336,796
Kategori:
Genre:
Bab 174
Faliq masih serius, dipandang tepat ke wajah lelaki itu. Lelaki itu pun membalas pandangan Faliq tapi mata sesekali melirik ke arah ku. Dah kenapa pula mereka berdua ni. Lagi sekali aku pandang mereka silih berganti. Pelik! Pandang tapi tak cakap.

" Cop.. Cop..!! Ni dah kenapa ni. Awak siapa? Dan awak kenal dia ke Faliq?!" Akhirnya aku juga yang bersuara. Nak tunggu mereka ni bersuara entah bilalah. Tiba-tiba jadi kaku. Hanya mata je bergerak. Faliq pandang aku.

" Iya sayang..! Saya kenal dia.." jawab Faliq.
Aku angguk. Lelaki tu masih diam.

" Oh okey!!" Kawan Faliq lah. Aku angguk lagi. Buat selamba jelah.

" Kau nak apa sebenarnya? Dari tadi aku perhatikan kau je bro. Kenapa kau ikut Aliaa?" Glupp!! Faliq nampak lelaki ni ikut aku? Maknanya Faliq pun ikut aku jugalah kut. Aku tercengang kejab.

"Ha? Kenapa awak ikut saya? Saya pun pelik..?!"aku menyampuk.

" Relax bro.. Relax!!  Aku bukan nak cari gaduh. Aku cuma.. cuma.. cuma nak...!" Tergagap pula dia cakap.

" Cuma apa? Kau nak buat apa dekat bini aku ni. Kau jangan macam-macam, ada yang mati dekat sini nanti..!" Faliq dah mula naik berang. Merah mukanya marah. Alamak..!! Jangan mereka gaduh dekat sini sudah.

" Hohohohoo... Kejab.. Kejab..!! Jangan buat kecoh kat sini. Malu orang tengok.." aku menenangkan Faliq. Taknak keadaan jadi tegang.

" Macam ni.. Jom kita pergi minum. Bincang baik-baik, okey tak?" Aku tanya mereka. Okey cun, mereka setuju. Kami masuk ke dalam Restoran Pizza Hut yang tak jauh dari situ. Hehe.. Bolehlah aku makan spagetti.

Setelah order air dan semestinya Spagetti aku. Kami memulakan perbincangan. Aku memang nak tahu sangat siapa lelaki ni.

"Faliq.. Siapa dia ni?" Tanya aku pada Faliq.
Faliq berkerut je dari tadi. Tak selesa dengan lelaki itu.

" Dia ni anak Dato' Mohsin.."jawab Faliq. Menjeling pada lelaki itu.

" Oh.. Okey!! Tapi kenapa awak ikut saya. Dari saya datang sini kut. Awak nak apa dari saya?!" Aku pun terus bertanya lelaki itu. Muka dia selamba je tapi nampak takut juga dengan Faliq.

" Saya nak jumpa awak dan nak kenal awak."jawabnya selamba. Aku terkejut. Pula dah. Faliq dah makin bengang. Pelayan menghantar pesanan kami tadi. Sedapnya bau spagetti ni. Aku menyedut air.

" Nak jumpa saya? Nak kenal untuk apa? Awak tahu kut saya dengan Faliq.." kataku.

"Tahu..!!"

" Habis tu.." Dia senyum dan tarik nafas.

"Saya tak kenal awak sebenarnya cuma tahu dari cerita orang je. Pada mulanya saya disuruh pikat awak oleh seseorang. Tapi lama-lama hati saya tertarik untuk lebih mengenali awak dan nak kawan dengan awak.." katanya lagi. Aku berkerut. Dia pandang Faliq.

" Apa? Ada orang suruh awak pikat saya?" Aku dan Faliq berpandangan. Terkejut.

