336,588
Kategori:
Genre:
Bab 83
Kerja oh kerja!! Kerja macam biasa, sampai office fokus pada kerja. Tak payah fikir benda lain. Nanti serabut. Hari ni, Haikal ada di office,  petang dia ada appoinment. So, pagi ni kami berdua ada di office. Harap semalam punya cerita, habis semalamlah. Taknak fikir untuk hari ni atau seterusnya. Cuma tunggu jawapan dari Haikal dan Dato' je. Tak apa, insha Allah. Nanti aku slow talk dengan Dato' sendiri.

Masuk office aku terus ngadap segala dokumen. Padahal dah siap dah semalam tapi double check je ni dan nak menyibukkan diri. Bila aku konon-konon sibuk, taklah Haikal datang bilik aku dan tanya macam-macam. Lagi-lagi bab personal. Aku dah nekad dah. Masuk office kerja, tu je. Jumpa Haikal atas urusan kerja je. Personal? Tidak lagi.

Aku pasang lagu di laptop. Ku kuatkan volume, sambil buat kerja sambil layan lagu. Ikut nyanyilah mana yang tahu, yang tak tahu tu lalalalaaa jelah. Hari ni aku nak happy. Taknak sedih-sedih. Kalau dilayan perasaan sedih,mahu airmata automatik akan keluar. Kadang, tengok sebatang pen pun boleh mengalir airmata. Fuhh!! Dasyat tak kesedihanku. Hahahaa.!!

Bipppp!! Bunyi bip maknanya whatsapp masuklah tu. Aku capai handphone. Aik!! Dah kenapa dia whatsapp aku pagi ni. Baru masuk office lah kut. Hai lah Faliq. Tak ada orang lain ke nak whatsapp aku. Malam tadi dah borak kut. Ni kes nak ambil hati aku baliklah ni. Bak kata abang, nak tackle aku semulalah tu. Hmm.. No komenlah!

" Morning Cik Ros Merah.. Dah senyum belum?!"

Dah Cik Ros Merah lah pula. Macam-macam dia panggil aku ni. Geleng kepala aku dibuatnya. So, aku nak panggil dia apa pula ek. Hmm... Disebabkan dia suka melukis sooo..

" Morning.. Bukan dah senyum je tapi dah gelak dah pun Encik Potret..!!" Balasku senyum lebar.

" Hahaha.. Ni mesti gelak sebab saya kan.. kan..!!"

" Eeee.. Jangan nak perasaaaannnn ek! Bangun pagi lagi saya dah senyum dan gelak. Sebab bila kita senyum dan gelak di awal pagi, insha Allah, kita takkan stress di siang hari. Tau tak Encik Potret...!!"

" Okey..!! Good tips!! So, lepas ni saya pun nak senyum dan gelak jugalah bangun pagi. Biar ceria hari kita. Betul tak?!"

" Iya betul..!!" Balasku ringkas.

" Soo, Cik Ros Merah dah breakfast tak?!"

" Iya sudah. Breakfast dirumah tadi..!"

" Puteri kecil sihat tak?!"

"Alhamdulilah sihat walafiat..!!"

"Syukurlah.. Okeylah ya Cik Ros Merah. Saya ada appointment ni. Nanti free kita chat lagi. Kerja elok-elok tau. Miss youu!!"

" Okey.. Encik Potret pun kerja elok-elok juga k!! Bye!!" Whatsapp last dari aku. Aku masih senyum. Ada-ada je Faliq ni. Perangai tetap ting tong. Okeylah tu. Sekurang-kurangnya aku pun terhibur juga dengan perangai tingtong dia tu. Dah kenal segala-galanya. Jadi, dah ada keserasian. Walaupun pernah dikecewakan dan disakiti tapi arhhh lupakan jelah. Tutup buku lama, buka buku baru. Berkawan lebih baik. Perangai sama kut.. Tingtong!!!!

Aku bangun. Nak ke dapur nak buat air nescafe. Nak cicah dengan biskut lemak. Mesti sedap!! Aku melangkah keluar, sempat pandang mereka yang sedang buat kerja. Senyum aku sendiri. Dan terus berjalan ke dapur. Kemas je dapur ni. Macam-macam ada. Biskut, roti, teh, kopi, nescafe, nestum semua ada. Rajin mereka bawa semua ni. Kadang ada juga aku beli, tapi jarang. Aku rajin minum nescafe je. Tapi sejak keluar wad tempoh hari, rasanya ni kali kedua minum ni. Teringin nak minum.

