336,493
Kategori:
Genre:
Bab 15
Selesai sahaja tugas di office, Adil terus memandu laju menuju ke hospital. Tak sabar nak jumpa adik kesayangannya. Sepanjang perjalanan ke hospital tak putus-putus berdoa dan panjat kesyukuran kehadrat ilahi. Masih beri peluang pada Aliaa untuk terus bernafas. Berita yang sangat menggembirakan hidupnya.

Sampai dihospital, cepat-cepat dia berjalan menuju ke bilik Aliaa. Senyum saja. Pintu bilik dibuka perlahan-lahan. Kelihatan Faliq sedang duduk disofa.

" Aliaa tidur ke?!" Tanya Adil pada Faliq.

" Ya.. Emosi dia terganggu sikit tadi. Nak jumpa baby.."

" Habis macam mana?"

" Doktor bagi ubat penenang. Mama bawa baby ke sini nanti.."  jelas Faliq. Adil terus menghampiri katil Aliaa. Masih pucat wajahnya. Duduk ditepi katil menghadap Aliaa. Direnung wajah Aliaa. Diusap-usap kepalanya. Faliq hanya memerhati. Perlahan-lahan Aliaa membuka mata. Tersenyum melihat si abang didepan mata. Terus duduk dan memeluk Adil. Mengalir airmatanya dipelukan abang.

"Abang.. Mana anak adik? Adik nak jumpa dia. Adik nak peluk dia. Adik rindu dia..!" Deras airmata.

" Iya sayang..!! Kejab lagi dia sampai. Sabar ye..!!"

" Abang dah tengok baby tak?" Tanya Aliaa lagi. Tangis dalam senyuman.

" Sudah. Comel macam adik juga dulu kecil-kecil. Pipi tembam, mata bulat.." jawab Adil. Senyum. Simpati dia dengan Aliaa. Sedih Faliq tengok.

" Adik rindu dia abang..!!" Sambung lagi dan menangis. Suasana jadi hiba dengan esak tangis Aliaa.

"Iya.. Abang faham. Sabar ye. Baby pun rindu adik juga. Dah.. Dah.. Ni kalau baby tahu adik nangis mesti dia sedih.." pujuk lagi. Adil mengesat airmata Aliaa.

" Ni nasi adik kan. Tak terusik lagi ni. Makan ye.." Adil terpandang sepinggan nasi diatas meja. Aliaa tetap tidak mahu makan.

" Taknak..! Adik nak baby je. Adik taknak makan..!!" Katanya tegas.

" Adik kena makan. Nanti kalau adik sakit lagi. Macam mana adik nak jaga baby? Adik nak duduk lama-lama dekat sini ke?" Aliaa menggeleng. Mata fokus pandang Adil. Adil senyum.

" Kalau taknak duduk sini, adik kena sihat baru boleh keluar. Jadi, makan ni.. okey?!" Aliaa angguk perlahan. Adil menyuapkan nasi ke mulut Aliaa. Seronok hati Adil melihat perubahan si adik. Adil sempat menjeling pada Faliq yang duduk memerhatikannya dari sofa. Lalu memandang Aliaa pula. Hanya empat suap saja Aliaa makan. Fikiran dia tetap pada si comel. Air suam didalam mug diteguknya dan diletakan mug putih di atas meja semula.

Pintu dibuka. Semua mata tertumpa pada Puan Asmah. Aliaa senyum lebar. Perlahan-lahan Puan Asmah berjalan menuju ke arah Aliaa. Si comel yang didukungnya diberikan pada Aliaa.

" Mama.. ni.. ni anak Aliaa..?!" Tanya Aliaa lembut. Mata mula berkaca. Puan Asmah mengangguk dan senyum.

" Iya sayang.. Ni anak Aliaa dan Faliq.." jawab Puan Asmah. Faliq menghampiri Aliaa. Duduk disisi Aliaa. Aliaa mencium-cium pipi si comel itu. Dipeluk-peluknya melepaskan rindu. Bergerak si comel apabila di cium lagi dan lagi. Aliaa gelak kecil. Airmata kegembiraan terus menitis.

