336,671
Kategori:
Genre:
Bab 184
Perlahan-lahan Aliaa melangkah keluar dari rumah. Berat hatinya mahu meninggalkan rumahnya. Sebelum melangkahkan kaki yang terakhir, dia menoleh ke dalam rumah. Memandang setiap sudut rumah. Entah kenapa, jadi sebak hatinya. Kemudian, dia menutup pintu. Adil sudah berada didalam kereta, menanti si adik dan menemaninya ke rumah Faliq.

Hari ini, akan menjadi satu sejarah hidupnya. Membina kembali mahligai rumahtangga dan mengikat kembali tali perkahwinan yang pernah terputus suatu ketika dulu. Ikatan yang akan disimpul rapi hingga ke mati. Insha Allah. Berkat doa insan-insan yang menyayanginya.

Pintu kereta dibuka lemah. Terus masuk ke dalam kereta. Adil memandangnya penuh mengerti, senyuman manis terukir padanya tapi senyuman itu dibalas hambar. Sedih dan sebak.

" Senyumlah sikit. Hari ni kan hari bahagia adik" kata Adil, lembut saja.

" Abang.. Adik nak abang dengan adik nanti ye, sampai selesai majlis. Adik nak abang temankan adik, boleh kan abang?!" pinta Aliaa.

" Mana boleh. Nanti dah nikah adik kenalah dengan suami adik.." Jawab Adil. Senyum.

"Abang.. Please!! Nanti adik info Faliq.." Aliaa mengharap. Adil gelak kecil. Kereta dipandunya laju. Majlis pernikahan akan diadakan jam 11.00pagi dirumah Faliq. Lebih kurang ada tiga jam saja lagi mahu bergelar isteri kepada Faliq Alfie. Berdebar jugalah hatinya walaupun pernah menjadi isteri Faliq dulu. Tapi kali ini rasanya lebih mendebarkan.

Sepanjang perjalanan ke rumah Faliq. Tidak putus nasihat dari Adil untuk Aliaa. Memberi kata-kata semangat pada Aliaa. Adil memahami hati Aliaa, sangat memahami. Apa yang Aliaa rasai ketika itu sama seperti apa yang dirasainya juga cuma dia sebolehnya  mahu menyembunyikan rasa kesedihan itu dari Aliaa. Tidak mahu si adik tahu dan bersedih dihari bahagianya.

Sampai saja diruang parking yang disediakan khas untuk kereta Adil dihadapan rumah. Adil mematikan enjin kereta. Khemah tetamu yang indah dihiasi kain langsir bersama bunga-bunga cantik memenuhi halaman rumah itu. Majlis simple tapi meriah. Khemah untuk saudara mara. Jemputan pun untuk saudara mara saja. Almaklumlah, keluarga Encik Kamarudin dan Puan Asmah ramai. Keluarga besar.

Sebelum keluar dari kereta, Adil memandang Aliaa. Tangan Aliaa digenggam erat seperti tidak mahu melepaskan si adik. Mata tepat merenung ke dalam anak mata Aliaa.

"Adik.. Sekejab lagi adik akan jadi isteri Faliq tau. Ingat pesanan abang ya sayang. Jadilah isteri dan ibu yang solehah. Jadilah seorang isteri yang terbaik untuk Faliq. Apapun yang akan terjadi, adik kena kuat, kuat kerana Allah. Kena hadapi dengan redha. Apa yang bakal adik tempuhi selepas ini, semua dah ditentukan. Kena banyak bersabar dan tabah. Abang yakin dengan adik. Abang sayang adik sampai bila-bila.." Airmata Aliaa menitis ke pipi. Sangat menusuk hati setiap kata-kata Adil. Adil senyum. Airmata Aliaa dikesat lembut.

" Insha Allah, abang..!" Dicium dahi Aliaa, kasih seorang abang yang sangat tulus.

" Dah.. Jom..!! Faliq dah tunggu tu.."ajak Adil apabila nampak Faliq sedang jalan ke arah kereta. Mereka keluar dari kereta. Faliq menyambut kehadiran mereka dan terus jalan ke dalam rumah. Aliaa tetap bersama Adil. Pergelangan tangan Aliaa dipegang Adil. Seperti kanak-kanak yang dipegang tangannya oleh ibu dan bapa. Adil menemani Aliaa hingga ke depan biliknya mahu bersiap dan kemudian Adil bersiap pula dibilik tetamu bersama Faliq.