" Iya..!! Saya pun cuba nak mengenali awak. Saya bagi bunga ,bagi hadiah tiap hari pada awak walaupun bukan saya yang beli pun. Saya call awak, whatsapp awak tapi langsung awak tak layan. Makin saya rasa tercabar dan semangat nak terus kenal awak. Dan makin tercabar bila semua hadiah yang saya bagi awak, awak pulangkan.." jelasnya.

" Apa? Jadi.. awaklah Mr. K tu?!" Aku terkejut lagi dan pandang Faliq. Kami berpandangan.

" Sayalah Mr.K tu. Mr. Khairy Dato' Mohsin..!" Jawabnya bangga dengan senyuman. Aku terdiam sebentar.

"Engkau yang ganggu Aliaa selama ni Khai. Siapa yang suruh kau buat semua ni?" Tanya Faliq lagi.

" Sorry bro..!! Aku tak boleh cakap.."

" Allahuakhbar..!! Jadi yang awak ikut saya tadi kenapa. Kenapa tak jumpa je dan terus-terang. Kan senang!" aku pun mula jadi bengang. Serius.

" Saya nak pastikan awak betul Aliaa Sofea atau tak. Sebab saya cuma tahu nama je. Muka awak saya tak cam. Cuma tengok gambar awak dalam handphone sekilas pandang je. Tu pun sebab orang tu yang tunjuk. Kalau Faliq ni saya kenal lah.." jawabnya lagi.

" Tapi siapa orang yang suruh awak tu? Cakaplah.." aku tanya nak sangat tahu. Walaupun Faliq dah tanya.

" Maaf.. Saya tak boleh cakap..!" Jawapan yang sama. Hmm...

" Angel atau Tasya kan yang suruh.." Aku senyum sinis padanya. Terkedu sekejab dia.

" Awak tahu dia?!" Dia tanya aku balik.

" Sangat kenal. Jadi betul lah awak ni orang suruhan dia?" Aku tanya lagi dan lagi. Lama juga dia diam. Mesti serba salah nak cakap. Dan akhirnya.. Dia angguk perlahan. Pandang meja. Fuh!! Tepat tekaan aku.

" Kau tahu kan Tasya macam mana? Rasanya Dato' pun ada cerita dekat kau. Kenapa kau ikut cakap dia Khai. Kau kenal aku kan. Kenapa kau sanggup nak rosakkan hubungan aku dan Aliaa.." Faliq bersuara lagi.

"Bukan macam tu bro. Memang aku kenal kau tapi aku tak kenal Aliaa ni. Aku cuma tahu bini kau Aliaa je, tapi siapa Aliaa sebenar aku tak tahu bro. Betul aku tak tipu. Sebab Tasya cuma cakap, Aliaa budak yang kerja dekat company percetakkan bangunan ni. Tu je. Mana aku tahu Aliaa bini kau ni. Kalau aku tahu, aku tak kacau kut.." jelas Mr.K atau Khai. Taktik si parasit. Bijak sungguh pergunakan orang. Khai ni pun satu, mudahnya percaya pada orang.

" Betul Aliaa.. Saya memang tak tahu. Dia suruh buat,saya buat je. Dia suruh saya mengayat awak, saya buat je. Saya minta maaf.. " sambungnya. Rasa bersalah.

" Tapi macam mana awak boleh ikut saya sampai ke sini?!"

"Macam ni.. Pasal barang-barang tu, semua Tasya yang beli. Saya tak tahu menahu pun, lepas barang dah sampai ke tangan awak, macam biasa dia suruh saya call awak dan cakap seperti yang diarahkan. Dan, pagi semalam saya ekori Pian sampai office awak tanpa pengetahuan Pian dan Tasya. Saya nampak Pian bagi semua barang pada Tasya, Tasya mengamuk habis. Semua dicampaknya. Saya jadi tak sedap hati. Sebelum tu, saya ada cakap nak hantar barang sendiri pada awak tapi mereka tak bagi. Jadi, saya nekad saya nak jumpa awak. Nak kepastian saya ikut awak sampai ni dari tengahari tadi.." katanya.