"Abang..!! Anak adik.." kata Aliaa lagi memandang pada Adil. Dia langsung tak bercakap dengan Faliq. Hanya Allah saja yang tahu betapa happy nya dia. Betapa bahagianya dia. Faliq mencium dahi Aliaa. Memeluk bahu Aliaa.

" Baby.. Mama rindu baby sangat-sangat. Jangan tinggalkan mama lagi ye sayang. Mama sayang baby.. Sayang sangat!!" Bercucuran airmatanya mengalir. Suasana jadi sedih dan sayu sekali. Asnida dan Puan Asmah juga menitiskan airmata. Sangat menyentuh perasaan mereka. Aliaa masih bercakap-cakap dengan si comel. Mereka hanya melihat. Tidak lama kemudian, Emcik Kamaruddin masuk ke bilik mahu melawat Aliaa.

" Baby jangan tinggalkan mama ye. Apapun terjadi, mama ada dengan baby tau. Baby sayang mama kan. Mama pun sayang baby.. Tapi papa tak sayang kita. Papa dah ada orang lain. Mama sayang baby!!" Tersentak dan terduduk terus Faliq dengar. Semua yang ada disitu pun terkejut dengar. Semua mata tertumpu pada Faliq. Aliaa terus bercakap dengan si comel seperti tidak mengendahkan sekelilingnya. Nangis dan gelak kecil. Dia seperti tidak menyedari apa yang diucapkannya sebentar tadi.


Encik Kamaruddin berkerut mendengar apa yang diluahkan Aliaa. Tidak memahami maksudnya. Mata terus memandang Faliq. Apa sebenarnya yang dah berlaku?  Mesti ada sebab kenapa Aliaa boleh cakap begitu, bisik hatinya.

Si comel dibaringkan diatas katil. Aliaa bermain-main dengan si comel. Yang lain membisu seribu bahasa. Hanya esakkan tangis mereka saja yang kedengaran. Mereka tidak tahu apa yang bermain difikiran Aliaa. Mereka tidak tahu apa yang dialami Aliaa. Tiada siapa yang tahu. Faliq berdiri, mengesat mata sendiri. Tidak mampu mahu berkata-kata. Sedih teramat sangat dengan apa yang menimpa Aliaa. Dia tidak salahkan Aliaa. Tapi menyalahi dirinya sendiri. Faliq meninggalkan mereka. Keluar dari bilik itu. Duduk dikerusi ruang menunggu. Tiada sesiapa. Dia duduk menekup muka. Ini yang harus dia hadapi. Nak taknak memang kena hadapi. Ini silap dia, dia kena tanggung sendiri. Redha..

Adil duduk di sebelah Faliq.

"Maafkanlah Aliaa.. " kata Adil.

" Tak apa. Aku tak salahkan dia. Ini semua memang salah aku. Fikiran Aliaa jadi terganggu macam ni.. "

" Aku risau dengan keadaa Aliaa.." keluh Adil.

"Maafkan aku Dil. Sebab aku dia jadi macam tu. Maafkan aku..!!" Faliq menundukkan kepalanya memandang ke lantai.

" Aku pun tak tahu nak cakap apa. Sebab bukan aku yang alami. Kalau aku tak mengenangkan keadaan dia sekarang. Dah lama aku ambil dia bawa balik. Tapi dia isteri kau. Aku tak ada hak.." Faliq hanya mendengar.

"Aku taknak gaduh, aku taknak bising apa-apa. Kau suami adik aku dan kau juga sahabat aku. Kau tahu dia satu-satunya adik aku. Nyawa aku dunia akhirat. Jangan ingat kau dah miliki dia, aku lepas tangan. Takkan sesekali Liq. Macam nilah. Kalau kau dah tak mampu nak bagi kasih sayang dekat dia, dah tak mampu nak jaga hati perasaannya, pulangkan dia pada aku balik dengan cara yang baik..!" Kata Adil. Sebenarnya Adil pun kecewa dengan sikap Faliq.

