336,444
Kategori:
Genre:
Bab 59
Alhamdulilah.. Semuanya selesai. Tiada apa yang Faliq takutkan lagi. Perbincangan serius dari kedua-dua pihak. Akhirnya.. Surat perjanjian ditandatangani oleh Aliaa Sofea. Selamat Faliq. Kalau tidak, memang kena angkut semua baranglah jawabnya.  Cuak juga dia pada mulanya. Takut Aliaa tidak setuju. Tapi Aliaa profesional bukan emosional. Segalanya berjalan lancar. Sepanjang perbincangan, Faliq tak berkelip mata pandang Aliaa. Peluang depan mata, dapat menatap wajah Aliaa pun jadilah. Nizam hanya senyum dan senyum.

" Alhamdulilah.. Apapun, terima kasih banyak-banyak Cik Aliaa dan Encik Haikal. Sudi bekerjasama, percaya dan sudi beri tawaran best ni pada kami. Kami amat hargai.." kata Dato' Muhsin.

" Sama-sama Dato'. Siapalah yang tak sudi nak bekerjasama dengan Arkitek hebat macam Encik Faliq ni. Kami pun ucap terima kasih juga pada Dato', Encik Faliq dan Encik Nizam.. " jawab Aliaa. Jadi segan terus Faliq. Ini pujian atau perli, kata hati Faliq.

" Faliq.. Awak taknak ucap terima kasih ke pada Cik Aliaa dan Encik Haikal.."

"Ha? Iya.. Apa dia Dato'?!" Jauh betul Faliq mengelamun. Aliaa dan Haikal hanya senyum.

" Awak ni taknak ke ucap terima kasih pada Cik Aliaa dan Encik Haikal?!" Ulang Dato' Muhsin.

"Oh ya!! Terima kasih banyak-banyak Aliaa. Eh!! Hmm.. Cik Aliaa. Terima kasih Encik Haikal.." Opsss!! Tersasul pula Faliq. Berubah terus airmukanya. Nizam gelak kecil.

" Aikk!! Boleh pula tersasul.." Faliq garu kepala. Nizam gelak lagi.

"Tak apa Dato'.." ujar Aliaa tenang.

"Hmm..  Jom kita pergi makan dulu. So, Cik Aliaa nak makan dekat mana?!" Tanya Dato' Muhsin.

" Oh!! Saya ke yang kena buat keputusan ni. Hahaha.!!"

"Mestilah.. Awak je bunga dekat sini. Yang lain ni kumbang. Jadi.. Kita bagi si bunga buat keputusan, kan Faliq.." Kena lagi si Faliq dengan Dato' Muhsin. Memang sengaja Dato' Muhsin ni.

" Ha?! Iyalah.." Faliq senyum kelat.

" Kalau saya. Makan dekat cafe bawah jelah. Dato' okey ke?!" Tanya Aliaa balik.

" Saya on je. Makan dekat warung tepi jalan pun okey..!!" Memang sporting habis Dato' Muhsin ni. Mereka semua gelak kecuali Faliq. Senyap sunyi saja. Murung saja muka. Entah apalah yang difikirkan.

Mereka semua berlalu meninggalkan bilik meeting. Berjalan ke ruang pejabat. Semua mata tertumpu pada Aliaa dan Haikal. Semua tak percaya. Aliaa terpandang Tasya yang sedang berbual dengan salah seorang staff. Aliaa sengaja berdiri berhampiran Tasya. Terbeliak mata Tasya melihat Aliaa. Sementara menunggu Dato' Muhsin mengambil barangnya dan menunggu Faliq. Aliaa dan Haikal berbual bersama Nizam. Rancak perbualan mereka.

" Haiiii Aliaa... Lama tak jumpa? You buat apa dekat sini? Oh! Ikut Boss hensem ni meeting ke?!" Tiba-tiba Tasya datang dengan gaya gediknya. Sengaja menyakiti hati Aliaa. Aliaa diam membisu, hanya mengukir senyuman. Dibiarkan saja Tasya. Meroyan tak sudah.

" Hello Tasya.. Dengar ni, sila panggil Cik Aliaa. Bukan Aliaa. Faham?!" Kata Nizam dengan jelingan.

" Eee.. Sorry i nak panggil dia Cik Aliaa. Jatuh airmuka i.."  Tasya buat muka bengang. Aliaa pandang Nizam dan menggeleng.

" Amboii.. Amboii.. Sedapnya mulut bercakap. Cili mulut tu baru tahu. Hormat sikit dengan Cik Aliaa ni. Tetamu saya. Untuk pengetahuan awak ye Tasya. Cik Aliaa adalah Pengurus Besar Pearl Holding.." Dato' Muhsin tiba-tiba muncul dengan muka bengang pada Tasya.