Segak sungguh Faliq memakai baju melayu putih pearl, bersamping songket dan bersongkok. Tidak kurang juga Adil. Kacak dan segak berbaju melayu. Senyum memandang Faliq.

" Aliq..! Sekejab lagi kau akan jadi suami pada adik aku semula. Pikul lah tanggungjawab sebagai seorang suami dan imam dengan baik Liq. Jadilah seorang pemimpin yang berjaya dan soleh" Adil bersuara. Faliq menghampirinya.

"Insha Allah Dil. Aku akan usaha menjadi suami yang terbaik untuk adik kau dan bapa yang terbaik untuk Dhia. Terima kasih mempercayai aku lagi dan sangat berterima kasih, kau beri kepercayaan untuk aku pikul tanggungjawab ini lagi. Peluang kali ini, aku tak kan pernah lepaskan, aku tak kan sia-siakan" Jawab Faliq lembut dan senyum.

"Sama-sama. Alhamdulilah! Lega aku dengar. Kalau adik bahagia, aku pun turut bahagia.."

"Insha Allah..!! Kau sahabat aku dunia akhirat. Macam-macam aku dah buat pada kau dan Aliaa tapi kau tetap setia bersahabat dengan aku. Aku sangat terharu. Kau memang sahabat sejati Dil. Abang ipar yang paling baik. Terima kasih banyak-banyak. Aku tak tahu nak cakap apa Dil. Sangat bersyukur sahabat.." Ada sendu dinada suara Faliq.

"Apapun terjadi, kita tetap sahabat. Insha Allah dunia akhirat. Dan Wan juga..!" Mereka berpelukan. Hampir saja airmata Faliq menitis tapi ditahannya. Hilang pula sehensemannya kalau menangis.

"Iya..!"

Pintu diketuk perlahan, Lokman datang memanggil Faliq yang sudah bersiap itu untuk turun ke bawah. Ada kawan kerja Faliq mahu berjumpa. Faliq meninggalkan Adil seorang diri didalam bilik. Faliq mengajaknya turun tapi ditolak oleh Adil. Adil duduk termenung di kerusi. Perasaan gembira, sedih, bahagia semua ada. Mahu melepaskan Aliaa kali ini, dia sendiri pun rasa lain juga. Berat hatinya. Entahkan kenapa. Terbayang pula dikelopak mata, ketika kecil dia bersama Aliaa. Bermain, berlari, bergurau senda, seronok dua beradik. Senyum dia sendiri. Amanah dari Allah dan amanah dari kedua orang tuanya, dia bersyukur dapat tunaikan amanah itu hingga adiknya kahwin.

Tok.. Tokkkk!! Pintu diketuk perlahan. Muncul Asnida dimuka pintu. Adil masih duduk dan menoleh ke arah pintu. Mereka bertentang mata dan senyum.

"Aliaa dah siap. Dia nak you temankan dia nanti.."kata Asnida yang masih berdiri dimuka pintu. Adil angguk.

"Baiklah..!"Jawab Adil lemah. Sedih!

"You okey?!" Tanya Asnida.

"Okey..! Insha Allah..!!" Adil senyum.

"I faham perasaan you. Bukan senang nak serahkan Aliaa pada Faliq untuk kali kedua.."

"Eh! Taklah. Saya redha dengan semua ni. Allah dah tentukan jalan hidup mereka. Panjangkan jodoh mereka. Insha Allah mereka akan bahagia.." kata Adil positif.

"Iya.. Mudah-mudahan. Sama-samalah kita berdoa. You jangan risau, I yakin Faliq tak kan sia-siakan Aliaa dan Dhia kali ni. Kami juga sayang Aliaa.." balas Asnida pula.

" Thanks Ash. Sudi terima adik saya semula dalam keluarga ni. Segala kekurangan dan kelemahan Aliaa, saya minta maaf. Mungkin kelemahan dan kekurangan dia dari saya juga.." Adil merendah diri.