" Adil.. Adil.. Apa kau cakap ni Dil. Aku sayang Aliaa, aku sayang anak aku. Aku takkan lepaskan dia. Dia isteri aku dunia akhirat. Aku sayang dia..!!" Terkejut Faliq dengar.

" Kalau kau sayang dia. Kau takkan menyakiti hatinya. Kau mampu untuk kahwin lagi pun Liq,  lebih dari mampu tapi kau tak mampu jaga hati perasaan dia. Dari dia menanggung penderitaan lebih baik..." Belum sempat Adil menghabiskan ayatnya. Cepat-cepat Faliq memotong.

" Adil please Adil. Aku sayang Aliaa. Aku janji bro. Aku.. aku takkan buat lagi. Aku sayang family aku. Bagilah aku peluang. Aku merayu pada kau.. " Tahu cuak. Janji juga yang dilafazkan. Mudahnya melafazkan janji.

" Aku tak tahu. Semuanya dari Aliaa sendiri. Pandai-pandailah kau nak pujuk hatinya dan nak ambil hatinya semula. Cuma sampai sekali lagi aku tahu. Aku takkan teragak-agak buat keputusan untuk adik aku. Faham?!" Kata Adil tegas. Faliq hanya mengangguk-angguk. Adil sengaja cakap begitu, biar Faliq faham.

Adil sangat geram. Dengan mudah Faliq curang. Dalam keadaan Aliaa yang tidak sihat. Sebelum dapat macam-macam Faliq buat. Bila dah dapat dengan mudah menyakiti. Ishh!!! Sakitnya hati Adil. Mereka berdua berdiam sebentar. Melayan perasaan. Seorang jururawat masuk ke dalam bilik dengan membawa ubat dan alatan untuk memeriksa Aliaa. Dan tidak lama kemudian, jururawat keluar semula dalam keadaan tergesa-gesa.

" Lin.. Tolong call Doktor sekarang.. !! Cepat!!" Jururawat menjerit meminta kawannya menghubungi Doktor. Faliq memandang Adil dan terus berlari masuk ke dalam bilik Aliaa.

" Jangan bawa anak aku. Aku nak dengan dia. Jangan ambil anak aku..!!" Aliaa menjerit-jerit. Si comel dipeluknya erat. Jururawat masih memujuk Aliaa supaya berikan si comel sekejab sementara dia mahu diperiksa.

"Iya Puan. Saya tak ambil anak Puan. Saya cuma nak periksa Puan sekejab je..!!" Pujuk jururawat lagi. Sedihnya Adil melihat keadaan Aliaa. Faliq menghampiri.

" Sayang..!! Nurse nak periksa sayang sekejab je. Kalau sayang dah sihat, nanti boleh balik dengan baby.." Faliq cuba memujuk. Tapi Aliaa langsung tak layan.

" Abang..!! Dia nak ambil anak adik. Suruh dia keluar sekarang.." Keadaan jadi semakin tegang.

Betul-betul Faliq sedih sangat. Aliaa langsung tak hiraukan dia. Dia terasa seperti tidak wujud je. Baru kau tahu Faliq. Kau tak boleh salahkan Aliaa, Aliaa jadi macam ni sebab kau. Sebab engkau!!

Doktor masuk pula, diikuti seorang lagi jururawat.

" Adik..!!" Adil senyum dan duduk disisi Aliaa.
Nafas Aliaa turun naik, takut mereka ambil si comel.

" Adik sayang baby kan?!" Tanya Adil lembut. Aliaa mengangguk.

" Kalau adik sayang baby. Adik kena sihat, kena buat pemeriksaan ya. Bila adik dah sihat nanti adik boleh balik rumah dengan baby. Boleh jaga baby, boleh sentiasa dengan baby.."

" Tapi diaorang nak ambil baby ni abang..!!"

"Tak sayang.. Diaorang tak akan ambil baby. Ni kan baby adik. Anak adik. Diaorang cuma nak pegang kejab je. Macam mana nurse nak periksa adik kalau adik pegang baby macam ni?" Aliaa mengangguk perlahan. Sampai macam tu sekali Aliaa jadinya. Kasihan sungguh. Aliaa senyum tanda faham. Memandang Puan Asmah yang masih berdiri bersama Asnida.