" Kenapa tak jumpa saya dekat office?!" Tanya ku lagi.

"Tak boleh. Saya taknak terserempak dengan Pian.."

"Siapa Pian?!" Aku saja tanya.

" Tu budak Tasya juga. Saya tak pasti sangat sebab saya kenal budak tu dalam club. Kenal biasa je. Dan, Tasya tu pun cuma perempuan enjoy saya je. Kalau saya perlukan dia, baru saya cari dia. Kalau tak, taklah.." Aku membeliakan mata. Orang macam ini pun ada ke. Hmm..!!

"Jadi kenapa kau boleh senang dengar cakap dia, ikut cakap dia?" Tanya Faliq pula.

" Bro.. Perempuan cantik bro, pandai layan lelaki pula tu. Hebat bro! Aku ni kalau perempuan layan aku macam king, aku pun layan dia macam queen jugalah. Dia dengar cakap aku, aku pun dengarlah cakap dia.." Amboii... lelaki ni. Memang dasar lelaki betul. Aku pandang dia dan jeling sinis. Geleng kepala.

" Kau ni kan. Tak habis-habis buat hal..! Dengan Tasya pula tu.. " Faliq mengeluh.

" Dah dia je layan aku the best..." selamba je cakap. Geram je aku dengar. Hmm..

"Saya nak tanya. Awak tahu tak kalau dia ada kegiatan luar. Macam contoh... Hmm.. Edar dadah ke, pelacuran ke atau apa-apa je..!" Aku sengaja bertanya. Nak pancing dia ni.

" Ha? Entah.. Saya tak tahu pula. Macam yang saya cakaplah. Saya cari dia untuk bila perlu je. Cari dekat club atau jumpa dekat rumah dia. Tapi biasa hotel jelah.." katanya. Sama ada betul atau tidak. Aku pun tak pasti. Aku pandang Faliq.

" Macam nilah Khai. Aku minta kau, lepas ni tak payahlah ganggu Aliaa lagi. Dan kalau Tasya minta kau buat apa-apa, kau fikir dulu baik-baik. Fikir masak-masak. Takut kau hanya dipergunakan dia. Tak pasal-pasal kau yang kena nanti.." kata Faliq. Khai hanya berdiam.

" Iya tahu. Sorrylah bro.. Aku tahulah aku ni jahat tapi kalau bab nak rosakkan hubungan orang ni. Aku tak kut. Jangan risaulah.." kata Khai senyum.

" Tak apa. Kali ni aku maafkan. Tapi kalau lepas ni kau ganggu bini aku ni siaplah kau. Aku tahu kau baik, tapi cuma pemalas je.." selamba je Faliq cakap. Aku berkerut.

"Hahahaa... Biasalah, darah masih muda. Sorry jugalah, aku selalu buat hal dekat kau. Bukan apa bro, Daddy aku tu sikit-sikit, Faliq. Itu Faliq, ini Faliq. Siapa tak sakit hati. Tu yang aku selalu cari pasal dengan kau tu.." Aku gelak je dengar.

" Haahaha.. Aku tahu, memang kau jelous dengan aku pun. Tapi kalau kau dengar cakap Dato' pastinya nama tak lekang dari mulut Dato' tu.. " Mereka bersembang. Aku layan Spagetti yang dah sejuk ni. Lapar..!!


" Aliaa.. Saya minta maaf ya..!" Aku angguk dengan mulut yang penuh. Time aku makan time tulah dia cakap dengan aku.

" Hmm.. Okey tak apa. Cuma saya nasihatkan. Jauhilah Tasya. Jangan terjebak dengan dia. Buruk padahnya..!" Kataku. Dia pandang aku hairan.