"Ish!! Kenapa you cakap macam ni. Tak ada manusia yang tak ada kurang dan lemahnya. Bagi family i, you dan Aliaa dah cukup baik untuk kami. Aliaa terima Faliq semula pun, kami dah rasa sangat bahagia dan terharu tau. I bangga dengan you Adil. You lelaki dan seorang abang yang boleh jaga adik you, jaga Dhia dengan baik.." puji Asnida jujur. Adil senyum.

"Tak ada yang lebih penting dari menjaga amanah dari Allah dan amanah dari ibu ayah saya dengan penuh kasih sayang.."jawab Adil.

"Iya..!! I faham. Eh!! Jom.. Si manis dah menunggu you tu. Sekejab lagi acara nak bermula..!" Adil angguk dan jalan mengekori Asnida. Asnida menemani Adil ke bilik Faliq. Pintu dikuak perlahan, Aliaa duduk sendirian diatas kerusi. Suasana bilik yang amat romantik. Wangian rose yang nyaman sekali. Hiasan ringkas sungguh mempersonakan. Aliaa menoleh pada Adil. Asnida pula terus turun ke bawah.

Adil masuk ke dalam. Duduk dihadapan Aliaa. Merenung wajah Aliaa setiap inci. Aliaa membiarkan abangnya. Pandang ke katil. Tak sanggup mahu bertentang mata dengan si abang.

"Masih cantik adik abang sorang ni. Patutlah Faliq masih tergila-gilakan adik.." Adil mengusik Aliaa. Gelak kecil. Aliaa hanya ukir senyuman.

"Kenapa ni sayang. Senyum tapi tawar je. Janganlah macam ni, dihari bahagia adik ni. Kena senyum ceria, kena happy, kena excited. Kan nak bersama orang tersayang..!" Pujuk Adil lagi. Aliaa bangun dan duduk disebelah Adil.

"Abang.. Adik minta maaf salah silap adik selama pada abang. Adik selalu je buat abang marah. Adik degil. Halalkan makan minum adik dan segalanya. Adik sayang abang sampai bila-bila.."Aliaa terus mencium tangan Adil dan terus peluk Adil erat. Suasana pilu dengan esak tangis Aliaa. Adil juga turut menitis airmata.

Tanpa sedar, Asnida berada dimuka pintu. Mahu memanggil Aliaa untuk turun ke bawah kerana majlis mahu dimulakan. Asnida menyaksikan gelagat dua beradik itu yang sangat menyentuh hatinya. Serta-merta airmata Asnida juga turut mengalir.

"Iya sayang..!! Abang maafkan dan ampunkan semuanya.." jawab Adil lembut. Sebelum melepaskan pelukan, Adil mengesat airmatanya sendiri.

" Dahlah.. Jangan menangis lagi. Hilang makeup tu nanti.."Adil mengesat airmata Aliaa. Senyum dan senyum.

" Aliaa.. Jom!! Tok Kadi dah sampai..!" Asnida bersuara.

"Okey jom..!! Abang temankan.." Mereka bangun. Sebelum keluar dari bilik itu, Asnida menyapu sedikit bedak pada muka Aliaa. Dan, Adil memimpin tangan Aliaa berjalan perlahan turun kebawah. Satu persatu anak tangga dituruni penuh berhati-hati. Semua mata memandang Aliaa. Menjadi tumpuan para tetamu. Aliaa mengukir senyuman. Pelamin nampak ringkas tapi menarik dihampirinya. Duduk bersila diatas bantal khas si pengantin.

Faliq yang telah duduk di hadapan Tok Kadi memandang dengan senyuman. Bertentang mata dengan Aliaa. Membalas senyuman. Adil mahu melepaskan tangan Aliaa tapi Aliaa tetap pegang erat tangan Adil. Memandang Adil dan tidak benarkan Adil meninggalkannya. Tidak mahu jauh dari abang. Setelah meminta izin Tok Kadi dan dibenarkan, Adil duduk disebelah Aliaa. Tangan Adil masih Aliaa genggam. Berat betul rasa hatinya.

Acara bermula. Masing- masing tekun mendengar lafaz akad diucap oleh Faliq. Tenang sahaja wajah Faliq. Penuh keyakinan.

"Aku terima nikahnya Aliaa Sofea binti Abdul Hadi dengan mas kahwinnya Rm300 tunai.."

" Sah?!"

" Sah..!!"

"Alhamdulilah.. Aaminn..!!"