" Ha?? Dia ni Pengurus Besar?? Hahahaa...!! Dato' nak tipu saya kan.." Gelak pula.

" Eh.. Eh..!! Awak ingat saya ni penipu macam awak ke!! Dah.. Dah..!! Awak pergi buat kerja sekarang..!!" Punyalah bengang Dato' Muhsin dengan Tasya. Aliaa senyum sinis pada Tasya. Tak dilayan pun Tasya. Keluar je Faliq dari biliknya, mereka pun terus berlalu.

Di dalam liff, mereka masih berbual. Faliq antara senyum dan tidak saja melihat Aliaa dan Haikal. Dalam hatinya memang cukup panas melihat kemesraan mereka. Kalau ikutkan hati mahu saja dibagi penumbuk dimuka Haikal ni. Perasaan cemburu makin menebal tapi sabar. Dan  untuk apa cemburu. Aliaa bukan miliknya pun.

" Banyak-banyak tempat best makan, cafe juga Cik Aliaa pilih.."kata Dato' Muhsin.

" Hahaha..!! Itulah tempat saya makan sejak dulu Dato', banyak sangat kenangannya. Lagipun makanannya tetap sedap. Tu yang rindu nak makan dekat situ.." terang Aliaa.

"Betul tu.. Saya setuju..!!" Sampuk Nizam.

"Ni mesti awak nak makan. Ayam masak merah dan masak lemak dia kan. Betul tak?!" Haikal pula berkata. Senyum.

" Pandai pun awak..!! Mana tahu ni.. " Puji Aliaa. Sengaja sempat mata melirik pada Faliq.

" Mestilah tahu. Semua suka atau tak awak. Digenggaman saya.." Haikal pula sengaja. Gelak.

" Ni kalau dah dalam genggaman ni. Ehem.. ehem.. lah ye..!!" Amboii Dato' Muhsin ni pun boleh tahan juga gila-gilanya. Makin tak senang hati si Faliq mendengar.

" Ishh!! Boleh pula nak sweet- sweet depan aku. Aku bagi pang sekali dekat kau Haikal, baru padan muka..!!"kata Faliq didalam hati.

Pintu liff terbuka. Mereka pun terus keluar dan menuju ke cafe.

" Nizam.. Nizam..!!" Faliq panggil Nizam yang jalan didepannya.

" Kenapa?!"

" Aliaa dan Haikal tuuu.. Hmm.. Diaorang tu ada apa-apa ke?!" Tanya Faliq perlahan.

" Ada apa-apa?? Ada apa-apa, apa tuu?!" Nizam sengaja buat-buat tak faham.

" Ish!! Awak ni.. Ada apa-apalah. Bercinta ke apa ke?!" Berkerut dahi Faliq.

" Oo.. Entahlah ye. Saya pun tak tahu. Tapi kalau tengok gayanya. Romantik je macam tu, sweet.. sweet lagi.. Rasa-rasa saya, diaorang tu maca ada apa-apa je. Ha!! Apa kata Encik Faliq tanya diaorang sendiri. Kan senang..!!" Nizam senyum. Kelakar tengok gelagat Faliq.

"Taknak saya. Nanti Aliaa cakap saya gila talak pula..!!" Selamba Faliq cakap.

" Hahahaa..!! Tapi nampaknya memang macam itulah kan. Hahaha!" Nizam terus jalan laju masuk ke dalam cafe. Faliq garu kepala dan sengeh sendiri. Aduhai!!

Melangkah saja di cafe, Faliq terus  memesan nescafe suam untuk Aliaa. Dan, membawa nescafe suam ke meja. Mereka masih lagi berbual kosong. Dengan senyuman Faliq meletakkan cawan berisi nescafe suam dihadapan Aliaa.

" Air nescafe suam untuk Cik Aliaa.." katanya lembut.

"Oh okey..!! Thank you..!" Aliaa senyum. Dato' Muhsin dan Nizam senyum saja. Kemudian, mereka ambil makanan. Layan diri. Faliq pun ambil makanan untuk diri sendiri pula. Seperti biasa, dia duduk dihadapan Aliaa. Mereka berbual. Haikal pula datang membawa nasi dan air.

" Eh!! Aliaa.. Kenapa nescafe? Kan tak boleh..?!" Tanya Haikal. Terus berkerut dahi Faliq mendengar. Dah kenapa lelaki ni. Tu kan minuman kegemaran Aliaa. Kenapa tak boleh pula, kacau betul lah. Berbisik hati Faliq.

" Hmm.. Sesekali boleh kan..?! Last..!!" Sebenarnya Aliaa rasa serba salah pula. Dipandang Faliq, kelihatan mukanya bengang saja.