Aku bancuh nescafe 3 in 1 dalam mug kaca. Aku duduk dimeja dan ambil biskut lemak yang ada diatas meja. Ku ambil dua keping biskut dan rendamkan sekejab dalam air nescafe dan terus masuk ke dalam mulut. Sedap gila!! Nikmatnya makan biskut ni. Layann!!

" Amboiii fokusnya makan..!!" Terus tersedak aku. Tiba-tiba Haikal tegur. Terkejut aku!!

" Sampai tersedak.. Hehehe!!" Haikal gelak kecil.

"Tiba-tiba muncul, mana tak tersedak.."
jawabku. Haikal mengambil air suam dan duduk dihadapanku. Matanya tepat pandang aku. Aku tak layan pun, tapi terus layan nescafe ni.

" Petang ni saya ada appointment, awak nak ikut?!"

"Tak kut. Saya nak siapkan proposal yang awak nak tu.."jawabku lembut. Dia mengangguk.


" Minggu depan saya balik KL dalam seminggu kut. Mama suruh saya balik. Ada hal katanya.." kata Haikal. Aku mengangguk tanda faham. Habis nescafe ni aku terus bangun dan cuci mug. Kemudian letak di tempat pengering.

" Saya masuk dulu ya..!!" Pintaku senyum. Dia mengangguk je. Sedih mukanya. Tak tahulah apa yang dia fikir. Mesti fikir pasal malam tadi kut. Kasihan dia, tapi apa boleh buat. Nak tak nak kena dengar cakap mamanya. Dan aku pun terpaksa buat keputusan sendiri. Tiada pilihan.

Sampai dibilik. Handphone ku berbunyi. Cepat-cepat aku jawab. Dato" Hamid call.

" Assalammualaikum Aliaa.. Apa khabar, sihat tak?!"

" Waalaikumsalam.. Alhamdulilah Aliaa sihat. Papa sihat?"

" Sihat juga. Ada perkara penting papa nak cakap. Abang Aliaa ada jumpa papa. Dia dah cerita semua dah.." kata Dato'.

"Abang jumpa papa? Aliaa tak tahu pun.." Aku agak terkejut. Abang tak cakap apa-apa pun.

"Iya..!! Papa minta maaf atas apa yang Datin Zita lakukan pada Aliaa. Memang sangat terkejutlah bila papa baca semua whatsapp tu. Melampau!! Syarikat di Sabah memang syarikat family dia dulu..." Dato' menceritakan semuanya pada aku. Aku hanya mendengar. Detail Dato' cerita.

"Papa faham apa yang Aliaa rasa. Papa minta maaf sangat bagi pihak Datin Zita. Papa sendiri pun rasa bersalah pada Aliaa dan Adil. Sekarang ni, terpulanglah pada Aliaa untuk buat keputusan. Papa tak paksa. Tapi apa yang Adil cakapkan. Dia memang nak sangat Aliaa letak jawatan. Dia sangat sedih. Dia tak sanggup tengok Aliaa dihina macam tu. Kalau papa pun..!" Aduhai... ini yang buat aku pening nak buat keputusan.

"Entahlah pa. Aliaa serba salah sebenarnya. Papa dan family papa dah banyak tolong Aliaa. Aliaa tak kisah dengan semua hinaan tu. Aliaa dah biasa, dah lali dengan semua ni. Tapi Aliaa taknak keruhkan keadaan lagi. Datin Zita memang tak suka Aliaa dan dia taknak Aliaa rapat dengan Haikal. Papa pun tahu kan kerja kami macam mana.." Jelasku tenang.

"Tak apalah. Aliaa fikirkan dulu. Bincang semula dengan Adil. Dia abang Aliaa, dia nak yang terbaik untuk Aliaa. Kalau Adil tetap nak Aliaa letak jawatan tu, Aliaa tak ada pilihan kan. Apapun kalau boleh papa nak Aliaa terus kerja dengan papa. Sama-sama. Papa tak pernah rasa Aliaa orang luar, Aliaa anak papa juga. Ataupun, papa cadangkan, Aliaa kerja di KL ni ye. Dengan papa.."

"KL? Tapi sini siapa ganti?!" Tanyaku.

"Tak apa. Itu nanti papa bincang dengan Haikal. Sama ada adik dia ganti atau adik Sya. Tu Aliaa jangan risau. Cuma papa taknak Aliaa berhenti kerja ni. Syarikat perlukan Aliaa.. " Terharunya aku. Baik betul hati Dato' ni. Family dia pun semua baik-baik. Hanya Allah saja yang dapat membalas jasa baik Dato' sekeluarga. Betul-betul mereka percaya pada aku.