Sekali lafaz akad dengan jelas dari Faliq Alfie. Menitis airmata Aliaa. Adil mengukir senyuman manis pada Aliaa.

"Tahniah adik..!!" Insan pertama yang mengucapkan tahniah pada Aliaa. Doa dibacakan oleh Tok Kadi tanda kesyukuran. Selesai berdoa, Faliq menghampiri Aliaa untuk acara batal air sembahyang pula. Cincin disarungkan dijari manis Aliaa. Dan Aliaa mencium tangan Faliq. Adil berada ditengah antara mereka.

" Tahniah Aliq. Dengan rasa rendah hati, aku serahkan adik aku pada kau. Jaga amanah ini dengan baik..!" Suasana jadi sayu. Mereka menjadi tumpuan.

"Terima kasih Dil. Aku terima amanah ini kerana Allah. Terima kasih..!!" Jawab Faliq dengan bersaksikan ibubapanya, adik beradiknya dan para tetamu. Kemudian, Faliq dan Adil berpelukan antara abang ipar dan adik ipar. Menitis lagi airmata Aliaa menyaksikan dua sahabat itu. Pelukan dilepaskan.

"Adik.. Abang sayang adik sampai bila-bila. Jadi isteri solehah ya sayang..!!" Aliaa pula memeluk erat abangnya. Adil sendiri tidak dapat menahan kesedihan. Menitis jua airmatanya. Semua tetamu juga merasai kesedihan itu dan juga ada yang menitis airmata seakan memahami apa yang dirasai oleh Adil dan Aliaa.

Suasana menjadi sayu. Esak tangisan dari mereka sendiri dan tetamu juga. Majlis diselubungi kesedihan dua beradik itu. Puan Asmah turut menitis airmata. Memang sedih sekali. Keakraban dua beradik sejak kecil sampai kini, disaat pernikahan si adik buat kali kedua memang sangat menyentuh hati. Dan tak tahu, kenapa menjadi terlalu emosional.

Dikalangan keluarga Puan Asmah dan Encik Kamaruddin memang sudah mengetahui keakraban Aliaa dan Adil. Sebab itu mereka mudah tersentuh hati mungkin. Yang melihat pun sedih, apalagi empunya badan.

Adil menggenggam tangan Aliaa dan tangan Faliq. Bagai tidak mahu dilepaskan kedua tangan itu. Memandang wajah Faliq dan kemudian memandang wajah Aliaa pula. Silih berganti. Senyum dan senyum. Memandang pula wajah Aliaa.

"Dahlah. Jangan nangis lagi. Nanti comot muka ni, dah tak cun. Senyum sikit, suami adik pun nak tengok adik senyum tu.. !" Adil mengesat airmata Aliaa dan mencium dahi Aliaa lagi. Aliaa ukir senyuman. Faliq juga.

" Okey!! Alhamdulilah. Semua dah selesai. Tak nak sedih-sedih lagi. Jom semua jemput ke khemah menjamu selera.." Suara Lokman memecah kesayuan. Suasana kembali ceria. Para tetamu menuju ke khemah. Adil, Faliq dan Aliaa berdiri serentak.

"Alang.. Aliaa..! Tahniah sayang!!" Datang Asnida terus memeluk Aliaa dan mencium pipi Aliaa. Kemudian, Faliq dan Aliaa bersalaman dan berpelukan bersama mama dan papa Faliq pula.  Begitu juga dengan Amiza. Bahagia sungguh.

Bermulalah kehidupan baru Aliaa dan Faliq sebagai suami isteri yang sah. Segala onak duri yang mereka lalui untuk mempertahankan hubungan yang pernah terputus ditengah jalan kini berjaya disambung semula ikatan itu atas berkat doa mereka sendiri dan berkat doa insan-insan tersayang.

Allah menguji kesabaran dan kehidupan mereka hingga masjid yang pernah terbina runtuh akibat kesilapan diri. Namun, tiada siapa menduga, Allah mengembalikan rasa kasih sayang dan cinta antara mereka hingga berputik semula tumbuh dihati. Dan, atas kehendak Allah, masjid yang pernah runtuh dibinanya sekali lagi hingga menjadi indah. Semoga masjid kali kedua ini akan terus menjadi yang terindah dan terus kukuh hingga ke akhirnya. Insha Allah..!!

Previous: Bab 183
Next: Bab 185

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.