" Okey..!! " jawab Haikal. Masing-masing menikmati hidangan. Orang semakin ramai masuk ke dalam cafe. Ada yang Aliaa kenal dan ada yang tak kenal. Orang masuk kerja bertukar-tukar. Tapi dengan semua orang juga dia senyum.

" Anak apa khabar?!" Tiba-tiba Faliq bertanya pada Aliaa. Tepat mata pandang Aliaa.

" Alhamdulilah sihat walafiat.." Aliaa jawab.

" Mesti dah makin bijak..!!" Sambung Faliq lagi.

"Memang bijak sangat Dhia tu, Encik Faliq. Mulutnya becok, keletah. Tapi jangan berjanji dengan dia. Selagi tak tunaikan selagi tu dia akan tanya dan tanya, macam mamanya juga..!" Haikal pula yang jawab. Tak pernah-pernah pula Haikal ni jadi peramah. Si pendiam bersuara, ada maksud tu.

"Eee.. Mamat ni. Aku tanya Aliaa dia pula yang menyibuk.. Bagi sebiji kang baru tahu" kata hati Faliq. Geram je Faliq.

" Cik Aliaa balik Sabah bila?!" Tanya Dato' Muhsin.

" Esok pagi kut. Entah saya pun tak pasti. Haikal yang uruskan. Saya ni follow je.." Aliaa pandang Haikal.

" Iya.. Esok pagi. Terus terbang ke Sandakan pula.." Kata Haikal.

"Hati-hati jelah. Saya tak boleh lama ni. Ada kerja sikit. Apapun terima kasih Cik Aliaa, Encik Haikal.. " kata Dato' Muhsin.

"Baiklah.."

" Encik Haikal.. Kirim salam pada papa awak ya. Lama dah tak jumpa dia. Ha..!! Nanti kalau nak naik pelamin jangan lupa jemput saya tau. Macam mana busy pun saya akan datang..!!" Tersedak terus Faliq. Aliaa dan Haikal pun terkejut dengar. Nizam gelak kecil. Hanya dia je tahu kenapa Dato' Muhsin cakap begitu.


Hahahaaa... Aliaa gelak besar. Dia tahu Dato' Muhsin ni sengaja kenakan Faliq. Aliaa pun tak jawab apa-apa. Dibiarkan saja. Mereka berjalan ke lobi.

" Jumpa lagi!!" Setelah bersalaman dengan Haikal Dato' Muhsin pun berlalu. 

" Kami pun minta diri dulu ya. Nanti apa-apa saya call Encik Faliq" kata Haikal. Faliq mengangguk-angguk.

"Assalammualaikum.." Aliaa dan Haikal memulakan langkah. Faliq hanya memerhati Aliaa.

"Sekejab..!!" Jerit Faliq terus berlari anak kearah mereka. Aliaa dan Haikal menoleh dan berhentikan langkah.

"Iya..!!"

"Boleh tak saya nak jumpa Aliaa sekejab. Sekejab je. Pleasee!!" Kata Faliq pandang tepat pada Aliaa. Muka sedih!! Aliaa berpandangan dengan Haikal. Dan, Haikal senyum. Haikal angguk dan terus kepada Nizam. Aliaa senyap, hanya senyuman terukir.

" Aliaa.. Saya tahu dan saya sedar. Saya banyak sangat dosa pada awak. Saya minta maaf..!" Katanya perlahan.

" Dahlah. Yang lepas tu lepaslah.."jawab Aliaa.

" Saya masih sayang awak, Aliaa. Berikanlah saya peluang sekali lagi.."

"Bila ada didepan mata tidak dipeduli. Peluang demi peluang sudah diberi tapi tidak dihargai. Kelukaan demi kelukaan diterima hingga menjadi parah dan hancur berkecai dan terpaksa membiarkan diri menderita. Segalanya sudah berakhir..!! Jangan mengharap pada sesuatu yang dah pergi, belum tentu ia akan kembali kerana hati sudah mati. Apa yang ada didepan mata, jagailah, ubahlah ia menjadi yang terbaik bukan meninggalkan dan mencari yang lebih baik kerana yang baik itu sebenarnya adalah yang paling terbaik. Assalammualaikum..!!" Aliaa senyum dan berlalu meninggalkan Faliq.

Tersentak Faliq mendengar. Tiada kata-kata lagi yang dapat diluahkan. Hanya memandang Aliaa berlalu pergi. Oh!! Pedihnya.. Aliaa cukup kecewa, hatinya cukup terluka, tiada lagi ruang dan peluang. Kata-kata Aliaa cukup menunjukkan yang Aliaa tidak akan menerimanya lagi. Dia kecewa sendiri. Kecewa atas perbuatan sendiri.

Dia teringat akan kata-kata Aliaa.. Memaafkan itu mudah tapi untuk menerima ia bukan sesuatu yang mudah. 

Previous: Bab 58
Next: Bab 60

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.