" Mama.. Mama tolong pegangkan baby Aliaa ye. Nurse nak periksa Aliaa. Jangan bagi baby dekat orang." pinta Aliaa. Puan Asmah terus mendukung si comel. Jururawat tadi mula memeriksa Aliaa. Mereka semua berkumpul di sofa. Termasuk Faliq.

Suasana sunyi seketika. Adil menghampiri Puan Asmah. Meminta untuk dukung anak saudaranya yang comel itu. Dipeluk dan dicium. Sayang sungguh dia pada si comel yang belum ada nama lagi.

" Dah ada nama tak ni Liq?!" Tanya Adil pada Faliq.

" Belum. Nak tanya Aliaa dulu nak bagi nama apa."Faliq mencium anaknya.

" Muka dia ni ikut muka mamanya dulu. Aku masih simpan lagi gambar dia. Matanya ni bulat. Rambut memang tak ada.. " cerita Adil. Gelak kecil.

" Kau dah jadi bapa Liq. Jagalah anak kau ni baik-baik. Ni aset kau. Isteri dan anak ni amanah dari Allah Liq. Jaga sebaik-baiknya.. " nasihat demi nasihat Adil beri pada Faliq. Walaupun Faliq lebih tahu semua tapi ada masa kena ingatkan. Manusia mudah lupa dan mudah lalai. Faliq meminta pula untuk mendukung si comel. Diciumnya lagi. Bergerak si comel bila dicium. Dari tadi ada je gangguannya mahu tidur.

" Anugerah terindah untuk aku. Aliaa dan anak ini, nyawa aku. Maafkan papa sayang..!!"  katanya lembut. Faliq mencium si comel lagi. Dia nekad. Selama Aliaa berpantang nanti, dia nak jaga Aliaa dan nak uruskan sendiri si comel ini. Dia nak tebus salahnya pada anak dan isteri. Dia taknak lagi berlaku curang. Cukuplah apa yang telah dia lakukan pada dua insan yang tak bersalah selama ini. Ini janjinya pada diri sendiri. Janjinya pada Adil. Janjinya pada isteri tercinta.

Tapi bolehkah dengan mudah melepaskan insan yang ada dihatinya? Bolehkah melupakannya sedangkan setiap hari akan bertemu di office?  Bolehkah tolak segala godaan si perampas dan perosak rumahtangga orang? Yaa!! Memang Tasya layak dipanggil perampas kebahagiaan orang, perosak rumahtangga orang. Manusia paling kejam. Bahagia diatas penderitaan orang lain. Memang tak ada hati dan perasaan. Macam tak ada lelaki lain didunia ini. Sudah habiskah lelaki bujang sampai suami orang pun dia nak kebas. Memang perempuan tak tahu malu. Ahh!! Faliq pun sama juga. Dua kali lima. Kalau sorang tak menggedik dan seorang tak menggatal. Takkan jadi. Tapi dua-dua menggedik dan dua-dua menggatal. Hmm..

Siapa yang jadi mangsa. Si isteri dan anak juga. Bertabahlah wahai Aliaa. Engkau adalah wanita terpilih diantara semua. Apalagi yang engkau fikir. Bila kau ada kerjaya dan bila kau ada aset dunia akhirat iaitu anak. Itu sudah cukup buat hidupmu bahagia. Cukup untuk seorang wanita. Biarlah suamimu andai dia mahu terus bersama Tasya. Biarkanlah..
 
Orang yang menyakiti akan disakiti. Orang yang meninggalkan akan ditinggalkan. Kerana setiap perbuatan ada balasannya. Apa yang mereka buat, itu yang mereka akan dapat. Sepandai-pandai tupai melompat akan jatuh juga. Bila mereka dah jatuh, baru mereka akan tahu, langit itu tinggi atau rendah. Jadi.. Biarkanlah mereka. Teruskan hidupmu Aliaa, demi anakmu demi Allah. Biarlah kau jatuh kerana manusia dan bangkitlah kerana Allah. Kerana kau adalah milik Allah. 

Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.