"Baiklah pa. Nanti Aliaa fikir dan bincang semula dengan abang. Aliaa tak janji tau, Aliaa kena ikut cakap abang. Aliaa taknak lawan cakap dia lagi. Nanti apa-apa berlaku. Aliaa kena marah lagi. Dia jumpa papa ni pun Aliaa tak tahu.. Sorry pa!!" Kataku.

"Tak apalah. Dah itu tanggungjawab Adil pada adiknya. Mestilah dia ambil berat. Aliaa kan satu-satunya adik dia..!" Dato' memahami keadaan aku. Terima kasih sangat.

" Iya pa. Okeylah pa. Apa-apa nanti Aliaa call papa ya. Kirim salam dekat mama ya pa.."

" Insha Allah. Aliaa pun jaga diri juga. Kirim salam sayang dekat cucu papa yang comel tu ya. Rindu papa dengan Dhia.."

" Hehe.. Insha Allah. Assalammualaikum..!!"

" Waalaikumsalam.." Talian terus kumatikan.

Aku letak handphone. Nanti balik kerjalah baru call abang. Ni mesti abang tengah busy, taknak kacau dia. Aku termenung sekejab. Hmm.. Aku rasa memang kena balik kerja di KL lah kut. Jauh dari Haikal. Mesti Datin Zita suka. Tapi sebenarnya aku sayang kerja disini. Di Sabah ni. Banyak sangat kenangan aku disini. Takkan nak tinggalkan. Sedihnya nak tinggalkan Sabah. Aku dah selesa duduk sini. Tiap hari tengok laut. Nak kena duduk KL semula, tiap hari tengok bangunan, tempuh kesesakan lalu lintas. Adehhh!!!

Apa-apapun kena bincang dulu dengan abang. Tapi aku rasa abang mesti nak aku balik KL. Memang dah lama pun dia suruh aku balik KL. Cuma aku je taknak. Alahaiii Sabah.. Kena tinggalkan laut, tinggalkan kerja dan tinggalkan kedai. Huwaaaa!! Sedihnya..!! Kedai aku tak risau sebab Kak Su memang boleh handle. Tapi aku pun kena ulang alik Sabah jugalah sebab kan ada kedai ni. Takkan nak tinggalkan terus. Oh tidak!! Kedai inilah impian aku selama ni. Rezeki kedai di Sabah. So, bermakna taklah aku tinggalkan Sabah terus. Tapi terpaksa tinggalkan bestfriends forever. Sedihnya lagi. Maafkan aku Haikal. Terpaksa aku buat keputusan ini. Kerana permintaan ibumu Haikal. Hubunganmu dengan ibumu adalah lebih penting dari hubungan kita. 


Aku senyum. Balik KL. Balik KL..!! Mesti abang suka, Dhia lagilah suka dengan uncle nya. Kembalilah aku duduk dirumah abang. Dan kembalilah kerja di syarikat Dato' Hamid. Mesti Naim, Kak Intan, Mira dan Nina suka. Rindunya aku pada mereka. Mesti gamat office tu nanti. Tapi sekarang ni tak tahulah pula keadaannya macam mana. Dah lama tak jejak sana dan dah lama tak jumpa mereka. Bestnyaaa!! Eh! Kenapa aku pula yang over excited ni. Ke memang aku yang nak balik KL ni. Hahahaaa!!

Yeahh!! Boleh makan dekat cafe lagi. Makan ayam masak merah, bingka tepung, serimuka dan semualah. Happynya. Seperti masa dulu kembali berulang je pula. Cuma umur dan status je dah berubah. Hahahahaa.. Aku rasa macam ada orang yang akan happy kut bila tahu aku nak tukar duduk KL dan kerja di KL semula. Siapakah? Hahaahaa..!!! Gelak besar aku. Tunggu dan lihat sajalah. No komen!

Kalau aku pindah semula ke KL, ini bermakna aku kena bersiap sedia untuk hadapi apapun dugaan dan ujian yang bakal aku hadapi.  Ingat tu Aliaa. Dugaan dan ujian menunggu kau disana. Kena bersedia kuatkan hati dan semangat. Jangan putus asa. Hadapi segalanya dengan tenang. Manapun kita pergi, dugaan dan ujian pasti akan menunggu dan menanti. So.. Bersedialah kamu..!! 
Previous: Bab 82
Next: Bab 84

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.