! Kalau awak nak jumpa Dhia, nanti saya setkan time. Dan saya yang akan contact awak nanti. Tapi buat masa ni, saya minta maaf. Saya sangat busy.. Terimalah hakikat kita bukan lagi suami isteri. Tolonglah fahami saya dan jagalah hati bakal bidadari awak. Assalammuaalaikum.." aku send. Aku harap dia  memahami. Dan aku harap ini whatsapp akhir dariku untuknya.

"Aliaa.. Janganlah macam ni. Saya minta maaf Aliaa.. Saya sayang awak! Bagilah saya peluang sekali lagi..!!" Dia masih lagi hantar whatsapp dan whatsapp. Aku tak ada pilihan. Terpaksa block nombornya. Maafkan aku Faliq. Aku taknak diganggu lagi. Aku mahukan privasi. Cukuplah selama ini aku diganggu dan aku taknak lagi diganggu. Dah tak ada kaitan.

Maafkan aku Faliq..!! Kau binalah hidupmu sendiri, carilah bahagiamu bersamanya dan biarlah aku dengan cara hidupku sendiri. 

Previous: Bab 56
Next: Bab 58

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.