"Iya Khai.. Jauhi dia. Kalau nak cari perempuan pun, carilah yang elok sikit. Cari bini terus dari kau bergelumang dengan maksiat macam ni. Lagi parah broo...!! " kata Faliq.

" Haahahaa.. Berbini ye?! Aku nak cari bini macam bini kaulah ni. Bagi bini kau dekat akulah bro. Belum nikah pun kan. Boleh?!" Bergurau kasar pula dia.

" Meh lah langkah mayat aku dulu.. " jawab Faliq. Khai gelak kecil. Aku biarkan mereka berbual dan aku menikmati spagetti.

"Khai.. Jangan info Tasya atau Pian tu yang awak jumpa saya ye.." pesanku sebelum kami berpisah arah. Khai angguk dan meninggalkan kami berdua. Aku dan Faliq jalan berdua.

" Beli apa je tu ?!"

" Baju Dhia. Kasut dan handbag saya..!" Aku sengeh dan tunjuk plastik yang aku pegang. Dia senyum.

" Ni balik rumah terus ye. Tak payah singgah-singgah lagi tau.." pesannya.

" Okey..!! Eh awak.. Macam mana awak boleh datang sini? Awak ikut saya yeeee..!!"

" Taklah. Kan saya nak pergi makan tadi, lalu sini. Singgahlah kejab dengan nak beli barang sekali. Tapi masa makan tadi, saya nampak awak diekori Khai. Terus saya kejar awak tadi. Saya panggil tapi awak tak dengar.." jelasnya.

"Oh yeke?! Sorry..!!" Aku senyum. Faliq menemani aku hingga ke kereta.

"Nanti sampai rumah je terus info saya tau. Saya nak pastikan awak selamat sampai. Dengar ni..!" Katanya memesan.

"Iya.. Insha Allah!!" Aku senyum dan hidupkan enjin kereta. Barang aku letak diseat belakang.

" Kirim salam dekat Dhia. Malam ni saya datang rumah. Nak jumpa si kecil. Tadi dia ada call, kata rindu saya. Saya pun rindu dia juga.. " Kata Faliq.

" Rindu Dhia je ke?! Saya tak rindu?!" Aku mencebik muka manja. Menggedik sungguh. Hahahaha!!

" Dengan awak  24jam saya rindu sayang oii.. !! Kalau boleh masa dicepatkan, dah lama dah cepatkan majlis kita tau. Biar dapat menghadap awak 24jam.." Pantang ditanya. Jawabnya panjang lebar.

"Hmm .. Iyalah tu. 24 jam konon. Ngadap dua jam pun dah bosan.." aku perli dan buat muka bosan.

"Taklah sayang..! Insha Allah tak..! Mana mungkin saya bosan dengan si sweet saya ni.." Dagu aku dicubitnya. Aku senyum.

" Okeylah..!! Saya balik dulu ya. Jumpa nanti.. Bye.. !!"

" Okey.. Hati-hati.."  Aku memulakan pemanduan.

Segalanya sudah terjawab. Sekelip mata Allah tunjukkan kebenarannya. Rupanya Mr.K adalah anak Dato' Mohsin. Patutlah macam pernah nampak tapi memang pun dia tak kenal aku. Dia bukan kerja pun, anak Dato' lah katakan. Hidup senang, mewah. Tak kerja pun tak apa. Faliq selalu juga cerita mengenai dia. Dia anak tunggal lelaki Dato' Mohsin. Kerja malas, belajar di oversea tapi hampeh. Rasanya tak habis belajar kut. Hidup terlalu bersosial. Selalu buat hal. Boleh pula terjebak dengan Tasya. Anak muda zaman sekarang. Nampak perempuan cantik terus kejar. Buruk baik tak fikir. Mengikut hawa nafsu je. Dipergunakan dan diperbodohkan oleh perempuan macam Tasya. Mudah sangat tertipu.

Astaghfirullah Al Azim..!! 
Previous: Bab 173
Next: Bab 175

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.